The journey :)

Assalamualaikum! Whaaattt a longg timeeee not posting anything hereeeee!👀 Last post pun January this year! Hahahaha, almost a yearrrr!😁 Hehe, maybe sbb kerajinannnn tu tak munculll ataupun sebab mcm takde benda menarik nak diceritakan😚 Hehe. Anyway, alhamdulillah finallyyyy mood nak menulis tu sampai juga akhirnya HAHA. Moga menariklah ek untuk dibaca😍

Sebelum tuuuuu, how are youuu guysssss my lovelyyyy followerrssss and bloggerssss? Hihi, masih hidupkah blog kaliannn atau dah berhabuk mcm sis punya blog😝 Alhamdulillah jika masih rajin update dan blogwalkinggg. Moga sis pun adalah masa dan kerajinan mcm kaliaannn! Rinduuuu yaaa nak berblogging tapi asyik tertangguh je sedar2 dah lamaaa tak update! Huhuhu....

Apa2 pun alhamdulillah for everything! So, nak cerita psl journey apa ni kan? Haha... Sajelah nak membebel tentang journey sis. Yg takdelah gempak mcm org lain but still good for me tho😚 So! Kalau kaliannn pernah baca post2 sis sebelum ni, adalah beberapanya tentang keluhan 😭 Self-destructive post huhu sedihnyaaaalah. Its not really keluhan tp like macammmm hmmmmm banyaklah perkara yg aku rasa down... rasa hidup takde progresslah, takde achievement lah.. n the list go on lahhh... Huhu... Astaghfirullahh... Lemahnyaaa kita sebagai manusiaaaa kannnn! Sedangkannnn there is so much blessing n grateful things yg Allah beriii tapi kita kdg lupa atau terlalu fokus kepada kekurangan yg kita ada😓 Jomlahhh kita bermuhasabah diriii dannn always change our focusss towards what we can do and what we have rather than what we lack of right! InsyaAllah!😊

Okay, panjang betul intro nya yaaaa. HAHA cerita sebenarnya tak masuk lagi😆Haha, so basically mcm tu lah kan.. Haha tak2 gurau jeee... So, apa yg sis nak ceritakan sebenarnya adalahhhh what is changing for meee since early this year! Alhamdulillahhhhhh! Sebelum ini, 6 tahun aku bekerja di kedai my family selepas habis belajar. Like mmg habis belajar, aku takde cari kerja lain. Alasan paling besar adalah sbb aku takut. Ya, TAKUT. Takut, risau n semua yg negatif2 lah haha. Takut nak masuk environment baru, takut nak buat perkara yg aku tak tahu, takut nak hadap interview kerja, takut itu takut ini, takut dengan semuuuaaaa perkara yang baru dlm hidup aku ni. Huhu, entah mana hilang keberanian aku masa belajar dulu. Yg boleh jadi pimpinan, yg banyak buat program persatuan dgn kwn2, yg boleh lead team untuk program. KE MANAKAH HILANGNYA SEORANG NURUL FADHILAH yg dulu itu? 😞 Dulu takut jugak. Tapi maybe sbb ada kwn2 yg sama2 ada utk menjayakan, ada kwn2 yg always support. Maybe itu yg memberi aku keberanian untuk kedepan! Tapiii bila dah habis belajar, everything kita hadap sendiri. Mungkin aku terlalu berharap pada manusia akhirnya terlupa nak berdiri di atas kaki sendiri. Itu yg bila sorang2, terus jdi lemah dan jatuh ke dasar yg paling dalam...

Lagilah bila ada peluang utk aku melarikan diri dari realiti kehidupan. Huhu... Which is aku ada tempat untuk bekerja tanpa menghadap environment baru/orang2 baru iaitu bekerja dgn family. N yeah, i thought that i will survive this harsh world if i only stay here. But its never happened to be like that yaaa. HAHA. Hmmmmm, in those 6 years, the so called my 'comfort zone' yg sbnrnya takkk comfortttt punnnnnn. But i keep lying to myself that its gonna be okay just because i dont want to go through new challenges in this life. Huhu... Tapi sungguh... Allah itu MAHA BAIK. MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG. Dia tak pernah membiarkan hambanya walau sesaat! Allah tahu. Allah dgr setiap rintihan hati ini. Dan akhirnya, DIA kurniakan aku keberanian. YA. KEBERANIAN untuk aku keluar dari 'comfort zone' yg aku cipta selama ini...

Like after almost 6 years of contemplating and fighting with myself, dgn izin Allah aku berjaya memberanikan diri aku untuk mencuba cabaran baru. And it is finding new job. Sebab apa? Sebab makin lama makin hari aku rasa makin tak boleh nak go on anymore. Aku tenggelam dan rasa lemas dlm situasi hidup aku yg takde progress dan static. Tak bergerak dan hanya melakukan rutin yg sama setiap hari. In reality, aku tau aku boleh lebih dari keadaan aku ketika itu. But still, i am not going anywhere further. Tetap di tempat yang sama hanya melalui hari-hari yang terasa sama dan tiada apa lagi yang menyeronokkan. Serious, makin lama my mental health keep getting worse. Its keep draining.... N i have had enough!!!!!

Sungguh, Allah Maha Mendengar. Dan dia Maha Mengetahui. Dia tahu aku already at my limit at that time. Akhirnya, early this year around before March/Ramadan, one of my friend reach out to me dan tanya nak tak jadi cikgu di sekolah dia. Sbb mereka perlukan guru. Bare in mind time tu i am already at my limit and mmg aku nekad nak keluar dari situasi aku time tu. Cuma aku tak tau macam mana. Dannn alhamdulillah Allah hadirkan seseorang utk bertanya dan mengajak aku untuk jadi cikgu. Kalau tahun2 sebelum itu, ada je yg bertanya kenapa tak mengajar atau beri cdgn utk aku pergi mengajar. Tapi, cepat2 aku akan reject that idea sbb aku TAKUT. Ya, takutlah... hahaha.. Tapiiii masa tu bila kwn aku tanya mcm tu, i was like mungkin inilah masanya dan jalan yang Allah beri. 

