PESTA BUKU ANTARABANGSA *2014* !!!

Assalamualaikum!
Senangnya dalam hati~
Bila dapat hilangkan stress~
Daripada masalah~
Beli buku~
Di Pesta Buku!
Hahahahahahhahaha. Lagu tak jadi xD

Okey, saja je nak melawak. Hehe *Hambar*
Okay2! Act, aku nak update entri ni semalam! Serious dah excited gila2, dah fikir habis2, balik je dari PWTC, nak update entri! Tapi apakan daya? Keyboard komputer pulak buat hal. Serious meraunglah aku semalam TT_TT Takde cannnn~ Herm. Terus jadi malas nak update entri! Tapi lps aku baca entri bff aku yg si Iera tu. *Kitorang gi sama2* Dptlah jugak sikit semangat nak update. Haha, rajin2!

Okayyyyyy! Apa tunggu lagiiii? Jom baca cerita aku yang tak berapa nak best ni punnnn. Hehe!

Ceritanya bermula begini....
Semua orang tau Pesta Buku Antarabangsa ni memang diadakan setiap tahun! Dan even setiap tahun diadakan pun, still berjuta-juta pengunjung yang pergi tanpa jemu! Haha. Yelahhhhh, setiap tahun ada buku baru. Dah tu diskaun banyak pulak! Dah sah2 lah kena pergi sentiasa! x3 Tapi aku takdelah sampai tiap-tiap tahun pergi. Haha.
Yaaaaaaaaaaaaa! Pesta buku ni dah start dari semalam lagi! Dan tahun ni dianjurkan selama 11 hari! So, tunggu apa lagiiiiii? Siap sediakan diri, duit, masa, dan energy dengan kadar segera! Dan pergilahhhh~ Hahahahahhaha.*Promote woiii*

Bila nak sampai cerita aku ni? Haha, rilek2. Introduction dulu. Ni nak sambung ceritalah ni xp

Aku ni bukanlah kaki hangout! Dan sebenarnya kalau aku "hangout" yg sebenarnya tak sesuai dipanggil "hangout" pun, boleh kira dengan jari! Mmg aku jarangggggggggggggggg sangat2 dapat keluar or lepak dgn kawan2. Mak ayah aku tak benarkan TT_TT Huhu. Tapi alhamdulillah! Semalam mak ayah aku bagi aku join kawan2 aku pergi pesta buku! Hehe, yeah. Takdelah pergi melepak. Tapi kiranya dapat keluar dengan kawan2lah! Even pergi beli buku je pun, tapi best! Sebab aku dapat buku yang aku nak! Dan aku dapat jalan-jalan dengan kawan2 yang aku rapat n sayang! And the most important reason is aku dapat kurangkan sikit stress aku daripada masalah2 yang berlaku baru2 ni. Aku berjaya menghappykan diri aku! Yeayyyy!

Herm, act. Nak pergi pesta buku ni dah lama jugaklah merancangnya. Dalam bulan 3 mcm tu. Tapi, rancang nak pergi dengan orang lain. Sekali pergi dengan orang lain! Haha, tapi takpe! Lagi happy and lagi tenang jiwa ni! ;) Dah rancang punya rancang, last2 aku hangout dengan SYAZIERA, SYAZA, HAFIZAH, JANNAH n ATHIRAH(Kakak Jannah).
Iera n Syaza kenal dari sekolah rendah, tapi rapat sejak sekolah menengah. Hafizah mmg kenal dari kecik. Mak dia pernah jaga aku. Kitorang sekolah rendah sama-sama, tapi terpisah bila masuk sekolah menengah. Dia sekolah kat kelantan. Huhu. Jannah n Athirah pulak memang jiran lama. Kenal dari bila aku tak ingat. Tapi memang dah lamalah kenal! N aku rapat dengan dyorang! Sampai yg si Athirah tu pun aku panggil nama je, tak panggil kakak. *Dia beza 2 tahun dari kitorang* Sbb dah rapat sangat kot. Haha.
Kitorang pergi semalam, hari khamis, 24/04/2014, hari first pesta buku. Haha, sbb Iera cuti hari khamis je :3 Dia yang ajak, so ikut dialah. Alhamdulillah kitorang yang lain takde masalah! ;) Act, mula-mula aku ngan Iera rancang nak gi ngan geng2 aku. Last2, ada masalah yg tah pape. Lps tu, rancang nak gi berdua je. Then, Iera teringat Syaza. So, ajaklah dia. Aku ajak Hafizah, Jannah n Athirah. So, cukuplah enam orang! ;) Dalam pukul 12 tghhari macam tu kitorang sampai komuter ukm. Act, rancang pukul 11.30 pagi. Tapi nak menunggu bebudak tu siap, tu yg lambat tu. Haha, tapi takpe. Alhamdulillah perjalanan selamat n terancang je!

