Assalamualaikum! Wow! Lamanya tak update bloggggg! Hehe. Herm, sekarang ni mmg macam takde idea nak update apa. Sbb aku pun takde pergi mana-mana or buat apa-apa yg special :3 Herm. Jaga kedai je. *Tahap kebosanan dah capai tahap maksimum*
Okey! Dah nampak tajuk tu pun kan? Haha. Yesssss! Temuduga! Yelah. Budak dah habis sekolah kan? SPM dah dapat result pun. So, mohonlah mana-mana tempat yang kita nak utk sambung belajar. Aku minta Darul Quran, Kuis, UIA, Unisza. 4 je. Hehe.
So, alhamdulillah sangat-sangat sebab aku terpilih daripada 4000 orang untuk ditemuduga oleh Darul Quran! Mula-mula tu aku ingat semua yang mohon DQ memang akan ditemuduga. Rupa-rupanya hanya 2500 pemohon je yang terpilih dari 4000 pemohon! Wow! Tak sangka aku. Huhu. Alhamdulillah aku terpilih >< First time interview seumur hidup aku! Okey, taknak banyak membebel lagi, jom baca cerita aku pada hari temuduga tu! :3
Bismillahirrahmanirrahim.
Tempat temuduga aku dkt Jalan Hamzah, Ampang Pecah
44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan. *Alamat penuh aku bagi xD* Aku dapat dkt situ sbb aku minta tempat temuduga dkt selangor. Tapiiiiiiiii! Memang jauhhhhhhhhlahhhhhhhhhhh tempatnya dari rumah aku! Haha. Sbb rumah aku dkt bangi. Tempat tu rasanya dkt hulu selangor. Masa perjalanan rasanya lebih kurang 2jam. Lama tak lama? Dah sama macam nak balik kampung aku dekat Melaka je. Tu pun Melaka satu setengah jam mcm tu je.
Bdk sekolah aku yang aku tau dapat jugak adalah dlm 3 orang. Termasuk aku 4 orglah. Aku pergi temuduga ni dgn jiran lama aku a.k.a kwn lama aku. Jannah. Dia pun mohon situ dan dapat jgk. Tapi dia mmg dulu sekolah agama. Hafaz Quran. So, no wonderlah :3 Tapi takpelah, rezeki masing-masing ;) Okey! Temuduga tu start pukul 8.30 pagi. Orang tu suruh datang setengah jam awal. So, pukul 8 pagi dah kena adalah. Kalau dah namanya perjalanan pun ambil masa 2 jam. Memang kitorang bertolak awal pagilah. Sebelum subuh dah bertolak! Pukul 5 pagi! Act, Jannah dgn mak ayah dia dah datang rumah aku pukul 4.30 pagi. Tapi mak ayah aku n aku baru bangun waktu tu. Haha, so lps dah siap2 tu pukul 5 lebih sikit baru gerak. Naik kereta Jannah. Ayah aku bawa. Senang, takyah nak bazir minyak. Huhu...
Lps tu, bila dah subuh dkt pukul 6 dah tu kitorang berhenti solat subuh kejap. Dkt stesen minyak mana tah. Aku lupa. Hehe. Alhamdulillah jalan tak jem x3 Lps dah solat, sambung perjalanan balik. Then, dalam pukul 7.15 macam tu kitorang sampai dkt Darul Quran. Wuuuu! Waktu rasa cuaklah jugak. Haha. Ramai jgklah yg dah sampai waktu tu. Dah turun dari kereta tu, kitorang pergi kantin. Sarapan pagi dulu! Dah sarapan kena tunggu pulak sampai urus setia tu panggil utk pendaftaran. Waktu menunggu tulah yang makin bertambah-tambah cuaknya T.T Sementara menunggu tu adalah aku terjumpa kawan-kawan aku yang lain. Jannah pun ada jgk jumpa ramai kawan dia. Sbb yg mohon kat situ mmg nampak macam ramainya dari sekolah dia x3 Tunggu punya tunggu, then tiba-tiba semua dah gerak pergi tepi dewan. Untuk pendaftaran. Kitorang pun geraklah sekali. Semua kena beratur ikut huruf first dalam nama. Aku pun beraturlah dalam barisan N. Sbb aku Nurul kan :3 Dah tu tanda tangan dkt nama kita then dia bagi satu kertas kecil ada tulis huruf utk panel mana yg kita dapat. Aku dapat panel N, Jannah dapat panel M. Huhu, nasib baiklah bilik temuduganya sebelah-sebelah je. So, takdelah sedih sangat x3 Haha.
