15 December 2023

A Year Older

Hye! Happy Birthday to me! Heeee, appreciating oneself is never easy. But we still have to try. There is always ups and down in live. Its happen to everyone. Only how we cope it is different between each of us. Alhamdulillah for everything๐Ÿ’May Allah give rewards for our patience and gratefulness. Aamiin Ya Rabbal Alamin!

Tak mudah untuk menghargai diri dan menerima setiap kelemahan diri ini. Setiap hari cuba untuk survive hari2 yang mendatang dgn pelbagai ujian yang menguji diri tanpa mengetahui bagaimana pengakhirannya. Proses menjadi matang mengambil masa yang lama dan pelbagai ujian yang perlu dilalui... Perjalanan hidup masih panjang jika masih diberi peluang oleh Allah SWT dengan nafas baru dan kekuatan baru. Jadi, semoga setiap dari kita dapat menghargai hari-hari yang dilalui dengan sepenuh hati dan rasa syukur.

Meletakkan sepenuhnya pergantungan dan keyakinan kepada Allah SWT tidak semudah seperti yang dikatakan. Untuk mencapai kekuatan itu memerlukan keredhaan hati yang tinggi dan kekuatan yang luar biasa. Dan itu semua tidak mampu dicapai tanpa pertolongan daripada Allah SWT. Segala yang berlaku adalah dengan kehendak Allah. Jika Allah tidak berkehendak, tidak akan terjadi sesuatu itu hanya dengan kudrat manusia. Kita lupa dan alpa, merasakan kita mampu merealisasikan segalanya sendiri dengan usaha diri. Sedangkan ada satu tembok yang perlu ditembus dengan doa dan permohonan pertolongan dari yang MAHA ESA dan MAHA BERKUASA atas segalanya.

Lalainya kita dengan dunia ini sehingga tidak sedar diri sudah semakin jauh dari Sang Pencipta. Diri terus merasakan masih punya masa, masih belum puas menikmati dunia, masih yakin esok masih ada... Hinanya kita ini yang sentiasa merendahkan diri ini asbab melihat makhluk lain sedangkan Allah telah menciptakan manusia itu dengan sebaik-baiknya. Kurangnya syukur kita hanya kerana terlihatnya kekurangan diri ini lebih dari segalanya. Astaghfirullahhalazim...

Lemahnya diri ini dengan godaan nafsu yang tidak pernah habis. Lemahnya iman ini sehingga tidak merasakan apa-apa ketika diri ini tidak lagi punya masa untuk beribadah. Setakat berzikir pun sudah merasa payah inikan pula membaca Al-Quran dan melakukan Solat Sunat. Allahuakbar... Tidak sedar semakin bertambahnya umur maka semakin dekatlah diri ini dengan kematian...

Kuatlah wahai diri untuk terus mengejar rahmatnya Yang Maha Esa. Teguhlah wahai diri untuk meninggalkan apa yang tidak memberi kebaikan kepada diri. Tabah dan sabarlah wahai diri dalam menjalani setiap ujian hidup di dunia ini. Ingatlah bahawa itu semua adalah tanda kasih dan sayang Allah kepada hambanya. Jangan pernah lupa bahawa di sini kita masih punya peluang untuk kembali dlm keadaan yang terbaik sebelum diri ini hanya tinggal jasadnya sahaja. Teruslah bertahan dan bangkit setiap kali hadirnya ujian. Terimalah dengan hati yang sabar dan redha. Moga beroleh kekuatan dari yang Maha Membolak-balikkan hati ini...

Semoga Allah tetap menghadirkan kepada diri ini pinjaman yang sentiasa mendekatkan diri ini kepadaNYA, dan sentiasa mengingatkan diri ini untuk tidak pergi jauh dariNYA. Sungguh tiada daya dan kekuatan tanpa pertolongan dariMU Ya Allah :')

ุญَุณْุจُู†َุง ุงู„ู„ู‡ُ ูˆَู†ِุนْู…َ ุงู„ْูˆَูƒِูŠْู„ُ ู†ِุนْู…َ ุงู„ْู…َูˆْู„َู‰ ูˆَู†ِุนْู…َ ุงู„ู†َّุตِูŠْุฑُ
Cukuplah Allah menjadi tempat berserah diri bagi kami, dan Allah adalah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong kami.