Aku dgn yang lain2 gerak sekali satu kereta. Mak aku hantar, sbb kitorang duduk dekat2 je. Syaza je yg pergi sendiri sbb dia duduk jauh gaklah. Dia dah sampai dulu ktm. Then, kitorang sampai. Dah sampai tu, beli tiket pergi balik [ukm-pwtc] [pwtc-ukm]. Tujuh ringgit lebih seorang. Dah tu, tunggulah komuter sampai... Nasiblah tak lama sangat tunggu! Alhamdulillah, komuter pun sampai! Then, naiklah. Kitorang nak naik dkt couch wanita. Tapi dah tersalah masuk pintu. Dah tu, jalanlah menuju ke coach wanita :3 Alhamdulillah, ada tempat utk duduk! Heeee, waktu tu tak ramai sgt. Yelah, dalam pukul 12 tghhari pun...
 *Syazie, Syaza, Fizah*

*Jannah, aku, Iera lagi* Haha

Tak lamaaaaaaaaaaaaaaa lepas tu! Dalam pukul satu tengah hari, sampailah dekat stesen kitorang! Stesen putra tak silap aku! Dkt situ hujannnnnnn. Tapi nasib baik, tak berlaku apa2 yg tidak diingini! Dah tu, kitorang kena berjalan jauh sikit untuk masuk dalam pwtc tu. Jalan punya jalan, then sampai! Sejukkkkkk~ Sbb hujannnn! Haha. Dah tu masuklah dalam pwtc tu! Banyak booth! N of course banyak bukuuuu! >< Orang tak ramai! Alhamdulillah, tak sesak! Yelah, hari sekolah kan? Best woiii! Tak perlu nak sesak-sesak! Just enjoy your day~ Haha.

Dkt pintu masuk tu, kitorang rancang utk berpecah. Yelah, kalau nak sama2 semua, kang tak best pulak. Mula2 kata nak jumpa balik pukul 3.45ptg. Tapi mcm lambat je. Yelah, nak solat zohor n makan lagi. So, decide jumpalah pukul 3.30ptg. Dah tu, berpecahlah masing2. Tapi Jannah ngan Athirah je yg berpecah ngan kitorang. Aku, Syazie, Syaza n Fizah still berempat. Cuma tak lama lps tu. Berpecah jugak. Haha. Aku ngan Fizah, Syazie ngan Syaza. Kitorang pun mulalah merayau-rayau mencari buku! Macam-macam buku ada! Semuaaaaa adaaaaaa. Haha, mana yg korang nak or cari? Pasti akan jumpa! *Ceyhhhh*

Act, aku pergi pesta buku ni sbb aku nak cari buku Hilal Asyraf yang mmg aku minat! Selama ni nak beli kat tempat lain asyik tak sempat atau takde je! So, mmg mencari habis2lah! Dan alhamdulillah aku jumpa n dapattttt! Yeayyyyyyy! Even takdelah byk sgt pun buku dia yang ada kat situ. Tapi, takpe. Tu pun dah cukup! Lain kali beli lagiiiii x3 Macam-macam buku kitorang beli! Ada yg beli novel Siti Rosmizah, novel cinta, novel islamik, komik, novel fixi. Haha.

Tak lama lepastu, dalam pukul 2 lebih kitorang gi solat zohor! Mula2 tu Jannah kata dia nak gi solat dulu, waktu tu baru masuk zohor. Lps tu, tau2 kitorang yg dah siap solat dulu. Dia n Athirah baru nak solat. Haha, sbb ramai sgt orang dia kata. Then, lps kitorang dah habis solat, kitorang pun prgilah dkt ruang legar. Ada cermin kat situ. Betul2kan tudung jap. Amek2 gambar. Sementara tunggu Jannah siap solat.









Gambar Jannah ngan Athirah takde :3
Hahahhahahhahaha, lol! Biasalah! Remaja selfie xD Jangan gelak! Kami tau kami tak berapa nak lawa! Hehe.