So, aku pun bincanglah dgn my family sbbnya kedai tu aku je yg uruskan fulltime dgn adik aku sblm ni. Takde staff lain. Bincang punya bincang, i decided not to go because they want staff as soon as tomorrow after kwn aku tanya tu haha. Aku yg takde pengalaman langsung ni, tiba nak kena terus masuk kerja pastu Sekolah Agama KAFA yang student nya ramai. So, aku mcm berbelah bahagi jugalah. Lgi satu jauh sikit dari rumah which mean i need transport sedangkan aku tak reti drive😭 Haha, so yeah maka aku tak pergiiii. Huhu. Tapiiiii alhamdulillah my parents cdgkan utk cuba tanya jiran aku yg ada Sekolah Agama Swasta dpn rumah aku je haha. Very convenient lah kan. Dpn rumah. Jln kaki berapa langkah je dah sampai😂 Dan alhamdulillahhh, ada kosonggg! Mmg sekolah dia juga memerlukann guru baharuuu!

Ya Allah, sungguh semuanya Allah yg permudahkan. Tanya dan terus dapat. Ya Allahhh. Time tu nervous tp mmg rasa nak nangislah. Baiknya Allah 😭 Alhamdulillah Ya Allahhh. Akhirnya aku startlah mengajar bulan 3 hari itu sehinggalah sekarang! Pejam celikkk almost 8months dahhhh! MasyaAllahhhh cepat sungguh masa berlalu! Dan apa yang boleh aku katakan, sepanjang aku mengajar ini. It really heal me... Yes, mestilah ada stressnya juga tapi its wayyy more better than my situation sblm itu. N yes, i really love this job. I love giving lessons, i love being with the kids, i love my time handling the students, workload n everythinglah. Kdg rant sbb byk kerja tu biasalah haha tp i enjoyed it😭 Ya Allahhhh, nak nangis lagi rasa 😭 Hahahahaha... Alhamdulillahhhh. Alhamdulillahhh Ya Allah atas nikmat yg kau berikan ini. Moga diriku dapattt sentiasa mensyukuri nikmat ini dan bertanggungjawab dgn sebaiknya ke atasnya. 

Jujur, mmg cita-cita aku daripada kecil dahulu adalah nak jadi cikgu/guru. Tp sbb hatiku lebih mengikut rasa takut, dan merasakan tiada matlamat dlm hidup ini, aku terlupa untuk mengejar cita-cita tu. Tapi alhamdulillah, Allah tetap beri aku peluang untuk menjalaninya... Alhamdulillah.... Dan mmg walau baru sekejap tp aku rasa seronoknya mengajar ni. Dan realitinya banyak sangat aku belajar ketika mengajar ini. Ia mengajar aku untuk menjadi lebih baik supaya dpt mendidik dan menjadi contoh yang terbaik untuk anak-anak murid aku. Nothing easy in this world but at least i get to enjoy while doing it. Alhamdulillahhh! Mungkin agak lambat dari yang lain. Tapi aku berjaya untuk keluar from that situation and do what i actually love. This is one of the big thing yg aku berjaya capai untuk tahun 2025 ini. Moga diri ini terus diberikan kekuatan dan kemudahan untuk menjadi guru yang baik, anak yang solehah & hamba yang bertaqwa disisi NYA. 

Panjang lagi perjalanan hidup ini jika ditakdirkan Allah umur yang panjang, entah apa pula cabarannya di masa hadapan kelak, tp moga kita semua dapat melaluinya dengan cara yang paling terbaik menurut Allah dan dapat mencapai keredhaannya. Aamiinn Allahumma Aamiinnn...💗 Aku juga doakan semoga sesiapa yang sedang menghadapi situasi mcm aku sblm ini, moga kalian juga dapat keluar dari situasi tersebut dan capai apa yang paling terbaik untuk kalian! Moga Allah permudahkan journey kalian dalam mencari makna kehidupan ini dan akhirnya pulangnya kita semua nanti dalam keadaan yang paling terbaik sepanjang hidup kita dan diredhai Allah SWT! Aamiinnnnn! 💗 Alhamdulillah, till next post! Assalamualaikum! *feel free to leave comments yaaaa!😊

Mini💖untuk semua yang tidak berhenti berjuang!

Hiking! [Bukit Melati] :D

Assalamualaikum! Heee, sementara ada kerajinan nak update ni, kita updatelah kan! Patut nak update terus semalam tp tak menyempat. So, yeahhh kita update todaylah! Alhamdulillah kerajinan tu masih ada haha. Anyway, nak ceritalah kannn semalam sis pergi HIKING! Haha, which is something new lah jugak for meee. Sbbnya, sis mmg pernah Hiking dulu sekali masa zaman belajar di KUIS. Baca sini post nya! [BROGA HILLS] tapiiii lepasss tuuuu tak pernah pergi Hiking dah! Hahaha cam trauma gaklah nak hiking. Mana taknyaaa, Bukit pertama sis hiking for the first time ever is Bukit Broga tu yg agak curam lah for me 😂 Terus cam trauma jugaklah nak pergi hiking lagi HAHA.

Tapiiiii, alhamdulillahhhh sbb kita dah niat dan berazam nak try n explore banyakkkk benda baru tahun 2025 ni, so yeah kita sahutlah cabarannya! Hehe, plan asal pagi semalam tu nak Brisk Walk je mcm biasa dengan my mother dkt Taman Tasik Cempaka tu. But then, tiba2 my mom ckp "Jom! Pergi Hiking dgn Ustazah." Haha, mmg dkt kwsn kejiranan sis ni ada seorang Ustazah yg sgt suka hiking n mmg selaluuuu pergi hiking! So, Ustazah mmg rajinlah ajak sesiapa yg nak join. Memula tu cam haaaa seriouslahh hikingg. Dahlah xde training n lamaaa gilerlahhh tak hiking kan! HAHA. Tp bila memikirkan bila lagi nak try, so haaa okay jelahhhh! Redah jeee! HAHA. N yeahhh pergilah kita Hiking pagi tu...