Okey! Then, kitorang pun diminta utk masuk ke dalam dewan utk ujian bertulis! Ujian bertulis ni ada soalan arab, tajwid dan psikologi! Soalan dia.... Boleh tahan jugaklah. Haha. Tapi alhamdulillah semuanya objektif punya soalan je. So, boleh jgklah tanda yg mana2 even tak tahu x3 Act, soalan arab dia aku tak faham sangat T.T Dia bagi masa sejam untuk jawab soalan2 tu. Sblm kitorang mulakan tu, ada masa lagi 15 minit. So, ustaz yang handle exam tu pun cakaplah macam2. Dia ucapkan tahniah sbb kitorang terpilih dari 4000 pemohon. Lps tu dia cakaplah psl peraturan2 utk exam tu dan exam lisan selepas tu. Then, pukul 9 pagi kitorang start exam bertulis. Waktu bukak soalan tu, dalam hati aku kata Alhamdulillah sbb soalan dia objektif. Bukan subjektif. Haha, happylah jgk. Jawab punya jawab, then tinggal 15 minit je lagi. Waktu tu adalah jgk soalan yg aku tak jawab lagi. Nak jadi ceritanya, aku duduk tempat dekat dgn air-cond. Mmg rasalah! Dahlah risau sbb ada soalan yg tak jawab lagi, lps tu sejuk pulak tu. Terus sejuk satu badan aku! Haha. Dah tu tinggal 3 minit je lagi. Aku pun bulat jelah mana2 jawapan utk soalan yg aku tak tahu.. Sbb aku mmg dah tak tau nak jawab apa -_- Soalan psikologi dia boleh tahan mencabar jgklah. Hahahahahahaha.
Dah habis jawab semua kitorang dikehendaki pergi ke bilik panel masing2. Ikut huruf yang kitorang dapat tu. Semua pun pergilah. Then masing2 tunggu dpn bilik temuduga tu. Nama kena panggil sorang-sorang. Lps tu kebetulan nama aku last sekali, so lambatlah aku ditemuduga. Mmg lama jgklah tunggu. Orang lain semua dah menghafal, aku still menunggu lagi. Kawan2 aku pun dah dipanggil utk temuduga. Aku belum. Risau jgklah, sbb lama lagi ke nak kena tunggu ni. Huhu. Lps dah lama tunggu tu, akhirnya nama aku dipanggil x3 Aku pun masuklah bilik tu. Ni perbualan kami dan soalan2 yang aku dapat waktu ditemuduga:
Aku: Assalamualaikum, Ustaz.
Ustaz: Waalaikummussalam. Hah, duduk dulu. Tunggu kejap ya. *Waktu tu dia tgh cek kertas2 bdk sebelum aku*
Ustaz: Okey, mana borang yang perlu diberi?
*Aku pun bagilah borang*
Ustaz: Nama apa?
Aku: Nurul Fadhilah Binti Solah
Ustaz: Okey, ceritakan tentang latar belakang keluarga kamu, sekolah, kokurikulum, semualah.
Aku: Herm, nama saya Nurul Fadhilah Binti Solah, blaaaa..... blaaaa..... blaaaa...... *Then aku ada cakap perkataan "jugaklah"*
Ustaz: Kenapa kena ada "jugak" tu? Tu macam tak yakin je. Kita kena yakin! Semangat. Bukan tak yakin mcm ni
Aku: *Sentap* Haha
Ustaz: Ayah kamu ni pangkat apa dkt sekolah? Gaji banyak ni. Pengetua ke?
