24 May 2019

[THE STRUGGLE IS REAL #1]


💚 رمضان كريم

Assalamualaikum semuaaaaaa. Salam Ramadhan Hari Ke 19 :) Sekejap je dah masuk 10 malam terakhir. Maka jomlah kita manfaatkan 10 malam terakhir ini dengan sebaik-baiknya. InsyaAllah.. Cuba usaha istiqamah beribadah untuk dapatkan malam lailatul qadar yang mana lebih baik daripada seribu bulan 💖 Anyway, how you guys punya ramadhan kali ni? Is it more better than last year or sama je? Atau lagi teruk? Huhu, takpe.. Still ada time nak kejar untuk manfaatkan ramadhan kali ni. So, jangan putus asa k ;)

Okay, so what with the title? Hahahaha. Kalau ada yg baca post aku before this psl aku tangguh intern sbb some problem. Haha... So yeah. Alhamdulillah that obstacle aku dah berjaya harungi dan selesaikan! 😁 So, apa bnda yg buat aku sampai tangguh intern tu. Hahahahaha. Takdelah bnda besar pun, tapi yelah still mempengaruhi life aku n emosi aku kan 😂 So, ceritanya macam nii... Aku kan amek Degree, jadinya course aku ni takde final year project yg boleh berpasangan or berkumpulan, tapi ada Thesis by individu. Haaaa, jadinya aku kena buat thesislah. Thesis tu mcm satu kajian tentang apa-apa tajuk yang kita nak kaji dan kita tulis kajian tu jadikannya satu thesis (buku). 

Kenapa aku sampai boleh tangguh kan? Boleh terlewat siapkan thesis dari yang lain. Tak siap on time mcm yang lain. Sebabnya, aku ni kurang berdisiplin lah senang ceritanya 😅 Aku jenis yang more to discussion n grouping assignment. Bila benda-benda grouping ni baru aku mcm function lebih sikitlah sng cakap. Aku akan excited nak share idea, nak bincang, nak ajar if ada yang tak difahami ke apa ke. Tapiiiii bila kerja sorang-sorang ni aku jadi mcm lost. Jadi mmg mcm nantilah.. nantilah aku buat.. byk lagi masa.. nantilah aku tgk.. aku siapkan.. haaaa. Serious ckp tahap disiplin aku ni tahap rendahhh lahhh. Rendah sangattt. Haha...

Aku tau kot mana pun akan ada masa-masa kita kena survive sendiri, tak boleh nak sentiasa harapkan orang lain ada utk kita kan. I know that. Tapi tu lah... Bila takde kawan nak buat keje sama-sama dengan aku, sama-sama naikkan semangat bila down aku jadi mcm kurang sikitlah.. Dia jadi tak semangat. Jadi malas. Haha itulah punca yang sebenar-benarnya! MALAS! BILA MALAS MAKA DIRI JADI LEMAH. THEN SEMUA BENDA TAK JALAN. 😞 Huhuhuhu... In fact, ada je member-member aku yang tak jemu-jemu bagi aku semangat. Selalu tanya psl thesis aku. Dah gerak ke tak, dah buat ke tak.. Tapi aku? Tetap mcm tu gak.. Rasa banyak masa lagi.. Bertangguh lagi.. Haaaaa.. Last-last padan muka dkt diri sendiri! HAHA 😶

Anyway, selain sbb tu, mcm-mcm benda lain gaklah yg buat aku jadi mcm tak fokus kepada menyiapkan thesis aku. N YES PROBLEM-PROBLEM LAIN TU PSL KAWAN LAH. Tak taulah sampai bila aku nak pikir psl kwn je ni. Hahahahaha. Dari kecik sampai besar tak habis-habis masalah kawan. Its not like aku punya masalah. Kdg kwn aku punya masalah aku terbabit sekali. Or kdg aku tak buat masalah pun dgn org tu tetiba ada pulak anasir2 buruk yang dtg. Haha... Tak tahulahhh... Benda dah nak jadi.. Padahal aku sayang je semua kawan-kawan aku 😙 Okay tu citer lain. Takyahlah citer benda tak best kan. HOHO


