30 August 2021

Jom kejar Syurga Allah SWT! :)

Assalamualaikum...

Lama betul tinggal blog ni, tak di update. Tak ditengok langsung. Huhuhu.. maafkan saya. Mood berblogging tu mcm hilang 😂 Tak tahu nak update ttg apa. Sbb mcm idk apa yg menariknya utk diceritakan. Hahaha.. Tapi takpe, kita trylah random update kali ni kan 😙

Heeee, so how you guys semua? Followers2 blog saya ni, kwn2 saya :) Harapnya semua dlm keadaan baik... Diberi kesihatan yg baik, dijauhi drpd wabak Covid-19. Jika mmg ada yg dah kena Covid-19 atau terkesan dgn wabak ini, moga Allah berikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan kalian semua! ^^ Aamiinnn...

Hmmm, nak share psl apa eh... tgk tajuk tu psl Hijrah? Huhu, diri sendiri pun takdelah baik mana sembang psl hijrah ni tp kita cuba utk jadi lebih baik everyday rite? So, hijrah? Hijrah kemana? Berpindah ke? Hihi, taklah. Ni nak cerita ttg hijrah kita untuk menjadi lebih baik. Utk jdi Hamba Allah yg soleh solehah, Hamba Allah yg bertaqwa insyaAllah...

Musim pandemik skrg ni, mmg setiap hari ada kematian. Mungkin ada ahli keluarga seseorang, sedara-mara seseorang, jiran seseorang.. Dan boleh jadi mereka yg terdekat dgn kita juga. Even diri kita sendiri pun kita tak tahu, selamat ke tidak kita dari virus Covid-19 yg mengganas ni. Allahuakbar... Dunia dah akhir zaman, tapi kita sendiri tak tahu, amalan kita dah cukup ke utk bawa ke akhirat nnti? Byk dah ke pahala yg kita ada? Berapa byk dosa yg kita dah buat? Kita dah bertaubat belum mohon keampunan drpd Allah? Allahu... sudah2 tentu masih sedikit amalan kita. Entah2 tak cukup pun, nak masukkan kita ke dlm syurga tanpa dihisab.. Astaghfirullahhalazim... 😢

Alhamdulillah, dlm keadaaan pandemik ini mcm2 perkara dah terjadi. Termasuklah ramainya yg mula sedar dan mula utk berhijrah. Berhijrah menjadi lebih baik. Meninggalkan apa yg Allah larang. Berhijrah melakukan kebaikan seperti bersedekah, membantu mereka yg susah. Mengisi masa2 lapang yg ada dgn mengaji, solat. Allahu.. Alhamdulillah...

Syukur, syukur alhamdulillah Allah masih beri kita peluang. Peluang umur untuk kita bertaubat. Utk kita tambah amal soleh kita. Allah masih beri kita hidayah, detikkan dlm hati kita untuk berubah. Allah permudahkan kita untuk melakukan kebaikan. Untuk beribadah kepada dia. MasyaAllah..

Mmg jujur ramai yg terkesan dgn apa yg melanda dunia skrg ni, tapi semua yg berlaku juga adalah dlm perancangan Allah. Apa yg berlaku semua dlm pengetahuan Allah. Allah tahu dan Allah lah sebaik2 perancang dan Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Dlm kita dilanda pandemik, dlm kita ditimpa kesusahan, kita kena sentiasa ingatkan diri kita, semua yg Allah uji dan Allah beri adalah dlm pengetahuan Allah. Allah beri Allah uji sbb Allah tahu hamba dia mampu. Allah beri musibah kpd kita juga boleh jadi sbb Allah nak ampunkan dosa kita. Bila kita sabar, dan kita redha insyaAllah antara asbab kpd dosa kita diampunkan.. Allahumma aamiinn...

Nak train hati untuk sabar dan redha mmg susah, tapi itulah mujahadah kita. Syurga bukan mudah untuk didapatkan kan? :') Nak istiqamah berubah, buat apa yg Allah suruh, tinggal apa yg Allah larang pun bukan mudah. Sbb kita hamba. Kita manusia mmg membuat dosa. Iman sentiasa turun naik. Allahu... tapi nak tahu tak? Bila kita bangkit semula setelah kita jatuh, itu juga ISTIQAMAH. Perjalanan kita dlm Istiqamah untuk menjadi lebih baik... Jdi, jgn risau. Jgn down bila kita mula kembali berbuat dosa setelah kita berusaha merubah diri. Teruskan kembali kepada Allah, taubat setiap hari, istighfar setiap kali kita melakukan dosa. Bila kita buat dosa, dan kita rasa bersalah, rasa berdosa, malu dgn Allah, itu juga tanda hati masih hidup. Iman masih ada. Allahuakbar... Sygnya Allah pd kita, Allah tak terus hukum pun bila kita berbuat dosa besar mahupun kecil. Tapi Allah lintaskan lagi kesedaran dlm hati kita, rasa bersalah dgn dosa kita, supaya kita kembali semula kpd Allah... MasyaAllah...

