"Weh... Ce sini kejap"

I c/p this from WS. And yes it makes me "bermuhasabah" and I hope all of you will read it. :') Especially for you girl(s).

Tajuk : "Weh..ce sini kejap"

Aku nak share satu story yang mungkin bagi korang dah biasa dengar, biasa baca. Ianya khusus untuk perempuanlah dan kiranya boleh jadi satu muhasabah diri untuk diri aku dan korang yang bernama perempuan/wanita/gadis dan seangkatan dengannya bila nak hadap ajnabi-ajnabi sekalian, bagaimana penjagaan diri korang sendiri.

Begini ceritanya...

***

Hari ni, dah masuk tiga hari seorang lelaki ni tegur aku. Faqih(bukan nama sebenar) namanya. Ya Allah, kau dah kenapa bro? Stres aku dibuatnya.

Ayat dia nak panggil aku, "Weh,ce sini kejap"

Hari pertama.

"Nah" Dia hulur baju sejuknya,"Pakai ni"

Eh...acah-acah sweet. Memang tak lah aku ambil. Sudahlah matahari tegak atas kepala nak suruh aku pakai. Panas dowh.

"Buat apa?" Tanya aku.

"Ambil. Pakai" Faqih letak saja atas bahu aku dan terus pergi. Nak tak nak terpaksalah pakai. Baju sejuk dia aku terus pakai. Sebelum pakai, bau dulu. Bau perfume lelaki. Fening lalat.

Hari kedua.

"Nah, aku beli sarung kaki tebal, warna hitam"

Once again, dia buat benda yang sama. Bagi saja dekat aku dan terus bla menonong begitu je!

Faqih, kau dah kenapa?

Hari ketiga.

Fine, lepas ni aku buat dek saja.

Dua tiga kali "Weh,ce sini kejap", "Weh,ce sini kejap" sampailah dia terpaksa kejar. Aku? Aku tak lari. Apa kau ingat nak main kejar-kejar dalam kolej tu. Nanti apa orang kata. Kanak-kanak ribena.

"Okeylah. Awak nak apa?"

"Kau boleh tak limitkan bercakap dengan lelaki? Kalau ada orang komen ke apa, buat tak tahu saja. Straight forward, jangan melayan. Aku ulang. Jangan melayan WALAUPUN tu member kau sendiri.

Kalau kau nak borak pun, better ramai-ramai bukan hanya dua tiga orang sebab kau hanya buang masa dan seronok ntah apa-apa. Lebih-lebih lagi bila kau cakap dalam laman sosial. Fikir orang lain yang membaca. Betul diri kau diri kau, diri aku diri aku. Be yourself,be myself. Tapi beragak.

Kita belajar agama. Kalau bukan pelajar agama pun, kita orang Islam. Dalam darah kita mengalir bacaan Al-quran walaupun cuma ada Al-Fatihah. Takkan nak cemarkan? Berapa banyak lagi amanah yang nak khianat?
Kalau kau nak update apa-apa, tolong fikir tiga pintu. Bermanfaat ke untuk diri sendiri dan ummah atau dalam erti lain tak sia-sia ke? Betul ke salah? Pahala ke dosa?" Ujar Faqih.

Aku tadah saja telinga.

Ini dah lebih. Itu pun nak kongkong. You are not my husband!, ronta hati aku. Sebenarnya, terjentik juga hati aku dengan kata-katanya.

Jawabku, "Okay" Aku pula yang terus pergi kali ni.

***

Nak dipendekkan cerita, Faqih meninggal sebab accident berlanggar dengan kereta. Dia naik motor lepas tu macam nak keluar selekoh tu, pap! berlanggar. Tu apa yang aku dengarlah. Wallahu'alam tak tahulah kan.

Tapi.. Alhamdulillah,orang cakap muka dia hanya ada lebam-lebam dan darah sikit macam tu saja. Seolah-olah ada yang menjaga dia sewaktu accident tersebut. In shaa Allah sama-sama kita doakan Faqih moga ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Sebelum dia accident tu,aku peliklah sebab dia tak approach aku. Selalu ada saja "weh,ce sini kejap" dia tu. Selisih memang selisih tetapi dia tak pandang langsung aku. Sampailah dia accident dan... meninggal.

