27 August 2019

Giveaway-02 by Ematunz!

Assalamualaikum!
Lepas umum pemenang untuk first giveaway, ematunz.blogspot.com terus buat second giveaway.

Hadiah kali ni lain machiam sikit, iaitu gambar portrait digital. Jika terpilih, uols boleh dapatkan sendiri punya gambar siap edit, ala ala lukisan gittuw, boleh guna letak kat wallpaper ke, default photo pun boleh tau. 

Klik gambar di bawah kalau nak join Giveaway-02:


Hadiah apa tu? Hah, pinjam japp gambar ematunz, ini adalah contoh hadiah (dalam bentuk gambar siap edit) seperti dibawah:

Lukisan digital oleh Aeisha Lisa

Semoga terpilih. Thankyou sudi join giveaway ematunz.blogspot.com.
Heee, moga bertuahlah kann! Hadiah dia mcm nice gakk >< Lagipun lama dah tak join giveaway yg blogger2 adakan! So, why not kita try yg ni. Syaratnya pun simplee jeee. Tak susah :D Okay, bye! Assalamualaikum!

21 August 2019

BLOGGER CHALLENGE #3 | HANDWRITING |

Assalamualaikum! Okay guys! Here come the third challenge! Be ready k guyss! You guys gonna be shock and cannot believe once you see it! HAHAHAHAHA. Yes guysss! My handwriting! Why?! Because it really really bad n like seriously lah perempuan punya tulisan mcm ni 😆 Hahahaha yaaa aku bukannya like typical perempuan kot? Ada tulisan cantik kemas tersusun. Sbb tulisan aku, burukkkk dan lagi buruk dari tulisan cakar ayam kahkahkah. Maafkan saya 😂

Kenapa aku boleh cakap mmg buruk, sbbnya mmg ramai je kawan-kawan aku, family aku, even lecturer aku tegur tulisan aku. Ada yg mmg direct je ckp buruk, tak faham apa yg aku tulis dan suruh baiki tulisan kahkahkah. Tapi entahlah, rasa gaklah mcm malu sikit tapi aku mcm tak kisahlah. Yg penting selagi aku boleh faham okaylah kan. Even kdg2 tu sbnrnya ada je yg aku tak faham apa bnda yg aku tulis bila nak baca balik mcm bila rujuk nota ke apa kan 😆😆😆 HAHAHAHA. 

Anyway, aku pernah kena tegur dgn lect aku (lelaki dan muda ya) waktu tu dia bagi test paper balik. Dia ckp point aku ada tapi berterabur dan dia kena carik merata-rata 😂😂😂😂 Dan dia kata tulisan tu betulkan sikit. Susah betul nak faham. Dalam kuliah guyss depan semua classmates. HAHAHAHAHA Kau bygkan waktu tu malu aku camne. Tapi aku gelak2 jelah. No hard feelings sbb mmg aku mengaku yg tulisan aku mmg buruk. Lagi2 waktu jawab examlahh. Sbb nak cepat takut habis masa so mmg tangannya laju je menulis mmg buruklah tulisannya citer dia. Awal-awal mungkinlah boleh nak tulis elok-elok rileks-rileks. Tapi once dah makin sikit masa, haaa amek kau mcm kereta api lajunya menulis. Buruk ke cantik ke tak kisah dah yg penting aku habis tulis jawapan. HAHAHAHA Tapi aku cuba gaklah bgi sedaya upaya tulis tu biar boleh faham kan. Huhuhu, kalau tak habislah paper aku nanti. Markah aku 😂

Panjang lak bebel. So, dah bersedia ke nak tgk my BAD handwriting 😂😂😅😅
Ni tulisan time boleh tahan berhati-hati dan cubaan menulis dengan cantik.
Kira mcm menulis dlm keadaan tak tergesa-gesa dan rileks. Hahaha
Haaa ni pun sama. Btw ya mind map saya yg mcm karangan.
Sbb aku mmg tak pandai dan tak kreatif bila buat mind map.
Sbb rasa semua info penting end up aku salin je semua KAHKAHKAH
Haaaa ni tulisan aku jawab exam dalam bahasa arab.
 Hehe. Bolehlah faham jugakkan 😝
Ni lagi bila aku tulis dalam jawi/arab 😂 Lagi tak lawa hahahaha
(tapi ni more to kemalasan nak menulis gak kot)
Ya... burukkannn. Dan aku mmg ada satu habit, kalau aku tulis pastu ada salah,
aku tak suka liquid or mls nak cari liquid jadi aku akan potong je word yg salah tu.
Tapi bukan potong/garis sekali, aku akan potong byk2 kali sampai word tu hilang dan kertas pun jadi buruk mcm tu HAHAHAHAHA
Ni pulak tulisan bila aku tulis jawapan/isi dkt kertas lain dulu sebelum tulis dkt kertas jawapan hihi.
Haah, aku mmg suka rangka (yg tak berapa nak rangka) dulu jwpn aku baru aku tulis balik elok2 dkt kertas jawapan.
So, takdelah byk potong2 bila ada salah ayat ke apa. Selamatlah kertas jwpn aku dari keburukan yang teruk hahahahaha 
Ni bila kena salin soalan dan jawapannya cepat-cepat dalam kelas. Hahahaha.
Sbb nak dpt yg betul dan full kenalah kejar lect ckp apa. Lect pulak cakap bukan slow-slow tapi lajuuuu.
Pepaham jelah kannn huhuhu
Ini pula tandatangan aku yg simple dan bukan lawa pun 😂😆
Bolehlah dari takde kan org cakap. HAHAHAHA
So amacam guys? Yaaa tulisan aku sampai sekarang pun tak berubah lebih cantik ke apa ke. Tetap buruk mcm tu 😁
Eh tapi jap! Org kata kalau tulisan mcm cacing kerawit, tulis lelaju mcm tu sbb otak dia fikir laju dari tangan dia menulis. Kira dak-dak pandailahhh sbb tangan dia nak kena kejar apa otak dia fikir 😂 So kira aci lah tu eh guyssss 😝😁😙😋
Dan satu lagi rahsia, i am not a creative person you knowww. Hahahahaha. Bab-bab menghias, mereka cipta, mendesign, men apa lagi yg kreatif-kreatif tulah mmg aku boleh kata faillahhhhh. Otak aku bukan jenis otak kreatiflahh hahahahha. Nak menolong sikit-sikit tu bolehlahh. Hmmm, ada idea tak camne nak jadi kreatif? Ke Practice makes Perfect guysss? Hikhik. Okay thats all! Byeee! Assalamualaikum dear readers! 😜

