5 January 2022

SELF-LOVE :)

Assalamualaikum! Apa khabar kalian? :) Masih dlm keadaan yg baikkah? Oh, sebelum tu. Selamat Tahun Baru 2022! MasyaAllah, alhamdulillah untuk umur yang masih panjang. Alhamdulillah, untuk peluang yg diberi oleh Allah SWT untuk kita melakukan perubahan, untuk kita menambah pahala dan mengejar taqwa. 

Jadi, seperti biasa. Apa azam kalian untuk tahun ini? Masih sama seperti sebelumnya? Atau azam2 sebelum ni telah pun berjaya dicapai? Alhamdulillah jika Ya 😍 Jika masih belum, tidak mengapa. Jom sama-sama kita usahakan tahun ini sehingga berjaya dicapai azamnya! Masih belum terlambat untuk melakukan perubahan. Masih belum terlambat untuk dicapai selagi nyawa tidak berada di hujung nafas. InsyaAllah... :)

Anyway, azam sis tahun ni yup.. masih berusaha menunaikan azam2 yg lepas hihi. Takpe, kita cuba slow2 but giving my best. Tapi! Apa yg sis nak share dkt sini, azam baru sis yg paling sis nak cuba capai for this year is : SELF-LOVE 🙆💗 Yes. Self-love. Bukan selfish ya. Beza tu ;) So, apa Self-Love ni? Ia satu keadaan di mana kita lebih menghargai diri kita dan lebih mendahulukan diri kita drpd orang lain tp in a good way.

(Self-Love Meaning)

So, begitulah. Sis nak mula belajar untuk lebih menyayangi dan menghargai diri sendiri. Itu azam baru sis. Sbb apa? Sbb selama ini, sis banyak sangat menyalahkan diri. Banyak sangat tenggelam dlm kesedihan. Byk sgt hanyut dlm masalah. Selalu sangat negatif dgn keadaan. Selalu merasa diri banyak kekurangan. Selalu merasa diri ini tidak berjaya seperti yang lain...Selalu merasa terkebelakang. Selalu merasa takde apa yg berjaya dicapai. Takde kejayaan yg boleh dibanggakan. Begitulah negatifnya saya. Belum lg part dok sedih sbb tak jumpa jodoh lagi. Hahahaha. Dok rasa diri ini takde yg nak ke 😂😂😂 Kelakar je. Hihi. 

Okay! Haha, jdinya sis nak lebih menghargai diri ini. Sis nak menjadi lebih positif. Melihat sesuatu dgn pandangan yang baik. Bukan lagi negatif. Tidak terlalu push diri untuk menjadi sempurna seperti orang lain. Tidak terus merendahkan diri sehingga tidak mampu untuk bergerak lebih kehadapan. Tidak mengikut perasaan takut untuk melakukan sesuatu yang baru. Tidak terus menyalahkan diri sendiri bila ada sesuatu yang tidak berjaya dilakukan atau tak dicapai. Sebab semua itu serious hanya menjatuhkan dan melemahkan diri ini shj. Tak best tau hidup dlm kesedihan sentiasa, hidup dlm kemalasan, tak dpt majukan diri sendiri.

Yup, mmg tidak mudah. Sbb mmg kena berubah 100% lah dari sikap lama. Tp, insyaAllah tiada yg mustahil dgn izinNYA! Dan Allah sendiri dah sebut di dalam Al-Quran :


Allah takkan ubah nasib seseorang selagi dia sendiri tidak berusaha untuk mengubahnya. Yelah, Allah nak bagi. Tapi kita sendiri yang taknak. Kita yg tolak sbb kita malas. Sbb kita selesa dlm comfort zone kita. Sbb kita rasa cukup dah apa yg aku ada skrg. Sbb kita rasa susah nak buat. Kita rasa tak mampu. Kita rasa mustahil. Sedangkan, lupakah kita tiada yang mustahil dalam kekuasaan Allah. Allahu.. Lemahnya kita sebagai hamba 😔

