The journey :)

Assalamualaikum! Whaaattt a longg timeeee not posting anything hereeeee!๐Ÿ‘€ Last post pun January this year! Hahahaha, almost a yearrrr!๐Ÿ˜ Hehe, maybe sbb kerajinannnn tu tak munculll ataupun sebab mcm takde benda menarik nak diceritakan๐Ÿ˜š Hehe. Anyway, alhamdulillah finallyyyy mood nak menulis tu sampai juga akhirnya HAHA. Moga menariklah ek untuk dibaca๐Ÿ˜

Sebelum tuuuuu, how are youuu guysssss my lovelyyyy followerrssss and bloggerssss? Hihi, masih hidupkah blog kaliannn atau dah berhabuk mcm sis punya blog๐Ÿ˜ Alhamdulillah jika masih rajin update dan blogwalkinggg. Moga sis pun adalah masa dan kerajinan mcm kaliaannn! Rinduuuu yaaa nak berblogging tapi asyik tertangguh je sedar2 dah lamaaa tak update! Huhuhu....

Apa2 pun alhamdulillah for everything! So, nak cerita psl journey apa ni kan? Haha... Sajelah nak membebel tentang journey sis. Yg takdelah gempak mcm org lain but still good for me tho๐Ÿ˜š So! Kalau kaliannn pernah baca post2 sis sebelum ni, adalah beberapanya tentang keluhan ๐Ÿ˜ญ Self-destructive post huhu sedihnyaaaalah. Its not really keluhan tp like macammmm hmmmmm banyaklah perkara yg aku rasa down... rasa hidup takde progresslah, takde achievement lah.. n the list go on lahhh... Huhu... Astaghfirullahh... Lemahnyaaa kita sebagai manusiaaaa kannnn! Sedangkannnn there is so much blessing n grateful things yg Allah beriii tapi kita kdg lupa atau terlalu fokus kepada kekurangan yg kita ada๐Ÿ˜“ Jomlahhh kita bermuhasabah diriii dannn always change our focusss towards what we can do and what we have rather than what we lack of right! InsyaAllah!๐Ÿ˜Š

Okay, panjang betul intro nya yaaaa. HAHA cerita sebenarnya tak masuk lagi๐Ÿ˜†Haha, so basically mcm tu lah kan.. Haha tak2 gurau jeee... So, apa yg sis nak ceritakan sebenarnya adalahhhh what is changing for meee since early this year! Alhamdulillahhhhhh! Sebelum ini, 6 tahun aku bekerja di kedai my family selepas habis belajar. Like mmg habis belajar, aku takde cari kerja lain. Alasan paling besar adalah sbb aku takut. Ya, TAKUT. Takut, risau n semua yg negatif2 lah haha. Takut nak masuk environment baru, takut nak buat perkara yg aku tak tahu, takut nak hadap interview kerja, takut itu takut ini, takut dengan semuuuaaaa perkara yang baru dlm hidup aku ni. Huhu, entah mana hilang keberanian aku masa belajar dulu. Yg boleh jadi pimpinan, yg banyak buat program persatuan dgn kwn2, yg boleh lead team untuk program. KE MANAKAH HILANGNYA SEORANG NURUL FADHILAH yg dulu itu? ๐Ÿ˜ž Dulu takut jugak. Tapi maybe sbb ada kwn2 yg sama2 ada utk menjayakan, ada kwn2 yg always support. Maybe itu yg memberi aku keberanian untuk kedepan! Tapiii bila dah habis belajar, everything kita hadap sendiri. Mungkin aku terlalu berharap pada manusia akhirnya terlupa nak berdiri di atas kaki sendiri. Itu yg bila sorang2, terus jdi lemah dan jatuh ke dasar yg paling dalam...

Lagilah bila ada peluang utk aku melarikan diri dari realiti kehidupan. Huhu... Which is aku ada tempat untuk bekerja tanpa menghadap environment baru/orang2 baru iaitu bekerja dgn family. N yeah, i thought that i will survive this harsh world if i only stay here. But its never happened to be like that yaaa. HAHA. Hmmmmm, in those 6 years, the so called my 'comfort zone' yg sbnrnya takkk comfortttt punnnnnn. But i keep lying to myself that its gonna be okay just because i dont want to go through new challenges in this life. Huhu... Tapi sungguh... Allah itu MAHA BAIK. MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG. Dia tak pernah membiarkan hambanya walau sesaat! Allah tahu. Allah dgr setiap rintihan hati ini. Dan akhirnya, DIA kurniakan aku keberanian. YA. KEBERANIAN untuk aku keluar dari 'comfort zone' yg aku cipta selama ini...

