12 April 2018

PMQS KUIS 17/18

Hyeeeeee! Assalamualaikum! Salam Sejahtera! Salam #PRU14! Salam #UP! Salam Satu Malaysia! Hahahaha. Menjelang PRU14 ni kan. So dia semangat sikitlah. First time nak mengundi untuk negara jugak ni! Hehehe.
Okaylah, post kali ni nak cerita pasal apa sbnrnya. Amenda PMQS KUIS tu kan? Haha, its stands for PERSATUAN MAHASISWA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR. Oh yeah! 👋😎 Yaaaaaaa! Itulah persatuan pertama yang aku join sebagai pimpinan dkt KUIS ni. Dah nak habis baru sibuk nak berpersatuan. Hahaha biarlah kan! Awal-awal kita belajar dulu lepas dah ada keberanian sikit baru kita timba pengalaman pulakkan ;p So macam mana kisahnya aku boleh join jadi pimpinan pulakkan? Pimpinan jabatan aku pulak tu. Hahahaha 😬
Okay, kisahnya bermula macam ni........ Pada suatu hari... Hahahaha takde arh. Okok kita serious ;p So, waktu dibuka pencalonan untuk pimpinan baru jabatan aku utk tahun 2017/18 dibuat dgn cara setiap kelas kena hantar 2 orang calon. Seorang lelaki dan seorang perempuan. So, waktu tu kelas aku hantar dahlah. Tapi tak semua kelas hantar calon, dan memang sikit je yang hantar so ada viral mengatakan sape nak jadi pimpinan boleh lah daftar lebih kurang camtulah. So, dkt sini sis teringin tau sbnrnya. Tapi mungkin tak berapa nak kuat keinginan tu dan rasa macam takde keberanian lagi so sis batalkan niat sis utk cuba nasib. (Even kwn2 ada je support. Haha) So, habis situ. Okay takpelah yang tu.  

So waktu AGM untuk pimpinan 16/17 turun, dan pimpinan 17/18 naik, aku membantu jugalah dengan classmates aku sbb pimpinannya pun batch2 kami jugak. Menolong ni pun, aku tak offer diri pun, tetiba je tau2 dah ada dlm grup AJK MAKANAN AGM. Haha, yang tu start first time sis join jadi ajk program rasanya... First time okay. Dkt KUIS tu. So, tolong jelah kan. Dan alhamdulillah AGM nya berjalan lancar. Congrats dkt pimpinan baru, presiden dan timbalan presiden baru pe sume. So, kira dah habis ceritalah. Pimpinan baru tu mereka bincang sesama sendirilah kan untuk jawatan exco pe sume. Tak lama lepas tu takde angin takde ribut tiba2 aku dapat mesej dari kawan kelas aku (which is ketua aku rupanya haha) tengah borak pasal benda lain tetiba dia cakap dia segan dgn aku sbb aku pimpinan alquds. N sis like (apa benda yang mamat ni cakap. Bila pulak aku jadi pimpinan 😑) Hahahahahaha. Pastu tiba2 muncul grup baru dkt ws sis. Group pimpinan alquds 2017/18. N sis be like weh apa semua niiii! Hahahaha. So citer dia sis dimasukkan jadi pimpinan tanpa pengetahuan sis. Tapi sis fikir yang mungkin Allah bagi cara macam ni dan maybe peluang utk sis timba pengalaman baru. So sis terimalah lps disuruh kawan2. Hahahaha.

So, kwn kelas yg ws aku tu rasmi jadi ketua aku lah. So, ap jawatan aku? Sebagai Timbalan Lajnah Multimedia dan Publisiti. Hahahaha. Sis mmg minaaaaattttt sgt dgn IT. Sis sgt berminat dan suka main cuba2 bila berkait dgn IT ni tu yang boleh ada blog. Kahkah. Tapi sis takde skill. Skill PS ke AI ke editing ke video editing tu adalah skill sikit2. So kira  jadi pimpinan tu mmg zero lah 😅 So risau takut semua adalah kan. Sbb kau takde skill dlm bidang jawatan kau tu. Haha. But still sis bersyukuuuuurrrrr sangat sis terima jawatan tu dan dapat ketua yang MasyaAllah! Cenggini 👍 skill editing dia! Hahahaha. Jujur, banyak sangat pengalaman sis dapat! Belum lagi ilmu editing dari seorang PIC yang ikhlas membantu. Haha. Dan kenangan yang sangat manis pahit tawar bahagia semua adalah! Haha.