Dah puas selfie, Jannah n Athirah tak siap lagi. Yelah, ramai sgt orgkan :3 Dah tu, kitorang decide nak tunggu dkt tempat makan je. Mula2 cari jugaklah KFC. HAHA, sekali rupa2nya makanan yg jenis2 mcm KFC or PIZZA ni takde kat situ. Aduhhhh, lawak je! Yg adanya yg stail buffet2 mcm tu. Tapi mahal gila v_v Last2 kitorangg rancang pergi sambung beli buku lagi. Then dalam pukul 4 kitorang keluar pergi makan kat restoran luar! Berbaloi sikit! Murah n kenyang!
*Syazie, Jannah, Athirah* 
*Aku, Fizah, Syaza*
Kitorang makan nasi ayam, kecuali Syaza makan bakso. N minum air limau nipis, kecuali Syazie air tembikai. *Tu pun nak bagitau ke?* Hahahahahahah
Aku belanja dyorang! Sbb mak aku bagi duit asing suruh belanja dyorang! Alhamdulillah cukup! ><

Dah tu kitorang pun balikkkkkkkkkk. Fuhhh! Penat takdelah sangat! Sbb best! Tapi lenguh bahu n kaki jelah. Haha. *Byk sangat beli*

*Back view* Lol! xp

*Serious asal muka aku nampak penat? HAHA*

*Sempat lagi!*








*Berjalan menuju ke ktm. Nak balik~*

*Menunggu komuter!*

*Bergambar kejap~ Haha*

*Hehe, nak menyibuk jugak xD*
*Muka penat. Haha*

Act, komuternya dah sampai dah waktu kitorang bergambar tu. Tapi sbb kitorang tak yakin betul ke yg tu xD Tu, yg tak naik. Hahahahaha, last2 terpaksa tunggu komuter seterusnya :3 Tunggu punya tunggu, then sampailah komuternya! Alhamdulillah waktu tu even ramai org, tapi dpt jugak tempat utk duduk. Lps tu dah bertambah-tambah ramai orang! Yelah, orang balik kerjakan. Huhu.

Then, dah sampai stesen ktm ukm. Tunggu pulak mak aku ambil. Syaza dah balik dulu. Kitorang tak solat asar lagi waktu tu. Jam dah dekat pukul 7. So, pergilah tumpang solat dkt surau ktm ukm tu. Nasib ada surau! Dah solat tu, lagi beberapa minit je nak maghrib! Sampai rumah dah maghrib! Alhamdulillah, perjalanan kitorang selamat dan teratur. Takde sesat2. Huhu ><

Herm, now is the timeeeeeee! Buku-buku apa yang aku beliiiii? Hahahahahahaha. Nak tau? Akulah yang paling banyak sekali berbelanja semalam xD Yelah, bila dah pegang duit sendiri. Konon banyak duit. Memang boros habislah! Sbb tu aku tak boleh pegang banyak duit! Nanti mmg aku boros! Sbb aku tau yg aku ada duit! Hahahahahah. Tak bagus betul sikap aku ni! x3

Jeng... jeng... jenggggggg! Hahahahahah



Banyak keeeeeeeeee? xD Rilek duluuuuu. Banyak sebab aku beli untuk mak, ayah n adik2 aku jugak! Tu yg banyak tuuu. Bukan utk aku sorg je. Hehe.
Kanan- Novel islamik, Hilal Asyraf!
Tengah-tengah- Novel cinta!
Kiri- Novel Fixi!
Bawah- Komik Gempak Starz!
Novel Hilal Asyraf tu, ada satu buku utk ayah aku. Yg atas sekali warna ungu tu. Bukanlah novel pun. Tapi mcm buku ilmiah. *Ye kot...* Haha
Ayah aku kata buku tu bukan utk umur ayah aku sebenarnya. Tapi utk umur remaja mcm aku x3 Haha. Mak aku pun boleh baca. Tapi ayah aku tetap cakap terima kasih n terima! *Happyyyy*
Untuk mak aku pulak yang novel cinta tengah-tengah tu. Mula ingat nak bagi dua-dua. Tapi, bagi satu jelah. Yg lagi satu bagi adik aku. Haha, jimat sikit duit. Nak baca, tukar2 jelah xp
Mak aku kata, mak aku dah tgk dah buku apa yg aku beli, sementara tunggu aku, Syazie n Jannah habis solat asar sebelum balik tu. N mak aku kata mmg mak aku suka novel yg aku nk bgi tu pun. Haha, *Happy lagiiii*
Then, komik2 tu pulak bagi adik2 aku yang kecik2 lagi. Haha, dyorang pun suka je! ;) Alhamdulillah! Dan yang lain2 tu! Aku punyalahhhhhh! Hahahhahahahah, boleh tahan banyak jugaklah xD Novel Hilal Asyraf tu mmg aku minat n suka! So, mmg aku ingat nak buat koleksilah! Yg novel Fixi tu pulak, aku saja beli nak try baca. Sbb ramai orang kata best! So, beli jelah! But, novel dia nampak mcm agak menyeramkan jugaklah. Haha. *Kena siap sediakan mental aku ni, sebelum baca x3*