7 August 2019

BLOGGER CHALLENGE #2 | CURRENT RELATIONSHIP |

Assalamualaikum guys! Hehe. So for the 2nd challenge about my current relationship? Hmmmm. Aku ni nampak mcm muka orang in a relationship ke? 😂 Hahahahaha. Ofkoslahhhh takkkkkk kan 😆 Yaaaaa. Sis masih singleeeee. Dan mmg sentiasa single pun sebenarnya. Nak kata tak pernah bercinta tu, tipulah kan. Pernahlah bercinta tapi.... sekejap sgt HAHA. Waktu hujung Form 2 hingga awal Form 3 mcm tu je. HAHA. Putus pun sbb kantoi dgn parents ada BF. LOLLLLLLL Seriously, tak taulah cinta monyet ke apa ke tapi mmg mcm tragedi gaklah ceritanya 😂

Okay, kisah lama. Lps je budak laki tu pindah sekolah mmg sis dah takde contact langsung pun. Like more to hate sbnrnya. Sbb adalah something yg happened yg buat sis rasa ditipu. KAHKAH. But whatever it is, let bygone be bygone. Sis takdelah benci dia lagi ke apa sbb takde guna pun nak benci-benci orang ni. Waste of time je. Huhu... Dan sis pun dah tak kisah psl dia haha. Okayhhhh. Asal nak kena cerita psl dia lak kan. Hahahahaha

So, yeah. Currently i am NOT in a relationship n yes SINGLE lah kan 🙋 Yeah, kdg sendu gaklah tapi cam apa-apa jelah. HAHA. Tak mati pun single ni xD Cuma tulah... bila dah makin meningkat dewasa ni makinlah hati ni mengada-ngada nak ada someone special kan. Aku rasa normal je kot benda ni HAHA. Tgklah nnti bila jodoh aku nak sampai, turun dari langit ke apa kan hahahahaha. Bilalah En. Jodoh nak muncul kan 🙊

Okaylah. Byeeeeeee. Hahahaha. Topik best tapi kisahnya tak best sbb takde kisah pun nak dikisahkan 💁💁💁😂😂😂 Till then! Assalamualaikum!

2 August 2019

BLOGGER CHALLENGE #1 | INTRODUCTION AND RECENT PHOTO |

Hye! Assalamualaikum! Haaa mcm yg korang nampak gmbr dkt atas ni, its mean that im going to join the challenge by Cik Rrai! Hehe. Alang-alang aku pun mcm takde idea nak update apa dkt blog ni kan. So, bolehlah 15 perkara dkt atas tu jadi topik aku utk membebel kan 😛 So, let start!

Okay, so introduction eh... Haha. Takde apa pun kot nak di-intro-kan sgt 😂 Macam biasa nama yang telah menjadi hak milik aku sejak lahir lagi adalah Nurul Fadhilah Binti Solah. Tapi nama panggilan aku adalah dalam beberapa, antaranya Fadh, Fadhi, Dhilah, Fadhil pun ada hahahahaha tapi paling rare Nurul lah. Tu pun pakcik aku je yg panggil mcm tu 😂 Okay lets proceed...

Aku adalah anak sulung daripada 9 orang adik-beradikkkk yaaa mmg adik2 aku ramai jadi boleh bayangkan lah aku sbgai kakak sulung garangnya tu mcm mana kan xD Hihi... N yes, i am 23 years old this year. Alhamdulillah masih diberi rezeki utk bernafas sehingga hari ini. Huhu... Alhamdulillah aku baru je menamatkan pelajaran dalam Degree Al-Quran dan Al-Sunnah dengan Komunikasi di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor 😉 Cumanya skrg aku masih lagi dalam internship lah. Habis hujung bulan 8 ni. Dan jgn terkejut, even dah habis tahun ni tapi tahun depan baru boleh konvo. Haha. InsyaAllah aku konvo bulan 8 tahun 2020. Yaaaa, setahun menunggu. Jgnlah setahun tu menganggur je. Doakan aku moga dpt kerja kayyy! Thankyouuu 😙

Okay! Kita cerita psl cmne aku boleh terjebak dalam dunia blogging ni pulak lah kan. Tapi aku dah ada je story psl ni dkt BIO aku hehe. Tapi secara ringkas jelah... Anyway, siapa yg ada pernah baca dah, yup! Aku start buat blog ni sbb aku tgk sepupu aku punya blog. Oh ya, aku start blogging 2011. Lama dahhh kannn! Almost 9 years dahhhh (Okay, feeling so proud hahahaha sbb this blog masih dapat bertahan eventhough skrg ni dah jarang update 😅) Anyway, lps aku tgk blog sepupu aku tu aku mcm tertariklah sbb rasa mcm best je blog ni. Kau boleh edit, boleh story apa yg kau nak story sbb benda tu mmg hak milik kau kan. Hehe. So, after that aku mintalah dia ajarkan aku utk buat blog tu. Dan makanya terlahirlah this blog!