Aku: Ouh, taklah Ustaz! Tu campur dgn gaji mak saya. Mak saya ada bukak kedai kan :3
Ustaz: Ouh, okey. Kamu nak mana nanti?
Aku: Hah? Nak mana macam mana tu Ustaz?
Ustaz: Yelah, kamu nak mana nnti. Takkanlah takde mana2 tempat yg kamu paling nak masuk *Lebih kurang camtulah ayat dia*
Aku: Ouh, saya nak sambung bidang agama. Herm, nak UIA.
Ustaz: UIA? Habis kenapa kamu minta DQ ni?
Aku: Herm, sbb ayah suruh dan minta je semua. Kalau ada rezeki.
Ustaz: Habis kalau kamu dapat DQ dan UIA, mana yang kamu akan terima?
Aku: UIA!
Ustaz: Haaa, kalau macam tu takyahlah minta DQ ni.
Aku: Tapi tak pasti lagi UIA tu dapat ke tak lagi. So, kalau ada rezeki kat DQ ni. InsyaAllahlah...
Ustaz: Herm... Okey, sekarang bukak m/s ... *Aku tak ingat m/s berapa* Apa ayat awal dia? *Aku pun bacalah ayat dia* Okey, kamu hafal m/s tu. Lps 45 minit masuk balik. Tahu tak pukul berapa kena masuk balik?
Aku: Err, takde jamlah pulak.
Ustaz: Kalau sekarang pukul 11.35, nak kena masuk balik pukul berapa?
Aku: *Kira-kira* Pukul 12.10!
Ustaz: Hah, masuk balik pukul 12.10. Jangan lambat.
Aku: Okey, Ustaz. Terima kasih.
Aku pun keluarlah nak pergi hafal m/s yg aku kena hafal tu. Surah An-Naml tak silap aku. Hafal punya hafal, akhirnya sampailah masanya. Herm, tapi sayangnya aku tak dpt hafal satu m/s. Aku dapat hafal dalam 5 ayat je. Then, aku pun masuklah bilik tu. Nasiblah ustaz tu okey je. Sbb kalau dah lebih dari masa yang diberikan, tak masuk-masuk jugak. Terus kita dikira gagal! Aku masuk dalam 12.15 macam tu. Aku pun menghafallah. Aku hafal tu, aku tutup mata. Tak pandang ustaz tu pun, sbb aku fokuskan fikiran aku, dok bayang setiap huruf2 dan ayat2 yg aku hafal tu. Then sampai ayat yg kelima, aku dah tersekat. Sbb lupa sikit. Aku pun bukaklah mata, sbb aku mcm dgr suara ustaz tu tolong sambungkan. Sekali aku bukak mata, aku pandang muka ustaz tu, dia tgh straight pandang aku! Waktu serious entah kenapa aku rasa malu gila xD Maybe, sbb malulah, dia tgk aku nak mengingat tu bukan main lagi sampai berkerut-kerut dahi ni nak mengingat. Haha. Malu. Serious malu! Nasiblah ustaz tu cool je n sambungkan ayat yg aku tak ingat tu. Bila aku dah habis hafal sampai ayat kelima tu, aku kata kat ustaz:
Aku: Ustaz, saya hafal sampai situ jelah :3
Ustaz: Hah? Bukan satu m/s? Sampai situ je?
Aku: Ha'ah :3
Ustaz: Okeylah, sadaqallahhulazim.
Aku: Okey, terima kasih ustaz.