Like after almost 6 years of contemplating and fighting with myself, dgn izin Allah aku berjaya memberanikan diri aku untuk mencuba cabaran baru. And it is finding new job. Sebab apa? Sebab makin lama makin hari aku rasa makin tak boleh nak go on anymore. Aku tenggelam dan rasa lemas dlm situasi hidup aku yg takde progress dan static. Tak bergerak dan hanya melakukan rutin yg sama setiap hari. In reality, aku tau aku boleh lebih dari keadaan aku ketika itu. But still, i am not going anywhere further. Tetap di tempat yang sama hanya melalui hari-hari yang terasa sama dan tiada apa lagi yang menyeronokkan. Serious, makin lama my mental health keep getting worse. Its keep draining.... N i have had enough!!!!!

Sungguh, Allah Maha Mendengar. Dan dia Maha Mengetahui. Dia tahu aku already at my limit at that time. Akhirnya, early this year around before March/Ramadan, one of my friend reach out to me dan tanya nak tak jadi cikgu di sekolah dia. Sbb mereka perlukan guru. Bare in mind time tu i am already at my limit and mmg aku nekad nak keluar dari situasi aku time tu. Cuma aku tak tau macam mana. Dannn alhamdulillah Allah hadirkan seseorang utk bertanya dan mengajak aku untuk jadi cikgu. Kalau tahun2 sebelum itu, ada je yg bertanya kenapa tak mengajar atau beri cdgn utk aku pergi mengajar. Tapi, cepat2 aku akan reject that idea sbb aku TAKUT. Ya, takutlah... hahaha.. Tapiiii masa tu bila kwn aku tanya mcm tu, i was like mungkin inilah masanya dan jalan yang Allah beri. 

So, aku pun bincanglah dgn my family sbbnya kedai tu aku je yg uruskan fulltime dgn adik aku sblm ni. Takde staff lain. Bincang punya bincang, i decided not to go because they want staff as soon as tomorrow after kwn aku tanya tu haha. Aku yg takde pengalaman langsung ni, tiba nak kena terus masuk kerja pastu Sekolah Agama KAFA yang student nya ramai. So, aku mcm berbelah bahagi jugalah. Lgi satu jauh sikit dari rumah which mean i need transport sedangkan aku tak reti drive๐Ÿ˜ญ Haha, so yeah maka aku tak pergiiii. Huhu. Tapiiiii alhamdulillah my parents cdgkan utk cuba tanya jiran aku yg ada Sekolah Agama Swasta dpn rumah aku je haha. Very convenient lah kan. Dpn rumah. Jln kaki berapa langkah je dah sampai๐Ÿ˜‚ Dan alhamdulillahhh, ada kosonggg! Mmg sekolah dia juga memerlukann guru baharuuu!

Ya Allah, sungguh semuanya Allah yg permudahkan. Tanya dan terus dapat. Ya Allahhh. Time tu nervous tp mmg rasa nak nangislah. Baiknya Allah ๐Ÿ˜ญ Alhamdulillah Ya Allahhh. Akhirnya aku startlah mengajar bulan 3 hari itu sehinggalah sekarang! Pejam celikkk almost 8months dahhhh! MasyaAllahhhh cepat sungguh masa berlalu! Dan apa yang boleh aku katakan, sepanjang aku mengajar ini. It really heal me... Yes, mestilah ada stressnya juga tapi its wayyy more better than my situation sblm itu. N yes, i really love this job. I love giving lessons, i love being with the kids, i love my time handling the students, workload n everythinglah. Kdg rant sbb byk kerja tu biasalah haha tp i enjoyed it๐Ÿ˜ญ Ya Allahhhh, nak nangis lagi rasa ๐Ÿ˜ญ Hahahahaha... Alhamdulillahhhh. Alhamdulillahhh Ya Allah atas nikmat yg kau berikan ini. Moga diriku dapattt sentiasa mensyukuri nikmat ini dan bertanggungjawab dgn sebaiknya ke atasnya. 

Jujur, mmg cita-cita aku daripada kecil dahulu adalah nak jadi cikgu/guru. Tp sbb hatiku lebih mengikut rasa takut, dan merasakan tiada matlamat dlm hidup ini, aku terlupa untuk mengejar cita-cita tu. Tapi alhamdulillah, Allah tetap beri aku peluang untuk menjalaninya... Alhamdulillah.... Dan mmg walau baru sekejap tp aku rasa seronoknya mengajar ni. Dan realitinya banyak sangat aku belajar ketika mengajar ini. Ia mengajar aku untuk menjadi lebih baik supaya dpt mendidik dan menjadi contoh yang terbaik untuk anak-anak murid aku. Nothing easy in this world but at least i get to enjoy while doing it. Alhamdulillahhh! Mungkin agak lambat dari yang lain. Tapi aku berjaya untuk keluar from that situation and do what i actually love. This is one of the big thing yg aku berjaya capai untuk tahun 2025 ini. Moga diri ini terus diberikan kekuatan dan kemudahan untuk menjadi guru yang baik, anak yang solehah & hamba yang bertaqwa disisi NYA. 