Kalau perasan nama link blog aku ni mmg pelik dan kadang orang tak tau nak sebut camne pun xD Ramai sebut ko(ks)tau sedangkan sebutannya sebenarnya KO TAK TAU. HAHAHAHA. Haaaa... kenapa aku pegi letak nama tu kan xD Pelik2 je hahahaha. Yaaa, skrg ni pun aku rasa mcm adoiii kenapalah nama tu yg aku pilih duluu. Sedangkan boleh je aku letak nama aku ke apa ke yg logik n cantik sikitlah kan. Hahahahaha. Anyway, waktu aku buat blog tu aku Form 3 dan mmg otak budak-budak baru nak up. Remaja yg masih huha huha, jadinya aku letak nama KOXTAU tu kononnya sbb, bila org tanya nama blog aku, aku akan jawab lah KO TAK(stands for the X tu) TAU. So, org akan tanya byk kali dan aku akan jwb lah mcm tu je jgk sampai kesudah kan 😂 Cmtulah citernya.. Hahahahaha. Dua org gak kot kwn aku yg terkena 😆 Tapi bila dah habis sekolah lama2 lepas tu rasa mcm adoi menyesal lak letak link nama tu hahahahaha. Kalau nama sendiri je kan dah niceee. Hahahahaha. Tapi tulah, nak tukar nnti followers aku pun kena follow balik pulak link baru blog aku tu. So end up aku biarkan jelah link tu mcm tu sampai skrg. Takpelah... Blog aku pun biasa-biasa je. Tak penting sgt utk org tau kan 😜

Okay, so duluu kalau korang tgk dkt history post aku mmg awal-awal dulu byk je entry yg aku post. Tapi skrg nak sampai sepuluh dlm masa setahun pun susah 😩 Aigoooo.... Tu ada satu tahun tu, tahun 2017, dua post je aku berjaya update wehhhh. Likeeee whattttt. Pdhl sebelum-sebelum tu berpuluh-puluh post aku updateeee! Hahahaha the gapppp. Oh mannnnn. Yelahkan, mmg bila makin besar makin busy ni mmg makin jarang nak bukak blog. Sedih tapi mcm yelah nak update entry bukan kejap, nak kena karang ayat, cari idea lagi nak up psl apa kan. Even blog aku mmg mainnya psl life aku je. Hahahah tu pun susah guyssss. 😂 Huhuhuhu... Dan selalunya kemalasanlah. Bila dah penat mlslah nak buat apa kan hahahahahahhaha.

Haaa ckp psl blog jugakkk. Nak mengedit rupa blog ni pun satu hal jugak. Tapi betterlah dari nak cari idea utk up entry baru. Even nak edit pun perlu idea. Yelah, nak pikir nak guna warna apa, style cmne susah wooooo. Dan kdg2 tu balik-balik idea yg sama jelah aku recycle. Hukhuk T.T Sbb nak edit power2 kita bukan reti sgt kan. Byknya ikut tuto org je. Ubah sikit-sikit mana yg tahu je. Hahahaha. Mcm rupa blog aku skrg ni, kononnya aku nak buat style matanglah (even tuan punya badan sendiri bukannya matang mana pun xD) Maka, jadinyalah begini rupa blog aku. HAHA. Tp bg aku okaylah, simple dan tak menyerabutkan sgt huhu. Loading pun insyaAllah tak lama hehe.

Anyway, sblm ni aku sajelah baca balik post-post lama aku. Ya Allahhhhh rasa mcm ini ke aku yg duluuuuu? Post entry yg mcm apa je isinya dulu. Mmg awal-awal dulu aku buat blog ni mmg bebetul mcm diari akulah. Aku luah je apa yg aku nak luah. Mmg takde tapisan langsung xD Dgn bahasa, ayat, yg mcm apa je ejaannya. Komanya, titiknya berterabur semua kahkah. Yelah, mcm dak2 wicet punya style tu. Malunyaaaaaaa xD HAHAHAHAHA. Makanya demi keselamatan sejagat dan followers2 aku, aku ambil tindakan dan hide semua post tu xD Aku unpublish dan biarkan jadi draft je. Hahahahaha. Alhamdulillah aku mengambil keputusan yg betul. Kalau tak, malu woi kalau kwn2 aku usha blog aku dan habis dibacanya entry lama-lama. Mana nak sorok muka wehhhh 😂

Okay! So itulah serba sedikit ya psl aku dan kewujudan blog ni. Thankyou siapa yg baca sampai habis tu 🙊 Sorrylah kalau boring hehe. So for my recent photo! Hehe nasiblah aku ni suka bergambar ye dokkk HAHAHA