9 December 2023

CASTAWAY DIVA

Hye! Assalamualaikum! Heeeeee, semalam aku baru je habis satu K-Drama ni. Tajuknya Castaway Diva. Haha, so kenapa kan? Takde... Aku just nak cerita psl Kdrama ni. Like, very the positive sgtlah heroinnya and relate sgt dgn kehidupan realiti. Huhu... Secara ringkas plot dia ttg female lead ni cita-cita dia nak jadi penyanyi tapi one day dia terdampar dkt satu pulau yg takde orang langsung selama 15 tahun. Dari zaman sekolah hinggalah dah dewasa. And then, sampailah satu masa dia ditemui dan diselamatkan oleh one volunteer group ni yg tgh volunteering membersihkan pulau/pantai. Which is ada kawan baik/lover dia sendiri yg tak pernah berhenti mencari dia selama 15 tahun dlm group tu. Mcm mana dia boleh terdampar dkt pulau tu, u guys kena tgklah. Lps dah diselamatkan tu adalah plot-plot lain pula how she become a singer. Storyline dia best, tak bosan, pace story pun tak slow n aku suka sgt words-words positive dari female lead tu. Like, how to be that positive in lifeeeeee for reallll! Bonus point, semua lagu-lagu dlm drama ni best n suara Park Eun Bin (FL) punnn sedapppp sangaaattt! N she's very pretty you knowwww! ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

So, aku nak sharelah the words yang aku rasa macam relate gitewww.














Heeee, sorrylahhh tak letak spoiler alert! HAHA. Ini antara skrip dia yg aku rasa relate sgt. Like, how to always be that positive? How to enjoy life to the fullest like this? How to be present at the present time and not only worrying about the future?

Hope. Pray. Tawakkal. May our life ended in Husnul Khotimah and all of us succesfully going through all the ujian no matter what it is. Trust Allah. Put all our faith in HIM. Never give up! Brace yourself! May one day you will be the happiest you in this world and in Jannatul Firdaus! Aaamiinnn! Okayy, byeee! Till next post! Assalamualaikum! ๐Ÿ˜‡


29 November 2023

takde tajuk

Assalamualaikum. Heeee, bertemu lagi kita di post yg terbaru. Haha, tetiba terajin pulak nak menaip lagi petang2 ni. Sementara takde customer di kedai. Alhamdulillah ala kulli hal... Semalam Allah hadirkan rasa sedih, hari ini Allah gantikan dengan rasa syukur. Esok kita belum tahu lagi... Moga esok dan seterusnya juga baik2 sahaja. Dlm post Missing aku bercakap banyak sgt masa aku yg dibazirkan biar berlalu begitu sahaja. Feeling like takde progress. And today, suddenly i keep thinking yang its not takde progress, tp maybe progressnya slow... maybe aku sendiri yg tak cukup push for the progress. Maybe aku sendiri yg tak puas dgn pencapaian aku lagi. Its not about other people punya achievement but its all about ourselves. 

Sungguh diri ini sentiasa lupa untuk bersyukur dan kurangnya bersyukur. Sebab terlalu sibuk melihat kepada apa yang kurang dan bukannya memperbaiki apa yg boleh diperbaiki. Sedihkan hidup mcm ni? Tp itulah manusia. Selalu lupa. Belum lagi lupa ttg rezeki ni semua Allah yg bagi. Bukan rezeki dlm bentuk wang shj, tp pelbagai lagi bentuk rezeki yg Allah beri. Mmg byk yg kita terlepas pandang dan kdg tu sesuatu nikmat tu dah jdi kebiasaan sehingga lupa terus untuk bersyukur. 