Panjang lagi perjalanan hidup ini jika ditakdirkan Allah umur yang panjang, entah apa pula cabarannya di masa hadapan kelak, tp moga kita semua dapat melaluinya dengan cara yang paling terbaik menurut Allah dan dapat mencapai keredhaannya. Aamiinn Allahumma Aamiinnn...๐Ÿ’— Aku juga doakan semoga sesiapa yang sedang menghadapi situasi mcm aku sblm ini, moga kalian juga dapat keluar dari situasi tersebut dan capai apa yang paling terbaik untuk kalian! Moga Allah permudahkan journey kalian dalam mencari makna kehidupan ini dan akhirnya pulangnya kita semua nanti dalam keadaan yang paling terbaik sepanjang hidup kita dan diredhai Allah SWT! Aamiinnnnn! ๐Ÿ’— Alhamdulillah, till next post! Assalamualaikum! *feel free to leave comments yaaaa!๐Ÿ˜Š

Mini๐Ÿ’–untuk semua yang tidak berhenti berjuang!

Hiking! [Bukit Melati] :D

Assalamualaikum! Heee, sementara ada kerajinan nak update ni, kita updatelah kan! Patut nak update terus semalam tp tak menyempat. So, yeahhh kita update todaylah! Alhamdulillah kerajinan tu masih ada haha. Anyway, nak ceritalah kannn semalam sis pergi HIKING! Haha, which is something new lah jugak for meee. Sbbnya, sis mmg pernah Hiking dulu sekali masa zaman belajar di KUIS. Baca sini post nya! [BROGA HILLS] tapiiii lepasss tuuuu tak pernah pergi Hiking dah! Hahaha cam trauma gaklah nak hiking. Mana taknyaaa, Bukit pertama sis hiking for the first time ever is Bukit Broga tu yg agak curam lah for me ๐Ÿ˜‚ Terus cam trauma jugaklah nak pergi hiking lagi HAHA.

Tapiiiii, alhamdulillahhhh sbb kita dah niat dan berazam nak try n explore banyakkkk benda baru tahun 2025 ni, so yeah kita sahutlah cabarannya! Hehe, plan asal pagi semalam tu nak Brisk Walk je mcm biasa dengan my mother dkt Taman Tasik Cempaka tu. But then, tiba2 my mom ckp "Jom! Pergi Hiking dgn Ustazah." Haha, mmg dkt kwsn kejiranan sis ni ada seorang Ustazah yg sgt suka hiking n mmg selaluuuu pergi hiking! So, Ustazah mmg rajinlah ajak sesiapa yg nak join. Memula tu cam haaaa seriouslahh hikingg. Dahlah xde training n lamaaa gilerlahhh tak hiking kan! HAHA. Tp bila memikirkan bila lagi nak try, so haaa okay jelahhhh! Redah jeee! HAHA. N yeahhh pergilah kita Hiking pagi tu...

Gerak santai2 je jam 9.30am mcm tu berlima dgn Umi, Ustazah & 2 orang lagi. So, berlima lah kami. Keluar2 tu langit gelappppp. N dlm perjalanan mmg hujannnn. Tp bukanlah hujan lebat sgt, so try je pergi juga kot ada rezeki hujan berhenti dkt sana tu. Perjalanan takdelah jauh mana nak ke Bukit Melati, Nilai tu. Around stgh jam mcm tu je dari Bangi. Dah sampai tu, masih gerimis tp kami redah je juga ikut trek yg mudah. Rupanya dia ada byk trek dlm 4 trek dan 4 puncak.

Soooo, alhamdulillah Ustazah bawa kami ikut trek paling mudah lah untuk beginner. Sbb sy kan beginner ๐Ÿ˜Œ Haha... So, kami ikut laluan Centipede Hill Trail tu. Laluan dia okaylah. Tak curam sgt tak santai sangat. Just nice for beginner. Ngam2 je sampai puncak tu baru kaki ku ini terasa penatnya dan mintak nyawanya hahahaha.

Dia byk laluan tp yg kami ikut ni laluan yg ada jalan Tar masa mula2 naik, naik sikit baru sampai laluan berbatu. Tp masih okay sbb dia tak curam. Not bad lah untuk sy yg beginner ni kan. Dia menaik tapi tak curam. Masih amannn haha. Tapi ofkos lah nak sampai puncak tu kena menapak naik jalan yang curam kan, kalau tak mcm mana nak sampai bukitnya haha. But still, its okay for me. Cuma mmg mcm sis ckp dah hujung2 nak sampai puncak tu barulahhh terasaaaa kepenatannya tu hihi.