Aku pun keluarlah dari bilik. Fuhhh! Maka dengan itu berakhirlah sesi temuduga aku... Eyh2! Tapi tunggu dulu! Belum habis lagi cerita aku! Baru habis temuduga x3 Haaaa. Lps dah habis temuduga tu, aku dgn Jannah pun pergilah jumpa mak ayah kitorang. Aku pun ceritalah dkt mak ayah aku mcm mana aku jawab temuduga tu. Dyorang frust gilaaaaaaaa! Tapi gelak tak berhentilah! Gelak frust! HAHA. Dyorang kata kenapalah aku jawab macam tu! Mmg nampaklah mak ayah aku frust jgklah dgn jawapan aku tu x3 Huhu.. Waktu tu aku tak rasa apalagi. Just rasa malu je sbb kena gelak. Yelah, mana taknya. Mak ayah Jannah dgn Jannah2 sekali gelakkan aku tak henti-henti :3
Ayah aku bagi pesan macam ni:
Lain kali, kalau kita pergi interview mana-mana. Bila dia tanya kita nak masuk mana, atau kenapa mohon dkt situ, kita ckplah kita mmg nak masuk situ. Mmg minat. Mmg suka. Yakinkan habis2! Tunjuk minat habis2! Dapat tak dapat tu belakang cerita. Kalau kita kata kita nak tempat lain, dah sah2lah dia reject nama kita terus dari situ. Yelah, dah kita nak tempat lain. Masalahnya sekarang ni, tempat lain pun tak tau lagi dpt ke tak. Kang dua2 melepas. Habissssss.
Huhuhuhuhuhu. Herm, ayah Jannah ni ada sepupu dkt DQ tu. Ustaz Zaki nama dia. So, kira minta tolong jgklah dkt dia. Haha. Kalau ada rezeki InsyaAllah lahh. Sekarang ni kena banyak buat solat hajat n berdoa. Semoga dapat. Keputusan keluar minggu dpn! Kalau dapat, masuk bulan 5! Okey! Lps tu kitorang gi makan sekali dgn Ustaz Zaki tu. Ayah aku naik kereta dgn Ustaz Zaki tu. Kitorang naik kereta ayah Jannah. *Tak tahulah apa yg ayah aku borak dgn Ustaz tu* Haha. Dah habis makan semua, kitorang singgah petronas mana tah. Untuk solat Zohor jamak dgn Asar :) Dah tu balik. Sekali jem lah pulak~ Lama jugaklah jem tu. Then, alhamdulillah dalam lebih kurang pukul 5 sampai rumah! Fuhhh! Dari 5 pagi sampai 5 petang! Haha. Lama tak lama!
Okey! Itulah ceritanya pada hari temuduga tu! x3 Haha. Terima kasih kalau ada yg masih menahan mata utk membaca cerita aku yang terlalu panjang lebar ni! Hehe. Sorryyyyy!
Act, lps dah balik tu baru aku terfikir! Kenapa aku jawab soalan Ustaz tu macam tu? Padahal UIA tu pun aku tak tau dpt ke tak. Tapi yg pasti kalau dpt DQ tu, mmg kita boleh sambung UIA, Al-Azhar, Mesir, mana-manalah yang bersambung dgn DQ tu! So, kira lagi berbaloi dan mudahlah! Hafaz Quran lagi! Hish! Serious rasa menyesal gila jawab macam tu! Padahal sebelum pergi interview tu. Mmg aku dah fikir ayat punya baik dah! Ayat yg mmg tunjuk aku nak masuk situ. Masalahnya entah kenapa lain yang aku cakap T.T Herm.... Sekarang ni kalau ada rezeki dapatlah. Ya Allah.... Harapnya aku dapatlah apa yang terbaik untuk aku. Yang baik utk masa depan aku. Dapat gembirakan mak ayah aku... Amin Ya Rabbal A'lamin. Korang doakan aku sekali eyh? Terima kasih !
