Assalamualaikum. Hai, apa khabar penghuni dunia? Masih kuatkah menjalani kehidupanmu di dunia ini? Masih utuhkah harapan dan keyakinanmu kpd yg Maha Esa? Masih teguhkah pendirianmu sebagai Hamba? Semoga setiap kekuatan dan keteguhan yang dikumpulkan beroleh ganjarannya di sisi Allah SWT dan diangkat darjatmu asbab kesabaran dan keredhaamu dlm menghadapi segala ujian kehidupan😇
Alhamdulillah ala kulli hal, perit macam mana pun, susah mcm mana pun, tetaplah bertahan kerana semua itu bekalan utk kita bawa ke akhirat kelak. Sbb dunia ini bukan tempat tinggal kita yg sebenar. Semuanya hanyalah sementara. Hanya tempat kita mengumpul sebanyaknya pahala kebaikan utk dibawa pulang ke tempat tinggal kita yang sebenar iaitu Syurga... Moga setiap dari kita yang beriman, dapat masuk ke Syurga tanpa dihisab dan mendapat syafaat Baginda Nabi Muhammad SAW. Aamiin Ya Rabbal Alamin...
Actually, nak cerita psl sis pergi healing hari tu. Tp pnjg pula mukaddimah nya... Haha... Tetiba rasa nak story lah kan hari tu sis ikut Usrah Muslimat dkt kawasan rumah sis ni. Kami buat Usrah dkt Taman Saujana Hijau, Putrajaya. Saje sekali-sekala kita usrah santai sambil menikmati keindahan alam gitewww. But, seriously its really help me release my stress :) Alhamdulillah sangat sis follow jugak sbb lama tak jalan-jalan ambil angin n healing org kata. Haha... Actly, for me healing camni lagi best sbb tak perlu keluar duit sgt & melihat segala keindahan alam serta mengingati kebesaran Allah SWT.
Taman Saujana Hijau tu dah kali kedua sis pergilah kiranya hari tu. Tapi kali ni ikut jalan depan jadi jauh sikit nak ke tempat berkelah tu. Mmg puas berjalan dan sekaligus exercise lah😂 Hahahahaha tapi best sbb bagi kita peluang utk lupakan sekejap segala masalah yg menganggu pikiran, menikmati keindahan alam, dan ambil gambar banyak-banyak sbb view cantik sgt💕
Bila berjalan tengok alam ni, dia membuatkan kita rasa tenang, bebas sekejap dari keserabutan dunia, n mcm recharge balik energy kita nak melalui hari-hari seterusnya. Sbb mmg lama sgt sis tak pergi healing. Setiap hari ulang-alik pergi kerja balik kerja, cuti duduk rumah je rehat layan movie, makan tidur. Huhu, dia rehat tp tetap energy tu cam tak di renew. So, badan jadi lesu je, semangat pun takde. Alhamdulillah, Allah beri rezeki utk pergi jalan-jalan ambil angin dan recharge energy baru!
Panjang pulak bebelnya. Kita tgk gmbr pulaklah kan...
Tengoklahhh langitnya, pokoknya, bunganya... MasyaAllah.. Subhanallah.. Indahnya ciptaan Allah SWT... Alhamdulillah sgt hari tu cerah elok, hujung-hujung time nak balik tu je hujan sekejap tapi tak lebat... Alhamdulillah💕 Kitorang pergi tu time weekend dalam kol 9 pagi camtu sampai. Mmg ramai juga orang exercise, jogging apa sume tapi takdelah sesak sgt. Alhamdulillah😊
Nampaknya lepas ni kena cari juga masa utk release stress everyweek or 2x sebulan macam tu. Sbb kita bukan robot yang tiada rasa. Mmg akan ada rasa penat, stress, tension, sedih & segala emosi yang Allah telah ciptakan. Jadi, don't bottle it up sampai buatkan diri kita hilang rasa gembira, rasa suka, rasa bahagia tu. Kesian pada diri dan orang terdekat kita. Qun Qawiyyan! Moga terus kuat menghadapi segala ujian yg mendatang, moga diberikan jalan keluar bagi setiap permasalahan dan moga akhirnya nanti kita pulang dalam keadaan gembira menemui Sang Pencipta Allah SWT! InsyaAllah, Aamiiinnn!
Alhamdulillah, till next post! Assalamualaikum!😊
No comments:
Post a Comment