Yaaaaaa. Aku dah gemuk skrg. Ya Allahhhhh apa nak jadilahhh hahahaha. Bila nak sedar nak mula kuruskan badan tak tahulahhh. Pantang nampak makanan tak ingat dunia. Makan selagi bolehhhh. Haihhh... Tipulah kalau tak ss byk tips-tips kurus kan. Banyakkkkkk je aku ss. Tapi takde pun yg aku bebetul ikut lagi 😞 Hmmmmmmmmmm. Moga suatu hari nanti Nurul Fadhilah Solah akan sedar bahawa dia perlu kuruskan badannya (act dah sedar je punnn) Perluuuuu take action utk kurus sebenarnyaaaa! Haaaaaaaaa. Okayyy, itu jelah kot utk post kali ni! Till we meet again! Assalamualaikum! Byeeeeeeeeeee ;)

24 July 2019

[THE STRUGGLE IS REAL #2]

Assalamualaikum! Okay guysssss! Bertemu kembali kita in Part #2!!!! Lama jugak aku tangguh nak sambung Part 2 ni eh 😂 Sampai dah habis raya pun xD Sorrylahhh. Sbb busy dgn life. Ehhhh hahahahaha 😛 Btw, aku dkt office skrg hehe tgh intern dan tgh takde kerja so kita buatlah apa yg boleh utk isi masa kan 😝 Anyway, perlu diingatkan bahawa entry ini agak panjang juga contentnya. Jadi silalah bersedia dgn masa free yang byk dan mata yg segar utk membaca yaaa! Hahahahaha

So, sape yg belum baca Part #1 tu bolehlah KLIK SINI FOR PART #1 :) So, jom kita sambung Part #2! Kat mana eh stop hari tu... Ohhh haaaa. After aku jumpa SV Thesis aku, then aku duduk library n call parents aku ckp nak amek shortsem. Lps aku dah berperang dgn perasaan sendiri dlm lib tu lah 😂 Waktu aku call parents aku tu, serious air mata aku jatuh tak henti-henti. Mengalir laju je sampai aku takleh nak bercakap XD  Kelakar pun ada rasa. Tapi yelah, perasaan waktu tu mmg undescribeable lahhh. Mcm2 rasa tak bestlah dlm hati waktu tu. Dan mmg paling besarnya aku rasa kesian n bersalah dgn parents aku. Sbb tak dpt siapkan on time. Diorang nak kena berhabis duit lagi. Bukannya sikit pula tu yuran short sem 😭 Btw, aku nangis tu aku pergi menyorok di antara rak-rak buku dalam lib tu lah. Hahahaha. Nasib jugak tak ramai orang waktu tu 😂 Sbb aku mmg takleh kawal langsung air mata aku waktu tu. Nangis teruk arh hahahahahaha

Okay, after dah call apa semua, aku meredakanlah perasaan aku dan lap air mata jgn bagi nmpk merah baru lepas nangis. Nasiblah mata aku ni kalau lps nangis mmg cepat je hilang merahnya. Okay, bila dah mula okay sikit perasaan aku waktu tu, aku terus ws SV aku ckp yg aku nak ambil shortsem. Aku ckplah sbb aku rasa aku tak mampu nak siapkan dgn agak sempurna dan nak fokus final exam lagi. Mmg aku tak dpt nak kejar dedua serentaklah. Aku kena tangguhkan satu. Ofkos-ofkoslah thesis kan. Mana boleh tangguh exam. Kang konon nak struggle dedua last2 kelaut semua. Even akhirnya mmg hmm... mcm ke surface laut gaklah.... Alhamdulillah tak jatuh ke dasar laut yg dalam hahahaha 😂
Okay, kita skip terus ke waktu shortsem aku menyiapkan thesis aku. Wowwwww waktu ni mmg struggle lahhh. Cuti sem dari bulan 4-7. Short sem aku 5-6 for a month lah kan. Not exactly a month pun sebenarnya. Dlm 7 weeks mcm tu je kot rasanya. So yeah, mmg struggle lah menyiapkan thesis ni. Dan paling aku bersyukur, alhamdulillah lahhhh ada kwn aku sorg yg sama SV dgn aku pun tangguh thesis ambil shortsem. So adalah geng xD Pergi KUIS jumpa SV pun sesama ngan dialah. Huhu... Naik motor dia. Thankyou so muchhh my sisterrr 😘 Okay, dalam struggle2 tu ada gak kdg malas nak tgk thesis tu. Tu pun struggle gaklah nak lawan malas tu kan. HAHA. Anyway, sng citer malas ke rajin ke whatever it is aku mmg kena siapkan jugak thesis aku tu kan. Sbb nak intern dlm tahun yg sama gak. Taknak tangguh intern lagi jauh. Huhu, kwn sume dah start intern kita still gigih siapkan thesis. But, aku takdelah nak mengeluh sgt ke apa sbb aku mmg bersyukur je for whatever had happened. Sbbnya, byk je hikmahnya dri aku ambil shortsem tu. Tapi yelah, still kena amek pengajaran kan. Huhu.

