27 August 2019

Giveaway-02 by Ematunz!

Assalamualaikum!
Lepas umum pemenang untuk first giveaway, ematunz.blogspot.com terus buat second giveaway.

Hadiah kali ni lain machiam sikit, iaitu gambar portrait digital. Jika terpilih, uols boleh dapatkan sendiri punya gambar siap edit, ala ala lukisan gittuw, boleh guna letak kat wallpaper ke, default photo pun boleh tau. 

Klik gambar di bawah kalau nak join Giveaway-02:


Hadiah apa tu? Hah, pinjam japp gambar ematunz, ini adalah contoh hadiah (dalam bentuk gambar siap edit) seperti dibawah:

Lukisan digital oleh Aeisha Lisa

Semoga terpilih. Thankyou sudi join giveaway ematunz.blogspot.com.
Heee, moga bertuahlah kann! Hadiah dia mcm nice gakk >< Lagipun lama dah tak join giveaway yg blogger2 adakan! So, why not kita try yg ni. Syaratnya pun simplee jeee. Tak susah :D Okay, bye! Assalamualaikum!

21 August 2019

BLOGGER CHALLENGE #3 | HANDWRITING |

Assalamualaikum! Okay guys! Here come the third challenge! Be ready k guyss! You guys gonna be shock and cannot believe once you see it! HAHAHAHAHA. Yes guysss! My handwriting! Why?! Because it really really bad n like seriously lah perempuan punya tulisan mcm ni 😆 Hahahaha yaaa aku bukannya like typical perempuan kot? Ada tulisan cantik kemas tersusun. Sbb tulisan aku, burukkkk dan lagi buruk dari tulisan cakar ayam kahkahkah. Maafkan saya 😂

Kenapa aku boleh cakap mmg buruk, sbbnya mmg ramai je kawan-kawan aku, family aku, even lecturer aku tegur tulisan aku. Ada yg mmg direct je ckp buruk, tak faham apa yg aku tulis dan suruh baiki tulisan kahkahkah. Tapi entahlah, rasa gaklah mcm malu sikit tapi aku mcm tak kisahlah. Yg penting selagi aku boleh faham okaylah kan. Even kdg2 tu sbnrnya ada je yg aku tak faham apa bnda yg aku tulis bila nak baca balik mcm bila rujuk nota ke apa kan 😆😆😆 HAHAHAHA. 

Anyway, aku pernah kena tegur dgn lect aku (lelaki dan muda ya) waktu tu dia bagi test paper balik. Dia ckp point aku ada tapi berterabur dan dia kena carik merata-rata 😂😂😂😂 Dan dia kata tulisan tu betulkan sikit. Susah betul nak faham. Dalam kuliah guyss depan semua classmates. HAHAHAHAHA Kau bygkan waktu tu malu aku camne. Tapi aku gelak2 jelah. No hard feelings sbb mmg aku mengaku yg tulisan aku mmg buruk. Lagi2 waktu jawab examlahh. Sbb nak cepat takut habis masa so mmg tangannya laju je menulis mmg buruklah tulisannya citer dia. Awal-awal mungkinlah boleh nak tulis elok-elok rileks-rileks. Tapi once dah makin sikit masa, haaa amek kau mcm kereta api lajunya menulis. Buruk ke cantik ke tak kisah dah yg penting aku habis tulis jawapan. HAHAHAHA Tapi aku cuba gaklah bgi sedaya upaya tulis tu biar boleh faham kan. Huhuhu, kalau tak habislah paper aku nanti. Markah aku 😂