Seminggu lepas Faqih meninggal, kawan Faqih Azam(bukan nama sebenar) whatsapp aku, nak jumpa aku.

So, aku pergilah.

Okey jap... serius aku nak nangis... fuh! kuat kuat! Aku kena terus menulis. Ini amanah.

Masa aku pergi jumpa Azam, dia cakap, "Faqih pesan tiga perkara dekat kau sebab dia tahu kau boleh tolong wanita-wanita lain untuk jaga diri diorang dan sedarkan lelaki-lelaki di luar sana untuk jaga diri masing-masing baik diri sendiri mahupun dak perempuan.

Pertama, dia bagi kau baju sejuk sebab walaupun kau pakai warna gelap,dia nampak apa yang ada dekat dalam. Maaf kalau sensitif. Aku terpaksa jujur. Faqih sendiri cakap. Bukan nak aibkan kau tapi bukan kau jelah. Budak perempuan lain pun nampak je walaupun tudung labuh tutup litup. Mata kami lelaki ni... nampak. Nak lagi bila duduk bawah matahari. Tudung yang jenis cerah tu dan warna-warna pudar macam hijau muda contoh, lagilah nampak. Rambut pun Faqih tahu macam mana rambut kau. Dia tak cakap lebih-lebih. Dia cuma cakap... dia nampak.

Kedua, dia bagi kau sarung kaki warna hitam kan?"

Aku angguk.
Kau tahu tak, aku dah menangis dah masa dengar Azam cakap yang pertama ni. Baru pertama.

"Dia tahu walaupun kau tutuplah macam mana pun, dia nampak. Tetapi, dia cakap. Pakailah warna hitam. HITAM dan TEBAL. Kalau kau pakai warna coklat, kami lelaki nampak juga. Tak payah nak tutuplah,memang boleh tengok.

Jadi, yang ketiga... Bila dia bebel panjang dekat kau fasal pergaulan dan update status, kau dah boleh jelas kenapa dia cakap macam tu. Kami lelaki ni yang nak jaga betul-betul perempuan dan diri kami sendiri, tak ada istilah 'aku alright je nak komen dengan kau(perempuan),aku alright je nak borak dekat mana-mana'.

Sebab apa kau tahu? Sebab buang masa dan secara tak langsung, perempuan yang berborak dengan kami tu, kami boleh baca perwatakan dia. Kami boleh ceroboh setiap sudut hanya dengan suara, percakapan. Badan tu awal-awal lagi dah tahu. Kami lelaki yang bukan mahram perempuan ni tak nak perempuan percaya pada kami MELAINKAN ada urusan.

Dunia akhir zaman, bukan bermaksud cara kita akhir, pemikiran yang akhir dan amalan yang akhir. Atau senang cakap, last minute. Kalau perkara-perkara kecil ni tak boleh nak jaga, mampu ke nak jaga amanah sebagai hamba Allah WALAUPUN dakwah kencang,hafiz hafizah. Peduli apa kalau popular sana-sini sebab nanti akhirnya balik ke tanah.

Kau tahu kenapa faqih selalu cakap 'weh, ce sini kejap'?"

Tersedu-sedu aku menangis. Aku geleng.Azam tidak suruh aku berhenti,dia biarkan aku menangis.

"Sebab dengan 'ke sini kejap' tu lah,kita akan DUDUK SEKEJAP dan MUHASABAH. Untuk tengok balik niat, tengok apa yang kita buat,apa yang kita dah cakap. Jika perlu minta maaf, minta maaf. Perlu terima kasih, terima kasih. Perlu move on, move on. Perlu teguhkan pendirian, teguhkan.