Okayyyyy! Itu sahaja ceritanyaaaaaaaaaaaaaa! x3
Alhamdulillah aku happy sangat-sangat! Even pergi beli buku je! Tapi aku happy sebab aku dapat hangout dengan sahabat-sahabat rapat aku, yang mak ayah aku percaya untuk bagi aku keluar sekali. Dan aku happy jugak sebab aku dapat kurangkan stress aku dengan masalah yang tah pape yg berlaku baru-baru ni. Aku dapat lupakan wajah-wajah "mereka" sementara xD Serious aku kata! Aku happy tanpa "mereka" yang tah pape tu! *Sorry to say~*Muahahahahahahahaha
 *Hehe* *Smileeeeee*

Okaylahhhh! Bye2! Assalamualaikum! ;)

ENTRI KHAS UNTUK KAU KAWAN. HAHA

Assalamualaikum! :) Kaifa haluka? Alhamdulillah, ana bikhair. Haha, cakap arab pulak aku x3 Takpelah! Sekali-sekala ;)
-
--
---
----
-----
------
-------
--------
---------
----------
-----------
------------
-------------
--------------
---------------
----------------
-----------------
------------------
-------------------
--------------------
---------------------
----------------------
-----------------------
------------------------
-------------------------
--------------------------
---------------------------
----------------------------
-----------------------------
------------------------------
-------------------------------
--------------------------------
---------------------------------
----------------------------------
-----------------------------------
------------------------------------
-------------------------------------
--------------------------------------
---------------------------------------
----------------------------------------
-----------------------------------------
------------------------------------------
-------------------------------------------
--------------------------------------------
---------------------------------------------
----------------------------------------------
-----------------------------------------------
------------------------------------------------
-------------------------------------------------
--------------------------------------------------
-------------------------------------------------
------------------------------------------------
-----------------------------------------------
----------------------------------------------
---------------------------------------------
--------------------------------------------
-------------------------------------------
------------------------------------------
-----------------------------------------
----------------------------------------
---------------------------------------
--------------------------------------
-------------------------------------
------------------------------------
-----------------------------------
----------------------------------
---------------------------------
--------------------------------
-------------------------------
------------------------------
-----------------------------
----------------------------
---------------------------
--------------------------
-------------------------
------------------------
-----------------------
----------------------
---------------------
--------------------
-------------------
------------------
-----------------
----------------
---------------
--------------
-------------
------------
-----------
----------
---------
--------
-------
------
-----
----
---
--
-
Hehehehehehehehehhehehehhehehehhe, dah habis scroll? >< Rilek2! Jangan bengang dulu! Saja je nak uji kesabaran korang. Dan nk tau korang mmg nak baca ke tak entri ni. *Bukan aku tau pun sebenarnya* Hehe, ana asif. *Maafkan saya* Okey! So, what's the story about? Herm, takde apa punlah. Haha, saja je buat tajuk kasi gempak! Barulah ada yg minat nak usha dan baca x3 *Gempaklah sangat*

Okey2, jom kita terus kepada cerita yang sebenarnya. Hehe.
Act, aku just nak mem-promote blog baru sahabat baik aku je. Blog ni blog kedua dia. Haha, asal yg kedua? Sebab email untuk blog pertama dia tiba-tiba je tak boleh bukak. Katanya p/w salah. Sbb dah ditukar. Padahal dia tak tukar pun. Habis semua sns yg guna email tu tak boleh guna. Twitter pun dia dah buat baru. So, sbb tulah blog yg kedua dia ni muncul untuk menggantikan blog pertama dia tu. *Tapi, tetap tak sama dengan yang pertama* Haha, macam apa je xp Okey, saja nak melawak. *Hahahahahambarrrrrr*