Panjang lak bebel. So, dah bersedia ke nak tgk my BAD handwriting 😂😂😅😅
Ni tulisan time boleh tahan berhati-hati dan cubaan menulis dengan cantik.
Kira mcm menulis dlm keadaan tak tergesa-gesa dan rileks. Hahaha
Haaa ni pun sama. Btw ya mind map saya yg mcm karangan.
Sbb aku mmg tak pandai dan tak kreatif bila buat mind map.
Sbb rasa semua info penting end up aku salin je semua KAHKAHKAH
Haaaa ni tulisan aku jawab exam dalam bahasa arab.
 Hehe. Bolehlah faham jugakkan 😝
Ni lagi bila aku tulis dalam jawi/arab 😂 Lagi tak lawa hahahaha
(tapi ni more to kemalasan nak menulis gak kot)
Ya... burukkannn. Dan aku mmg ada satu habit, kalau aku tulis pastu ada salah,
aku tak suka liquid or mls nak cari liquid jadi aku akan potong je word yg salah tu.
Tapi bukan potong/garis sekali, aku akan potong byk2 kali sampai word tu hilang dan kertas pun jadi buruk mcm tu HAHAHAHAHA
Ni pulak tulisan bila aku tulis jawapan/isi dkt kertas lain dulu sebelum tulis dkt kertas jawapan hihi.
Haah, aku mmg suka rangka (yg tak berapa nak rangka) dulu jwpn aku baru aku tulis balik elok2 dkt kertas jawapan.
So, takdelah byk potong2 bila ada salah ayat ke apa. Selamatlah kertas jwpn aku dari keburukan yang teruk hahahahaha 
Ni bila kena salin soalan dan jawapannya cepat-cepat dalam kelas. Hahahaha.
Sbb nak dpt yg betul dan full kenalah kejar lect ckp apa. Lect pulak cakap bukan slow-slow tapi lajuuuu.
Pepaham jelah kannn huhuhu
Ini pula tandatangan aku yg simple dan bukan lawa pun 😂😆
Bolehlah dari takde kan org cakap. HAHAHAHA
So amacam guys? Yaaa tulisan aku sampai sekarang pun tak berubah lebih cantik ke apa ke. Tetap buruk mcm tu 😁
Eh tapi jap! Org kata kalau tulisan mcm cacing kerawit, tulis lelaju mcm tu sbb otak dia fikir laju dari tangan dia menulis. Kira dak-dak pandailahhh sbb tangan dia nak kena kejar apa otak dia fikir 😂 So kira aci lah tu eh guyssss 😝😁😙😋
Dan satu lagi rahsia, i am not a creative person you knowww. Hahahahaha. Bab-bab menghias, mereka cipta, mendesign, men apa lagi yg kreatif-kreatif tulah mmg aku boleh kata faillahhhhh. Otak aku bukan jenis otak kreatiflahh hahahahha. Nak menolong sikit-sikit tu bolehlahh. Hmmm, ada idea tak camne nak jadi kreatif? Ke Practice makes Perfect guysss? Hikhik. Okay thats all! Byeee! Assalamualaikum dear readers! 😜

7 August 2019

BLOGGER CHALLENGE #2 | CURRENT RELATIONSHIP |

Assalamualaikum guys! Hehe. So for the 2nd challenge about my current relationship? Hmmmm. Aku ni nampak mcm muka orang in a relationship ke? 😂 Hahahahaha. Ofkoslahhhh takkkkkk kan 😆 Yaaaaa. Sis masih singleeeee. Dan mmg sentiasa single pun sebenarnya. Nak kata tak pernah bercinta tu, tipulah kan. Pernahlah bercinta tapi.... sekejap sgt HAHA. Waktu hujung Form 2 hingga awal Form 3 mcm tu je. HAHA. Putus pun sbb kantoi dgn parents ada BF. LOLLLLLLL Seriously, tak taulah cinta monyet ke apa ke tapi mmg mcm tragedi gaklah ceritanya 😂

Okay, kisah lama. Lps je budak laki tu pindah sekolah mmg sis dah takde contact langsung pun. Like more to hate sbnrnya. Sbb adalah something yg happened yg buat sis rasa ditipu. KAHKAH. But whatever it is, let bygone be bygone. Sis takdelah benci dia lagi ke apa sbb takde guna pun nak benci-benci orang ni. Waste of time je. Huhu... Dan sis pun dah tak kisah psl dia haha. Okayhhhh. Asal nak kena cerita psl dia lak kan. Hahahahaha

So, yeah. Currently i am NOT in a relationship n yes SINGLE lah kan 🙋 Yeah, kdg sendu gaklah tapi cam apa-apa jelah. HAHA. Tak mati pun single ni xD Cuma tulah... bila dah makin meningkat dewasa ni makinlah hati ni mengada-ngada nak ada someone special kan. Aku rasa normal je kot benda ni HAHA. Tgklah nnti bila jodoh aku nak sampai, turun dari langit ke apa kan hahahahaha. Bilalah En. Jodoh nak muncul kan 🙊

Okaylah. Byeeeeeee. Hahahaha. Topik best tapi kisahnya tak best sbb takde kisah pun nak dikisahkan 💁💁💁😂😂😂 Till then! Assalamualaikum!