So, mmg siang malam dok mengadap thesis tu jelah. Siang jumpa SV, malam betulkan apa yg perlu. Kdg dlm seminggu 2 kali jumpa. Tapi selalunya sekali jelah 😅 Hahahaha mcm masih tak sedar2 lagi tu. Haihhhh. Anyway, mmg byk kali gaklah aku kena buat pembetulan kena betulkan apa yg tak kena pada mata SV. Dan paling byk yg mcm melecehkan is the teknikal part. Like transliterasi, spacing bagai2 tulah. N then, byk jugak habis dkt printing je. Ya Allah, setiap kali membetulkan tu sikit je tapiiiii printnya tu semua muka surat. So, mmg byk gaklah pembaziran yang berlaku 😖 Hmmmm... Okay, bila dah hujung2 nak kena hantar dah mmg lagi gabra lah kan. Nak dgr ustazah ckp dah boleh jilid tu. Huhuhu. Bukan senang doeee. Andddd finallyyy alhamdulillah bila dah bwk final draf ustazah kata dah okay, tapi tak ckp dah boleh jilid. Aku yg pi tanya "saya dah boleh jilid ke ustazah?" Then ustazah just balas mcm "Ha... Bolehlah kalau kamu nak jilid.. Rasa takde byk salah dah pun ni". Aku mcm tak tau nak happy ke nak mcm tak tau nak rasa apa 😂 Mcm boleh jilid ustazah tu half hearted? 😕 Tak taulahhh. But whatever it is aku berjayalah sampai ke akhirnya! Utk menjilidkan my thesis! Alhamdulillahhhhh! 😇

Okay, lps tu pergilah hantar jilid. Dgn my friend yg sorg lagi tu. (Actly, more to my sisterrr) hehe. Nak jilid tu kejap jee. Hantar hari ni esok dapat. Oh ya. Nak hntr jilid tu pun satu hal gak sbnrnya 😂 Malam tu mmg habis2 lah mengedit bagai apa je. Mcm never-ending lah dia punya edit teknikal tu. Mmg tido pun lambatlah. Sbb mcm aku nak hntr for the last time punya, so kena cek bebetul taknak ada salah yg sikit tp merosakkan semuanya 😂 Okay, sbb patutnya hantar malam tu tapi kitorg lambat sgt siap so esoknya awal pagi baru ws uncle kedai tu the last draf utk print. Nasiblah boleh dapat ptg hari yg sama jgk. Huhu. Sbb esoknya isnin dah nak pergi minta sain SV n Ketua Jabatan QS huhu. So, alhamdulillah everything going well utk printing apa sume. N here is my Thesis: 😊😌
Yeayyyy! I did it! Alhamdulillah! 💪
Okay, after dah settle semua tu, kita nak kena settlekan utk intern pulaklah kannn. Haaa, nak citer psl intern ni. Seriously lps siap thesis tu tempat intern pun tak dpt lagi sbnrnya 😂 Act, tak tau nak mohon dkt mana. HAHAHA. Dan sbnrnya, kalau siap thesis pada masa yg ditetapkan, ada je dah dpt tempat intern. Byk lak tu dpt. Aku pun tak sangka rezeki nak dpt byk tempat. Kira hampir semua tmpt yg dimohon tu dptlah. Tapi sbb thesis tak siap lagi, so sis terpaksalah tolak semua tmpt-tmpt tu 😢 Takpelah, ada hikmah insyaAllah huhu. Okay, balik pada masa skrg haha. So lps tu aku mencari lah tmpt intern yg baru. Tapi aku mcm hmmm nak mohon tmpt sama ke nak mohon tmpt lain eh. Kalau tmpt sama mmg takde elaunlah sbb kerajaan. Tapi kalau tmpt lain kat mana. Nak amek yg bahagian agama ke komunikasi kan. Sbb dedua boleh major or minor. So, nak jadi cerita aku nampak satu poster iklan company carik budak intern. Kwn aku yg ss n viralkan dkt IG dia. Dan paling penting ada elaunnn. HAHAHAHA. Dan aku pun mcm hmmm mcm nice gak tmpt ni. Tmpt tu Agensi Periklanan. Tapi dyorg cari budak intern utk media dari segi urus social media, content writer cmtulah. Tapi memula tu aku mcm berbelah-bahagi gak sbb yelah, bukan bidang agama. N entah aku boleh ke tak kan. Tpi sbb mcm dah mls nk carik tmpt lain aku pun mohon jelah sbb aku ada gaklah basic editing video n poster by Sony Vegas or PS kan.

So, aku dah mohon dlm seminggu camtu gak kot takde respon lagi. Sebab sepatutnya akan ada temuduga. Yelah, kalau mmg tak dpt kita nak tau lah kan so that boleh mohon tempat lain. So, aku pun callah orang yg urus tu. Bgtau yg aku dah email dia resume. Pastu dia ckp yg dia baru bukak dan baru nak call aku. Sbb sebelum tu dia mmg busy tak smpt nak cek email. Haha. So aku pun okay jelah kan. N then aku tanyalah so cmne. Tetiba dia ckp boleh bawak apa yg perlu time first day intern nnti. N aku pun cam, "Eh, saya diterima ke?" Pastu org tu jwb "Haah ya diterima" N i was like... Oh... okay... *dalam hati* "Takde iv lah ni" Hahahahaha. Bila dpt tau diterima tu aku pun alhamdulillah sgtlah dah ada tempat intern. Tapi bila makin hari ke hari nak dkt hari intern tu neves dia tak tau nak ckp xD Sbb yelah, aku dgr memacamlah even dri mak aku. Yg ckp, dia mmg tgh cari budak intern so maknanya mmg tgh ada projek nak guna tenaga kerja. Pastu dah risaulahkan, sbb segala ilmu editing aku tu basic je. Dlm resume mmg aku tak tulis basic ke skill. Aku tulis nama software tu je. Menunjukkan yg aku reti guna benda tu. So, aku risau sbb takut kang dia suruh buat kerja yg melebihi tahap skill aku kang. Tak ke nayaaa. Naya ke syarikat naya ke aku jugak xD Neves part tu lah. Tapi apa2 pun aku pergi jelahhh intern for the first day tu. Huhuhuhu...

So basically ni lah rupa tmpt intern aku ;) N meja kerja aku huhu
Dan alhamdulillah everything went welll. Ada sorg lagi budak intern dari tmpt lain yg masuk intern sama dgn aku. So berdualah kami budak intern. Alhamdulillah ada gak kawan. Huhuhuhu... Tapi dia intern 3 bulan habis bulan 9 aku intern 2 bulan je so bulan 8 dah say bye bye. Hahahahaha. Anyway, rupanya budak intern diambil utk handle youtube channel as content writer. Buat apa bnda, aku malas nak citerlah. Sbb nnti lagi panjang jadinya post ni xD But whatever it is... Kerjanya takdelah seteruk yg aku sangka xD Biasa-biasa je hahahahha. N kdg melanguk tak buat apa pun 😂😂😂😂 Takde keje sgt huhuhu. Harapnya lps ni ada bnda baru aku belajar n dpt buattttt. Pleaseeeeelahhhhh.

Oh ya, lupa nak bagitau. Result thesis aku hmmm... agak tak membahagiakanlah bagi aku. Sbbnya, at least kami (aku n my friend tu) boleh dapat lagi better dri result yg kami dpt tu. Sbb kami tau struggle kami mcm mana dan apa yg kami buat. Tapi tak taulah kan, sama ada ni mmg SV kitorg dah set dri awal dlm kepala otak dia result tu utk kami or mmg kerja kami tu worth takat tu je ke. IDK. Apa2 pun redha jelah. Alhamdulillah tak dpt lagi teruk dari tu. Walaupun cam mmg tipulah kalau kata tak sedih kan tgk result tu. Dahlah result final semester aku pun tak dekan xD Tapi still alhamdulillah tak jatuh teruk. Huhuhuhu. Alhamdulillah alhamdulillahh alhamdulillahhhh! 😇
InsyaAllah Allah nampak usaha kita takat mana dan insyaAllah kalau tak sekarang, rezeki pada masa akan datang lebih besar ke kan. Kita tak tahuu rahsia perancangan Allah tu! :) Always bersangka baik insyaAllah! 💚
Okaylah, till then! Thankyou sebab sudi baca sampai habissss! >< May Allah bless all of you! ;)

24 May 2019

[THE STRUGGLE IS REAL #1]


💚 رمضان كريم

Assalamualaikum semuaaaaaa. Salam Ramadhan Hari Ke 19 :) Sekejap je dah masuk 10 malam terakhir. Maka jomlah kita manfaatkan 10 malam terakhir ini dengan sebaik-baiknya. InsyaAllah.. Cuba usaha istiqamah beribadah untuk dapatkan malam lailatul qadar yang mana lebih baik daripada seribu bulan 💖 Anyway, how you guys punya ramadhan kali ni? Is it more better than last year or sama je? Atau lagi teruk? Huhu, takpe.. Still ada time nak kejar untuk manfaatkan ramadhan kali ni. So, jangan putus asa k ;)

Okay, so what with the title? Hahahaha. Kalau ada yg baca post aku before this psl aku tangguh intern sbb some problem. Haha... So yeah. Alhamdulillah that obstacle aku dah berjaya harungi dan selesaikan! 😁 So, apa bnda yg buat aku sampai tangguh intern tu. Hahahahaha. Takdelah bnda besar pun, tapi yelah still mempengaruhi life aku n emosi aku kan 😂 So, ceritanya macam nii... Aku kan amek Degree, jadinya course aku ni takde final year project yg boleh berpasangan or berkumpulan, tapi ada Thesis by individu. Haaaa, jadinya aku kena buat thesislah. Thesis tu mcm satu kajian tentang apa-apa tajuk yang kita nak kaji dan kita tulis kajian tu jadikannya satu thesis (buku). 

Kenapa aku sampai boleh tangguh kan? Boleh terlewat siapkan thesis dari yang lain. Tak siap on time mcm yang lain. Sebabnya, aku ni kurang berdisiplin lah senang ceritanya 😅 Aku jenis yang more to discussion n grouping assignment. Bila benda-benda grouping ni baru aku mcm function lebih sikitlah sng cakap. Aku akan excited nak share idea, nak bincang, nak ajar if ada yang tak difahami ke apa ke. Tapiiiii bila kerja sorang-sorang ni aku jadi mcm lost. Jadi mmg mcm nantilah.. nantilah aku buat.. byk lagi masa.. nantilah aku tgk.. aku siapkan.. haaaa. Serious ckp tahap disiplin aku ni tahap rendahhh lahhh. Rendah sangattt. Haha...