Gerak santai2 je jam 9.30am mcm tu berlima dgn Umi, Ustazah & 2 orang lagi. So, berlima lah kami. Keluar2 tu langit gelappppp. N dlm perjalanan mmg hujannnn. Tp bukanlah hujan lebat sgt, so try je pergi juga kot ada rezeki hujan berhenti dkt sana tu. Perjalanan takdelah jauh mana nak ke Bukit Melati, Nilai tu. Around stgh jam mcm tu je dari Bangi. Dah sampai tu, masih gerimis tp kami redah je juga ikut trek yg mudah. Rupanya dia ada byk trek dlm 4 trek dan 4 puncak.

Soooo, alhamdulillah Ustazah bawa kami ikut trek paling mudah lah untuk beginner. Sbb sy kan beginner 😌 Haha... So, kami ikut laluan Centipede Hill Trail tu. Laluan dia okaylah. Tak curam sgt tak santai sangat. Just nice for beginner. Ngam2 je sampai puncak tu baru kaki ku ini terasa penatnya dan mintak nyawanya hahahaha.

Dia byk laluan tp yg kami ikut ni laluan yg ada jalan Tar masa mula2 naik, naik sikit baru sampai laluan berbatu. Tp masih okay sbb dia tak curam. Not bad lah untuk sy yg beginner ni kan. Dia menaik tapi tak curam. Masih amannn haha. Tapi ofkos lah nak sampai puncak tu kena menapak naik jalan yang curam kan, kalau tak mcm mana nak sampai bukitnya haha. But still, its okay for me. Cuma mmg mcm sis ckp dah hujung2 nak sampai puncak tu barulahhh terasaaaa kepenatannya tu hihi.




Alhamdulillahhh dah sampai puncakkk ofkoslah kena bergambar ye dakkk! Haha, tak menyempat amek nafaasss yg penting amek gambar duluuuu 😂😂😂

After that turunlah bukit. Time turun ni laluannya kejap curam, kejap santai je. Tp byk curam lah sbb menurun kan. But still, alhamdulillah okay sahaja!

Dah selesai tu, bergerak kita pergi isi perut pula! Sbb belum sarapan 😁 Ustazah belanja Darsa Fried Chicken! First time sis nak rasa haha. Not baddd aiskrim, ayam, nasi lemak, shawarma, garlic saucenyaaa. Sedaaapppp! Ayam punnn boleh tahan besarrr. Aiskrim pun portion byk mmg puas makannn! Definitely, gonna repeat again lah! 😋😋😋


Okay, alhamdulillah! Itu sahajalahh storynya! Minggu depan ustazah ajak Hiking lagi! Cuba Hill Trail yg lain pulaaa. Lebih mencabar! Kita fikir2kan dululahh ekkk 😆 Hihi, alhamdulillahhh! Till next post! Assalamualaikum!😊

Its 2025! Alhamdulillah!

Assalamualaikum! Alhamdulillah untuk umur yang masih dikurniakan oleh Allah SWT. Alhamdulillah untuk setiap kenangan manis pahit yang telah berlalu. Alhamdulillah untuk setiap orang-orang baik yang hadir mewarnai kehidupanku selama ini. hehe

Bismillahhh untuk 2025! Semoga segala yang baik2 hadir dan semoga segala yang baik2 dpt diberikan oleh diri ini kepada orang lain! Aamiin! Mcm biasalah, tahun baru azam baru hehe. Ke azam lama tp kita recycle baru lagi sbb belum berjaya? haha boleh sahajaaa. Jgn putus asa untuk mencapai sesuatu sehingga berjaya! Kalah sekali bangkit berkali2! 😍✊ Anyway, alhamdulillah semalam 1 Januari 2025 bersamaan 1 Rejab 1446H juga :) Bulan baik dipermulaan tahun baru. Bulan Rejab ini antara bulan Haram yang balasan dosa & pahalanya lebih berat daripada bulan2 biasa. Makaaa, jommm! Cuba kurangkan berbuat dosa dan lebihkan berbuat amal soleh & perkara2 baikkk ^^ Ia juga sebagai persediaan kita nak menuju ke Bulan Ramadan yang tidak lama lagi! Bulan Rejab ini amat digalakkan untuk berpuasa, Istighfar & berdoa 😇


Jom! Jangan sia-siakan keberkahan di bulan Rejab ini! :) InsyaAllah, kita semua boleh buat 👍 Btw, apaaa target / azam / hobi baru yang korang nak cubaaa untukkk tahun iniiii? Kalau sisssss, ofkos nak finish my target untuk kurussss dan consume makanan yang healthy! Sbb sis mmg hantu maniss haha 😃 Semoga berjayaaaa! Doakan saya kawan2! 😁 N then, sis nak banyakkan cuba aktiviti/hobi baru! Sebabnyaaa rasa mcm banyakkk lagiii benda baruuu yang iolss belum exploreeee! Ada tu ada, tp sikit sangat! So yeahhhh! Harap 2025 ni banyakkk bendaaa baruuuu yang dapat sis try dan explore! Hehe

Seterusnya apa lagi! Haaa, nak betulkan habit sehari-hari! Tidur awal, bangun awal, selitkan dalam sehari ada baca buku membina even sehelai muka surat, always rutin mengaji after subuh n maghrib, istiqamah solat di awal waktu! N try to not easily distracted dengan keadaan/masalah sampai emosi kelaut or badmood dan terus menangisi hidup ini haha. InsyaAllah, segala masalah ada penyelesaiannya. Back to Allah, everything will be okay! Jom! Kejar ketenangan dalam hidup ini! Oh ya! Dan semoga sis dapat meninggalkan tabiat buruk juga! Semoga diri ini dapat menjadi lebih baik daripada tahun2 sebelumnya! Aamiinn!😊

InsyaAllah, dengan usaha yang tidak putus! Dengan pengharapan yang tidak hilang! Everything can be achieved! Masih jauhhh perjalanan hidup ini! Trust Allah & Trust yourself! Bismillaahhhhhhh! Jalan terussssssss!😎💪Assalamualaikum!

