11 June 2014

SAMBUNG BELAJAR KE KITA? HAHA

Assalamualaikum! Fuh! Lama gak tak update entri baru! Hahahaha. Sorry! Kemalasan melanda x3 So sekarang ni aku nak update entri pasal aku yang akan sambung belajar! Yeayyyyy! Alhamdulillah. Ada juga tempat nak sambung belajar. Tapi, swastalah. Herm, kesian mak ayah aku! Aku mesti belajar bersungguh-sungguh dan tak lalai lagi! Mesti! InsyaAllah! Budak-budak lepasan SPM2013 ramai yang dah mula sambung belajar! Aku masuk lambat sikit je sbb asasi. Haha. InsyaAllah aku akan sambung belajar di KUIS dalam bidang asasi pengajian islam! :) Heee, sebenarnya mula-mula tu aku mohon asasi BA. Dah dpt pun. Then tiba2 rasa nak tukar asasi pengajian islam. So, tukarlah! InsyaAllah, aku masuk 1 Julai ni. Patutnya masuk bulan 8. Tapi dipercepatkan pulak. Huhu. Takpelah. Lagi bagus! Aku nak masuk cepat2! Cukuplah lama sangat dah cuti! Hahahahaha. *Ceyh! Nnti bila dah susah nak cuti, dok sibuk nak habis cepat! x3*
 
 *Aku printscreen dari website KUIS je logo ni x3*

Kawan-kawan dari sekolah lama aku ramai juga masuk KUIS. Haha. Kawan lama aku pun masuk situ. Sepupu aku pun masuk situ jugak sorang. So, takdelah aku kesunyian pun kan? Haha x3 Tapi ramai kawan aku ambil diploma. Aku ambil asasi. Adalah 2 3 orang yg ambil asasi jugak rasanya. KUIS ni bukannya jauh sgt pun dari rumah aku! Dalam 15 minit pun dah sampai! Haha. Tapi dkt2 pun takdelah balik selalu. Mak ayah aku pun tak bagi balik selalu xp Tak taulah kenapa. Haha.

Herm, nak mula hidup baru. Cari pengalaman baru. Hadapi cabaran baru! Semoga semangat aku pun baru dan sentiasa menginginkan yang terbaik! InsyaAllah! Amin! Tadi aku pergi KUIS sekejap, hantar surat permohonan pertukaran course. Suasana dkt situ cantik je. Semua berjubah, berbaju kurung, berbaju labuh, bertudung labuh, bertudung yang menutup aurat. Takde pun pelajar yang pakai seluar kecuali pelajar lelaki. InsyaAllah selamat! Alhamdulillah... Dah dtg tu, aku call lah Iera! Ckp nak jumpa! x3 Heee, dapatlah jumpa dia sekejap! Huhu. Iera dtg dgn Aini sekali! Jumpalah budak berdua tu x3 Iera kata dia susah nak jumpa aku skarang. Tu yg excited nak jumpa tu! Hahahaha. Then kebetulan pulak dkt situ ada karnival apa tah. Adalah jual jubah, baju, tudung, macam2 lah! So, kebetulan aku pun tengah cari barang utk bawa pergi KUIS bulan 7 nanti. So, tengok2lah baju dkt situ. Aku beli 2 baju! Hahahaha. Harga dia mahal gaklah T^T Takdelah dpt murah. Sama je mcm harga dkt shopping mall tu hah. Dah beli, then balik. Iera pun ada kelas.
Sekarang ni aku tengah sibuk mengemas! Hahahahha. Excited gila nak masuk cpt2 ni! x3 Taknaklah kemas last minit kan? Hahahahahha. Btw, kesianlah tengok mak ayah aku kena keluar belanja banyak untuk aku beli barang. Sedih rasa T.T Haish! Aku memang tak boleh sia-siakan segala penat lelah mak ayah aku! Dahlah aku ada adik berderet-deret lagi bawah aku. Aku mesti belajar sampai dpt biasiswa! Bolehlah ringankan beban mak ayah aku! InsyaAllah! Harap sgt aku mampu lawan nafsu dunia aku! :') Amin, InsyaAllah!
Btw, lepas ni maybe jarang sangattttttttttlahhhhhhhhhhhh update blog! Yelah, org dah sambung belajarkan? Hahahahahhaha. Maybe hujung minggu jelah dpt usha blog pun kot. Tu pun bukan selalulah maybe. Jarang2. Huhu. Doakan aku selamat belajar dengan baik dan tidak lalai dgn nafsu dunia! Amin! Okaylah! Tu je kot. Hehe. Assalamualaikum! :)

14 comments:

  1. Tenangnya duduk situ sebab semua orang berjubah kan :) Goodluck ya :D

    ReplyDelete
  2. Hahaha fadhilah! Dah nak sambung study ke? Fi hifzillah from Naniiiiiii :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Naniiiiiiiiii! Kamu pun ada blog >< Heeee, sambung study bulan 7 ni! ;) InsyaAllah! Thanks! Kamu punnnn :)

      Delete
    2. Haha baru buat, tapi tak secantik blog korang :) Okay most pleasure and thankyouu :)

      Delete
    3. Ouhhh. Haha. Kita pun still belajar lagi! xp Heee, no problem! ;)

      Delete
  3. wah, akak nnti saya mai ke kuis

    ReplyDelete
  4. susah tak asasi dekat kuis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minat kos yg kita amek, senang je :) Lect nya pun baik-baik!

      Delete
  5. Assalamualaikum sis.Kalau kat KUIS,semua wajib pakai tudung labuh eyh? Tudung bulat jw kw bolwh or bawal/shawl pon boleh tapi asalkan labuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam, tkdelah. Tk wajib pakai tdg labuh, tp wajib labuhkan tudung :) Bawal n shawl boleh je pakai cuma jgn singkat. Biar tutup dada dan bahu dan leher seperti yg diarahkan oleh syariat ^^

      Delete
  6. Sis macam mana pengalaman amik asasi pengajian islam di kuis ? boleh share tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erm, pengalaman eh? Okay je. Huhuhu.. Lecturer sgt baik. Dan boleh jumpa bila2 masa yg mereka free. Pelajaran dia mmg agak laju. Sbb asasi kan. Fast track ke degree. Jdi masanya pun skjp jelah. Setahun je. But still okay je. Pandai bahagi masa insyaAllah okay semuanya. N amek asasi ada biasiswa tkk utk student asasi kalau dpt result capai minimum dia. So, insyaAllah kurangkan beban sikitlah. Cumanya, sbgai blsnnya, kena sambung degree situ juga. Huhuhu. Kalau tak kena byr dua kali ganda balik. (N yeah sis sambung degree di kuis. Huhu) Then, program2 pun byk je dkt kuis tu. Program umum or program student asasi shj. Rajin utk join atau tak jelah. Huhu. Btw, sorry lmbt reply. Sbb x selalu buka. huhuhu

      Delete