Alhamdulillahhh dah sampai puncakkk ofkoslah kena bergambar ye dakkk! Haha, tak menyempat amek nafaasss yg penting amek gambar duluuuu ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

After that turunlah bukit. Time turun ni laluannya kejap curam, kejap santai je. Tp byk curam lah sbb menurun kan. But still, alhamdulillah okay sahaja!

Dah selesai tu, bergerak kita pergi isi perut pula! Sbb belum sarapan ๐Ÿ˜ Ustazah belanja Darsa Fried Chicken! First time sis nak rasa haha. Not baddd aiskrim, ayam, nasi lemak, shawarma, garlic saucenyaaa. Sedaaapppp! Ayam punnn boleh tahan besarrr. Aiskrim pun portion byk mmg puas makannn! Definitely, gonna repeat again lah! ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹


Okay, alhamdulillah! Itu sahajalahh storynya! Minggu depan ustazah ajak Hiking lagi! Cuba Hill Trail yg lain pulaaa. Lebih mencabar! Kita fikir2kan dululahh ekkk ๐Ÿ˜† Hihi, alhamdulillahhh! Till next post! Assalamualaikum!๐Ÿ˜Š

Its 2025! Alhamdulillah!

Assalamualaikum! Alhamdulillah untuk umur yang masih dikurniakan oleh Allah SWT. Alhamdulillah untuk setiap kenangan manis pahit yang telah berlalu. Alhamdulillah untuk setiap orang-orang baik yang hadir mewarnai kehidupanku selama ini. hehe

Bismillahhh untuk 2025! Semoga segala yang baik2 hadir dan semoga segala yang baik2 dpt diberikan oleh diri ini kepada orang lain! Aamiin! Mcm biasalah, tahun baru azam baru hehe. Ke azam lama tp kita recycle baru lagi sbb belum berjaya? haha boleh sahajaaa. Jgn putus asa untuk mencapai sesuatu sehingga berjaya! Kalah sekali bangkit berkali2! ๐Ÿ˜✊ Anyway, alhamdulillah semalam 1 Januari 2025 bersamaan 1 Rejab 1446H juga :) Bulan baik dipermulaan tahun baru. Bulan Rejab ini antara bulan Haram yang balasan dosa & pahalanya lebih berat daripada bulan2 biasa. Makaaa, jommm! Cuba kurangkan berbuat dosa dan lebihkan berbuat amal soleh & perkara2 baikkk ^^ Ia juga sebagai persediaan kita nak menuju ke Bulan Ramadan yang tidak lama lagi! Bulan Rejab ini amat digalakkan untuk berpuasa, Istighfar & berdoa ๐Ÿ˜‡


Jom! Jangan sia-siakan keberkahan di bulan Rejab ini! :) InsyaAllah, kita semua boleh buat ๐Ÿ‘ Btw, apaaa target / azam / hobi baru yang korang nak cubaaa untukkk tahun iniiii? Kalau sisssss, ofkos nak finish my target untuk kurussss dan consume makanan yang healthy! Sbb sis mmg hantu maniss haha ๐Ÿ˜ƒ Semoga berjayaaaa! Doakan saya kawan2! ๐Ÿ˜ N then, sis nak banyakkan cuba aktiviti/hobi baru! Sebabnyaaa rasa mcm banyakkk lagiii benda baruuu yang iolss belum exploreeee! Ada tu ada, tp sikit sangat! So yeahhhh! Harap 2025 ni banyakkk bendaaa baruuuu yang dapat sis try dan explore! Hehe

Seterusnya apa lagi! Haaa, nak betulkan habit sehari-hari! Tidur awal, bangun awal, selitkan dalam sehari ada baca buku membina even sehelai muka surat, always rutin mengaji after subuh n maghrib, istiqamah solat di awal waktu! N try to not easily distracted dengan keadaan/masalah sampai emosi kelaut or badmood dan terus menangisi hidup ini haha. InsyaAllah, segala masalah ada penyelesaiannya. Back to Allah, everything will be okay! Jom! Kejar ketenangan dalam hidup ini! Oh ya! Dan semoga sis dapat meninggalkan tabiat buruk juga! Semoga diri ini dapat menjadi lebih baik daripada tahun2 sebelumnya! Aamiinn!๐Ÿ˜Š

InsyaAllah, dengan usaha yang tidak putus! Dengan pengharapan yang tidak hilang! Everything can be achieved! Masih jauhhh perjalanan hidup ini! Trust Allah & Trust yourself! Bismillaahhhhhhh! Jalan terussssssss!๐Ÿ˜Ž๐Ÿ’ชAssalamualaikum!