Okay back to the topic, seriously nak settlekan thesis ni sgt memerlukan disiplin dan keinginan yang tinggi. Dan aku kurang berjaya lah dalam menyelesaikannya pada masa yang ditetapkan. Huhuhu.. So, semuanya bermula bila aku jumpa Supervisor (SV) aku untuk hantar full last draf. Waktu tu memang dah dekat-dekat ke penghujungnyalah untuk sem 8 hantar thesis yang dah siap. Tapi aku punya still tak diluluskan sebab ya memang salah aku sendiri lambat jumpa SV lepas pertemuan yang pertama atas alasan sebab Bab 2 aku tak siap lagi. Haaa.. aku punya thesis ni ada 4 Bab semuanya. Bab 1 is proposal then Bab 2 Teori Bab 3 Analisis/Dapatan Kajian n Bab 4 Kesimpulan. Tapi ada gak yg buat 5 Bab tu lain pulaklah ceritanya kan. Jadinya nak jumpa SV tapi Bab 2 tak siap lagi so mcm tak best lah. So aku amek masa berbulan-bulan hanya nak siapkan Bab 2 tu je sebab aku byk kali bertangguh. Pdhl nak buat tu tak amek masa lama pun sebenarnya! Memang aku submit Bab 2 tu dah dkt pertengahan sem 8 tu lah.

Nak jadi cerita, Bab 2 aku ni shj pun terlalu byk pages nya dan isinya. Jadi SV aku takleh nak terima dan suruh ringkas kan lagi dan kurangkan page. (Sbb mmg terlalu byk pun xD) So, aku pun gigihlah mengurangkan isi dan berkejaran menyiapkan Bab 3 pulakk... Bila dah siap tu pergilah submit pulakk. Sekali dgn Bab 4 sebab bab 4 ni sikit je isi yang kena buat sbb kesimpulan je kan. Then, bila dah jumpa untuk submit tu, SV aku kata banyak sangat lagi pagesnya. Tapi yg mcm sentap sikit tu, SV aku ckp "Banyak lagi isinya. Saya tak boleh nak baca. Awak pergi ringkaskan dulu baru saya baca. Banyak-banyak ni sbb awak copy sebijik-sebijik jelah kan isi yang awak rujuk? Kalau macam ni saya boleh bagi C jelah" Dan aku pun macam WHAT? Seriouslah ustazah.. Macam takde gunalah utk aku submit kalau dapat C je kan? Aku taknaklah C. Serious akan memburukkan result aku je. So, SV aku pun mencadangkan kepada aku untuk amek shortsem. Sbb kawan aku yg sama SV pun ada amek shortsem.

Btw, kan SV aku suruh aku kurangkan isi. So, dia suruh kurangkan isi dan jumpa dia balik hari tu jugak. Tapi dia cakap dia free sampai pukul 11 pagi je. N waktu tu pukul 10.30 pagi. KAU RASA? HAHA. Aku nak kena buang dalam 60 pages dlm masa setengah jam. Merepek apa kannnn 😩 Waktu aku jumpa tu hari jumaat dan dia cakap next weeknya banyak hari dia tak free. So, apa aku nak buat? Memang aku tak smptlah nak kejar dia nak kejar dateline lagi. Then, lepas je keluar dari bilik SV aku tu, aku jadi mcm apa aku nak buat ni. Waktu tu sumpah kepala aku sakit gila (sebab aku memang tak tidur malam sblm tu dok siapkan bab 3 ngan 4). 


Apa-apa pun aku pun melangkah lah ke Library Kuis keseorangan dan duduk mengadap paper bab 2 & 3 yang perlu diringkaskan. Lama aku termenung pandang kertas tu je. Dengan sakit kepalanya lagi. Tapi aku cuba try gak tgk balik isi buang mana yg boleh, but at the same time dok tgk jam sbb dah almost jam 11 pagi. Dan seriously waktu tu aku rasa serabut gila dan rasa nak give up. Rasa I AM DONE WITH THIS THING! Aku dah tak sanggup nak tgk lagi. Aku dah taknak stress pasal ni lagi. Aku nak tolak tepi dulu. Sebabnya waktu tu final exam aku pun mmg around the corner je. Dah tak lama dan aku pun tak start study lagi sbb fikir psl thesis tu. And in the end... Aku buat decision untuk ambil shortsem je... Seriously waktu tu macam-macam yang aku fikir dan rasa. Pikir psl parents aku lah, psl masa depan aku, belum lagi rasa down sbb tak dpt siapkan on time sama-sama dengan kawan-kawan lain. Malu pun ada.. Hahahaha... Lepas je aku decide tu, aku pun call lah parents aku... dannn.... Hahahahaha kita sambung dalam post seterusnya okayyy! Tulis panjang-panjang sgt kang korang pun bosan or malas nak bacakan. Hahahahaha... 

Okay, Assalamualaikum! Stay tuned! 😆

[bersambung dalam Part #2]