Ayat terakhir Faqih nasihat dekat aku masa solat jemaah Subuh dalam bilik, "Tinggalkan diri kau yang sekarang, jadilah seperti yang ditakdirkan". Aku tanyalah balik apa maksud seperti yang ditakdirkan? Dia jawab, "Sebagai hamba Allah". Cerita Azam. Suaranya serak. Mungkin dia pun nak nangis tapi dia tahan.

Ya Allah... Faqih. Hanim, Adila dan Suraya, sahabat sebilikku yang menemani daripada tadi, turut sama mencurahkan tangis.

"Jangan kata Faqih yang tegur sebab Faqih hanya asbab. Hanya alat untuk dia sampaikan apa yang Allah nak kami(lelaki) dan kau(perempuan) sedar. Kita banyak sangat lalai. Banyak sangat leka tapi... kita tak nak juga sedar. Sibuk dengan keinginan ego dunia. sibuk dengan.... perkara yang kecil"

Azam terus bangun, keluar daripada dewan kecil. Sempat aku tengok dia tutup mata dia. Aku tahu dia rindu Faqih. Dia tahan daripada tadi semata-mata nak sampaikan apa yang Faqih pernah cakap dekat dia.

Kring!

Mesej whatsapp masuk.

"Itu je lah aku nak cakap. Aku balik bilik dululah. Sorry lah keluar macam tu saja. Wassalam."

Reply : "Okay"

***TAMAT***

Aku harap.. korang faham kut.. apa yang aku nak cakap. Korang belajar ah sungguh-sungguh. Kita memang tak dapat nak tolong orang berperang, tapi dengan pendidikan kita dan amanah Al-quran serta Sunnah yang kita tahu, belajar ni. Kita dapat perang tamadun musuh.

Kalau korang suka main game, then buat game dakwah, sejarah Islam.
Kalau korang suka bercinta nak penuhi fitrah(Bagi yang belum bernikah), then cintai orang yang halal untuk kita cinta. Siapa? Mak ayah. Kalau takde mak ayah, ulama', kanak-kanak, sahabat sesama jantina. Perkara yang haram cuma satu. AJNABI. Sedangkan yang halal meluas.
Kalau korang rasa takde orang nak faham, cuba korang faham apa yang ada dalam diri korang SEBAGAI HAMBANYA. Cari. Mesti ada kefahaman tu.

Kalau korang suka beremosi, jadi cari perkara yang boleh bantu pantulkan emosi untuk muhasabah ataupun negatif tukar jadi positif. Allah dah bagi pertolongan. Dia bagi pokok, laut, pemandangan, awan.

Total up semua, bila korang fikir jauh dan mendalam sebagai hambaNya yang betul-betul nak tolong ummah yang terlalu tenat, nak sentiasa perbaiki diri, tingkatkan prestasi sahabat-sahabat, keluarga yang berpotensi untuk berubah. Korang takdelah nak bazir masa benda-benda kecil.

Letakkan dalam diri satu standard, satu piawaian, satu peraturan, satu panduan dalam hidup korang supaya APA-APAPUN yang datang, korang dapat TAPIS dan FIKIR betul salah, dosa pahala.

Well.. ya betul sebagai manusia yang lemah kita akan kecundang berkali-kali. BUT sekarang tak kecundang lagi kan? Then go on. Sudah-sudahlah bercinta dengan bayang-bayang. Cukuplah tu nak penuhi keinginan yang keseronokannya sementara. Korang nak apa lagi? Nyawa ada, masa ada, sahabat-sahabat ada, boleh bergerak, ada bumbung nak berteduh, ada katil nak tidur, ada mata boleh tengok, ada akal boleh faham. Macam-macam.

Janganlah hanya sebab keinginan sebutir pasir yang tak dipenuhi, korang tak nampak selautan amanah dan infiniti nikmat yang ada depan mata.

Maaf atas segala keterlanjuran kata.
Maaf kalau ada tersalah bicara.
Terima kasih sudi baca sampai habis.

Assalammu'alaikum wbt.

-Al-huraiyah torfi maqsuroh-


Muhasabahlah :') Assalamualaikum...