Allah bagi byk sangat masa pd kita, byk sgt peluang tp kita mensia-siakannya. Kita habiskan waktu kita dgn perkara-perkara lagha, perkara-perkara maksiat. Allahu... Byknya dosa diri ini. Jujur, aku selalu rasa takut nak majukan diri utk lebih kehadapan. Asyik rasa tak berani nak buat sesuatu yg baru. Sbb takut x berjaya, sbb takut environment baru. Padahal semua itu adalah Growing Process in life! Untuk menjadi lebih baik. Untuk memperbaiki kehidupan kita. Supaya dapat lebih lagi menyumbang pd agama dan masyarakat. Hmm... Dan musuh yang paling utama for me adalah MALAS. Ya Allah, bila dtg kemalasan tu. Mmglah, satu kerja pun tak jdi. Semua benda jadi tak gerak 😭 Apa nak jadilah... Mmg berat dan susah ya nak lawan nafsu jahat malas ni. Dan realitinya, setan pun takyah hasut dah agaknya. Sbb diri sendiri dah mmg mengikut je nafsu malas tu. Mudah kalah dgn nafsu. Astaghfirullah... Lemahnya iman diri ini...

Jujur ckp, realitinya dlm kita sentiasa tenggelam dlm perasaan lemah, rasa sedih memanjang, asyik rasa nak give up, asyik rasa diri ini useless tapi kita lupa orang lain ada yg lebih teruk dari kita. Ada yg lagi berat ujiannya nak dibandingkan dgn kita. Sekurang-kurangnya kita masih ada tempat untuk berteduh, ada mknn untuk mkn, ada ahli keluarga bersama-sama kita, masih cukup sifat fizikal tiada cacat cela.. Hmmm... Betapa banyak nikmat Allah beri pd kita, tapi mata hati tu tetap nak tgk yg kurang sikit shj tu jugak. Mana hilang rasa syukur kita? Allahu.. Astaghfirullahhalazimm... Byk lagi nak kena muhasabah diri ni... 😟

Okay, takpe! InsyaAllah, mcm sis ckp tadi. Kita masih punya waktu. Untuk berhijrah menjadi lebih baik! Untuk memperbaiki diri. Untuk belajar menjadi lebih bersyukur! InsyaAllah semoga Allah permudahkan! Apa-apa pun, sentiasa dekatkan diri dgn Allah SWT.. Berdoa memohon kekuatan drpd Allah, sbb kita ni mmg takde apa tanpaNYA. Even setiap yg kita punya semua ni pun adalah Milik Allah SWT. Jadi, siapa kita nak claim itu ini? Huhu...

So, berbalik pd Self-Love tadi. Kenapa perlunya Self-Love ni dlm hidup kita? 👇👇👇


Sebab insyaAllah bila kita lebih menyayangi dan menghargai diri kita ini, kita akan menjadi lebih positif dan melihat setiap sesuatu perkara itu dgn pandangan yg baik. Melihat bahawa setiap apa yg terjadi itu adalah dlm perancangan Allah. Sesungguhnya mmg Allah yg lebih mengetahui apa yg terbaik untuk kita. Dan kita juga akan tidak terlalu down atau stress bila munculnya masalah. Sbb setiap permasalahan itu ada penyelesaiannya. InsyaAllah, Semoga Allah permudahkan. Aamiinnn.

Last but not least! Allah tidak akan memberikan ujian yang berat sehingga tidak mampu dihadapi oleh HambaNYA. Sesungguhnya setiap perkara dan keadaan yang dihadapi oleh kita, semuanya dlm pengetahuan dan pandangan Allah. Dan Allah Maha Mengetahui kemampuan kita ini takat mana. Jadi, terus percaya diri dan letakkan sepenuh kepercayaan dan pengharapan pada Allah SWT yang Maha Esa dan Maha Berkuasa atas segalanya di dunia ini mahupun di akhirat.

Jadi, jom kita bangkit! Teruskan berusaha, tawakal dan berdoa. Tunjukkan rasa syukur kita atas setiap nikmat yang Allah beri kepada diri kita dgn tidak berputus asa dan tetap teguh diri. InsyaAllah! Semoga Allah permudahkan urusan setiap dari kalian dan semoga kita semua terus kuat untuk mengejar Syurga dan Redha Allah! Aamiin Ya Rabbal Alamin! 😇💪😊

Terima kasih untuk masa kalian! Semoga ada manfaat yang kalian dapat walaupun sedikit drpd post ini! Doakan sis juga ya! Assalamualaikum! :)