29 November 2023

Congratulationsssss! :)

Assalamualaikum! Heeee, aku baru perasan yg aku takde update pun lagi psl Convocation aku 2 tahun lepas dkt blog ni 😂 Alang2 tgh musim Convo ni, bolehlah aku nak menyibuk update jugak hahahaha. Fyi, aku Convo pun after 2 years of hiatus gitew hahahahaha. Semuanya gara2 Covid lah kan. Habis belajar 2019, Convo 2021. Itupun, alhamdulillah pihak KUIS nak buat secara fizikal. Kalau tak tu mmg ada desas-desus nak buat secara online sahaja. HAHA... Mmg taklah kitorg nak kannn.

Dan akhirnya, alhamdulillah dpt juga secara fizikal.. tapi tak bestnya sbb time tu Covid masih mengganas, jadinya parents tak dijemput hadir. Hanya student shj yg dibenarkan masuk Dewan Konvokesyen tu... So, its not that perfect punya Convocation lah. Even Jubah & Mortar Board pun perlu pulang terus lps habis majlis tu sblm keluar dewan. Dlm dewan pun kena pakai mask. HAHA... Nak bergambar dgn kawan2 luar dewan pun dihalau sbb tak boleh berkumpul ramai2... Haha sedih betul...



Ini gambar masa dah habis Last Paper for Degree!
Captured n Edited by MUSTAQIM MN .
(Member photographer jugak sooo yg berminat boleh pi PM dia. Cuma x sure dia masih ambil job photographer lg ke tak)

Anyway, tetap syukur alhamdulillah.. After 2 years of waiting, akhirnya officially graduated from KUIS which is skrg dah jdi UIS. Tarikh Convocation aku time tu 2 December 2021. Tarikh hari lahir my mom! Malam tu terus celebrate birthday hihi. Bila dah naik pentas ambil scroll tu serious rasa mcm Alhamdulillah proud of my self even slack sikit sbb tak dpt First Class hahahahhahha. Sikit je lagi nak capai. Tulah, byk main punya psl 😂 Melepaslah kannn. Nak kena sambung MASTER pulak ke? HAHAHAHHA, tiada dlm perancangan lagi 😜


Tgklah tu, sikit je lagi nak masuk first class tu hahahahaha


Alhamdulillah, walaupun jubah convo kena pulang awal, tp dapatlah juga kita photoshoot prevconvo kan. Huhu... Puas lah bergambarrr. Alhamdulillah semua gambar cantik2! 😍 Kita hire photographer member KUIS jugakk AMIRUL RUSLAM. Rasanya mungkin ada yg tahu kot kann. Heeee, kalau ada yg berminat dgn photography dia boleh pergi DM dia dkt IG!





Seriously, cabaran sebenar bermula selepas zaman belajar ni. Sbb kau kena survive semuanya sendiri. Time zaman belajar dulu hanya perlu fokus belajar & dgn kawan2 je. Dah habis belajar ni semua dah mula mencari rezeki, berpisah menuju hala tuju masing-masing, dah jarang jumpa. Huhu, nikmatilah zaman belajar suka duka masa belajar tu betul2! Nanti surely you guys akan merinduinya! 

Dan explorelah, carilah pengalaman cukup2 dgn join program2 yg ada, join persatuan, jadi pimpinan, jdi ajk program, join usrah. Sbb semua tu x dpt dlm kelas. Tak dapat secara teori. Itu semua pengalaman yg berharga sgt sbb itu yg akan didik kau utk jadi lebih berani, jadi lebih pandai utk bercampur dgn orang dan lebih mudah untuk survive di masa akan dtg. Dan kau akan rasa rugi jika kau tak join semua tu. Seriously, pandai teori shj tapi tak pandai urus hidup its really gonna hurt youuuuu! Aku berani ckp cmtu sbb aku sendiri mengalaminya. HAHA

But it doesn't mean kau kena aktif program bagai2 tapi pelajaran kelaut. Its not gonna help you either mcm tu. Seimbangkan kedua2 nyaa.. Haaa gitewww... Dapat excellent in both punnn lebihhhh baikkkk! Cuz educated people ni seriously lain pembawaan dia ya. So be educated. Be confident. Be good.


Dahlah, tak tahu nak bebel apa lagi haha. Alhamdulillah for everything! Congratulations untuk mereka yg Graduation tahun ini! Cepat atau lambat bukan perlumbaan! Tapi satu kejayaan yg layak utk diraikan! Alhamdulillah ala kulli hal! May Allah bless all of you! 😇👍

No comments:

Post a Comment