Ya, aku tau. Dia newbie lagi. Tapi kalau takde siapa nak follow blog dia, sampai bila-bilalah newbie. Jomlah? Ramai-ramai follow dia! InsyaAllah! 100% dia followback! Hehe... Btw, aku dah follow dia dah! Jangan risau! Dan aku jugak akan bantu dia dalam mengedit-edit blog ni. Tapi aku takdelah pandai sangat pun. Yg simple2 tu, taulah. Hahahahaha. Takpe, kami sama-sama belajar! ;)

Okey, nak type apa lagi? ;3 Hermmmmmm, ouh ya! Membebel punya membebel. Link blognya tak nampak pulakkan? xD Maaf-maaf! Hahahahahahahha
Aku yang buat header tu. Aku tau tak lawa. Haha. aku memang tak berapa pandai nak buat header ni. Act, header aku pun Mazni yang buatkan >< Aku rasa ramai dah yang kenal dia ni! Dia memang banyak tolong aku! Kalau aku ada masalah tentang blog, dialah tempat aku minta pertolongan! Huhu. Thanks Mazni! >< Tahun ni dia SPM! Wuhuuuu! Best of luck utk dia dan tolonglah doakan dia sekali eyh? ;)

Okey, hah! Nak usha blog kawan aku tu, korang tekan je gambar header tu. Nanti automatik muncullah blog kawan aku ni! ;) Aku rasa dah takde apa kot nak bebel lagi. Hehe.
Kawan dan sahabat adalah dua jenis manusia yang berbeza. Alhamdulillah, aku masih ada sahabat yang tetap ada disisi aku dan menjadi tulang belakang aku, tak berhenti-henti menasihati dan menerima aku seadanya. Dan alhamdulillah juga, Allah tunjukkan kepada aku. Siapa sahabat yang sebenar dan siapa kawan yang sebenarnya lawan :') Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya! Syukur Ya Allah...
Okeylah! Itu sahaja! Thanks! Alhamdulillah! Assalamualaikum! ;) 

Interview Darul Quran (v_v)

Assalamualaikum! Wow! Lamanya tak update bloggggg! Hehe. Herm, sekarang ni mmg macam takde idea nak update apa. Sbb aku pun takde pergi mana-mana or buat apa-apa yg special :3 Herm. Jaga kedai je. *Tahap kebosanan dah capai tahap maksimum*

Okey! Dah nampak tajuk tu pun kan? Haha. Yesssss! Temuduga! Yelah. Budak dah habis sekolah kan? SPM dah dapat result pun. So, mohonlah mana-mana tempat yang kita nak utk sambung belajar. Aku minta Darul Quran, Kuis, UIA, Unisza. 4 je. Hehe.
So, alhamdulillah sangat-sangat sebab aku terpilih daripada 4000 orang untuk ditemuduga oleh Darul Quran! Mula-mula tu aku ingat semua yang mohon DQ memang akan ditemuduga. Rupa-rupanya hanya 2500 pemohon je yang terpilih dari 4000 pemohon! Wow! Tak sangka aku. Huhu. Alhamdulillah aku terpilih >< First time interview seumur hidup aku! Okey, taknak banyak membebel lagi, jom baca cerita aku pada hari temuduga tu! :3

Bismillahirrahmanirrahim.
Tempat temuduga aku dkt Jalan Hamzah, Ampang Pecah
44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan. *Alamat penuh aku bagi xD* Aku dapat dkt situ sbb aku minta tempat temuduga dkt selangor. Tapiiiiiiiii! Memang jauhhhhhhhhlahhhhhhhhhhh tempatnya dari rumah aku! Haha. Sbb rumah aku dkt bangi. Tempat tu rasanya dkt hulu selangor. Masa perjalanan rasanya lebih kurang 2jam. Lama tak lama? Dah sama macam nak balik kampung aku dekat Melaka je. Tu pun Melaka satu setengah jam mcm tu je.