Back again. Alhamdulillah.

Assalamualaikum! Hai guys! Apa khabaaarrr? How's your life? Okay keeee? Heee, semoga baik2 sahaja! Alhamdulillah, hari ini genaplah sis 28 tahun lahir ke dunia ini! :) Hmmm, just wanna share what i feel today.



Entah kenapa, kali ni rasa mcm terharu plus bersyukur sangat. Walaupun mungkin, aku sering diuji dengan ujian diri sendiri tapi sebenarnya banyak sangat nikmat dan perkara baik lain yang Allah beri pada aku. Antaranya, keluarga yang berkasih-sayang, sahabat-sahabat yang baik, orang-orang sekeliling yang baik... Allahu, kadang aku terlupa dan tak perasan semua tu. Dan literally Allah juga sebenarnya telah menjawab doa aku yang taknak kerja terikat dengan office hour last2 skrg kerja sendiri ber-business. Haha, tinggal aku je nak push my effort to the fullest or not!

Alhamdulillah, untuk orang2 baik yang hadir di sekeliling saya! Terima kasih Allah atas nikmat kasih sayang yang kau berikan melalui mereka... Alhamdulillah...

Aku berharap sangat, semoga seterusnya nanti lebih banyak perkara baik yang akan berlaku dan kehidupanku menjadi lebih baik bersama mereka-mereka yang baik! Semoga nikmat ini berkekalan hingga ke akhirnya. Moga juga kita semua dapat berkumpul dan berjiran di Syurga nanti 💕

Terima kasih kepada sahabat-sahabat, orang-orang baik yang wish, celebrate dan yang mendoakan diri ini. Terima kasih sangattt2! I is really terharu!😻 Semoga yang baik2 juga untuk kalian! 💞

Walau apa pun kemudiannya nanti, moga diri ini sentiasa diberi kekuatan, kemudahan untuk menghadapinya. Sungguh, turun naik dalam kehidupan itu normal. Its never wrong to hold down yourself for some time, n then start balik dengan semangat baru. Sentiasa doa minta Allah permudahkan setiap urusan kita, minta Allah pandu dan beri petunjuk dan taufiqnya untuk kita buat pilihan yang terbaik menurutNYA. Kerana setiap yang Allah beri itu, tiada yang buruk. Hakikatnya, semuanya baik untuk kita. Terus bersangka baik dengan Allah insyaAllah semuanya akan menjadi lebih baik!

Semoga diri ini dapat terus memberi lebih banyak lagi kebaikan kepada orang lain.

وخير الناس أنفعهم للناس
"Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia."

Ya, bermanfaat untuk orang lain. Moga kehadiran aku dalam kehidupan seseorang itu, bukanlah dalam keadaan tidak baik tapi dalam keadaan yang disenangi. Dan moga diri ini dapat terus memberi manfaat kepada orang lain, walaupun sedikit! Maafkan saya. Doakan saya 😊 Terima kasih! Assalamualaikum!

Lets focus on the bright side :)


Assalamualaikum! Hye guys! How are you? Everything okay? I hope all of you are in a good condition this day... Anyway, alhamdulillah for all the blessings n challenges that happen to us. From now on, lets focus on the bright side! Selama ini, kita banyak fokus kepada masalah yg berlaku, kepada keburukan yang terjadi, kepada pikiran yang negatif sehinggakan kita tidak perasan bahawa setiap perkara yang terjadi adalah dengan izin Allah. Dan Allah tidak akan pernah memberikan yang tidak baik kepada hambanya. Walaupun ujian itu terlihat buruk di mata kita sebagai hamba, tetapi ia adalah yang terbaik yang datang daripada Allah SWT. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, sedang kita tidak mengetahui.

وَعَسَىٰٓ أَن تَكْرَهُوا۟ شَيْـًۭٔا وَهُوَ خَيْرٌۭ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّوا۟ شَيْـًۭٔا وَهُوَ شَرٌّۭ لَّكُمْ ۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

"... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah Ayat 216)

Ya, selalunya kita terlalu fokus kepada masalah yang terjadi sehingga terlupa untuk melihat kepada hikmahnya sesuatu perkara itu terjadi. Lemahnya kita sebagai manusia. Bila dah puas melepaskan kemarahan, ketidakpuasan barulah kita nak berfikir. Barulah kita nak nampak kebaikan yang tersembunyi. Sedangkan Allah sendiri sudah nyatakan di dalam Al-Quran bahawa tidak semua perkara yang kita suka itu baik untuk kita dan tidak semua perkara yang kita tidak suka itu buruk untuk kita. Maka? Sentiasalah bersangka baik terhadap segala sesuatu yang terjadi, kerana ia berlaku dengan izin Allah dan ia tidak berlaku juga dengan izin Allah. Bersyukur jika Allah memberikan apa yang kita minta dan lebih bersyukur ketika Allah tidak memberikan apa yang kita minta kerana itu adalah keinginan Allah sendiri, tanda kasih sayang Allah kepada kita kerana DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Alhamdulillah...

Manusia selalu lupa, bahawa setiap ujian yang hadir itu adalah tanda kasih sayang Allah kepada kita. Allah hadirkan ujian sama ada untuk mengampunkan dosa, untuk mengangkat darjat dan ingin kita kembali kepada dia sebagai hamba. Semuanya adalah untuk kebaikan kita sebagai hambanya. Sesungguhnya, setiap ujian yang hadir itu, tidak melebihi daripada kemampuan kita untuk menghadapinya. Kita memandang rendah kepada diri merasakan aku tidak mampu menghadapi semua ujian ini. Tapi siapa kita nak berkata begitu, sedangkan ujian itu sendiri hadir daripada Allah? Allah tidak pernah membebani seseorang melebihi kemampuannya.