So, walaupun sis agak slow tapi sis digandingkan dgn ketua yang sgt komited dan laju je keje dia (dia pun kena mcm sis tau2 dah jdi pimpinan haha) Banyak sis belajar dari dia dan ofkos dari ahli pimpinan yang lain juga. Dan sis mmg minta maaf banyak2lah kepada semua ahli pimpinan dan ofkos ketua sis terutamanya yang terpaksa bergadai 'nyawa' dan masanya untuk menaikkan nama persatuan jabatan kami ni. Serious talk dia yang banyak buat keje2 editing sbb sis tak reti mengedit. Dialah edit video, edit gambar. Sis bantu waktu shooting, meeting dan mana yang sis boleh bantu je :3 Hahaha, maaflah sbb dpt timbalan yang tak berapa nak function. 🙏 Huhu. Dan jujur aku respect dgn ketua aku sbb skill editing dia dan idea2 gempak dia. Kira genius gaklah mamat ni. Haha. Even adalah side2 yang sis takleh nak masuk, tapi yelah mana ada manusia yang sempurna kan. Haha. Okay cukuplah memuji kan. Hahaha, so back to the story.

Jadinya, persatuan jabatan sis ni mmg dah lama gaklah tak menang apa2 anugerah dari ANUGERAH SINAR KEPIMPINAN (ASK) dan kira mcm agak tenggelam sikitlah kan. Hahaha, so waktu 'zaman' pimpinan sis ni kami letak matlamat untuk rebranding Persatuan Alquds tu dan biar dikenali di mata warga KUIS dan sehingga dpt promote KUIS kepada warga luarlah. N yeah Alhamdulillah we did it!!!! 👏 So, dalam pimpinan ni alhamdulillah aku ni dikategorikan adik2 so senanglah sikit kot nak masuk dgn abang2 n kakak2. Haha, dan insyaAllah mereka lebih matang kot kan. Hikhik. Jadinya, masing2 ditugaskan lah buat program bawah lajnah masing2. Dan bwh lajnah aku saje ada dlm 3-4 program. Semuanya idea ketua aku tulah. Daebak dia ni. Gigih dia nak jayakan program. 💪💪💪Haha. Even program paling besar nak katanya PENCETUS SINAR MAHASISWA (mcm Imam Muda/ PU/ DAIE) dgn MAULID AKBAR  pun berjaya dilakukan dan berjaya memperkenalkan ALQUDS serta KUIS dgn lebih meluas lagi hasil dari usaha semua pimpinan yang bertungkus-lumus. Alhamdulillah...

Banyak lagi program lain yang pimpinan kami berjaya jalankan. Dugaan nak menjayakan program, nak berkerja tu jangan cakaplah. Segala suka duka konflik pahit manis yang orang tak nampak mmg banyakkkkkk. Baaaaaaanyaaaaaakkkkk sangat. Hanya Allah je yang tahu :') Huhuhuhu. Orang nampak program gempak, berjalan lancar je apa sume. Tapi usaha gerak kerja nak jayakan tu serious hanya Allah je yang tahu. Dan ofkos banyak kali menangis pun ada kan. Hahahaha kalau dah kait dgn manusia tu. Mmg tak larilah dari membuat kesilapan... Biasalah kan, kalau nak jayakan program besar, ujiannya pun besar jugalah! Huhuhu. Apa konfliknya taknak cerita sinilah kan. Kita simpan sendiri je ;) Cukuplah kita abadikan yang gembira2 sahaja! Haha. Yang pahit tu ambil buat jadi pengajaran ❤
Oh ya! Alhamdulillah skrg ni aku dah tau nak guna PS cuma AI je tak belajar lagi. Haha, video editing pun dah retilah guna Sony Vegas 😁 Cuma nak kena asah skill practice so that lebih perfect gituuuu. Skrg biasa2 je. Setakat basic. Haha So aku belajar dari siapa editing tu. Ketua aku? Haha, malangnya bukan 😬 Yeah, tak belajar dgn dia. Masa dia dan aku tidak mengizinkan haha. And end up aku belajar dgn PIC (person in charge) untuk lajnah aku. Kira pemantau aku lah. Alhamdulillah dia ada skill editing. Dan dia ikhlas nak mengajar so aku bersyukur sgtlah. Finally sis dpt jugak peluang nak belajar editing 😭 Alhamdulillah PIC sis ni sabar dalam mengajar dan menjawab segala soalan2 sis. Hahahaha. So akhirnya aku adalah ilmu guna PS tu... Selama ni cuba belajar sendiri tak faham. Hiks. So, lepas je ketua aku tau yang aku dah belajar guna PS tu terus dia suruh aku handle last program pimpinan kami as ajk multimedia n publisiti ARMAGEDDON. Sbb dia busy handle multimedia publisiti untuk program MAULID AKBAR. Aku memula macam... ermmm, tapi takpelah. Just try it. Haha. So aku sorang handle sini dia sorang handle sana. So yeah sep sikit! ✋💁 Ya, even aku first time lah kan nak handle sorang2, alhamdulillah ada anak buah yang sgt2 membantu aku dari awal sampai akhir 😭 SAYANG MEREKA SANGAT-SANGAT. Tak tipu aku yang banyak belajar dari mereka sebenarnyaaaaaaaa! Huhuhuhu. So belajarlah aku membahagikan kerja masing2, siapa edit poster, gambar, video, shooting. Huhuhu. Alhamdulillah sis berpeluang belajar banyak benda 🙆 Dan alhamdulillah the program went well! Hikssssss 🙊