Bdk sekolah aku yang aku tau dapat jugak adalah dlm 3 orang. Termasuk aku 4 orglah. Aku pergi temuduga ni dgn jiran lama aku a.k.a kwn lama aku. Jannah. Dia pun mohon situ dan dapat jgk. Tapi dia mmg dulu sekolah agama. Hafaz Quran. So, no wonderlah :3 Tapi takpelah, rezeki masing-masing ;) Okey! Temuduga tu start pukul 8.30 pagi. Orang tu suruh datang setengah jam awal. So, pukul 8 pagi dah kena adalah. Kalau dah namanya perjalanan pun ambil masa 2 jam. Memang kitorang bertolak awal pagilah. Sebelum subuh dah bertolak! Pukul 5 pagi! Act, Jannah dgn mak ayah dia dah datang rumah aku pukul 4.30 pagi. Tapi mak ayah aku n aku baru bangun waktu tu. Haha, so lps dah siap2 tu pukul 5 lebih sikit baru gerak. Naik kereta Jannah. Ayah aku bawa. Senang, takyah nak bazir minyak. Huhu...

Lps tu, bila dah subuh dkt pukul 6 dah tu kitorang berhenti solat subuh kejap. Dkt stesen minyak mana tah. Aku lupa. Hehe. Alhamdulillah jalan tak jem x3 Lps dah solat, sambung perjalanan balik. Then, dalam pukul 7.15 macam tu kitorang sampai dkt Darul Quran. Wuuuu! Waktu rasa cuaklah jugak. Haha. Ramai jgklah yg dah sampai waktu tu. Dah turun dari kereta tu, kitorang pergi kantin. Sarapan pagi dulu! Dah sarapan kena tunggu pulak sampai urus setia tu panggil utk pendaftaran. Waktu menunggu tulah yang makin bertambah-tambah cuaknya T.T Sementara menunggu tu adalah aku terjumpa kawan-kawan aku yang lain. Jannah pun ada jgk jumpa ramai kawan dia. Sbb yg mohon kat situ mmg nampak macam ramainya dari sekolah dia x3 Tunggu punya tunggu, then tiba-tiba semua dah gerak pergi tepi dewan. Untuk pendaftaran. Kitorang pun geraklah sekali. Semua kena beratur ikut huruf first dalam nama. Aku pun beraturlah dalam barisan N. Sbb aku Nurul kan :3 Dah tu tanda tangan dkt nama kita then dia bagi satu kertas kecil ada tulis huruf utk panel mana yg kita dapat. Aku dapat panel N, Jannah dapat panel M. Huhu, nasib baiklah bilik temuduganya sebelah-sebelah je. So, takdelah sedih sangat x3 Haha.

Okey! Then, kitorang pun diminta utk masuk ke dalam dewan utk ujian bertulis! Ujian bertulis ni ada soalan arab, tajwid dan psikologi! Soalan dia.... Boleh tahan jugaklah. Haha. Tapi alhamdulillah semuanya objektif punya soalan je. So, boleh jgklah tanda yg mana2 even tak tahu x3 Act, soalan arab dia aku tak faham sangat T.T Dia bagi masa sejam untuk jawab soalan2 tu. Sblm kitorang mulakan tu, ada masa lagi 15 minit. So, ustaz yang handle exam tu pun cakaplah macam2. Dia ucapkan tahniah sbb kitorang terpilih dari 4000 pemohon. Lps tu dia cakaplah psl peraturan2 utk exam tu dan exam lisan selepas tu. Then, pukul 9 pagi kitorang start exam bertulis. Waktu bukak soalan tu, dalam hati aku kata Alhamdulillah sbb soalan dia objektif. Bukan subjektif. Haha, happylah jgk. Jawab punya jawab, then tinggal 15 minit je lagi. Waktu tu adalah jgk soalan yg aku tak jawab lagi. Nak jadi ceritanya, aku duduk tempat dekat dgn air-cond. Mmg rasalah! Dahlah risau sbb ada soalan yg tak jawab lagi, lps tu sejuk pulak tu. Terus sejuk satu badan aku! Haha. Dah tu tinggal 3 minit je lagi. Aku pun bulat jelah mana2 jawapan utk soalan yg aku tak tahu.. Sbb aku mmg dah tak tau nak jawab apa -_- Soalan psikologi dia boleh tahan mencabar jgklah. Hahahahahahaha.