2 August 2019

BLOGGER CHALLENGE #1 | INTRODUCTION AND RECENT PHOTO |

Hye! Assalamualaikum! Haaa mcm yg korang nampak gmbr dkt atas ni, its mean that im going to join the challenge by Cik Rrai! Hehe. Alang-alang aku pun mcm takde idea nak update apa dkt blog ni kan. So, bolehlah 15 perkara dkt atas tu jadi topik aku utk membebel kan 😛 So, let start!

Okay, so introduction eh... Haha. Takde apa pun kot nak di-intro-kan sgt 😂 Macam biasa nama yang telah menjadi hak milik aku sejak lahir lagi adalah Nurul Fadhilah Binti Solah. Tapi nama panggilan aku adalah dalam beberapa, antaranya Fadh, Fadhi, Dhilah, Fadhil pun ada hahahahaha tapi paling rare Nurul lah. Tu pun pakcik aku je yg panggil mcm tu 😂 Okay lets proceed...

Aku adalah anak sulung daripada 9 orang adik-beradikkkk yaaa mmg adik2 aku ramai jadi boleh bayangkan lah aku sbgai kakak sulung garangnya tu mcm mana kan xD Hihi... N yes, i am 23 years old this year. Alhamdulillah masih diberi rezeki utk bernafas sehingga hari ini. Huhu... Alhamdulillah aku baru je menamatkan pelajaran dalam Degree Al-Quran dan Al-Sunnah dengan Komunikasi di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor 😉 Cumanya skrg aku masih lagi dalam internship lah. Habis hujung bulan 8 ni. Dan jgn terkejut, even dah habis tahun ni tapi tahun depan baru boleh konvo. Haha. InsyaAllah aku konvo bulan 8 tahun 2020. Yaaaa, setahun menunggu. Jgnlah setahun tu menganggur je. Doakan aku moga dpt kerja kayyy! Thankyouuu 😙

Okay! Kita cerita psl cmne aku boleh terjebak dalam dunia blogging ni pulak lah kan. Tapi aku dah ada je story psl ni dkt BIO aku hehe. Tapi secara ringkas jelah... Anyway, siapa yg ada pernah baca dah, yup! Aku start buat blog ni sbb aku tgk sepupu aku punya blog. Oh ya, aku start blogging 2011. Lama dahhh kannn! Almost 9 years dahhhh (Okay, feeling so proud hahahaha sbb this blog masih dapat bertahan eventhough skrg ni dah jarang update 😅) Anyway, lps aku tgk blog sepupu aku tu aku mcm tertariklah sbb rasa mcm best je blog ni. Kau boleh edit, boleh story apa yg kau nak story sbb benda tu mmg hak milik kau kan. Hehe. So, after that aku mintalah dia ajarkan aku utk buat blog tu. Dan makanya terlahirlah this blog!

Kalau perasan nama link blog aku ni mmg pelik dan kadang orang tak tau nak sebut camne pun xD Ramai sebut ko(ks)tau sedangkan sebutannya sebenarnya KO TAK TAU. HAHAHAHA. Haaaa... kenapa aku pegi letak nama tu kan xD Pelik2 je hahahaha. Yaaa, skrg ni pun aku rasa mcm adoiii kenapalah nama tu yg aku pilih duluu. Sedangkan boleh je aku letak nama aku ke apa ke yg logik n cantik sikitlah kan. Hahahahaha. Anyway, waktu aku buat blog tu aku Form 3 dan mmg otak budak-budak baru nak up. Remaja yg masih huha huha, jadinya aku letak nama KOXTAU tu kononnya sbb, bila org tanya nama blog aku, aku akan jawab lah KO TAK(stands for the X tu) TAU. So, org akan tanya byk kali dan aku akan jwb lah mcm tu je jgk sampai kesudah kan 😂 Cmtulah citernya.. Hahahahaha. Dua org gak kot kwn aku yg terkena 😆 Tapi bila dah habis sekolah lama2 lepas tu rasa mcm adoi menyesal lak letak link nama tu hahahahaha. Kalau nama sendiri je kan dah niceee. Hahahahaha. Tapi tulah, nak tukar nnti followers aku pun kena follow balik pulak link baru blog aku tu. So end up aku biarkan jelah link tu mcm tu sampai skrg. Takpelah... Blog aku pun biasa-biasa je. Tak penting sgt utk org tau kan 😜

