29 November 2023

takde tajuk

Assalamualaikum. Heeee, bertemu lagi kita di post yg terbaru. Haha, tetiba terajin pulak nak menaip lagi petang2 ni. Sementara takde customer di kedai. Alhamdulillah ala kulli hal... Semalam Allah hadirkan rasa sedih, hari ini Allah gantikan dengan rasa syukur. Esok kita belum tahu lagi... Moga esok dan seterusnya juga baik2 sahaja. Dlm post Missing aku bercakap banyak sgt masa aku yg dibazirkan biar berlalu begitu sahaja. Feeling like takde progress. And today, suddenly i keep thinking yang its not takde progress, tp maybe progressnya slow... maybe aku sendiri yg tak cukup push for the progress. Maybe aku sendiri yg tak puas dgn pencapaian aku lagi. Its not about other people punya achievement but its all about ourselves. 

Sungguh diri ini sentiasa lupa untuk bersyukur dan kurangnya bersyukur. Sebab terlalu sibuk melihat kepada apa yang kurang dan bukannya memperbaiki apa yg boleh diperbaiki. Sedihkan hidup mcm ni? Tp itulah manusia. Selalu lupa. Belum lagi lupa ttg rezeki ni semua Allah yg bagi. Bukan rezeki dlm bentuk wang shj, tp pelbagai lagi bentuk rezeki yg Allah beri. Mmg byk yg kita terlepas pandang dan kdg tu sesuatu nikmat tu dah jdi kebiasaan sehingga lupa terus untuk bersyukur. 

Byk benda yang boleh kita ubah dlm hidup ni, mcm biasalah, antara nak dgn taknak je. Antara kuat dgn tak je, antara bersungguh atau tak je, antara berani atau tidak je. Sbbnya, Allah takkan pernah sia-siakan mereka yg berusaha. Allah takkan biarkan hambanya yang berusaha. Allah takkan uji hambanya melainkan dlm kemampuannya. Selalu kita rasa lemah, rasa tak mampu, rasa marah, rasa sedih, rasa mcm hidup ni tak bermakna je... tp sbnrnya kita tahu yg hati kita kosong. Kosong dari apa yg mendatangkan kasih dan sayang Allah. Kosong dri apa yang memberikan ketenangan kepada hati. Kosong merasakan takde makna dlm hidup ni...

Sedangkan realitinya? Kita yg menjauh... Kita yang melupakan... Kita yang memilih untuk pergi... Kita yg memilih untuk memuaskan nafsu kita berbanding apa yang Allah suka. Kita yang memilih untuk kepuasan dunia, dan bukan kepuasan di akhirat nanti... Pastu kita nak menyalahkan takdir. Nak menyalahkan musibah yang dihadapi... sedangkan semuanya berpunca daripada diri sendiri. Allah tak pernah jahat. Allah tak pernah beri apa yg bukan terbaik utk kita. Tapi kita sendiri yang merosakkan diri. Merosakkan diri dengan perkara sia-sia. Perkara lagha. Perkara maksiat. Jdi mcm mana? 

Allah hadirkan ujian supaya kita bermuhasabah. Ingat kembali dosa-dosa kita yang lalu. Ingat kembali apa kita telah semakin jauh dariNYA? Supaya kita kembali semula kepada dia. Bukannya biar diri kita terus jauh.. sehingga lupa kepada DIA. Sungguh, bila hati dah mati, hidup akan menjadi kacau. Jgn tipulah kata elok je hidup kau. Bahagia je. Jujur jelah, jauh di sudut hati kau, kau rasa kosong. Tapi kau tak tau cara utk mengisi kekosongan tu. Which is caranya hanyalah kembali kepada ALLAH. Kembali kepada fitrah kau. Fitrah manusia mmg menginginkan kebaikan. Jdi semua yg lagha, yg tak baik, yg dipenuhi nafsu semua tu berlawanan dgn fitrah. So, mmg kau takkan rasa kebahagiaan yg sebenarnya lah.

Semua yg aku tulis ni hanyalah sekadar luahan hati untuk diri sendiri. Yang makin hari makin lalai... Makin jauh.. Makin tak sedar dunia dah akhir zaman.. Dah nak kiamat dah... Tak takut ke diri ni terus lalai? Terus ditenggelami dgn nafsu dunia. Terus tenggelam dlm Hubbun Dunia. Ya Allahhh, takutnya dgn diri sendiri kdg2 tu... Like hidup mcm tak sedar akan mati. Hidup mcm tak sedar dunia ni akan hancur. Hidup mcm tak sedar kehidupan sebenar bukan dkt dunia tapi dkt akhirat sana... I'm scared of myself. Tp tulah.... nak berubah ni bukan mudah kan. Nak berhijrah ni bukan mudah kan. Nak tinggal segala yg perlu ditinggalkan tak mudahkan... Nak menambah amalan baik, ibadah kpd Allah pun tak mudah kan...

Actly, iman ni mmg turun naik.. Kejap kita alim sealim-alimnya, tp kemudian tersungkur balik... Takutnya kan... Mmglah kita tak mampu nak jaga hati ni tanpa pertolongan Allah.. Allah shj yg Maha Berkuasa Membolak-balikkan hati ni. Kita takde kuasa. Kita ni takde daya apa pun. Tapi tetap hidup masih sombong. Masih berlagak. Masih rasa nntilah2 taubat. Ada masa lgi esok. Lusa. Tulat. Tak sedar yg even skjp lagi pun kita boleh mati. Entah masih bernyawa ke tak. Ya Allahhhhh... byknya dosa hambamu ini. Byknya khilaf hambamu ini.

Aku doakan semoga setiap dari kalian yg baca post ni... Mendapat pengampunan daripada Allah SWT, sentiasa dirahmati dan diberkati kehidupannya. Dikurniakan kesihatan yg baik, dikurniakan rezeki yg berkat dan halal. Semoga kalian sentiasa dlm lindungan Allah dan sentiasa kuat dan dipermudahkan untuk menghadapi segala ujian di dunia ini... InsyaAllah... Aamiin Ya Rabbal Alaminn... Doakan aku ya...

Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment