17 June 2014

?

Assalamualaikum. 
Bila diluahkan, bahaya. 
Bila disimpan, merana. 
Aib perlu dijaga.
Habis tu? 
Tahan sampai bila-bila? 
Tak boleh. 
Aku tak kuat mana. 
Sedih bila dipersoalkan kebenaran kata-kata. 
Sedih bila terasa macam diri ni diabaikan sentiasa. 
Sedih bila terasa macam orang lain dilebihkan dan dijaga.
Aku pun ada perasaan. Manusia biasa. Perlu kasih-sayang. 
Mungkin aku dah besar. Lebih tahu. 
Tapi siapa boleh tipu perasaan sendiri? 
Lemah. Terkilan. Kecewa. Sedih. 
Menangis jangan katalah. 
Makin lama makin sensitif. 
Maaf kerana aku begini.
Tapi itu apa yang aku rasa. 
Jangan engkau risau. 
Kerana aku cuba usaha pendam semuanya. 
Kerana jika aku luahkan. 
Tetap tiada guna. 
Aku yang kena balik. 
Aku yang dikatakan kasar. 
Aku yang dikatakan kurang ajar. 
Lagi teruk jadinya. 
Kau kata. 
Tapi macam kata kosong sahaja. 
Aku memendam rasa. 
Tertanya-tanya kenapa ini yang aku dapat? 
Kenapa aku dilayan sebegini?
Herm... Astaghfirullah...
Tahan. Simpan. Pendam. Nangis. Sembunyi. Senyum. Perkara biasa. Cuma sampai bila?
 Assalamualaikum :]

11 June 2014

SAMBUNG BELAJAR KE KITA? HAHA

Assalamualaikum! Fuh! Lama gak tak update entri baru! Hahahaha. Sorry! Kemalasan melanda x3 So sekarang ni aku nak update entri pasal aku yang akan sambung belajar! Yeayyyyy! Alhamdulillah. Ada juga tempat nak sambung belajar. Tapi, swastalah. Herm, kesian mak ayah aku! Aku mesti belajar bersungguh-sungguh dan tak lalai lagi! Mesti! InsyaAllah! Budak-budak lepasan SPM2013 ramai yang dah mula sambung belajar! Aku masuk lambat sikit je sbb asasi. Haha. InsyaAllah aku akan sambung belajar di KUIS dalam bidang asasi pengajian islam! :) Heee, sebenarnya mula-mula tu aku mohon asasi BA. Dah dpt pun. Then tiba2 rasa nak tukar asasi pengajian islam. So, tukarlah! InsyaAllah, aku masuk 1 Julai ni. Patutnya masuk bulan 8. Tapi dipercepatkan pulak. Huhu. Takpelah. Lagi bagus! Aku nak masuk cepat2! Cukuplah lama sangat dah cuti! Hahahahaha. *Ceyh! Nnti bila dah susah nak cuti, dok sibuk nak habis cepat! x3*
 
 *Aku printscreen dari website KUIS je logo ni x3*

Kawan-kawan dari sekolah lama aku ramai juga masuk KUIS. Haha. Kawan lama aku pun masuk situ. Sepupu aku pun masuk situ jugak sorang. So, takdelah aku kesunyian pun kan? Haha x3 Tapi ramai kawan aku ambil diploma. Aku ambil asasi. Adalah 2 3 orang yg ambil asasi jugak rasanya. KUIS ni bukannya jauh sgt pun dari rumah aku! Dalam 15 minit pun dah sampai! Haha. Tapi dkt2 pun takdelah balik selalu. Mak ayah aku pun tak bagi balik selalu xp Tak taulah kenapa. Haha.

Herm, nak mula hidup baru. Cari pengalaman baru. Hadapi cabaran baru! Semoga semangat aku pun baru dan sentiasa menginginkan yang terbaik! InsyaAllah! Amin! Tadi aku pergi KUIS sekejap, hantar surat permohonan pertukaran course. Suasana dkt situ cantik je. Semua berjubah, berbaju kurung, berbaju labuh, bertudung labuh, bertudung yang menutup aurat. Takde pun pelajar yang pakai seluar kecuali pelajar lelaki. InsyaAllah selamat! Alhamdulillah... Dah dtg tu, aku call lah Iera! Ckp nak jumpa! x3 Heee, dapatlah jumpa dia sekejap! Huhu. Iera dtg dgn Aini sekali! Jumpalah budak berdua tu x3 Iera kata dia susah nak jumpa aku skarang. Tu yg excited nak jumpa tu! Hahahaha. Then kebetulan pulak dkt situ ada karnival apa tah. Adalah jual jubah, baju, tudung, macam2 lah! So, kebetulan aku pun tengah cari barang utk bawa pergi KUIS bulan 7 nanti. So, tengok2lah baju dkt situ. Aku beli 2 baju! Hahahaha. Harga dia mahal gaklah T^T Takdelah dpt murah. Sama je mcm harga dkt shopping mall tu hah. Dah beli, then balik. Iera pun ada kelas.
Sekarang ni aku tengah sibuk mengemas! Hahahahha. Excited gila nak masuk cpt2 ni! x3 Taknaklah kemas last minit kan? Hahahahahha. Btw, kesianlah tengok mak ayah aku kena keluar belanja banyak untuk aku beli barang. Sedih rasa T.T Haish! Aku memang tak boleh sia-siakan segala penat lelah mak ayah aku! Dahlah aku ada adik berderet-deret lagi bawah aku. Aku mesti belajar sampai dpt biasiswa! Bolehlah ringankan beban mak ayah aku! InsyaAllah! Harap sgt aku mampu lawan nafsu dunia aku! :') Amin, InsyaAllah!
Btw, lepas ni maybe jarang sangattttttttttlahhhhhhhhhhhh update blog! Yelah, org dah sambung belajarkan? Hahahahahhaha. Maybe hujung minggu jelah dpt usha blog pun kot. Tu pun bukan selalulah maybe. Jarang2. Huhu. Doakan aku selamat belajar dengan baik dan tidak lalai dgn nafsu dunia! Amin! Okaylah! Tu je kot. Hehe. Assalamualaikum! :)