Okay, so duluu kalau korang tgk dkt history post aku mmg awal-awal dulu byk je entry yg aku post. Tapi skrg nak sampai sepuluh dlm masa setahun pun susah 😩 Aigoooo.... Tu ada satu tahun tu, tahun 2017, dua post je aku berjaya update wehhhh. Likeeee whattttt. Pdhl sebelum-sebelum tu berpuluh-puluh post aku updateeee! Hahahaha the gapppp. Oh mannnnn. Yelahkan, mmg bila makin besar makin busy ni mmg makin jarang nak bukak blog. Sedih tapi mcm yelah nak update entry bukan kejap, nak kena karang ayat, cari idea lagi nak up psl apa kan. Even blog aku mmg mainnya psl life aku je. Hahahah tu pun susah guyssss. 😂 Huhuhuhu... Dan selalunya kemalasanlah. Bila dah penat mlslah nak buat apa kan hahahahahahhaha.

Haaa ckp psl blog jugakkk. Nak mengedit rupa blog ni pun satu hal jugak. Tapi betterlah dari nak cari idea utk up entry baru. Even nak edit pun perlu idea. Yelah, nak pikir nak guna warna apa, style cmne susah wooooo. Dan kdg2 tu balik-balik idea yg sama jelah aku recycle. Hukhuk T.T Sbb nak edit power2 kita bukan reti sgt kan. Byknya ikut tuto org je. Ubah sikit-sikit mana yg tahu je. Hahahaha. Mcm rupa blog aku skrg ni, kononnya aku nak buat style matanglah (even tuan punya badan sendiri bukannya matang mana pun xD) Maka, jadinyalah begini rupa blog aku. HAHA. Tp bg aku okaylah, simple dan tak menyerabutkan sgt huhu. Loading pun insyaAllah tak lama hehe.

Anyway, sblm ni aku sajelah baca balik post-post lama aku. Ya Allahhhhh rasa mcm ini ke aku yg duluuuuu? Post entry yg mcm apa je isinya dulu. Mmg awal-awal dulu aku buat blog ni mmg bebetul mcm diari akulah. Aku luah je apa yg aku nak luah. Mmg takde tapisan langsung xD Dgn bahasa, ayat, yg mcm apa je ejaannya. Komanya, titiknya berterabur semua kahkah. Yelah, mcm dak2 wicet punya style tu. Malunyaaaaaaa xD HAHAHAHAHA. Makanya demi keselamatan sejagat dan followers2 aku, aku ambil tindakan dan hide semua post tu xD Aku unpublish dan biarkan jadi draft je. Hahahahaha. Alhamdulillah aku mengambil keputusan yg betul. Kalau tak, malu woi kalau kwn2 aku usha blog aku dan habis dibacanya entry lama-lama. Mana nak sorok muka wehhhh 😂

Okay! So itulah serba sedikit ya psl aku dan kewujudan blog ni. Thankyou siapa yg baca sampai habis tu 🙊 Sorrylah kalau boring hehe. So for my recent photo! Hehe nasiblah aku ni suka bergambar ye dokkk HAHAHA

Yaaaaaa. Aku dah gemuk skrg. Ya Allahhhhh apa nak jadilahhh hahahaha. Bila nak sedar nak mula kuruskan badan tak tahulahhh. Pantang nampak makanan tak ingat dunia. Makan selagi bolehhhh. Haihhh... Tipulah kalau tak ss byk tips-tips kurus kan. Banyakkkkkk je aku ss. Tapi takde pun yg aku bebetul ikut lagi 😞 Hmmmmmmmmmm. Moga suatu hari nanti Nurul Fadhilah Solah akan sedar bahawa dia perlu kuruskan badannya (act dah sedar je punnn) Perluuuuu take action utk kurus sebenarnyaaaa! Haaaaaaaaa. Okayyy, itu jelah kot utk post kali ni! Till we meet again! Assalamualaikum! Byeeeeeeeeeee ;)