Byk benda yang boleh kita ubah dlm hidup ni, mcm biasalah, antara nak dgn taknak je. Antara kuat dgn tak je, antara bersungguh atau tak je, antara berani atau tidak je. Sbbnya, Allah takkan pernah sia-siakan mereka yg berusaha. Allah takkan biarkan hambanya yang berusaha. Allah takkan uji hambanya melainkan dlm kemampuannya. Selalu kita rasa lemah, rasa tak mampu, rasa marah, rasa sedih, rasa mcm hidup ni tak bermakna je... tp sbnrnya kita tahu yg hati kita kosong. Kosong dari apa yg mendatangkan kasih dan sayang Allah. Kosong dri apa yang memberikan ketenangan kepada hati. Kosong merasakan takde makna dlm hidup ni...

Sedangkan realitinya? Kita yg menjauh... Kita yang melupakan... Kita yang memilih untuk pergi... Kita yg memilih untuk memuaskan nafsu kita berbanding apa yang Allah suka. Kita yang memilih untuk kepuasan dunia, dan bukan kepuasan di akhirat nanti... Pastu kita nak menyalahkan takdir. Nak menyalahkan musibah yang dihadapi... sedangkan semuanya berpunca daripada diri sendiri. Allah tak pernah jahat. Allah tak pernah beri apa yg bukan terbaik utk kita. Tapi kita sendiri yang merosakkan diri. Merosakkan diri dengan perkara sia-sia. Perkara lagha. Perkara maksiat. Jdi mcm mana? 

Allah hadirkan ujian supaya kita bermuhasabah. Ingat kembali dosa-dosa kita yang lalu. Ingat kembali apa kita telah semakin jauh dariNYA? Supaya kita kembali semula kepada dia. Bukannya biar diri kita terus jauh.. sehingga lupa kepada DIA. Sungguh, bila hati dah mati, hidup akan menjadi kacau. Jgn tipulah kata elok je hidup kau. Bahagia je. Jujur jelah, jauh di sudut hati kau, kau rasa kosong. Tapi kau tak tau cara utk mengisi kekosongan tu. Which is caranya hanyalah kembali kepada ALLAH. Kembali kepada fitrah kau. Fitrah manusia mmg menginginkan kebaikan. Jdi semua yg lagha, yg tak baik, yg dipenuhi nafsu semua tu berlawanan dgn fitrah. So, mmg kau takkan rasa kebahagiaan yg sebenarnya lah.

Semua yg aku tulis ni hanyalah sekadar luahan hati untuk diri sendiri. Yang makin hari makin lalai... Makin jauh.. Makin tak sedar dunia dah akhir zaman.. Dah nak kiamat dah... Tak takut ke diri ni terus lalai? Terus ditenggelami dgn nafsu dunia. Terus tenggelam dlm Hubbun Dunia. Ya Allahhh, takutnya dgn diri sendiri kdg2 tu... Like hidup mcm tak sedar akan mati. Hidup mcm tak sedar dunia ni akan hancur. Hidup mcm tak sedar kehidupan sebenar bukan dkt dunia tapi dkt akhirat sana... I'm scared of myself. Tp tulah.... nak berubah ni bukan mudah kan. Nak berhijrah ni bukan mudah kan. Nak tinggal segala yg perlu ditinggalkan tak mudahkan... Nak menambah amalan baik, ibadah kpd Allah pun tak mudah kan...

Actly, iman ni mmg turun naik.. Kejap kita alim sealim-alimnya, tp kemudian tersungkur balik... Takutnya kan... Mmglah kita tak mampu nak jaga hati ni tanpa pertolongan Allah.. Allah shj yg Maha Berkuasa Membolak-balikkan hati ni. Kita takde kuasa. Kita ni takde daya apa pun. Tapi tetap hidup masih sombong. Masih berlagak. Masih rasa nntilah2 taubat. Ada masa lgi esok. Lusa. Tulat. Tak sedar yg even skjp lagi pun kita boleh mati. Entah masih bernyawa ke tak. Ya Allahhhhh... byknya dosa hambamu ini. Byknya khilaf hambamu ini.

Aku doakan semoga setiap dari kalian yg baca post ni... Mendapat pengampunan daripada Allah SWT, sentiasa dirahmati dan diberkati kehidupannya. Dikurniakan kesihatan yg baik, dikurniakan rezeki yg berkat dan halal. Semoga kalian sentiasa dlm lindungan Allah dan sentiasa kuat dan dipermudahkan untuk menghadapi segala ujian di dunia ini... InsyaAllah... Aamiin Ya Rabbal Alaminn... Doakan aku ya...

