"Weh... Ce sini kejap"

I c/p this from WS. And yes it makes me "bermuhasabah" and I hope all of you will read it. :') Especially for you girl(s).

Tajuk : "Weh..ce sini kejap"

Aku nak share satu story yang mungkin bagi korang dah biasa dengar, biasa baca. Ianya khusus untuk perempuanlah dan kiranya boleh jadi satu muhasabah diri untuk diri aku dan korang yang bernama perempuan/wanita/gadis dan seangkatan dengannya bila nak hadap ajnabi-ajnabi sekalian, bagaimana penjagaan diri korang sendiri.

Begini ceritanya...

***

Hari ni, dah masuk tiga hari seorang lelaki ni tegur aku. Faqih(bukan nama sebenar) namanya. Ya Allah, kau dah kenapa bro? Stres aku dibuatnya.

Ayat dia nak panggil aku, "Weh,ce sini kejap"

Hari pertama.

"Nah" Dia hulur baju sejuknya,"Pakai ni"

Eh...acah-acah sweet. Memang tak lah aku ambil. Sudahlah matahari tegak atas kepala nak suruh aku pakai. Panas dowh.

"Buat apa?" Tanya aku.

"Ambil. Pakai" Faqih letak saja atas bahu aku dan terus pergi. Nak tak nak terpaksalah pakai. Baju sejuk dia aku terus pakai. Sebelum pakai, bau dulu. Bau perfume lelaki. Fening lalat.

Hari kedua.

"Nah, aku beli sarung kaki tebal, warna hitam"

Once again, dia buat benda yang sama. Bagi saja dekat aku dan terus bla menonong begitu je!

Faqih, kau dah kenapa?

Hari ketiga.

Fine, lepas ni aku buat dek saja.

Dua tiga kali "Weh,ce sini kejap", "Weh,ce sini kejap" sampailah dia terpaksa kejar. Aku? Aku tak lari. Apa kau ingat nak main kejar-kejar dalam kolej tu. Nanti apa orang kata. Kanak-kanak ribena.

"Okeylah. Awak nak apa?"

"Kau boleh tak limitkan bercakap dengan lelaki? Kalau ada orang komen ke apa, buat tak tahu saja. Straight forward, jangan melayan. Aku ulang. Jangan melayan WALAUPUN tu member kau sendiri.

Kalau kau nak borak pun, better ramai-ramai bukan hanya dua tiga orang sebab kau hanya buang masa dan seronok ntah apa-apa. Lebih-lebih lagi bila kau cakap dalam laman sosial. Fikir orang lain yang membaca. Betul diri kau diri kau, diri aku diri aku. Be yourself,be myself. Tapi beragak.

Kita belajar agama. Kalau bukan pelajar agama pun, kita orang Islam. Dalam darah kita mengalir bacaan Al-quran walaupun cuma ada Al-Fatihah. Takkan nak cemarkan? Berapa banyak lagi amanah yang nak khianat?
Kalau kau nak update apa-apa, tolong fikir tiga pintu. Bermanfaat ke untuk diri sendiri dan ummah atau dalam erti lain tak sia-sia ke? Betul ke salah? Pahala ke dosa?" Ujar Faqih.

Aku tadah saja telinga.

Ini dah lebih. Itu pun nak kongkong. You are not my husband!, ronta hati aku. Sebenarnya, terjentik juga hati aku dengan kata-katanya.

Jawabku, "Okay" Aku pula yang terus pergi kali ni.

***

Nak dipendekkan cerita, Faqih meninggal sebab accident berlanggar dengan kereta. Dia naik motor lepas tu macam nak keluar selekoh tu, pap! berlanggar. Tu apa yang aku dengarlah. Wallahu'alam tak tahulah kan.

Tapi.. Alhamdulillah,orang cakap muka dia hanya ada lebam-lebam dan darah sikit macam tu saja. Seolah-olah ada yang menjaga dia sewaktu accident tersebut. In shaa Allah sama-sama kita doakan Faqih moga ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Sebelum dia accident tu,aku peliklah sebab dia tak approach aku. Selalu ada saja "weh,ce sini kejap" dia tu. Selisih memang selisih tetapi dia tak pandang langsung aku. Sampailah dia accident dan... meninggal.

Seminggu lepas Faqih meninggal, kawan Faqih Azam(bukan nama sebenar) whatsapp aku, nak jumpa aku.

So, aku pergilah.

Okey jap... serius aku nak nangis... fuh! kuat kuat! Aku kena terus menulis. Ini amanah.

Masa aku pergi jumpa Azam, dia cakap, "Faqih pesan tiga perkara dekat kau sebab dia tahu kau boleh tolong wanita-wanita lain untuk jaga diri diorang dan sedarkan lelaki-lelaki di luar sana untuk jaga diri masing-masing baik diri sendiri mahupun dak perempuan.

