Assalamualaikum.
?
Bila diluahkan, bahaya.
Bila disimpan, merana.
Aib perlu dijaga.
Habis tu?
Tahan sampai bila-bila?
Tak boleh.
Aku tak kuat mana.
Sedih bila dipersoalkan kebenaran kata-kata.
Sedih bila terasa macam diri ni diabaikan sentiasa.
Sedih bila terasa macam orang lain dilebihkan dan dijaga.
Aku pun ada perasaan. Manusia biasa. Perlu kasih-sayang.
Mungkin aku dah besar. Lebih tahu.
Tapi siapa boleh tipu perasaan sendiri?
Lemah. Terkilan. Kecewa. Sedih.
Menangis jangan katalah.
Makin lama makin sensitif.
Maaf kerana aku begini.
Tapi itu apa yang aku rasa.
Jangan engkau risau.
Kerana aku cuba usaha pendam semuanya.
Kerana jika aku luahkan.
Tetap tiada guna.
Aku yang kena balik.
Aku yang dikatakan kasar.
Aku yang dikatakan kurang ajar.
Lagi teruk jadinya.
Kau kata.
Tapi macam kata kosong sahaja.
Aku memendam rasa.
Tertanya-tanya kenapa ini yang aku dapat?
Kenapa aku dilayan sebegini?
Herm... Astaghfirullah...
Tahan. Simpan. Pendam. Nangis. Sembunyi. Senyum. Perkara biasa. Cuma sampai bila?
Assalamualaikum :]