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْ ۗ

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Al-Baqarah Ayat 286)

Cuba bermula saat ini, kita fokuskan fikiran kita ke arah yang lebih baik. Cuba setiap kali ujian datang menerpa, kita twist fikiran kita daripada negatif kepada positif. Sebut pada diri kita, Allah yang hadirkan ujian ini. Ia hadir dengan izin Allah. Ada hikmahnya yang Allah nak beri. Ada kebaikannya dalam hadirnya ujian ini. Semoga Allah permudahkan untuk menghadapi ujian ini dan mengampunkan dosa asbab kita bersabar. InsyaAllah...

Ia tidak mudah, tapi ia tidak mustahil. Sentiasa mengingatkan diri kita untuk selalu bersangka baik dengan Allah dahulu. Sesungguhnya Allah itu mengikut sangkaan hambanya. Buruk kita fikir, buruklah kehidupan kita. Baik kita fikir, maka yang baiklah yang akan datang kepada kita. Diri kita, akal fikiran kita, hawa nafsu kita, kita yang bertanggungjawab ke atasnya. Sentiasa berdoa kepada Allah meminta supaya setiap perbuatan kita, percakapan kita, fikiran kita semuanya dibimbing oleh Allah SWT dan bukannya mengikut kehendak diri kita. Sebab kita ini manusia yang lemah. Tiada daya dan kekuatan melainkan daripada Allah SWT. Mohon juga kepada Allah untuk sentiasa menetapkan hati kita dalam agamanya dan dalam ketaatan kepadaNYA. Allahumma aamiinn... 



Ujian setiap daripada kita ini berbeza-beza.. Ada yang diuji dengan kewangan, ada yang diuji dengan keluarga, ada yang diuji dengan pasangan, ada yang diuji dengan anak-anak, ada yang diuji dengan kawan-kawan, dan ada yg diuji dengan diri sendiri. Dan mmg saat diuji, kita tidak boleh berfikir secara rasional kerana emosi yang tidak stabil... Dan mmg tak salah untuk kita menerima bahawa kita merasa sedih, merasa kecewa, merasa risau dan sebagainya. Dan memang ada masa kita okay, ada masa kita lelah. Itu semua normal kerana kita manusia. Yang sentiasa diuji selagi mana kita masih hidup di dunia ini.

Tapi, tidak bermakna kita perlu terus-menerus berada dalam perasaan negatif tersebut. Kita boleh menjadi lebih baik. Kita boleh berubah daripada keadaan tersebut kepada keadaan yang lebih baik. Sebab itu kita perlu sentiasa cuba untuk memberitahu diri kita bahawa semuanya berlaku ada hikmahnya yang terbaik yang Allah nak beri. Terima dulu dengan sabar kemudian doa minta Allah permudahkan dan lapangkan hati kita sewaktu menerimanya. Allah yang pegang hati ini, dan tiada yang mustahil untuk Allah. Ujian itu datangnya daripada Allah dan Allah jualah yang mampu untuk menghilangkannya.

Semoga hati ini sentiasa dijaga oleh Allah SWT. Semoga diri ini terus diberi kekuatan oleh Allah untuk menghadapi apa jua cabaran yang hadir. Semoga perjalanan hidup ini dipermudahkan dan dilapangkan oleh Allah SWT. Semoga Allah memberikan ketenangan kepada hati ini walau dimana kita berada dan walau apa pun ujian yang mendatang. Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Masalah memang terlihat besar dan susah bila hati ini tidak sepenuhnya bergantung kepada Allah SWT... Letakkan pergantungan, pengharapan, keyakinan kita sepenuhnya kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah itu Maha Besar melebihi segalanya. Dan setiap kesusahan itu ada kesenangannya.

(Al Insyirah : Ayat 5-6)

Teruskan usaha kita untuk menjadi manusia dan khalifah yang terbaik di dunia ini kerana akhirnya nanti akhiratlah pengakhiran kehidupan yang sebenar. Dunia ini hanya tempat kita singgah dalam perjalanan kita menuju Syurga. Allahuakbar. Berapa banyak dah kita tersungkur dan terjatuh ke dalam tipu daya dunia dan hasutan syaitan serta mengikut hawa nafsu yang tak pernah puas. Astaghfirullahhalazim wa atubu ilaih... Moga Allah menerima taubat kita dan menyelamatkan kita daripada tipu daya dunia. Assalamualaikum.

Salam Ramadan Al-Mubarak!

Assalamualaikum! Alhamdulillah tinggal beberapa hari sahaja lagi kita nak masuk bulan Ramadan... Bykkan berdoa moga Allah sampaikan kita semua ke dalam bulan Ramadan dan memberkatinya... Aaminnn...

أللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَان

Alhamdulillah ala kulli hal! Semoga Ramadan kita tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Semoga lebih bertambah amal ibadat kita dan lebih terisi dengan perkara-perkara bermanfaat setiap waktu itu. Semoga juga kita semua dapat menghidupkan Ramadan dengan membaca Al-Quran, tadabbur Al-Quran, Solat Terawikh, Sedekah, Zikir, Istighfar dan melakukan perkara-perkara sunat.

Rugi sangat jika kita sia-siakan waktu di bulan Ramadan ini. Sebab setiap kebaikan & ibadah yang dibuat dilipatgandakan ganjarannya daripada bulan biasa. Hatta ibadah sunat pun diberi pahala seperti melakukan ibadah wajib! MasyaAllahhhh! Baiknya Allah kepada hamba-hambanya. Tinggal kita nak rebut peluang itu atau tidak sahajaa!

Semoga bulan Ramadan ini, membolehkan kita meninggalkan perkara maksiat dan sia-sia. Semoga bulan Ramadan ini dapat menjadi permulaan kita untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Sesungguhnya, di bulan Ramadan ini pintu rahmat Allah terbuka luas untuk semua hamba-hambanya! Semoga kita dipilih untuk mendapat rahmatNYA. Aamiin Ya Allah!