PERSUASIVE PRESENTATION


Assalamualaikum! Okay, guys! I need help for one more thing! Uhuk uhuk! So, next week I have to present on persuasive format. Persuasive in malay is pemujukan. Which means, aku kena pujuk org utk buat sesuatu yang aku nak. Pujuk org agar bersetuju dgn statement aku. Or pujuk org utk ikut aku. Contohnya, mcm pujuk supaya jadi lebih baik ke, pujuk supaya jumpa doktor gigi ke, pujuk supaya apa-apa jelah! Tapi kalau boleh jgn pujuk org beli brg yg kita nak jual. Haha. *Lect aku tak bg v.v*

So, skrg ni idea aku like nak pujuk org utk bertukar kpd produk Muslim. Korang rasa okay ke? N anyone yang ada good idea to share? Tlg aku pleaseeeeee T^T I will appreciate it a lot!

HELP ME PLEASEEEEEE
Byeee, assalamualaikum! 

25 Things that make me happy!

Thank you to Tomodachi for tagging me! Heeee, mmg teringin nak join n just waiting sapelah yg sudi nak tag aku. HAHA
1. Get to eat what I want.
2. Chocolate.
3. Sleep.
4. When my mood is happy the all day.
5. People laugh because of my jokes.
6. Get good marks in exams.
7. New clothes, bag, shoes.
8. 'Terserempak' dgn crush.
9. Travel.
10. Be a leader.
11. Confident and brave.
12. Kahwin ><
13. My parents smiles.
14. Blogging.
15. Hangout with my BFF(s).
16. Have someone to share with.
17. When people love me because of my real self.
18. When I take a beautiful photo of scenery or others.
19. Good photo of my ownself xD
20. Donuts, bakeries, western food v.v
21. Good friends (Not the fake one)
22. Get new gadgets such as hp, laptop and (I WANT CAMERAS)
23. Treat my families ;)
24. Lots of money TvT
25. Bersyukur with what I have ^^
"Life is temporary, but akhirah is forever. Make your life a good journey for you to reach to a good place which is Jannah"

Okay, thank you! ;) Assalamualaikum! :* 

Hadiah dah sampai ;)

Assalamualaikum everyoneeeee! Bersua kembali kita! Huhu, lama tak update. Sbb sem 2 ni mmg agak busy rasa. N agak kerap jugaklah tak balik rumah hujung minggu. x3 Busy sgt dgn asg yg banyak dan boleh tahan susah sampai rasa nak give up punya jugak tapi alhamdulillah masih mampu untuk bertahan lagi. 

Btw, ingat tak yg aku ada menang hadiah misteri dri GA sis yan? Alhamdulillah hadiah dah sampai! Heeee, even simple je hadiahnya tapi comel ;) *Aku suka benda-2 comel ni! ><* N kira berguna gaklah hadiahnya utk aku as a student ni!





Heeeee, thank you sis yannnnn! Muahhh muahhhhh :* Assalamualaikum! xoxo

Kadang kita tak salah...

