24 October 2018

Road to final semester! :)

Assalamualaikum! :)

MasyaAllah, lama betul tak tgk blog ni. Last update bulan 6 yg lepas. Tu pun tahun ni baru 5 kali je update blog utk tahun ni. Dan skrg dah nak ke penghujung tahun dah pun. Bilalah aku nak rajin update blog selalu ni. Hm hmm...

Anyway, sebab jarang-jarang update dan sekarang sis pun tengah cuti sem so sajelah tukar layout blog ni ;) Sbb mcm dah lama sgt tak tukar. Hehe. Dan sis decide tukar kepada yang simple je dan nampak lebih matang gitu. HAHAHAHA Berharap semoga sis pun makin matang 😂 So, what do you guys think? Harap-harapnya okay jelah dkt mata korang kan huhuhu.

Hm, so sekarang sis tengah cuti sem 7. Dah cuti sem dah wehhhhh! Nampak tak bila tengah belajar mmg tak sempat nak update dkt blog. Hahahaha busy assignment, presentation, persatuan lagi. Huhuhu. Tak sempat nak bertapa depan lappy karang ayat utk post 😅 Anyway, cuti sem sis pun dah nak habis sebenarnya. HAHAHA Dan dalam 2 hari lagi result sis bakal keluarrrr (TAKUTNYAAAAA) Doakan semoga result sis berjaya dgn cemerlang dan okay ya kawan2! Hehe TQ! 😘

So! Sis bercuti selama sebulan dan akan masuk sem baru 11/11/18 nanti! Sem baru yang bermakna sem terakhir sis untuk belajar di KUIS! Which is sem 8. Entah kenapa tetiba rasa macam tak lama pun aku masuk kuis ni tau2 dah nak habis 😭 Lps sem 8 masih ada praktikal lagilah.. Selama 3/4 bulan mcm tu jugaklah. But still, nanti rindu kawan-kawan especially yang duduk jauh. Rindu jugak nak belajar buat asg sama2 pergi sana sini sama2 rindu lect2 yang mengajar. Huaaaaaa! Gonna miss all of it! Dahlah setiap kali masuk sem baru pejam celik pejam celik sedar2 dah nak final. Tak sedar langsung masa dah berlalu sebabnya busy sangat siapkan asg, midterm segala. Hmmmm.... Dan sem last ni lagilah nak kena siapkan thesis sebanyak 4/5 bab. Kalau tak siap thesis takleh praktikal... Ya Allahhhh... Semoga dipermudahkanlah urusan sis dan kawan-kawan sis yang lainnn.

Sekejap je masa berlalu, tak sangka dah nak habis belajar. Akan datang nak masuk alam perkerjaan pulak. Dah bersedia ke aku? Nak jumpa lebih ramai orang. Nak kenal dengan berbagai ragam lagi. Boleh ke diri ni diterima orang ramai. Yg mmg lebih mencabar dan berbeza dari mereka yang aku jumpa dkt Uni. Hmmm... Seramnyaaaaa 😖 Tapi nak taknak mmg akan kena hadap juga, jika dipanjangkan lagi umur ni. Huhuhuhu... Alam perkerjaan memang lain pula dari alam belajar ni. Semoga lebih berani dan kuat Fadhilah! 💪

Setiap kali teringat dah nak habis belajar, setiap kali tulah terlintas dekat fikiran ni, apa je yang aku boleh bawa untuk mereka yang dkt luar sana. Banyak mana je ilmu yang tersimpan di dada aku ni. Apa je yang aku boleh ajar dan tunjukkan kepada mereka? Hmm... Astaghfirullah... Serious, diri ni masih terasa kosong sebenarnya. To be truth mcm apa je yang aku ingat dari apa yang aku belajar selama ni? 😢 Ya Allah.... Tak taulah nak rasa sia-sia ke apa dgn semua yang aku dah buat waktu zaman belajar ni... Tapi apa-apa pun, mmg bersyukur sangat sbb aku dah berjaya utk bawa diri aku sampai ke tahap sekarang ni. Dan sikitttt je lagi nak habiskan perjalanan aku ni. 😊 InsyaAllah semoga semuanya baik-baik sahaja. Huhuhu...
Anyway guys. Aku kan.. Sebenarnya dok bermain dkt fikiran aku ni.. Apa matlamat hidup aku yang sebenarnya. Apa yang aku nak capai sebenarnya. Zaman belajar which is zaman yang masih boleh stay dlm comfort zone dah nak habis. Habis je zaman belajar ni baru the real cabaran bermula. Tapi aku masih blur masih konfius apa matlamat hidup aku sebenarnya. Aku mcm buntu. Tak tau nak buat apa nak kejar apa sebenarnya. Kalau koranglah kan, korang mmg dah ada matlamat hidup yang korang nak capai? Atau korang mmg dah ada perancangan yang korang dah buat? Macam mana korang boleh tahu dan tetapkan apa matlamat atau perancangan hidup korang tu ya? Dari perspektif mana yang membuatkan korang boleh decide ya? Anyone willingly to share with mee... Huhuhu I will really appreciate it 🙆
Okay, that's all! Thankyou guys! Assalamualaikum! :)