Assalamualaikum...

Congratulationsssss! :)

Assalamualaikum! Heeee, aku baru perasan yg aku takde update pun lagi psl Convocation aku 2 tahun lepas dkt blog ni ๐Ÿ˜‚ Alang2 tgh musim Convo ni, bolehlah aku nak menyibuk update jugak hahahaha. Fyi, aku Convo pun after 2 years of hiatus gitew hahahahaha. Semuanya gara2 Covid lah kan. Habis belajar 2019, Convo 2021. Itupun, alhamdulillah pihak KUIS nak buat secara fizikal. Kalau tak tu mmg ada desas-desus nak buat secara online sahaja. HAHA... Mmg taklah kitorg nak kannn.

Dan akhirnya, alhamdulillah dpt juga secara fizikal.. tapi tak bestnya sbb time tu Covid masih mengganas, jadinya parents tak dijemput hadir. Hanya student shj yg dibenarkan masuk Dewan Konvokesyen tu... So, its not that perfect punya Convocation lah. Even Jubah & Mortar Board pun perlu pulang terus lps habis majlis tu sblm keluar dewan. Dlm dewan pun kena pakai mask. HAHA... Nak bergambar dgn kawan2 luar dewan pun dihalau sbb tak boleh berkumpul ramai2... Haha sedih betul...



Ini gambar masa dah habis Last Paper for Degree!
Captured n Edited by MUSTAQIM MN .
(Member photographer jugak sooo yg berminat boleh pi PM dia. Cuma x sure dia masih ambil job photographer lg ke tak)

Anyway, tetap syukur alhamdulillah.. After 2 years of waiting, akhirnya officially graduated from KUIS which is skrg dah jdi UIS. Tarikh Convocation aku time tu 2 December 2021. Tarikh hari lahir my mom! Malam tu terus celebrate birthday hihi. Bila dah naik pentas ambil scroll tu serious rasa mcm Alhamdulillah proud of my self even slack sikit sbb tak dpt First Class hahahahhahha. Sikit je lagi nak capai. Tulah, byk main punya psl ๐Ÿ˜‚ Melepaslah kannn. Nak kena sambung MASTER pulak ke? HAHAHAHHA, tiada dlm perancangan lagi ๐Ÿ˜œ


Tgklah tu, sikit je lagi nak masuk first class tu hahahahaha


Alhamdulillah, walaupun jubah convo kena pulang awal, tp dapatlah juga kita photoshoot prevconvo kan. Huhu... Puas lah bergambarrr. Alhamdulillah semua gambar cantik2! ๐Ÿ˜ Kita hire photographer member KUIS jugakk AMIRUL RUSLAM. Rasanya mungkin ada yg tahu kot kann. Heeee, kalau ada yg berminat dgn photography dia boleh pergi DM dia dkt IG!





Seriously, cabaran sebenar bermula selepas zaman belajar ni. Sbb kau kena survive semuanya sendiri. Time zaman belajar dulu hanya perlu fokus belajar & dgn kawan2 je. Dah habis belajar ni semua dah mula mencari rezeki, berpisah menuju hala tuju masing-masing, dah jarang jumpa. Huhu, nikmatilah zaman belajar suka duka masa belajar tu betul2! Nanti surely you guys akan merinduinya! 

Dan explorelah, carilah pengalaman cukup2 dgn join program2 yg ada, join persatuan, jadi pimpinan, jdi ajk program, join usrah. Sbb semua tu x dpt dlm kelas. Tak dapat secara teori. Itu semua pengalaman yg berharga sgt sbb itu yg akan didik kau utk jadi lebih berani, jadi lebih pandai utk bercampur dgn orang dan lebih mudah untuk survive di masa akan dtg. Dan kau akan rasa rugi jika kau tak join semua tu. Seriously, pandai teori shj tapi tak pandai urus hidup its really gonna hurt youuuuu! Aku berani ckp cmtu sbb aku sendiri mengalaminya. HAHA

But it doesn't mean kau kena aktif program bagai2 tapi pelajaran kelaut. Its not gonna help you either mcm tu. Seimbangkan kedua2 nyaa.. Haaa gitewww... Dapat excellent in both punnn lebihhhh baikkkk! Cuz educated people ni seriously lain pembawaan dia ya. So be educated. Be confident. Be good.


