21 May 2016

Pokok durian tumbang tepi rumah!

Assalamualaikum para blogger. Pada pukul 3.30 pg td telah berlaku satu kejadian yg sgt tidak dijangka tepi rumah aku. Family aku telah dilanda musibah bencana alam pg tadi. Sebelah rumah aku ni ada 1 pokok durian. Dan mlm tadi, tgh kitorang satu family tidur lena, tiba-2 aku terdengar 1 bunyi yg sgt kuat mcm ada bnda jatuh sebelah tingkap bilik, mula-2 tu takdelah terlalu kuat, so aku ingat nak sambung tidur balik je. Tapi belum sempat nak lena balik tiba-2 dgr 1 lg benda jatuh yg mmg tersgt kuat bunyinya mcm bunyi atap kena hempap dan rasa mcm nak roboh. Mmg aku terkejut sgt-2 dan rasa takut. Mula tu waktu tgh mamai-2 lg, aku ingatkan ada org nak pecah masuk rumah ke apa ikut tingkap, tp bunyi benda jatuh tu makin lama makin kuat, dan buat aku rasa takut sgt. Aku tak tau knp aku rasa takut nak bgn dri katil, tp lps tu aku dgr suara maid aku tanya bunyi apa tu, then aku rasa berani sikit nak bgn dri katil. Then bila aku gi ruang tamu, aku nampak adik-2 aku dgn mak aku dah terbgn. Masing-2 terkejut bunyi apa yg kuat sgt tu.

At the same time, ayah aku tak tidur lg rupanya. So, ayah aku punya bilik dkt dpn. Aku duduk bilik tgh dan maid aku duduk bilik blkg. Ayah aku cerita, ayah aku rasa angin kuat sgt yg bukan biasa punya angin. Ayah aku pun dah rasa lain mcm lah kan. Sekali tetiba dgr bunyi dentuman benda jatuh. Ayah aku pun dah fikir ni mesti kena kereta sbb kereta parking sblh rumah. Dkt dgn pokok durian tu. Ayah aku ingat ranting dia je jatuh, sekali dgn pokok-2nya sekali tumbang atas kereta. Mmg kemek habislah kereta ayah aku!

 (Bwh tu ada kereta ayah aku)

 (Dri sudut dpn rumah aku)

(Dpn rumah ada kereta mak aku. Alhamdulillah kena ranting-2 je..)

(Bwh pokok, dlm timbunan daun tu ada kereta ayah aku yg dah kena hempap)

 (Atap luar yg pecah)


(Atap yg pecah dri dlm bilik ayah aku)
Kitorg dah terkejut tu, ayah aku, kitorg keluar tgk apa yg terjadi. Mmg pokok durian tu dah terbelah dua, jatuh hempap kereta ayah aku dan kena bumbung rumah dkt bilik ayah aku. Habis pecah atap dgn syiling atas bilik ayah aku sikit. Lps tu, hujan… Air dah dpt masuk ikut atap tu, habis dia mengalir banjir pulak dlm bilik ayah aku dgn ruang tamu. Mmg basah habislah! Berbaldi-baldi sekali dgn besen periuk semua yg ada boleh utk takung air digunakan. Byk gaklah guna.. n basah lantai jgn ckplah… T^T




Tak lama lps tu, dlm pukul 4 lebih tak silap, ada beberapa ustaz kawan-2 ayah aku yg sekali merupakan jiran dtg tgk. Dan dlm hujan-2 tu, ada yg tolong tebang pokok utk alihkan dari kereta ayah aku. Mmg aku bersyukur sgtlah ada kwn-2 ayah aku yg sudi tlg potong pokok dan bersihkan kereta ayah aku yg dah kena hempap tu dalam waktu hujan-2 macam tu, dgn hanya pakai baju hujan je. Nak katanya alhamdulillah family aku dikurniakan environment dgn kwn-2, jiran-2 yg mcm ni. Pg-2 buta jiran ditimpa musibah dlm keadaan hujan, sudi dtg membantu…