Assalamualaikum. Bila ada perkara yang melibatkan kita dgn manusia, mesti tak lari punya dari masalah atau salah faham. Tipulah kalau tak pernah ada prob dgn manusia. Dgn Allah jgn ckplah kan? Astaghfirullah.... :'/ Kadang tu, masalah tu bukan berpunca drpd kita. Tapi sbb kita dah terlalu byk bersabar, akhirnya tewas dgn godaan syaitan untuk melepaskan kemarahan. Dan akhirnya terjadi salah faham atau pergaduhan antara sesama kita dan org lain. Namun begitu, kesan drpd salah faham ini membawa kepada kita yg disalahkan. Pdhl pada awalnya, bukan kita yg salah. Hanya kerana sebutir bicara, kekasaran bahasa, semua masalah dituju kpd kita. Walaupun sbnrnya semua itu bukan berpunca drpd kita. Mungkin org tak faham, atau org mahu lari drpd salah, ataupun masing-masing mengalami salah faham. Entahlah....
Setiap manusia mmg ada penyakit ego dan pentingkan diri. Cuma, mcm mana cara kita kawal sikap/nafsu yg tak baik itu yg menentukan kita ni mcm mana. Ada org mungkin boleh kawal, tapi ada org suka ikutkan sahaja kepalanya. 
Tak mudah berurusan dgn manusia. Byk hati yang perlu dijaga. Dan kdg tu hati sendiri merana. Kdg tu kita rasa kita dah cuba jaga hati org sebaik-baiknya, tp lain pula pndgn di pihaknya. Di katanya kita tidak kisah dgn perasaannya... :'( Allah... lalu bagaimana lagi? Apa yg harus dilakukan lgi? Wajah tersenyum, tetapi hati? Hanya tuhan yang tahu :') Please, kuat kerana DIA.
Ya, mengalah bukan tandanya kalah. Meminta maaf bukan tandanya lemah tapi ternyata kuat kerana kita redha dan menerima segala qada' dan qadarNYA. Have faith in HIM. Redhalah... biar bersusah di dunia tapi bahagia di syurga kelak. Ubah diri jadi lebih baik, belajar dari kesilapan dan cuba untuk menjaga hubungan dgn Allah dan juga Manusia. Habluminallah wa habluminannas. InsyaAllah.... Amin.... :')

Family trip to Zoo Negara Malaysia!

Assalamualaikum! So, hari ni kita jalan-jalan lagi. Haha. Ayah bawak kitorang pergi zoo negara pulak! Saje melayan adik-2 kecik ;) Mmg dah rancang dri smlm nak pergi zoo hari ni, but then x jadi sbb ada kwn aku kata yg zoo tutup setiap hari selasa. So, kitorg x jdilah pergi. Tp dlm pukul 10 lebih camtu ayah kata yg kwn dia dah pergi zoo dri pg hari ni. So, maknanya zoo bukaklah. Akhirnya, kitorang pergi je jugak even dah nak tengah hari. Sbb kalau tak rancang nak pergi dri awal pg. Hahahaha. Rupa-rupanya kwn aku bukan salah bagi info, tp tak cukup info. Mmg mulai Jan 2016 Zoo Negara akan ditutup setiap hari selasa KECUALI public holidays/school holidays.

Alhamdulillah sampai jugaklah kitorang dkt zoo tu. Sampai-2 banyak gila kereta dok carik parking. Ada yg mmg sampai jauhlah parkingnya. Syukur kitorang dpt parking dlm sbb ayah pusing balik masuk dlm. Orang ramai betullll. Malaysian, Foreigner, Arabian, yg bertudung, tak bertudung, tutup aurat, tak tutup aurat, semua adalah. Haha. Dah tu, tunggulah ayah pergi beli tiket. Tiket dia boleh tahan mahal woiii T^T Kanak-kanak (3-12 tahun) lebih kurang RM 11 dan Dewasa lebih kurang RM35 tak silap aku. Kitorang ada dlm lebih kurang 7 orang, so kiralahhh! Byr utk masuk je dah nak dkt RM200 T^T *Belum Legoland lagi. HAHA* Mahal pun.... sbb anak. Berkorban jelah ayah aku. Huhu. Dah tu masuklahhh dlm zoo tu. 

Dah masuk, decide pulak nak naik tram or jalan kaki. Sbb tram dia pun RM7/person tak silap, so betterlah jalan kaki. Kira excercise sekalilah. Haha. Sblm jalan, naklah pergi beli air/mknn dulu. Mula-2 nak beli popcorn, sekali tgk harga dia.... Mak aihhhhh! RM7 woiiiii! Tu pun x taulah dpt byk mana. Terus x jd beli. Tu belum keropok super ring RM5 satu dah tu pringles pun sampai RM10 sebekas. Gila apa! Mmg mencekik darah betul zoo negara ni. Haha.... Double harga mknn dri dkt luar. Air pun boleh tahan mahal... berdouble-double! Tak taulah nak cakap apa... Hahahahaha t.t