Bulan Ramadan juga bulan yang mmg hanya tinggal nafsu dan diri kita sahaja kerana syaitan telah diikat. Jadi, kalau rasa susah sangat nak buat perkara baik atau nak beribadah tu, cepat-cepatlah kita kembali ke pangkal jalan. Gunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Banyakkan beristighfar, berzikir, membaca Al-Quran, supaya titik-titik hitam dalam hati ini sedikit demi sedikit hilang dan akhirnya hati ini menjadi hati yang hidup dengan sebenar-benarnya.

Kejar rahmat Allah yang sangat luas pada bulan ini. Ya Allah.... semoga diri ini kuat dan Engkau mengizinkan kami untuk melakukan ibadah yang berkualiti dan diterima olehMU. Semoga kita semua dikurniakan untuk mendapat Rahmat Allah SWT... Aamiin Ya Allah...

Jangan lupa juga untuk mendoakan saudara kita di Palestin. Semoga mereka selamat dan berada dalam keadaan aman di bulan Ramadan ini dan seterusnya terlepas daripada cengkaman Israel laknatullah!
حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ
Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa! 😇😇😇
!رمضان كريم! الله أكرم :)
Assalamualaikum!

A Year Older

Hye! Happy Birthday to me! Heeee, appreciating oneself is never easy. But we still have to try. There is always ups and down in live. Its happen to everyone. Only how we cope it is different between each of us. Alhamdulillah for everything💝May Allah give rewards for our patience and gratefulness. Aamiin Ya Rabbal Alamin!

Tak mudah untuk menghargai diri dan menerima setiap kelemahan diri ini. Setiap hari cuba untuk survive hari2 yang mendatang dgn pelbagai ujian yang menguji diri tanpa mengetahui bagaimana pengakhirannya. Proses menjadi matang mengambil masa yang lama dan pelbagai ujian yang perlu dilalui... Perjalanan hidup masih panjang jika masih diberi peluang oleh Allah SWT dengan nafas baru dan kekuatan baru. Jadi, semoga setiap dari kita dapat menghargai hari-hari yang dilalui dengan sepenuh hati dan rasa syukur.

Meletakkan sepenuhnya pergantungan dan keyakinan kepada Allah SWT tidak semudah seperti yang dikatakan. Untuk mencapai kekuatan itu memerlukan keredhaan hati yang tinggi dan kekuatan yang luar biasa. Dan itu semua tidak mampu dicapai tanpa pertolongan daripada Allah SWT. Segala yang berlaku adalah dengan kehendak Allah. Jika Allah tidak berkehendak, tidak akan terjadi sesuatu itu hanya dengan kudrat manusia. Kita lupa dan alpa, merasakan kita mampu merealisasikan segalanya sendiri dengan usaha diri. Sedangkan ada satu tembok yang perlu ditembus dengan doa dan permohonan pertolongan dari yang MAHA ESA dan MAHA BERKUASA atas segalanya.

Lalainya kita dengan dunia ini sehingga tidak sedar diri sudah semakin jauh dari Sang Pencipta. Diri terus merasakan masih punya masa, masih belum puas menikmati dunia, masih yakin esok masih ada... Hinanya kita ini yang sentiasa merendahkan diri ini asbab melihat makhluk lain sedangkan Allah telah menciptakan manusia itu dengan sebaik-baiknya. Kurangnya syukur kita hanya kerana terlihatnya kekurangan diri ini lebih dari segalanya. Astaghfirullahhalazim...

Lemahnya diri ini dengan godaan nafsu yang tidak pernah habis. Lemahnya iman ini sehingga tidak merasakan apa-apa ketika diri ini tidak lagi punya masa untuk beribadah. Setakat berzikir pun sudah merasa payah inikan pula membaca Al-Quran dan melakukan Solat Sunat. Allahuakbar... Tidak sedar semakin bertambahnya umur maka semakin dekatlah diri ini dengan kematian...

Kuatlah wahai diri untuk terus mengejar rahmatnya Yang Maha Esa. Teguhlah wahai diri untuk meninggalkan apa yang tidak memberi kebaikan kepada diri. Tabah dan sabarlah wahai diri dalam menjalani setiap ujian hidup di dunia ini. Ingatlah bahawa itu semua adalah tanda kasih dan sayang Allah kepada hambanya. Jangan pernah lupa bahawa di sini kita masih punya peluang untuk kembali dlm keadaan yang terbaik sebelum diri ini hanya tinggal jasadnya sahaja. Teruslah bertahan dan bangkit setiap kali hadirnya ujian. Terimalah dengan hati yang sabar dan redha. Moga beroleh kekuatan dari yang Maha Membolak-balikkan hati ini...

Semoga Allah tetap menghadirkan kepada diri ini pinjaman yang sentiasa mendekatkan diri ini kepadaNYA, dan sentiasa mengingatkan diri ini untuk tidak pergi jauh dariNYA. Sungguh tiada daya dan kekuatan tanpa pertolongan dariMU Ya Allah :')

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ
Cukuplah Allah menjadi tempat berserah diri bagi kami, dan Allah adalah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong kami.

CASTAWAY DIVA

Hye! Assalamualaikum! Heeeeee, semalam aku baru je habis satu K-Drama ni. Tajuknya Castaway Diva. Haha, so kenapa kan? Takde... Aku just nak cerita psl Kdrama ni. Like, very the positive sgtlah heroinnya and relate sgt dgn kehidupan realiti. Huhu... Secara ringkas plot dia ttg female lead ni cita-cita dia nak jadi penyanyi tapi one day dia terdampar dkt satu pulau yg takde orang langsung selama 15 tahun. Dari zaman sekolah hinggalah dah dewasa. And then, sampailah satu masa dia ditemui dan diselamatkan oleh one volunteer group ni yg tgh volunteering membersihkan pulau/pantai. Which is ada kawan baik/lover dia sendiri yg tak pernah berhenti mencari dia selama 15 tahun dlm group tu. Mcm mana dia boleh terdampar dkt pulau tu, u guys kena tgklah. Lps dah diselamatkan tu adalah plot-plot lain pula how she become a singer. Storyline dia best, tak bosan, pace story pun tak slow n aku suka sgt words-words positive dari female lead tu. Like, how to be that positive in lifeeeeee for reallll! Bonus point, semua lagu-lagu dlm drama ni best n suara Park Eun Bin (FL) punnn sedapppp sangaaattt! N she's very pretty you knowwww! 😍😍😍

So, aku nak sharelah the words yang aku rasa macam relate gitewww.