Mungkin, kita sentiasa rasa dosa kita byk sgt. Allah mesti tak terima taubat kita, susah nak terima diri kita... Jgn risau sahabat, Allah itu sgt suka dan sgt menunggu hamba-hambanya bertaubat dan berdoa meminta keampunan mahupun apa shj kepada dia. Allah mmg sentiasa menunggu hambanya merintih, menangis kepada dia. Allah mmg nak makbulkan dan akan makbulkan setiap doa dan hajat kita, tinggal kita je nak doa ke tak. Setiap doa kita, Allah akan makbulkan cuma cpt atau lmbt dan dlm bentuk apa shj. Tapi, jgn pernah hilang pergantungan kita pd Allah.. Setiap apa yg kita harapkan dan doakan, letak sepenuh pergantungan kita pada Allah. Dan diikuti dgn ikhtiar, usaha. InsyaAllah...

Jaga diri kalian, jaga iman kalian, jaga hati kalian. Dunia dah akhir zaman. Jom perbanyakkan amal soleh kita. Sedekah jariah kita yg berpanjangan yg boleh membantu kita di akhirat kelak. InsyaAllah, hidayah Allah kita boleh cari dgn pelbagai cara. Dunia ini sementara shj. Akhirat itu yg kekal selamanya. Bukan mudah nak dptkan syurga tapi tidak bermakna kita tidak mampu untuk mendapatkannya. :') Boleh kita amalkan dgr tazkirah ustaz ustazah tentang syurga, neraka, akhirat insyaAllah Allah lorongkan hati kita, perlakuan kita untuk mengejar Syurga Allah SWT.

Bykkan berdoa, hanya Allah yg pegang hati ini, yg Maha Membolak-balikkan hati ini, mohon supaya hati ini tetap sentiasa dlm agamanya, mohon kepada Allah supaya diampunkan dosa kita. Diterima taubat nasuha kita sblm mati. Diberikan pengakhiran yg baik kpd kita Husnul Khotimah dan dimasukkan kita kedalam SyurgaNYA tanpa dihisab. Aamiinnn Aamiin Ya Rabbal Alaminnn....

Last but not least, mohon maaf salah silap. Semua ini peringatan untuk diri saya sendiri juga. Utk kita sama2 muhasabah diri kita. InsyaAllah... Jangan lupa untuk sentiasa bersyukur dan say Alhamdulillah setiap hari atas setiap apa yg berlaku dlm hidup kita sehari-hari :) Terus kuatkan semangat dan Istiqamah dlm berhijrah untuk menjadi hambanya yg bertaqwa! InsyaAllah Aamiinnn! Moga Allah permudahkan! Assalamualaikum! :)

2 comments:

  1. Thank you for this kak fadhi. Saya sekarang tengah di fasa asik mempersoalkan itu ini, susah redha, rasa macam takde benda yang boleh diharapkan. Mungkin apa yg berlaku tu sebab dari dosa2 sendiri. Tapi memang susah sangatlah nak rasa positif. Rasa macam bukan diri sendiri. Taktau nak cakap camne :'D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Mazni.. InsyaAllah akk pun masih dlm fasa nak memperbaiki diri.. Yup, mmg susah nak redha nak ikhlaskan hati ni. Sbb iman kita sendiri turun naik. Skjp okay, skjp tak. InsyaAllah, akk doakan Mazni dikuatkan iman, dan dikuatkan semangat oleh Allah. Sentiasa dlm keadaan baik dan tidak terus berada dlm kekeliruan...

      Ujian yg Mazni hadap tu, Allah beri sbb Allah syg. Always ingat Allah, dekatkan diri dgn Allah, insyaAllah Allah ada untuk tolong. Utk beri ketenangan pd Mazni. Takde masalah yg lebih besar dri besarnya Kekuasaan Allah atas segala sesuatu. Sekelip mata je Allah boleh selesaikan masalah kita, boleh beri kita jln keluar. InsyaAllahh... :) Love you! Heeeee

      Delete