Dahlah, tak tahu nak bebel apa lagi haha. Alhamdulillah for everything! Congratulations untuk mereka yg Graduation tahun ini! Cepat atau lambat bukan perlumbaan! Tapi satu kejayaan yg layak utk diraikan! Alhamdulillah ala kulli hal! May Allah bless all of you! ๐Ÿ˜‡๐Ÿ‘

25 November 2023

Missing

Assalamualaikum. Rindunya nak bercerita dkt blog ni. Lama sgt tak post story. Nak cari mood nak menaip tu pun satu hal juga. Nak karang ayat pun tgk kerajinan juga. Actly, nak story ttg apa pun tak tahu juga. Haha... Entahlah, life aku bila makin dewasa ni, mcm makin tak ketahuan pun ya jugak... Entah apa yang dibuat pun tak tahu. Hadap benda yang sama je everyday. Cuba untuk survive selagi nyawa masih terwujud. 

Seriously, everyday hadap perkara yang sama. Rutin yang sama. Feeling lifeless but we have to survive no matter what. Feeling worried but we have to trust in Allah plans. Kita merancang, tetap perancangan Allah yang terbaik. Jujur, sedih gaklah rasa cam byknya wasted time dlm life aku ni. Like kenapa mcm tak nampak any progress eh. Mcm tetap di tahap yg sama je. Alaaa.. stresslah cerita mcm ni. Haha... Tapi tulah.. nak story dgn sape pun tak tau. Sbb its always the same problem, the same mistake, the same thing over n over again. HAHA

Dulu zaman belajar nak cepat2 habis belajar nak kerja. Haha, skrg asyik rindu zaman belajar dulu pula. Takyah fikir nak cari duit, enjoy je life belajar n berkawan n berprogram. Haha... sedihnya.. mcm terikat dgn masa lalu pulak. Tetap x betul2 live in present time. Hmmmmm....

Sorrylah, terluah masalah pulak. Kita nak post happy je ye dak? ๐Ÿ˜Š Okaylah, kita tukar kepada cerita happy2 sikit. Alhamdulillah hujung minggu lepas kami dkt Jalan Rahmat ni ada buat Family Day dkt Bagan Lalang. Adalah aktiviti-aktivitinya. Sukaneka , tukar2 hadiah, movie night, BBQ. Paling best sukaneka lah kan haha. Aku n kwn aku handle bahagian hadiah. Semangatlah merata pergi cari hadiah haha.. Alhamdulillah selesai. Btw, yg sukaneka tu kami join jugaklah kan. Sbb yelah, benda kita nak happy2 tak syok lah tak sporting kannn. HAHA TIBERRRRR.


Yaaa. Kita main tepung yaaaa xD

Selain sukaneka, menyempat jugaklah pergi healing. Sbb dkt situ ada pantai kan. Gigih petang2 dgn awal subuh pergi pantai. Tapi mmg view cantikkkkk sangattt yang teramaaatttt! Siap rezeki nampak pelangi lagi! Loveeee sangatttt! The shades of the langit n awan tu. Haishhh! Aku pulak dahlah mmg pencinta view2 mcm tuuu. So yeahhhhh, alhamdulillah im happyyyy! ๐Ÿ˜





Ofkosss kita healing jugaklahh kannn




Okaylah, itu sahajalah daripada saya untuk hari ini. Ni pun menaip half-hearted sbnrnya hahahaha. Till next time! Annyeonggg chinggu-deul! Assalamualaikum!๐Ÿ˜Ž๐Ÿ‘‹

26 August 2023

Healing 1.0

Assalamualaikum. Hai, apa khabar penghuni dunia? Masih kuatkah menjalani kehidupanmu di dunia ini? Masih utuhkah harapan dan keyakinanmu kpd yg Maha Esa? Masih teguhkah pendirianmu sebagai Hamba? Semoga setiap kekuatan dan keteguhan yang dikumpulkan beroleh ganjarannya di sisi Allah SWT dan diangkat darjatmu asbab kesabaran dan keredhaamu dlm menghadapi segala ujian kehidupan๐Ÿ˜‡