Heeee, sorrylahhh tak letak spoiler alert! HAHA. Ini antara skrip dia yg aku rasa relate sgt. Like, how to always be that positive? How to enjoy life to the fullest like this? How to be present at the present time and not only worrying about the future?

Hope. Pray. Tawakkal. May our life ended in Husnul Khotimah and all of us succesfully going through all the ujian no matter what it is. Trust Allah. Put all our faith in HIM. Never give up! Brace yourself! May one day you will be the happiest you in this world and in Jannatul Firdaus! Aaamiinnn! Okayy, byeee! Till next post! Assalamualaikum! 😇


takde tajuk

Assalamualaikum. Heeee, bertemu lagi kita di post yg terbaru. Haha, tetiba terajin pulak nak menaip lagi petang2 ni. Sementara takde customer di kedai. Alhamdulillah ala kulli hal... Semalam Allah hadirkan rasa sedih, hari ini Allah gantikan dengan rasa syukur. Esok kita belum tahu lagi... Moga esok dan seterusnya juga baik2 sahaja. Dlm post Missing aku bercakap banyak sgt masa aku yg dibazirkan biar berlalu begitu sahaja. Feeling like takde progress. And today, suddenly i keep thinking yang its not takde progress, tp maybe progressnya slow... maybe aku sendiri yg tak cukup push for the progress. Maybe aku sendiri yg tak puas dgn pencapaian aku lagi. Its not about other people punya achievement but its all about ourselves. 

Sungguh diri ini sentiasa lupa untuk bersyukur dan kurangnya bersyukur. Sebab terlalu sibuk melihat kepada apa yang kurang dan bukannya memperbaiki apa yg boleh diperbaiki. Sedihkan hidup mcm ni? Tp itulah manusia. Selalu lupa. Belum lagi lupa ttg rezeki ni semua Allah yg bagi. Bukan rezeki dlm bentuk wang shj, tp pelbagai lagi bentuk rezeki yg Allah beri. Mmg byk yg kita terlepas pandang dan kdg tu sesuatu nikmat tu dah jdi kebiasaan sehingga lupa terus untuk bersyukur. 

Byk benda yang boleh kita ubah dlm hidup ni, mcm biasalah, antara nak dgn taknak je. Antara kuat dgn tak je, antara bersungguh atau tak je, antara berani atau tidak je. Sbbnya, Allah takkan pernah sia-siakan mereka yg berusaha. Allah takkan biarkan hambanya yang berusaha. Allah takkan uji hambanya melainkan dlm kemampuannya. Selalu kita rasa lemah, rasa tak mampu, rasa marah, rasa sedih, rasa mcm hidup ni tak bermakna je... tp sbnrnya kita tahu yg hati kita kosong. Kosong dari apa yg mendatangkan kasih dan sayang Allah. Kosong dri apa yang memberikan ketenangan kepada hati. Kosong merasakan takde makna dlm hidup ni...

Sedangkan realitinya? Kita yg menjauh... Kita yang melupakan... Kita yang memilih untuk pergi... Kita yg memilih untuk memuaskan nafsu kita berbanding apa yang Allah suka. Kita yang memilih untuk kepuasan dunia, dan bukan kepuasan di akhirat nanti... Pastu kita nak menyalahkan takdir. Nak menyalahkan musibah yang dihadapi... sedangkan semuanya berpunca daripada diri sendiri. Allah tak pernah jahat. Allah tak pernah beri apa yg bukan terbaik utk kita. Tapi kita sendiri yang merosakkan diri. Merosakkan diri dengan perkara sia-sia. Perkara lagha. Perkara maksiat. Jdi mcm mana? 

Allah hadirkan ujian supaya kita bermuhasabah. Ingat kembali dosa-dosa kita yang lalu. Ingat kembali apa kita telah semakin jauh dariNYA? Supaya kita kembali semula kepada dia. Bukannya biar diri kita terus jauh.. sehingga lupa kepada DIA. Sungguh, bila hati dah mati, hidup akan menjadi kacau. Jgn tipulah kata elok je hidup kau. Bahagia je. Jujur jelah, jauh di sudut hati kau, kau rasa kosong. Tapi kau tak tau cara utk mengisi kekosongan tu. Which is caranya hanyalah kembali kepada ALLAH. Kembali kepada fitrah kau. Fitrah manusia mmg menginginkan kebaikan. Jdi semua yg lagha, yg tak baik, yg dipenuhi nafsu semua tu berlawanan dgn fitrah. So, mmg kau takkan rasa kebahagiaan yg sebenarnya lah.

Semua yg aku tulis ni hanyalah sekadar luahan hati untuk diri sendiri. Yang makin hari makin lalai... Makin jauh.. Makin tak sedar dunia dah akhir zaman.. Dah nak kiamat dah... Tak takut ke diri ni terus lalai? Terus ditenggelami dgn nafsu dunia. Terus tenggelam dlm Hubbun Dunia. Ya Allahhh, takutnya dgn diri sendiri kdg2 tu... Like hidup mcm tak sedar akan mati. Hidup mcm tak sedar dunia ni akan hancur. Hidup mcm tak sedar kehidupan sebenar bukan dkt dunia tapi dkt akhirat sana... I'm scared of myself. Tp tulah.... nak berubah ni bukan mudah kan. Nak berhijrah ni bukan mudah kan. Nak tinggal segala yg perlu ditinggalkan tak mudahkan... Nak menambah amalan baik, ibadah kpd Allah pun tak mudah kan...