Okay, lepas dah beli air semua, maka bermulalah perjalanannya v.v (Kita share gambar jelah yaaaaa~)














Kitorang berjalan-jalan pusing satu zoo maybe. Then berhenti solat jap n sambung masuk taman rama-rama. Mcm-2 serangga aku jumpa dlm tu. Yg seram, geli, cantik, semua adalah. Hahahaha. Mmg aku ada amek gambar! Tapiiiiii T^T Dah terdelete. Ingatkan dah transfer ke laptop, rupa-rupanya takkkkk. Huarghhhhh! Sedih jeeeeee! Tapi adalah sikit yg aku masukkan dkt insta becauseitsnature . Bolehlah sesiapa yg rajin nak pergi usha v.v Sedihhh woiii! Terdelete. Dahlah ada yg aku x masukkan dkt insta. Yg seram + geli punya serangga tu. HUHUHU

Dah habis pusing, then balik dan pergi makan! Dah tu balik rumah! Seharian berjalan hingga ke petang! Huhuhuhu. Penatlah jugak kaki ni kannn. Badan pun penat. Minda lagilah penat! Risau dok fikir asg tak settle-2. Huhu. That' all! Goodnight kawan-kawan! Laila saedah! Selamat malam! Annyeong! Assalamualaikum! :*

Alhamdulillah! x)

Assalamualaikum! Heeeeee! Hari ni seharian berjalan even asg byk lagi tak settle! Huhuhuhu. Tkpelah, umi dgn ayah nak bwk anak-2nya berjalan. Kita ikut jelah kan. v.v Berjalan dari pagi sampai petang, then balik rumah mlm bukak laptop. Tiba-2 ada komen dkt entry GA Sis Yan ni cakap tahniah menang. Wowowowow! Tak sangkaaaa ada rezekiiii! Huhuhu. Alhamdulillah! >< Menang hadiah misteriiiii!
(Klik Gambar)
Tu yang nombor 59 tu! Heeeee, happy woi! Even tak tau lagi apa hadiah misterinya. Hukhuk. Kita tunggu jelah hadiah tu sampai kan! Tp apa-2 pun alhamdulillah! >< Thank you sis yan! ;)

Haaaa, btw. Hari ni seharian berjalan. Pergi mana? Putrajaya je. Hahahaha. Duduk bangi, tapi jarang betul nak pusing-2 dkt putrajaya tu. Padahal dkt je x3 Org lain yg duduk jauh-2 jgk yg selalunya cari masa nak dtg putrajaya tu. Hahahaha. Kitorang pergi Taman Wetland, Putrajaya je tadi ;) Main Paddle Boat dgn adik aku pergi berkayak. Hahaha. First time try, best jgklah even  penat nak mengayuh tu x3 *Adik aku je yg byk kayuhnya xD*








N then kitorang jenjalan dkt Taman Wetland jugak but belah tempat jalan-jalan tengok pemandangan gitulahh~


Naik menara apa tah nama dia ni. Ada 4 tingkat. Aku naik sampai tingkat 2 je. Tu pun cepat-2 turun. Sbb tinggi gila woiiii tak tahannnn! Gayattttt T^T Serious rasa takut gilaaaaa. Takut jatuhhhhh! Hukhukhuk. Adik aku yg kecik naik sampai tingkat atas sekali rileks jeee, tapi aku tak bolehhhhh. Hahahaha x3

Then saje jenjalan lagi n terstop dkt tempat tgk flamingo. Tp flamingonya sikit je. Yg byknya swan, itik. Haha






Adik aku yg kecik tu dok panggil quack.. quackkk.. Hahahaha ><


Lepas tuuuu, pergi rumah makcik aku makan laksa sekali sambut birthday dia dan balikkkkk v.v
Itu je cerita aku. Happy with my family ;) Annyeong~ Assalamualaikum! :*

(EDIT VIDEO TAK HABIS-HABIS LAGI T.T)