Alhamdulillah ala kulli hal, perit macam mana pun, susah mcm mana pun, tetaplah bertahan kerana semua itu bekalan utk kita bawa ke akhirat kelak. Sbb dunia ini bukan tempat tinggal kita yg sebenar. Semuanya hanyalah sementara. Hanya tempat kita mengumpul sebanyaknya pahala kebaikan utk dibawa pulang ke tempat tinggal kita yang sebenar iaitu Syurga... Moga setiap dari kita yang beriman, dapat masuk ke Syurga tanpa dihisab dan mendapat syafaat Baginda Nabi Muhammad SAW. Aamiin Ya Rabbal Alamin...

Actually, nak cerita psl sis pergi healing hari tu. Tp pnjg pula mukaddimah nya... Haha... Tetiba rasa nak story lah kan hari tu sis ikut Usrah Muslimat dkt kawasan rumah sis ni. Kami buat Usrah dkt Taman Saujana Hijau, Putrajaya. Saje sekali-sekala kita usrah santai sambil menikmati keindahan alam gitewww. But, seriously its really help me release my stress :) Alhamdulillah sangat sis follow jugak sbb lama tak jalan-jalan ambil angin n healing org kata. Haha... Actly, for me healing camni lagi best sbb tak perlu keluar duit sgt & melihat segala keindahan alam serta mengingati kebesaran Allah SWT.

Taman Saujana Hijau tu dah kali kedua sis pergilah kiranya hari tu. Tapi kali ni ikut jalan depan jadi jauh sikit nak ke tempat berkelah tu. Mmg puas berjalan dan sekaligus exercise lah๐Ÿ˜‚ Hahahahaha tapi best sbb bagi kita peluang utk lupakan sekejap segala masalah yg menganggu pikiran, menikmati keindahan alam, dan ambil gambar banyak-banyak sbb view cantik sgt๐Ÿ’•

Bila berjalan tengok alam ni, dia membuatkan kita rasa tenang, bebas sekejap dari keserabutan dunia, n mcm recharge balik energy kita nak melalui hari-hari seterusnya. Sbb mmg lama sgt sis tak pergi healing. Setiap hari ulang-alik pergi kerja balik kerja, cuti duduk rumah je rehat layan movie, makan tidur. Huhu, dia rehat tp tetap energy tu cam tak di renew. So, badan jadi lesu je, semangat pun takde. Alhamdulillah, Allah beri rezeki utk pergi jalan-jalan ambil angin dan recharge energy baru!

Panjang pulak bebelnya. Kita tgk gmbr pulaklah kan...





Tengoklahhh langitnya, pokoknya, bunganya... MasyaAllah.. Subhanallah.. Indahnya ciptaan Allah SWT... Alhamdulillah sgt hari tu cerah elok, hujung-hujung time nak balik tu je hujan sekejap tapi tak lebat... Alhamdulillah๐Ÿ’• Kitorang pergi tu time weekend dalam kol 9 pagi camtu sampai. Mmg ramai juga orang exercise, jogging apa sume tapi takdelah sesak sgt. Alhamdulillah๐Ÿ˜Š

Nampaknya lepas ni kena cari juga masa utk release stress everyweek or 2x sebulan macam tu. Sbb kita bukan robot yang tiada rasa. Mmg akan ada rasa penat, stress, tension, sedih & segala emosi yang Allah telah ciptakan. Jadi, don't bottle it up sampai buatkan diri kita hilang rasa gembira, rasa suka, rasa bahagia tu. Kesian pada diri dan orang terdekat kita. Qun Qawiyyan! Moga terus kuat menghadapi segala ujian yg mendatang, moga diberikan jalan keluar bagi setiap permasalahan dan moga akhirnya nanti kita pulang dalam keadaan gembira menemui Sang Pencipta Allah SWT! InsyaAllah, Aamiiinnn!

Alhamdulillah, till next post! Assalamualaikum!๐Ÿ˜Š