Pertama, dia bagi kau baju sejuk sebab walaupun kau pakai warna gelap,dia nampak apa yang ada dekat dalam. Maaf kalau sensitif. Aku terpaksa jujur. Faqih sendiri cakap. Bukan nak aibkan kau tapi bukan kau jelah. Budak perempuan lain pun nampak je walaupun tudung labuh tutup litup. Mata kami lelaki ni... nampak. Nak lagi bila duduk bawah matahari. Tudung yang jenis cerah tu dan warna-warna pudar macam hijau muda contoh, lagilah nampak. Rambut pun Faqih tahu macam mana rambut kau. Dia tak cakap lebih-lebih. Dia cuma cakap... dia nampak.

Kedua, dia bagi kau sarung kaki warna hitam kan?"

Aku angguk.
Kau tahu tak, aku dah menangis dah masa dengar Azam cakap yang pertama ni. Baru pertama.

"Dia tahu walaupun kau tutuplah macam mana pun, dia nampak. Tetapi, dia cakap. Pakailah warna hitam. HITAM dan TEBAL. Kalau kau pakai warna coklat, kami lelaki nampak juga. Tak payah nak tutuplah,memang boleh tengok.

Jadi, yang ketiga... Bila dia bebel panjang dekat kau fasal pergaulan dan update status, kau dah boleh jelas kenapa dia cakap macam tu. Kami lelaki ni yang nak jaga betul-betul perempuan dan diri kami sendiri, tak ada istilah 'aku alright je nak komen dengan kau(perempuan),aku alright je nak borak dekat mana-mana'.

Sebab apa kau tahu? Sebab buang masa dan secara tak langsung, perempuan yang berborak dengan kami tu, kami boleh baca perwatakan dia. Kami boleh ceroboh setiap sudut hanya dengan suara, percakapan. Badan tu awal-awal lagi dah tahu. Kami lelaki yang bukan mahram perempuan ni tak nak perempuan percaya pada kami MELAINKAN ada urusan.

Dunia akhir zaman, bukan bermaksud cara kita akhir, pemikiran yang akhir dan amalan yang akhir. Atau senang cakap, last minute. Kalau perkara-perkara kecil ni tak boleh nak jaga, mampu ke nak jaga amanah sebagai hamba Allah WALAUPUN dakwah kencang,hafiz hafizah. Peduli apa kalau popular sana-sini sebab nanti akhirnya balik ke tanah.

Kau tahu kenapa faqih selalu cakap 'weh, ce sini kejap'?"

Tersedu-sedu aku menangis. Aku geleng.Azam tidak suruh aku berhenti,dia biarkan aku menangis.

"Sebab dengan 'ke sini kejap' tu lah,kita akan DUDUK SEKEJAP dan MUHASABAH. Untuk tengok balik niat, tengok apa yang kita buat,apa yang kita dah cakap. Jika perlu minta maaf, minta maaf. Perlu terima kasih, terima kasih. Perlu move on, move on. Perlu teguhkan pendirian, teguhkan.

Ayat terakhir Faqih nasihat dekat aku masa solat jemaah Subuh dalam bilik, "Tinggalkan diri kau yang sekarang, jadilah seperti yang ditakdirkan". Aku tanyalah balik apa maksud seperti yang ditakdirkan? Dia jawab, "Sebagai hamba Allah". Cerita Azam. Suaranya serak. Mungkin dia pun nak nangis tapi dia tahan.

Ya Allah... Faqih. Hanim, Adila dan Suraya, sahabat sebilikku yang menemani daripada tadi, turut sama mencurahkan tangis.

"Jangan kata Faqih yang tegur sebab Faqih hanya asbab. Hanya alat untuk dia sampaikan apa yang Allah nak kami(lelaki) dan kau(perempuan) sedar. Kita banyak sangat lalai. Banyak sangat leka tapi... kita tak nak juga sedar. Sibuk dengan keinginan ego dunia. sibuk dengan.... perkara yang kecil"

Azam terus bangun, keluar daripada dewan kecil. Sempat aku tengok dia tutup mata dia. Aku tahu dia rindu Faqih. Dia tahan daripada tadi semata-mata nak sampaikan apa yang Faqih pernah cakap dekat dia.

Kring!

Mesej whatsapp masuk.

"Itu je lah aku nak cakap. Aku balik bilik dululah. Sorry lah keluar macam tu saja. Wassalam."

Reply : "Okay"

***TAMAT***

Aku harap.. korang faham kut.. apa yang aku nak cakap. Korang belajar ah sungguh-sungguh. Kita memang tak dapat nak tolong orang berperang, tapi dengan pendidikan kita dan amanah Al-quran serta Sunnah yang kita tahu, belajar ni. Kita dapat perang tamadun musuh.