Aku tau kot mana pun akan ada masa-masa kita kena survive sendiri, tak boleh nak sentiasa harapkan orang lain ada utk kita kan. I know that. Tapi tu lah... Bila takde kawan nak buat keje sama-sama dengan aku, sama-sama naikkan semangat bila down aku jadi mcm kurang sikitlah.. Dia jadi tak semangat. Jadi malas. Haha itulah punca yang sebenar-benarnya! MALAS! BILA MALAS MAKA DIRI JADI LEMAH. THEN SEMUA BENDA TAK JALAN. 😞 Huhuhuhu... In fact, ada je member-member aku yang tak jemu-jemu bagi aku semangat. Selalu tanya psl thesis aku. Dah gerak ke tak, dah buat ke tak.. Tapi aku? Tetap mcm tu gak.. Rasa banyak masa lagi.. Bertangguh lagi.. Haaaaa.. Last-last padan muka dkt diri sendiri! HAHA 😶

Anyway, selain sbb tu, mcm-mcm benda lain gaklah yg buat aku jadi mcm tak fokus kepada menyiapkan thesis aku. N YES PROBLEM-PROBLEM LAIN TU PSL KAWAN LAH. Tak taulah sampai bila aku nak pikir psl kwn je ni. Hahahahaha. Dari kecik sampai besar tak habis-habis masalah kawan. Its not like aku punya masalah. Kdg kwn aku punya masalah aku terbabit sekali. Or kdg aku tak buat masalah pun dgn org tu tetiba ada pulak anasir2 buruk yang dtg. Haha... Tak tahulahhh... Benda dah nak jadi.. Padahal aku sayang je semua kawan-kawan aku 😙 Okay tu citer lain. Takyahlah citer benda tak best kan. HOHO


Okay back to the topic, seriously nak settlekan thesis ni sgt memerlukan disiplin dan keinginan yang tinggi. Dan aku kurang berjaya lah dalam menyelesaikannya pada masa yang ditetapkan. Huhuhu.. So, semuanya bermula bila aku jumpa Supervisor (SV) aku untuk hantar full last draf. Waktu tu memang dah dekat-dekat ke penghujungnyalah untuk sem 8 hantar thesis yang dah siap. Tapi aku punya still tak diluluskan sebab ya memang salah aku sendiri lambat jumpa SV lepas pertemuan yang pertama atas alasan sebab Bab 2 aku tak siap lagi. Haaa.. aku punya thesis ni ada 4 Bab semuanya. Bab 1 is proposal then Bab 2 Teori Bab 3 Analisis/Dapatan Kajian n Bab 4 Kesimpulan. Tapi ada gak yg buat 5 Bab tu lain pulaklah ceritanya kan. Jadinya nak jumpa SV tapi Bab 2 tak siap lagi so mcm tak best lah. So aku amek masa berbulan-bulan hanya nak siapkan Bab 2 tu je sebab aku byk kali bertangguh. Pdhl nak buat tu tak amek masa lama pun sebenarnya! Memang aku submit Bab 2 tu dah dkt pertengahan sem 8 tu lah.

Nak jadi cerita, Bab 2 aku ni shj pun terlalu byk pages nya dan isinya. Jadi SV aku takleh nak terima dan suruh ringkas kan lagi dan kurangkan page. (Sbb mmg terlalu byk pun xD) So, aku pun gigihlah mengurangkan isi dan berkejaran menyiapkan Bab 3 pulakk... Bila dah siap tu pergilah submit pulakk. Sekali dgn Bab 4 sebab bab 4 ni sikit je isi yang kena buat sbb kesimpulan je kan. Then, bila dah jumpa untuk submit tu, SV aku kata banyak sangat lagi pagesnya. Tapi yg mcm sentap sikit tu, SV aku ckp "Banyak lagi isinya. Saya tak boleh nak baca. Awak pergi ringkaskan dulu baru saya baca. Banyak-banyak ni sbb awak copy sebijik-sebijik jelah kan isi yang awak rujuk? Kalau macam ni saya boleh bagi C jelah" Dan aku pun macam WHAT? Seriouslah ustazah.. Macam takde gunalah utk aku submit kalau dapat C je kan? Aku taknaklah C. Serious akan memburukkan result aku je. So, SV aku pun mencadangkan kepada aku untuk amek shortsem. Sbb kawan aku yg sama SV pun ada amek shortsem.

Btw, kan SV aku suruh aku kurangkan isi. So, dia suruh kurangkan isi dan jumpa dia balik hari tu jugak. Tapi dia cakap dia free sampai pukul 11 pagi je. N waktu tu pukul 10.30 pagi. KAU RASA? HAHA. Aku nak kena buang dalam 60 pages dlm masa setengah jam. Merepek apa kannnn 😩 Waktu aku jumpa tu hari jumaat dan dia cakap next weeknya banyak hari dia tak free. So, apa aku nak buat? Memang aku tak smptlah nak kejar dia nak kejar dateline lagi. Then, lepas je keluar dari bilik SV aku tu, aku jadi mcm apa aku nak buat ni. Waktu tu sumpah kepala aku sakit gila (sebab aku memang tak tidur malam sblm tu dok siapkan bab 3 ngan 4). 


Apa-apa pun aku pun melangkah lah ke Library Kuis keseorangan dan duduk mengadap paper bab 2 & 3 yang perlu diringkaskan. Lama aku termenung pandang kertas tu je. Dengan sakit kepalanya lagi. Tapi aku cuba try gak tgk balik isi buang mana yg boleh, but at the same time dok tgk jam sbb dah almost jam 11 pagi. Dan seriously waktu tu aku rasa serabut gila dan rasa nak give up. Rasa I AM DONE WITH THIS THING! Aku dah tak sanggup nak tgk lagi. Aku dah taknak stress pasal ni lagi. Aku nak tolak tepi dulu. Sebabnya waktu tu final exam aku pun mmg around the corner je. Dah tak lama dan aku pun tak start study lagi sbb fikir psl thesis tu. And in the end... Aku buat decision untuk ambil shortsem je... Seriously waktu tu macam-macam yang aku fikir dan rasa. Pikir psl parents aku lah, psl masa depan aku, belum lagi rasa down sbb tak dpt siapkan on time sama-sama dengan kawan-kawan lain. Malu pun ada.. Hahahaha... Lepas je aku decide tu, aku pun call lah parents aku... dannn.... Hahahahaha kita sambung dalam post seterusnya okayyy! Tulis panjang-panjang sgt kang korang pun bosan or malas nak bacakan. Hahahahaha... 