Dah habis jawab semua kitorang dikehendaki pergi ke bilik panel masing2. Ikut huruf yang kitorang dapat tu. Semua pun pergilah. Then masing2 tunggu dpn bilik temuduga tu. Nama kena panggil sorang-sorang. Lps tu kebetulan nama aku last sekali, so lambatlah aku ditemuduga. Mmg lama jgklah tunggu. Orang lain semua dah menghafal, aku still menunggu lagi. Kawan2 aku pun dah dipanggil utk temuduga. Aku belum. Risau jgklah, sbb lama lagi ke nak kena tunggu ni. Huhu. Lps dah lama tunggu tu, akhirnya nama aku dipanggil x3 Aku pun masuklah bilik tu. Ni perbualan kami dan soalan2 yang aku dapat waktu ditemuduga:
Aku: Assalamualaikum, Ustaz.
Ustaz: Waalaikummussalam. Hah, duduk dulu. Tunggu kejap ya. *Waktu tu dia tgh cek kertas2 bdk sebelum aku*
Ustaz: Okey, mana borang yang perlu diberi?
*Aku pun bagilah borang*
Ustaz: Nama apa?
Aku: Nurul Fadhilah Binti Solah
Ustaz: Okey, ceritakan tentang latar belakang keluarga kamu, sekolah, kokurikulum, semualah.
Aku: Herm, nama saya Nurul Fadhilah Binti Solah, blaaaa..... blaaaa..... blaaaa...... *Then aku ada cakap perkataan "jugaklah"*
Ustaz: Kenapa kena ada "jugak" tu? Tu macam tak yakin je. Kita kena yakin! Semangat. Bukan tak yakin mcm ni
Aku: *Sentap* Haha
Ustaz: Ayah kamu ni pangkat apa dkt sekolah? Gaji banyak ni. Pengetua ke?
Aku: Ouh, taklah Ustaz! Tu campur dgn gaji mak saya. Mak saya ada bukak kedai kan :3
Ustaz: Ouh, okey. Kamu nak mana nanti?
Aku: Hah? Nak mana macam mana tu Ustaz?
Ustaz: Yelah, kamu nak mana nnti. Takkanlah takde mana2 tempat yg kamu paling nak masuk *Lebih kurang camtulah ayat dia*
Aku: Ouh, saya nak sambung bidang agama. Herm, nak UIA.
Ustaz: UIA? Habis kenapa kamu minta DQ ni?
Aku: Herm, sbb ayah suruh dan minta je semua. Kalau ada rezeki.
Ustaz: Habis kalau kamu dapat DQ dan UIA, mana yang kamu akan terima?
Aku: UIA!
Ustaz: Haaa, kalau macam tu takyahlah minta DQ ni.
Aku: Tapi tak pasti lagi UIA tu dapat ke tak lagi. So, kalau ada rezeki kat DQ ni. InsyaAllahlah...
Ustaz: Herm... Okey, sekarang bukak m/s ... *Aku tak ingat m/s berapa* Apa ayat awal dia? *Aku pun bacalah ayat dia* Okey, kamu hafal m/s tu. Lps 45 minit masuk balik. Tahu tak pukul berapa kena masuk balik?
Aku: Err, takde jamlah pulak.
Ustaz: Kalau sekarang pukul 11.35, nak kena masuk balik pukul berapa?
Aku: *Kira-kira* Pukul 12.10!
Ustaz: Hah, masuk balik pukul 12.10. Jangan lambat.
Aku: Okey, Ustaz. Terima kasih.
Aku pun keluarlah nak pergi hafal m/s yg aku kena hafal tu. Surah An-Naml tak silap aku. Hafal punya hafal, akhirnya sampailah masanya. Herm, tapi sayangnya aku tak dpt hafal satu m/s. Aku dapat hafal dalam 5 ayat je. Then, aku pun masuklah bilik tu. Nasiblah ustaz tu okey je. Sbb kalau dah lebih dari masa yang diberikan, tak masuk-masuk jugak. Terus kita dikira gagal! Aku masuk dalam 12.15 macam tu. Aku pun menghafallah. Aku hafal tu, aku tutup mata. Tak pandang ustaz tu pun, sbb aku fokuskan fikiran aku, dok bayang setiap huruf2 dan ayat2 yg aku hafal tu. Then sampai ayat yg kelima, aku dah tersekat. Sbb lupa sikit. Aku pun bukaklah mata, sbb aku mcm dgr suara ustaz tu tolong sambungkan. Sekali aku bukak mata, aku pandang muka ustaz tu, dia tgh straight pandang aku! Waktu serious entah kenapa aku rasa malu gila xD Maybe, sbb malulah, dia tgk aku nak mengingat tu bukan main lagi sampai berkerut-kerut dahi ni nak mengingat. Haha. Malu. Serious malu! Nasiblah ustaz tu cool je n sambungkan ayat yg aku tak ingat tu. Bila aku dah habis hafal sampai ayat kelima tu, aku kata kat ustaz:
Aku: Ustaz, saya hafal sampai situ jelah :3
Ustaz: Hah? Bukan satu m/s? Sampai situ je?
Aku: Ha'ah :3
Ustaz: Okeylah, sadaqallahhulazim.
Aku: Okey, terima kasih ustaz.
Aku pun keluarlah dari bilik. Fuhhh! Maka dengan itu berakhirlah sesi temuduga aku... Eyh2! Tapi tunggu dulu! Belum habis lagi cerita aku! Baru habis temuduga x3 Haaaa. Lps dah habis temuduga tu, aku dgn Jannah pun pergilah jumpa mak ayah kitorang. Aku pun ceritalah dkt mak ayah aku mcm mana aku jawab temuduga tu. Dyorang frust gilaaaaaaaa! Tapi gelak tak berhentilah! Gelak frust! HAHA. Dyorang kata kenapalah aku jawab macam tu! Mmg nampaklah mak ayah aku frust jgklah dgn jawapan aku tu x3 Huhu.. Waktu tu aku tak rasa apalagi. Just rasa malu je sbb kena gelak. Yelah, mana taknya. Mak ayah Jannah dgn Jannah2 sekali gelakkan aku tak henti-henti :3 
Ayah aku bagi pesan macam ni:
Lain kali, kalau kita pergi interview mana-mana. Bila dia tanya kita nak masuk mana, atau kenapa mohon dkt situ, kita ckplah kita mmg nak masuk situ. Mmg minat. Mmg suka. Yakinkan habis2! Tunjuk minat habis2! Dapat tak dapat tu belakang cerita. Kalau kita kata kita nak tempat lain, dah sah2lah dia reject nama kita terus dari situ. Yelah, dah kita nak tempat lain. Masalahnya sekarang ni, tempat lain pun tak tau lagi dpt ke tak. Kang dua2 melepas. Habissssss.
 Huhuhuhuhuhu. Herm, ayah Jannah ni ada sepupu dkt DQ tu. Ustaz Zaki nama dia. So, kira minta tolong jgklah dkt dia. Haha. Kalau ada rezeki InsyaAllah lahh. Sekarang ni kena banyak buat solat hajat n berdoa. Semoga dapat. Keputusan keluar minggu dpn! Kalau dapat, masuk bulan 5! Okey! Lps tu kitorang gi makan sekali dgn Ustaz Zaki tu. Ayah aku naik kereta dgn Ustaz Zaki tu. Kitorang naik kereta ayah Jannah. *Tak tahulah apa yg ayah aku borak dgn Ustaz tu* Haha. Dah habis makan semua, kitorang singgah petronas mana tah. Untuk solat Zohor jamak dgn Asar :) Dah tu balik. Sekali jem lah pulak~ Lama jugaklah jem tu. Then, alhamdulillah dalam lebih kurang pukul 5 sampai rumah! Fuhhh! Dari 5 pagi sampai 5 petang! Haha. Lama tak lama!