Kalau korang suka main game, then buat game dakwah, sejarah Islam.
Kalau korang suka bercinta nak penuhi fitrah(Bagi yang belum bernikah), then cintai orang yang halal untuk kita cinta. Siapa? Mak ayah. Kalau takde mak ayah, ulama', kanak-kanak, sahabat sesama jantina. Perkara yang haram cuma satu. AJNABI. Sedangkan yang halal meluas.
Kalau korang rasa takde orang nak faham, cuba korang faham apa yang ada dalam diri korang SEBAGAI HAMBANYA. Cari. Mesti ada kefahaman tu.

Kalau korang suka beremosi, jadi cari perkara yang boleh bantu pantulkan emosi untuk muhasabah ataupun negatif tukar jadi positif. Allah dah bagi pertolongan. Dia bagi pokok, laut, pemandangan, awan.

Total up semua, bila korang fikir jauh dan mendalam sebagai hambaNya yang betul-betul nak tolong ummah yang terlalu tenat, nak sentiasa perbaiki diri, tingkatkan prestasi sahabat-sahabat, keluarga yang berpotensi untuk berubah. Korang takdelah nak bazir masa benda-benda kecil.

Letakkan dalam diri satu standard, satu piawaian, satu peraturan, satu panduan dalam hidup korang supaya APA-APAPUN yang datang, korang dapat TAPIS dan FIKIR betul salah, dosa pahala.

Well.. ya betul sebagai manusia yang lemah kita akan kecundang berkali-kali. BUT sekarang tak kecundang lagi kan? Then go on. Sudah-sudahlah bercinta dengan bayang-bayang. Cukuplah tu nak penuhi keinginan yang keseronokannya sementara. Korang nak apa lagi? Nyawa ada, masa ada, sahabat-sahabat ada, boleh bergerak, ada bumbung nak berteduh, ada katil nak tidur, ada mata boleh tengok, ada akal boleh faham. Macam-macam.

Janganlah hanya sebab keinginan sebutir pasir yang tak dipenuhi, korang tak nampak selautan amanah dan infiniti nikmat yang ada depan mata.

Maaf atas segala keterlanjuran kata.
Maaf kalau ada tersalah bicara.
Terima kasih sudi baca sampai habis.

Assalammu'alaikum wbt.

-Al-huraiyah torfi maqsuroh-


Muhasabahlah :') Assalamualaikum...

16 comments:

  1. nice sharing fadh. huhuhu. semoga Allah beri perlindungan kepada kita yg lemah :/

    ReplyDelete
  2. i dari zaman sekolah kurang kawan n communicate dgn budak laki. kat u pon sama kecuali kalau lecturer suruh group assigment mix lelaki n perempuan.tp dah last sem baru lah byk communicate dgn laki sbb banyak involve group mix jantina n praktikal ngajar di sekolah kami sepasang sorang laki seorang perempuan.masa tu di sek men sains jd kami nak tak nak kena juga kerjasama n byk komunikasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu, kalau mmg perlu takpelah. Tp kalau bkn keperluan, kita elakkan :) InsyaAllah...

      Delete
  3. mesej yg sangat bagus kak, terima kasih sbb mengingatkan :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-2 Mazni. Hanya berkongsi msg org lain ;) Ambil hikmah yg terselit di sebaliknya. InsyaAllah :)

      Delete
  4. terbaca entri ni dgn tak senagaja. tgh busy nak exam boleh terbaca. nak nangis T____T seram gile time dia ckp dia nampak semua tu, and faham bhs badan tu uwaa T_T

    rasa nak forward kt kawan kt whatsapp. boleh ke?
    btw keep posting benda yg camni lg. menarik dan menginsafkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu, ofkos boleh je :) Ni pun Fadh dpt dri ws jgk. Just keep sharing selagi boleh. InsyaAllah... Huhu, semoga diri kita terjaga :)

      Delete
  5. Sebuah story yg agak inspiring for someone like me, thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  6. Great story!
    I think...
    I'm lucky to have a future husband like Faqih u.u

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu, i know right :) To have someone that care for your future in akhirat :)

      Delete
  7. Huwaaaaa ! Seronok ! Kisah benar ke beb. Hm. Aku suka ending kau. Tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Aku copy dri ws. Benar x benar x taulah.. Huhu

      Delete
  8. Assalamualaikum FadhPerkongsian yang amat menarik.. Macam2 perasaan yang saya rasa bila baca.. Terima kasih sebab saling ingat memperingati ye Fadh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam :) InsyaAllah.. Sama-sama ^^

      Delete