Okey, bye! Assalamualaikum! ;)
Macam best je interview Darul Quran ni, hehe Semoga Fadhilah dapat apa yang terbaik untuk masa depan amin :)
ReplyDeleteHihi, herm... First time interview! So, no komenlah >< Hehe. InsyaAllah! Amin! Terima kasih ;)
DeleteKekeke... berdoa je dapat. Aku sampai terbayang2 nt kau dh masuk DQ, aku yg still tak dipanggil temuduga apa2 nie, menjeruk perasaan. Sebab, kwn aku dh g jao.. mana aku nk lepak mlm2 nt? Huwaaa... siyes sayu je ht nie bila dok pk benda tu.. aku kau, nt terpisah.. jarang jumpa.. masing2 ada haluan sendiri.. siyes aku kata lg, aku tak nak kita jao... aku sedih tauuu.. haaa.. nak nanges lh pulak. Uhuk uhuk.. sedihnye.. sedih..
ReplyDelete*padahal tak g mana2 pun lg hahaha. Emo melampau lh aku nie*
From, Si Gadis Kacamata yg Cool ^.^
Hahahahahahahahahha. Iera v_v Janganlah macam niiiiii! Aku belum pergi pun lagi :3 Kau ni mmglah! Emo tak bertempat! Hahahahhaha x3 Jauh membayang? Aku mmg takkan pernah lupakan kaulah! Don't worry k?! ;) Sayang kau! :* Hehe
Deletexpe.. doa banyak2.. moga allah permudahkan.. ada rezeki ada lah.. zz pun prnh pgi temuduga DQ.. tpi Allah izin masa tu die lbih utamakan lelaki.. huhu
ReplyDeleteOuh, yeke?! Huhu. Allah dah rancang apa yang terbaik utk kita ;) InsyaAllah ada rezeki kat mana-mana tu! Heeee ;D Amin!
Deletebtul2.. ape yg penting doa :) dlu zz dpt poli n bidang yg zz minat.. unfortunately parent mcm x bg sgt.. tawar hati, zz ingt nk msuk form 6 je.. tapi Allah izin, zz msuk satu kolej swasta dekat kelantan.. n Alhamdulillah zz further deg dkt u..masa dpt u, ayah zz happy sgt2.. :) Amiin.. Allah lebih tahu mana yang terbaik buat kita.. :)
DeleteHihi, tulah kan? ;) Alhamdulillah!
DeleteANDA DI TAG!!! SPECIAL GIVEAWAY {HADIAH - MOTOROLA GOLD EDITION} SYARAT - BERGAMBAR & MENANG! (^^,)
ReplyDeletehttp://www.tinynasweet.blogspot.com/2014/03/gitarboyz-aka-ninjaboyz-special-giveaway.html
wah2 , tahniah Fadhilah , dapat Darul Quran . :)
ReplyDeleteHaha. Eyh2! Belum dapat lagi! Baru interview je. Dpt masuk or tak, belum tau lagi :)
Deletealaa , msti dpt pnya . hihi .. :)
DeleteHehe, InsyaAllah. Amin.. Doakan ;)
DeleteIn shaa Allah , ann doakan Fadhilah dapat belajar di situ .
DeleteHeeee, thanks! Amin! :')
Deletekawan ee yang ex smka student ada jugak dapat iv ni. but i thought dia tak pergi. hm. wish you all the best.
ReplyDeleteOuhhh, kenapa dia tak pergi? Btw, thanks! ;) InsyaAllah! Amin!
Deleteramai kawan yang mintak daqul quran hehe. lagioun skrg dh ade duduk kt sne :) inshaAllah ade rezeki fadhilah kat sane.
ReplyDeleteOuh, yeke? Awak tak minta? Hihi, Btw, thanks! InsyaAllah :) Amin! ><
Deletesy tak mintak. lepas trial sy mntk tapi tak lepas. sy tk mntk lps spm sbb diploma kut haha.
ReplyDeleteOuhhh, hahahhaha. Nak terus masuk U lah ni? ><
Deleteakak , doakan saya. inshaa Allah 6 april 2016 ni saya pergi interview Darul Quran.
ReplyDeleteInsyaAllah, semoga dipermudahkan urusan dan dpt result yg baik insyaAllah. :) Jwb exam elok-2 huhuhu ^^
DeleteCahaya Kebaikan study mana lani ?
ReplyDeleteHuhu, Kuis. :)
Delete