Okay, Assalamualaikum! Stay tuned! 😆

[bersambung dalam Part #2]

4 April 2019

Its doneeeeee :>

(Baru habis layan K-Drama "Romance is A Bonus Book". Serious bessssttttttt 😭)

Assalamualaikum. Hye guys! Sihatkah kalian? 😁 Huhu, aku tak berapa nak sihat. Batuk dah dekat 2 minggu tak baik-baik 😟 Hahaha tapi salah sendiri jugak dah batuk teruk pun still degil pergi minum air sejuk. Hmmmm, cuaca skrg panas memanjangkan, so cmnelah nak resist air sejuk tu. Hehehe. Btw, ada yang dah pergi PBAKL dkt PWTC ke? Aku baru je pergi semalam. Huhu, banyak gaklah borong buku. Haha, padahal tiap-tiap tahun pergi tiap-tiap tahun jugak banyak habis duit dkt situ 😂 Takpelah, berhabis untuk buku. InsyaAllah ada manfaatnya sampai bila-bila 😉 Anyway, buku apa yang korang selalu beli if pergi pesta buku? Or ada penulis yang memang korang minat n follow penulisan dia dari dulu ke? Aku ada sorang penulis ni yang memang dari sekolah rendah aku follow dia hehe. Hilal Asyraf namanya. Anyone knows? Setiap kali pergi pesta buku memang wajib borong buku dialah. Even ada jgk yang dah beli preorder dulu. Hahahaha. Hmm, nnti bebila aku buat satu post psl buku-buku dialah! Serious best! Haha. InsyaAllahhh!

Hmm, korang nak tau takkk? Aku dah habis belajaaarrrrr. Aku dah berjaya tamatkan sesi pembelajaran aku untuk degree yang selama 4 tahun niiii! MasyAllahhh, cepatnya masa berlalu. Rasa sekejap je 4 tahun tu.. hmmm (ceh, bila tgh belajar dok rasa lama, dok minta nak hbis cepat) Hahahhaha 😛 So, skrg aku sedang menunggu untuk intern! Huhuhu. Sepatutnya aku intern 1/4 ni dengan kawan-kawan yang lain. Tapi, atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan maka aku terpaksa menangguh internku ke bulan 7. After raya! Huhuhu, okaylah tu kann. Yaa, mmg sedih sbb lambat dari kawan-kawan yang lain, tapi aku redha je. Haha, aku percaya ada hikmah atas setiap yang berlaku, n yes aku takleh bazirkan segala masa dan peluang yang ada lagi. Huhu. Anyway, convocation kami lambat lagi. Bulan 8 tahun depan tak silap. So i have enough time (insyaAllah) to do or finish what i have to 😇

Banyak sangat kenangan aku waktu belajar ni. Yang best ke tak best ke haha semuanya menarik. Dan banyak sangat jugak benda yang aku belajar sepanjang 4 tahun dekat KUIS tu. Macam-macam perangai aku jumpa dan hadap. N yes, memang kadang aku pun tersilap buat pilihan tapi itu semua adalah sesi pembelajaran dalam kehidupan rite. Aku bersyukur dengan semua ujian dan nikmat yang Allah dah beri selama ni. Mungkin, kadang aku terespon dengan emo ke bengang ke marah ke atas apa yang aku hadapi, tapi lama kelamaan aku nampak hikmah di sebalik semua yang pernah terjadi. N yes, it makes me become more stronger n wiser maybe? Haha. Hope so. Anyway, Alhamdulillah for everything and yes aku berjaya habiskan degree aku selama 4 tahun ni! Doakan semoga result Semester 8 Nurul Fadhilah Binti Solah cemerlang dan dapat First Class ke waktu Graduation Day nanti! 🙊 Heeee.

Herm, dah habis belajar ni akan masuk alam baru pulak! Alam pekerjaan! Aku kan tak intern lagi, tapi bila tengok kawan-kawan aku yang dah mula intern, ada yang cakap rindu waktu zaman belajarlah, baru faham kenapa orang nak balik cepat waktu kerjalah, ada yang siap cakap mengantuklah 😂 Hahahahahha adoi macam-macam perangainya. Seram pulak aku nak intern nanti. Huhuhu, nak hadap orang yang lebih tua dari kita, yang lebih berpengalaman dari kita. Cmnelahhh tuuu. Hahahhaa...
Anyone ada tips tempat kerja untuk student intern macam saya? 😄
Okaylah. Takde idea nak type apa dah haha. Haihlah, jarang dah update blog. Harap-harapnya dah habis belajar ni rajin-rajinlah sikit diri ni nak update post baru kan. Huhu, harapnya 😅 Anyway, thankyou for those yang masih sudi singgah blog yang biasa-biasa je nii. Harapnya tak bosanlah! Huhu, thanks guysss. Love you guys so much! 💕 Till then, byeeee! Assalamualaikum! 😙