Okey! Itulah ceritanya pada hari temuduga tu! x3 Haha. Terima kasih kalau ada yg masih menahan mata utk membaca cerita aku yang terlalu panjang lebar ni! Hehe. Sorryyyyy!

Act, lps dah balik tu baru aku terfikir! Kenapa aku jawab soalan Ustaz tu macam tu? Padahal UIA tu pun aku tak tau dpt ke tak. Tapi yg pasti kalau dpt DQ tu, mmg kita boleh sambung UIA, Al-Azhar, Mesir, mana-manalah yang bersambung dgn DQ tu! So, kira lagi berbaloi dan mudahlah! Hafaz Quran lagi! Hish! Serious rasa menyesal gila jawab macam tu! Padahal sebelum pergi interview tu. Mmg aku dah fikir ayat punya baik dah! Ayat yg mmg tunjuk aku nak masuk situ. Masalahnya entah kenapa lain yang aku cakap T.T Herm.... Sekarang ni kalau ada rezeki dapatlah. Ya Allah.... Harapnya aku dapatlah apa yang terbaik untuk aku. Yang baik utk masa depan aku. Dapat gembirakan mak ayah aku... Amin Ya Rabbal A'lamin. Korang doakan aku sekali eyh? Terima kasih !

Okey, bye! Assalamualaikum! ;)