Lps dah potong semua, dah masuk subuh. So, dyorg stop sekejap. Then siang hari ni, kitorg ada pertandingan hafazan peringkat serdang, dkt surau dpn rumah aku. Alhamdulillah ramai peserta-2 yg join dan sambutan mmg hangat :) Lps selesai program dlm tghhari mcm tu, ramailah kwn-2 mak ayah aku dtg ziarah kitorg. Tgk apa yg berlaku… Huhuhu, dri pglah kiranya ada yg dtg, sampai ke petang tak henti-2. Cikgu-2 sekolah ayah aku pun ada yg dtg jgk.. Adalah yg memberi sedikit sumbangan, mmglah rasa segan tapi alhamdulillah ada yg sudi menolong meringankan beban.. :’)




So, dri pukul 10 ke atas td ada tuan rumah dgn pekerja-pekerjanya dtg bantu repair atap yg ranap dan bocor tu n ada jugak Kadet Amal/ Unit Amal dtg tolong tebang pokok kepala sawit dpn rumah aku. Sbb utk mengelakkan kalau terjadi sekali lagi bencana yg tidak dijangka… N dyorg jugak ada potong pokok-2 durian yg lain dkt tepi/blkg rumah org lain rasanya. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan, dlm masa sehari ni atap dah dibaiki, cuma pokok jelah belum dikutip utk dibuang lg… So, agak bersepah lg dkt sblh rumah aku ni. Huhuhu… Kereta ayah aku mmg kemek habis dan katanya nak repair tu beribu jugaklah kan…. Huhu…







Serious, bencana alam yg menimpa ni adalah mungkin satu musibah, ujian Allah utk kitorg satu family. Dan mungkin juga peringatan kepada kami dan juga org lain. Sbb nak katanya hanya pokok durian yg mmg besar kayunya tu sahaja yg tumbang yg hanya disebabkan oleh angin kuat semata-mata. Kuasa Allah siapa boleh lawan? Dan sbnrnya kalau mmg ajal kami 1 family dah sampai pg tadi tu, pokok tu mmg takkan jatuh ke atas kereta tapi jatuh ke atas rumah kami. Maka nikmat Allah yg mana yg kamu dustakan? :’) Allah masih panjangkan umur kami utk bertaubat dan bermuhasabah… Allahu… Byk lagi amalan yg tidak dilakukan, byk lagi pahala yg perlu dikejar, tidak terkira dosa yg telah dilakukan…. :’( Mohon doa dri sahabat semua, semoga kami dipermudahkan urusan dan berada dalam peliharaan Allah SWT… Amin… Assalamualaikum…



*Btw, wifi rumah aku wayarnya habis terputus. So, tak tau bila pulak unifi nak psgnya :3 Ni pun aku gigih guna wifi hotspot data hp. Huhuhuhu. Demi mengupdate entri baru ni TvT*

17 comments:

  1. ya Allah teruknya pecah rumah akak tu :( nasib baik tkde yg cedera. kesian kereta dgn bilik ustaz solah T__T bagus jiran2 banyak membantu. semoga baik2 je semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu, alhamdulillah semua selamat. Amin... InsyaAllah... Thank you Mazni :)

      Delete
  2. Alhamdulillah keluarga masih Selamat. Duit boleh cari, tp nyawa tiada ganti.

    Ayt yg last tu betul sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Bersyukur sgt Allah masih panjangkan umur... Sama-2 kita bermuhasabah :')

      Delete
  3. *ayt yg bermuhasabah tu

    ReplyDelete
  4. salam , alhamdulillah musibah ujian Allah , bersyukur sebab xda yang cedera kan

    ReplyDelete
  5. Bagus laa ada yang bantu. Last year pun sebelah rumah leya pokok tumbang. Mujur laa tak teruk sangat.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, keluarga selamat dan syukur ada jirang2x yang banyak membantu , kan . . .")
    ada hikmah semua ni disebalik kejadian ni . .

    ReplyDelete
  7. Assalamua'laikum... Alhamdulillah tak de yang cedera.. Dugaan malam. Kalau Reen tu, dah terfikir hantu yang ketuk kuat2. ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu, mmg ada fikir mcm tu. Tu yg takut sikit x3 Tapi alhamdulillah semua selamat...

      Delete