Actly, iman ni mmg turun naik.. Kejap kita alim sealim-alimnya, tp kemudian tersungkur balik... Takutnya kan... Mmglah kita tak mampu nak jaga hati ni tanpa pertolongan Allah.. Allah shj yg Maha Berkuasa Membolak-balikkan hati ni. Kita takde kuasa. Kita ni takde daya apa pun. Tapi tetap hidup masih sombong. Masih berlagak. Masih rasa nntilah2 taubat. Ada masa lgi esok. Lusa. Tulat. Tak sedar yg even skjp lagi pun kita boleh mati. Entah masih bernyawa ke tak. Ya Allahhhhh... byknya dosa hambamu ini. Byknya khilaf hambamu ini.

Aku doakan semoga setiap dari kalian yg baca post ni... Mendapat pengampunan daripada Allah SWT, sentiasa dirahmati dan diberkati kehidupannya. Dikurniakan kesihatan yg baik, dikurniakan rezeki yg berkat dan halal. Semoga kalian sentiasa dlm lindungan Allah dan sentiasa kuat dan dipermudahkan untuk menghadapi segala ujian di dunia ini... InsyaAllah... Aamiin Ya Rabbal Alaminn... Doakan aku ya...

Assalamualaikum...

Congratulationsssss! :)

Assalamualaikum! Heeee, aku baru perasan yg aku takde update pun lagi psl Convocation aku 2 tahun lepas dkt blog ni 😂 Alang2 tgh musim Convo ni, bolehlah aku nak menyibuk update jugak hahahaha. Fyi, aku Convo pun after 2 years of hiatus gitew hahahahaha. Semuanya gara2 Covid lah kan. Habis belajar 2019, Convo 2021. Itupun, alhamdulillah pihak KUIS nak buat secara fizikal. Kalau tak tu mmg ada desas-desus nak buat secara online sahaja. HAHA... Mmg taklah kitorg nak kannn.

Dan akhirnya, alhamdulillah dpt juga secara fizikal.. tapi tak bestnya sbb time tu Covid masih mengganas, jadinya parents tak dijemput hadir. Hanya student shj yg dibenarkan masuk Dewan Konvokesyen tu... So, its not that perfect punya Convocation lah. Even Jubah & Mortar Board pun perlu pulang terus lps habis majlis tu sblm keluar dewan. Dlm dewan pun kena pakai mask. HAHA... Nak bergambar dgn kawan2 luar dewan pun dihalau sbb tak boleh berkumpul ramai2... Haha sedih betul...



Ini gambar masa dah habis Last Paper for Degree!
Captured n Edited by MUSTAQIM MN .
(Member photographer jugak sooo yg berminat boleh pi PM dia. Cuma x sure dia masih ambil job photographer lg ke tak)

Anyway, tetap syukur alhamdulillah.. After 2 years of waiting, akhirnya officially graduated from KUIS which is skrg dah jdi UIS. Tarikh Convocation aku time tu 2 December 2021. Tarikh hari lahir my mom! Malam tu terus celebrate birthday hihi. Bila dah naik pentas ambil scroll tu serious rasa mcm Alhamdulillah proud of my self even slack sikit sbb tak dpt First Class hahahahhahha. Sikit je lagi nak capai. Tulah, byk main punya psl 😂 Melepaslah kannn. Nak kena sambung MASTER pulak ke? HAHAHAHHA, tiada dlm perancangan lagi 😜


Tgklah tu, sikit je lagi nak masuk first class tu hahahahaha


Alhamdulillah, walaupun jubah convo kena pulang awal, tp dapatlah juga kita photoshoot prevconvo kan. Huhu... Puas lah bergambarrr. Alhamdulillah semua gambar cantik2! 😍 Kita hire photographer member KUIS jugakk AMIRUL RUSLAM. Rasanya mungkin ada yg tahu kot kann. Heeee, kalau ada yg berminat dgn photography dia boleh pergi DM dia dkt IG!





Seriously, cabaran sebenar bermula selepas zaman belajar ni. Sbb kau kena survive semuanya sendiri. Time zaman belajar dulu hanya perlu fokus belajar & dgn kawan2 je. Dah habis belajar ni semua dah mula mencari rezeki, berpisah menuju hala tuju masing-masing, dah jarang jumpa. Huhu, nikmatilah zaman belajar suka duka masa belajar tu betul2! Nanti surely you guys akan merinduinya! 

Dan explorelah, carilah pengalaman cukup2 dgn join program2 yg ada, join persatuan, jadi pimpinan, jdi ajk program, join usrah. Sbb semua tu x dpt dlm kelas. Tak dapat secara teori. Itu semua pengalaman yg berharga sgt sbb itu yg akan didik kau utk jadi lebih berani, jadi lebih pandai utk bercampur dgn orang dan lebih mudah untuk survive di masa akan dtg. Dan kau akan rasa rugi jika kau tak join semua tu. Seriously, pandai teori shj tapi tak pandai urus hidup its really gonna hurt youuuuu! Aku berani ckp cmtu sbb aku sendiri mengalaminya. HAHA

But it doesn't mean kau kena aktif program bagai2 tapi pelajaran kelaut. Its not gonna help you either mcm tu. Seimbangkan kedua2 nyaa.. Haaa gitewww... Dapat excellent in both punnn lebihhhh baikkkk! Cuz educated people ni seriously lain pembawaan dia ya. So be educated. Be confident. Be good.


Dahlah, tak tahu nak bebel apa lagi haha. Alhamdulillah for everything! Congratulations untuk mereka yg Graduation tahun ini! Cepat atau lambat bukan perlumbaan! Tapi satu kejayaan yg layak utk diraikan! Alhamdulillah ala kulli hal! May Allah bless all of you! 😇👍