POST TITLE

Assalamualaikum rakan-rakan blogger sekalian. I want to ask lah... Bila korang post new entry/ies. Mana korang dapat idea utk letak tajuk post tu eh? Aku setiap kali nak update blog, apa yg nak di post / diceritakan tu takde masalah sgt. Tp part nak letak tajuk entry tu yg mcm lemah sikit. Haha. Serious takde idea nak letak tajuk-tajuk yg best yg akan buat org rasa nak baca entry aku tu. Sampai kdg-2 tu aku letak tajuk entri yg mcm takde maksud pun ya jgk. LOL Lagi-lagi blog aku ni mmg byk post psl personal things je mcm diari suka hati akulah nak cerita apa pun kan. So, kdg tu mmg org takdelah tertarik sgt pun nak singgah. Tp kpd yg rajin singgah tu aku appreciate sgtlah! Muahh muahhh ;*

JADI, BOLEH SHARE TAK DARI MANA KORANG DAPAT IDEA UTK LETAK TAJUK ENTRI DKT POST-2 KORANG? v.v

Annyeonggggg!

Wuuuuuuu v.v

Assalamualaikum everyone! Happy holiday! Hoho. Aku cuti 4 hari je v.v Bukan bdk sekolah lagi dpt cuti seminggu. Hukhukk. Herm, first of all. Wanna say thanks to everyoneeeeee yg komen n bg cdgn tutorial apa yg aku boleh buat on my last entry! ^^ Appreciate it muchhhh! Muahhh muahhhh :* So! Akhirnya aku buat tutorial apa? Hahahaha. Simple tutorial je. Aku cuba jgk google diy project n mcm-2 yg aku jumpa. And end up aku buat TUTORIAL MENCANTIKKAN BOTOL KACA xD Its not that aku tak terima idea korang semuaaaa! Tp sbb aku ni mmg tak kreatif yg nak katanya bdk sekolah rendah pun lagi kreatif dari aku TvT *What a sad life*

Alhamdulillah, aku org yg ketiga present dlm kelas tu n everything going fine even ada juga kurangnya dlm presentation aku tu. Huhu. Sbb aku tak practice dulu. Main redah je. Tu yg tak berapa nak smooth sgt presentationnya v.v But still, alhamdulillah ala kulli hal! ;) Okay. Vid aku present ada kwn yg tolong rakamkan, tp seganlah nak tunjuk dalam blog ni x3 Serious bila tgk balik vid diri sendiri, rasa malu, lawak, lol n mcm-2 lg feelingslah! HAHAHAHA. *RASA NAK TAMPAR-2 MUKA SENDIRI PUN YA JGK xD*

Btw, mudah sgt je tutorial yg aku buat.
Bahan-bahannya: Botol kaca, salotape/tali/benang tebal, spray, gunting n surat khabar je ^^
Cara-caranya: Lilit je botol kaca dgn salotape/tali/benang ikut yg kita nak.
Then sembur dgn spray ikut warna yg kita suka.
N then tunggu kering, dan bukak balik benang/salotape tu.
Then dah siap! ;)

INI HASILNYA:

HOHO XP

Btw, aku ingatkan start minggu dpn bolehlah rileks sikit dari asg. Tapi, tiba-tiba! Ada asg yg kena buat balikkkk T.T Sbbnya ada yg kurg. Bukan grup aku je yg kena repeat, tapi semua grup. Huarghhhhhhh! Nak nangis je rasaaaaaa :'(((( Dahlah asg tu antara asg yg paling perittttt sgt nak siapkan. Sbb apa yg diperlukan itu agak mencabar dan really need a hardwork to settle it. Semoga Allah permudahkan segalanya :') Tolonglah jgn ada masalah lagiiiiii. Tolonglah semuanya baik-baik sahaja. Tolonglah aku kuat utk menghadapi semua ujian yg mendatang... Aminnnn Ya Allah :'<
Hermmmmmmm, lots of things happen for a reason! Quite busy this sem but still every moment is an experience! Have faith in Allah! InsyaAllah!