Sila dgr dahulu lagu ni...
Act, mula-mula tu aku layan variety show korea INFINITY CHALLENGE! Episode yg lama-lama punyalah. Saja nak layan sbb ada JAESUK/HAHA and salah seorang guest episode yg aku tgk tu adalah G-DRAGON >< Haha, aku bukannya minat gila-gila kat GD tu. Tapi dia comel! N lagu-lagu dia boleh tahan sedap ;)
Okey, balik pada topik! So, episode yang aku tengok tu adalah beberapa episode. Bersambung-sambung. Ada lebih kurang 6 episode utk 6 part. Yg aku tgk ni tema dia "2013 Freeway Song Festival" So, ahli IC n guest yg satu team dgn dyorang, setiap team masing2 kena buat satu lagu utk nyanyi atas pentas. So, aku layan jelah setiap episode tu. Kemudian... dalam episode last tu ada nyanyian semua ahli group! Maksud aku as one. Ahli IC nyanyi ramai-ramai with guest.
So, nak jadi ceritanya lirik lagu tu memang sedih dan mendalam sangatlah maksudnya. Lagi-lagi rentak muzik dia! *Lagu yang dkt atas tulah* Bila aku dgr lagu tu, serious buat aku teringat sahabat aku tu. Aku teringat segala kenangan lama kitorang :') Herm... Serious air mata aku mengalir tanpa sedar. Sedih campur gembira. Haha. Aku tak tahu macam mana nak describe perasaan aku. Tapi mmg bila aku dgr je lagu tu, automatik aku terbayang dia.
Memang pernah je kitorang bergaduh! Rasa tak puas hati sesama sendiri, merajuk, tak bertegur. Tapi alhamdulillah sangat sampai sekarang persahabatan aku dgn dia masih lagi okey dan tidak putus :') Aku harap sangat persahabatan ni kekal hingga ke syurga Allah SWT. Amin!
NURUL SYAZIERA BT AMIRUDDIN. Aku sayang kau sangat Iera. Jujur aku kata kaulah sahabat dunia akhirat aku :') Ya, memang aku ada ramai juga sahabat lain. Tapi mereka lain daripada kau. Dan kau juga lain daripada mereka. Korang semua ada kelebihan dan kekurangannya sendiri. Tapi alhamdulillah, engkaulah antara sahabat yang paling aku percaya dan sayang! Please, jangan musnahkan kepercayaan aku. Kita sama-sama jaga ukhuwah ini hingga ke syurga Allah! Aku harap sangat kita sama-sama berjaya di dunia dan juga akhirat! Amin! InsyaAllah :') Ukhuwah fillah lillahi ta'ala ! Persahabatan ini hanya kerana Allah Ta'ala! Uhibbuki fillah! Aku cintakan kau sebagai sahabat hanya kerana Allah Ta'ala! :')
Tak lupa juga sahabat-sahabat aku yang lain! :')
Indahnya ukhuwah kerana Allah Ta'ala. Jagalah hubungan kita dengan Allah, automatik Allah akan jagakan hubungan kita dgn manusia. Segala pengalaman hidup yang kita lalui dengan bermacam-macam jenis manusia, dan mereka yang kita sayang! Semua tu akan jadi kenangan yang terindah untuk kita. Tidak kisahlah pengalaman indah atau pengalaman pahit. Pasti ada hikmahnya setiap sesuatu yang berlaku tu! InsyaAllah!
Okeylah! Assalamualaikum!
Aminn :) Semoga persahabatan akak dan dia kekal hingga akhir hayat,InsyaAllah
ReplyDeleteNEW ENTRY UPDATED : FINALY,IM BACK
Amin! Thanks adam! :) Akak terjah! Haha
DeleteHahahaha. Yg kau p letak gambar aku zaman tak matang tu kenapa? Hahahaha. Tersengih2 aku membacanya. Igtkn pendek tu je (merujuk pd perenggan pertama) sbb bwh tu dok cter sal variety show kau tu. Rupanya ada lagi. Wahahaha. Syg aku tp td aku suh p orderkan nasi goreng tanak. Huh. Hahahaha. Aku nie byk kekurangan. Tp knp kau nk bersahabat dgn aku? Aku tau apa jwapan kau. Hehehe. Ye lh.. aku. Ha.. itu.. eh, apa lat belakang kau tu?
ReplyDeleteHahahahaha. *Sweetlah sikit Iera!* x3 Nasi goreng tu lain punya cerita :3 *Kau ni, nasi goreng jugak yg kau sebut -,- Semua org ada kekuranganlah Iera. Aku pun! Tak terkecuali :') Sama-sama kita ubah diri. Kau ingatkan aku, aku ingatkan kau!
DeleteHahahaha. Rasa sweet aku tade skg. Rasa gila2 ada. Hahaha. Insya Allah kita akan berkawan till jannah. Kau pun dh byk sgt wat baik kat aku dan lagi byk wat badan aku sakit2. Hahaha. Jangan lupa aku. Tau?
ReplyDeleteHahahahahhahahah. Okey. Tak kena time. Malam2 yg baru nak feeling sebenarnya x3 InsyaAllah! Amin! ;) Haha, kira adillah tu kan? xD Takkan pernah lupalah Iera! Kau tu je yg jgn lupa aku!
DeleteHahahaha. Tu lah. Kalu aku terlupa kau kau kenalah perkenalkan diri kau balik. Ingatkan pasal kenangan2 yg tercipta hahahaha. Adududud jiwang ohhh kay a nie fadhi =..="
ReplyDeleteHahhaa. Okey2 xp
Deletesweetnya lahai. hehe. may your friendship be lasting forever.
ReplyDeleteHeeee, thanks! >< Amin! InsyaAllah!
DeleteSemoga persahabatan akak dan kawan akak kekal, amin :D Sweetnya friendship macam gitu hehe ><
ReplyDeleteHahahaha. Amin! InsyaAllah adik! ;) Heeee, terima kasih ><
Deletesweetnyaaaa >.<
ReplyDeleteinsyaAllah semoga tali persahabatan tu kekal selamanyaaa :)
Hihi, amin! InsyAllah! ;) Terima kasih! Hehe
Deletewahhh kite pun suke gd comel . semoga sentiasa bersahabat selamnya :)
ReplyDeleteHihi. Kannnnn? >< Hehe, thanks! InsyaAllah! Amin! :)
Delete