Jadi setelah bertungkus-lumus menjayakan program akhirnya sampailah ke penghujung fasa pimpinan kami. Jadi waktu makin hampir nak ASK tu, mmg ada dgrlah desas-desus psl PMQS akan menang ni menang tu. Tapi aku takde expect apa2 pun dan takde nak harap apa2 sgt pun (Tak taulah yang lain. Haha) Sbb rasa mcm hermmm, mungkin ada lain yang lebih better dan baik dari kami ke kan. Mana nak tau. Haha. So bila tibanya hari yang dinanti, excitedlah kan sbb yelah kita tak tau apa nak jadi, sape nak menang pe sume. Tp siyes excited tak tau kenapa. Sbb semua tu akan jadi kenangan kot! Haha. Cuma perasaan sedih tu ada gaklah. Sbb apa? Haaaaaaa, sbb jap lagi korang tau sendiri. Haha. So, tunggu punya tunggu maka tibalah masa utk umum pencalonan anugerah2 dan pemenang2nya. Dan alhamdulillah program2 kami mcm PSM, MAULID AKBAR, ARMAGEDDON, MALTAF tercalon dan ada yang menang juga 😍 Jadi, apa anugerah2 yang kami dapat? Hahahahaha.

Like you can seeeeeee 🙈 Tak sangka guysssss! 4 sekali sapu! Hahahaha.



Waktu dapat untuk setiap anugerah tu serious tepuk tangan terjerit gembira terharu semua adaaaaaa! Dan rasa happy yang tak tau nak cakaplah! Rasa hilang penat lelah handle program meeting apa semua selama ni. Huhuhu. Siyes rasa nak menangis dan terharu bila diumumkan keputusan tu. Huhuhuhu. Alhamdulillahhhhhhhh! We achieved it! The best that we can do! Syukur Ya Allah! Syukurrr sangat! N yes we got the best anugerah that night! ANUGERAH SINAR KEPIMPINAN 😭😭😭💛💛💛 Alhamdulillahhhhhhhh....




Seriously, keluarga Al-Quds lah keluarga yang aku saaaaaaayanggggg sangattttt! Dgn PMQS ni lah aku belajar banyak sangat benda. Aku dapat ilmu editing. Aku tau nak shoot (tapi masih byk lagi kena belajar huhu), aku belajar handle meeting, aku belajar handle program, aku belajar berkerja dengan berbagai ragam manusia, aku belajar berkerjasama dgn ketua, belajar respect people, belajar macam-macamlahhhhhh! Dan semua tu tak semudah-mudahnya nak dpt dlm kelas. N yeah i should be grateful n tak mensia-siakan ilmu dan pengalaman yang Allah dah beri >< InsyaAllah.... Lets fight to be more better! 💪
Semua ni takkan dapat dicapai tanpa usaha keras dan kerjasama antara pimpinan. Walau apa pun yang telah berlaku, semua tu tetap ada hikmahnya dan pengajaran untuk hadapi masa yang akan datang yang lebih mencabar! Thanks a lot korang semuaaaaaa Hanafi, Sofia, Qayyum, Anis, Asyraf, Aqilah, Emir, Irfana, Faris, Farah, Luqman, Syamliah, Amin, Zarith Sofea, Irfan, Liyana, Fuad, Fadillah dan Mustaqim! :) Tanpa izin Allah, aku tak dapat kenal kalian! Aku tak dpt belajar banyak benda dari kalian! Aku tak dapat ilmu dari kalian! Thanks for all this time dan semoga kita semua akan bergerak lebih maju pada masa hadapan InsyAllah! Uhibbukum fillah ! 💛🙆
Okay itu sahaja! Hahahaha. Terima kasihlah pada yang membaca sampai habis! Maaf jika ada yang tak kena dlm post sis ni 😊 Assalamualaikum!

6 comments:

  1. hehe same lah. masa join persatuan selalu in charge poster, walaupun cuma ada basic skills je, puas hati lah jugak bertungkus lumus buat segala macam kerja editing. psst, masa nilah pun nak kenal jenis2 manusia dekat dunia huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heeeee, kannnn! Bila org terima kerja kita rasa puas hati gituu. N yeah, bila berkerja dgn namanya manusia mmg mcm2 lah ragamnyakan. Huhuhu

      Delete
  2. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete