Perang aku.

Assalamualaikum. Another sad moment for me. Haha. What a sad girl. 

Ditolak tanpa bicara. 
Tak dipeduli tanpa kata-kata. 
Diam seribu bahasa. 

Sakitnya hati... 
Sedih... 
Tapi tiada siapa peduli. 
Siapa yg nak kisah? 

Aku bukan sesiapa. 
Manusia yg hina. 
Lemah dari segala aspek. 
Kalah dalam bicara. 

Aku tak perlu orang kisah bertanya itu ini. Tapi please hormat perasaan aku. 
Kalau tak boleh menggembirakan seseorang, please... Jgn menyedihkan seseorang.
Tak tau nak cakap apa lagi. Banyak kali dah rasa. Banyak kali sedih sendiri. 
Tolong. Jangan pedulikan aku kalau hanya nak menyakitkan. Tinggalkan aku. Pergi jauh dari aku. Jangan biarkan aku berperang dengan perasaan sendiri. Aku tak kuat... 
Assalamualaikum. 

MIMPI?

Assalamualaikum :) Hihi. Kita update lagi! Haha. Herm... Lately ni, sejak masuk sem 2 ni aku asyik bermimpi je. Mimpinya pulak mcm pelik pun ada. Mimpi sedihlah, happylah, takutlah... Kiranya almost everyday aku mimpi. Ada mimpi yg buat aku rasa sedih gilaaaaa. Ada mimpi yg buat aku rasa happylah jgk. N ada mimpi yg buat aku rasa takut sangatttt. Jenis mimpi yg tak biasa aku mimpi. Kdg-2 tu aku rasa pelik gaklah. Tapi kdg-2 tu "alaa... Mainan tidur je" 

Ada mimpi yang aku ingat. N ada jgk yg aku tak ingat. Kalau mimpi-2 happy aku tak ingat sangat. Tapi mimpi-2 sedih aku ingatlah. Tapi seingat akulah kan... Rasanya aku byk sgt mimpi something yg sedih... Selalunya mimpi tu psl diri aku n keadaan sekeliling. But kdg-2 psl org lain. 

N yg terbaru mimpi aku siang tadi. Series aku rasa pelik tapi sedih tu lebih. Mimpi tu series buat aku terfikir balik psl org sekeliling aku. Dan aku tak taulah betul ke salah. Tapi yg aku pasti, 
Tak semua orang suka kita dan tak semua orang baik depan belakang. Kita kena kenal dan berhati-hati dalam percayakan orang. Dan jgn senang-2 percaya orang 100% atau sentiasa bergantung dgn org lain. Sebab bila kita salah pilih, kita juga yg kecewa nanti. 
Tapi bukanlah bermaksud kita kena menyendiri. Hidup ini berukhuwah. Islam itu bersaudara. Saling melengkapi. Yang penting sentiasa memohon pertolongan Allah :) 
 Act, aku mmg pelik knp aku asyik mimpi-2 mcm tu almost everyday. Tapi just bersangka baik n tak fikir sgt :3 Harapnya takde apa-apalah ^^ InsyaAllah, Allah ada... 

Okaylah. Assalamualaikum! 

SEM 1 ~ SEM 2.

Assalamualaikum! Rindunyaaaaaaa dengan blog niiii! Haha. Jarang sgt dah update T.T Okay... Takpe-2. Sekarang kita update eh! Hehe. Herm... nak tau satu benda tak? Haha. I'm now in 2nd semester of foundation in islamic studies at kuis! Huhu. Dah masuk semester kedua baru nak update blog! Huarggghhhh.

Classmates aku last semester :* 



Banyak dugaan yang aku lalui waktu semester satu dulu. Result aku walaupun tidak memuaskan sangat tapi tetap alhamdulillah. Jgn berhenti bersyukur. Apa yang kita dapat setimpal dengan apa yg kita usahakan. Kita sendiri tau. Aku sayang dan rindu mereka! HAHA v.v

Semester dua kali ni pula ingatkan dapat kelas yg sama juga. Rupanya dirombak dan kami semua memang berpecah habislah! Sebab dirombak ikut tarikh lahir/ic. Tak ke mcm apa je namanya tu? Yang aku ni sebab lahir bulan 12 memang tercampak jauhhhhhlah kan... Haha. Dapatlah kelas last sekali. Bukan kelas tak pandai tapi kelas paling muda. Haha. *Bangga sekejap* 

Budak kelas aku ada 20 orang, Sepatutnya satu kelas 18 orang je. Tapi sbb ada makhluk-makhluk Allah yang lambat sgt register course, dyorg pun tercampaklah ke dlm kelas aku. Even dyorg lebih tua dari kami yg lain. Yang paling sedihnya... 
Kelas aku: AI/H. 
Pelajar: 20 Orang. 
14 lelaki. 6 perempuan. 
Redha...
Semester dua insyaAllah memang lebih banyak cabarannya. Herm.. Semoga aku kuat untuk menghadapinya dan bijak dalam mengendalikannya. Doakan aku. Aku perlukan keyakinan! Yakinlah wahai diri! Semangat! Haha. 

Kami yang perempuan. Kami sikit dan jadi lebih rapat, Ada hikmahnya. Alhamdulillah... 


*AKU, SYAFIQAH, HUSNA, SYIKIN, AMIRA, ADILAH* 

Okay. Tu je kot. Tak tau nak bebel apa lagi. Haha. *Btw, my birthday is coming soon! 15/12! Hehehehehehe* Assalamualaikum! :)

Jatuh

Assalamualaikum. Aku sedih. Aku takut. Aku rasa down. Rasa nak give up. Rasa sakit. Bersalah. Tapi apa aku boleh buat? Semuanya rasa macam dah terlambat. I've nothing to do anymore. Apa patut aku buat? Aku rasa lemah.  Aku mula rasa semakin benci dgn diri aku. Semuanya macam tak kena. Rasa semuanya hampir berkecai. Lemah tak berdaya. Emosi aku tak menentu. Mental aku penat. Fizikal aku lemah. 

Aku rasa kecil. Aku rasa malu. Aku rasa nak lenyap. Hilang dari semua ni. Tapi tu hanyalah buat aku nampak macam melarikan diri. Tapi aku tak sekuat yg disangka :'( Feel like no use to others. There's no use to say anything anymore. No one would hear me anymore. I'm nothing to them. I'm nothing. Hanyalah penyibuk dlm hidup org lain. Sometimes I feel like want to die. But what can I do. Pahala aku bukannya banyak. Dosa? Bergunung. Ya Allah :'( I need support to be strong. But I don't know where can I get it. Because everything started because of me. Aku punca segala-galanya. Jatuhnya aku sekarang, boleh ke bangkit semula? Aku tak tau. Aku takut. Rasa tersisih. Malu. Rendah diri serendah-rendahnya. Aku gagal. Aku bukan seorang yg berjaya. Aku lemah. Padan muka aku. Haha. 

Rasa nak menangis. Tapi air mata tak boleh nak keluar dah. Sebab banyak kali sgt dah aku menangis. Aku sedih tapi tak dapat nak menangis lagi. Aku sedih. Sedih sgt. Life aku rasa teruk. Teruk sgt. Semua benda, semua org. Aku tak okay. Aku jadi teruk. I'm suck! Hate myself even more. No one even care. Even the one that I love :') I don't know. What will happen after this? 
Sorry sebab merepek panjang sgt. Haha. 
Assalamualaikum. 

"BLOGGER"

Assalamualaikum wahai followers blogku. Huhu. Jarangnya aku update blog sekarang ni T^T Maaf... Terlalu busy. Midterm tak habis lagi. Lepas tu tak lama lagi dah nak final. Nak on pulak mmg susahlah. Duduk asrama. Huhu. Balik hujung minggu pulak kdg2 tu malas nak type. Padahal InsyaAllah ada je cerita nak story. Hehe.

Okeyhhh! Nampak tak apa dekat atas tu? Hehehehehehehe. Alhamdulillah >< Masuk paperrrrrr! Thanks to Kak Azma yang menulis artikel aku tu! Act, aku tak tau macam mana Kak Azma tau aku ada blog. Then tetiba je ada org(Kak Azma) mention aku dkt twitter minta email nak bagi soalan interview. Huhu. Aku bagi then jawab jelah. Akhirnya keluarlah artikel tentang aku dalam SURAT KHABAR BERITA HARIAN SISIPAN SKOR 3 September 2014! >< 
Aku dapat tau pasal berita ni pun beberapa hari lps keluar berita ni. Tu pun dari ayah aku. Dia ws gmbr. Kata yg cikgu library sekolah aku yg bagi. Haha. Yelahhh, library sekolahkan mmg akan beli surat khabar setiap minggu. Seganlah jugak sbb aku kenal cikgu tu dan cikgu tu kenal aku. Haha. Alhamdulillah berita ni buat ada yg tahu kewujudan blog aku dan tanya aku psl blog. Huhu. Even taklah ramai, tapi ada yg tak tersangka. Haha. Sampai ada kwn makcik aku yg merupakan pensyarah dkt tmpt aku belajar sekarang, KUIS minta nombor aku nak suruh tgkkan blog dia. Tapi mak aku tak bagilah sbb aku still belajar lagikan. Nanti kacau pembelajaran aku. Hehe. Tapi yg tak bestnya aku tak tau siapa pensyarah tu v.v Minta maaf... Aku bukan taknak tolong, tapi aku boleh tolong sikit-2 je buat masa ni. Nak tolong semua mmg susahlah. Sbb takut ganggu belajar. InsyaAllah cuti sem nnti aku free. Hehe. Act, masuk berita ni pun tetiba je berlaku. Aku tak tau mana puncanya, tup-2 di interview. Herm, nikmat dari Allah. Alhamdulillah :) 

Okay, apa lagi nak bebel? Haha. Hahhhhh! Aku nak promote blog kawan aku nih! Hehe. Dia baru buat blog. Dia buat secara berpasangan dgn kwn uni dia. 
*Klik gambar utk tgk blog* 

Ni one of her post. Blog dia ni cerita tentang perempuan. Everything about girl. Even dalam BI tapi aku suka! Entri-entri dia interesting! ;) Take a look! Mesti tak rugi punyalah! Tak kisahlah lelaki ke perempuan. Tengoklah! Tapi jangan tengok je, bacalah sekali ;) Hehe. 

Last but not least, thanks again to kak azma sebab tulis artikel tu. Dan thanks jugak kpd yg ada baca artikel tu. Hehe, thank you very much! Hope sgt aku akan terus rajin dalam meng-update blog dan tak berpisah dari dunia blogging! Huhu :* 
Bila dah free nanti, aku nak ubah style blog niiii! Tak sabar nak edit :D
Assalamualaikum! :) 

RANDOM! HAHA T^T

Assalamualaikum koranggg! Hehe. Lamanya kan aku tinggalkan blog niii. Tak terupdate! Sampai entri bulan july pun tak ada! Huarrrgggghhhhh T^T Maaaaaaaaaffffff! Tak syoknyalahhh! Haha. Bila dah sibuk dgn study ni. Mcm tulahhh. Duduk asramakan? Hahaha. Mmglah. Hujung minggu, mmglah selalu balikkan? Sbb dkt je dgn rumah, kuis tu. Tapi asg byklah jgk. Lpstu mcm biasalah. Malas nak fikir ayat, taip lagi. Hahaha. Idea takde! Sekarang ni pun aku tak tau nak cerita psl apa? Haha >< 

Herm, cerita psl aku kat KUIS lah! Hehe. Kan first time aku duduk asrama T^T Alhamdulillah okay jelah rasa. Takdelah tak okay. Haha. Tapi takut-2 tu ada gaklah. Tapi alhamdulillah semuanya still okay! ;) Rindu family tu kdg-2 ada. Kdg-2 tak. Haha. Tapi setiap hujung minggu mmg mcm rasa nak balik jeeee. Kdg-2 balik. Kdg-2 tak. Tapi buat masa sekarang ni keraplah balik xp Lecturer semua okayyyyy! Alhamdulillah! 

Cuma belajar almost setiap buku tu dlm bahasa arabbb! Struggle jugaklahhh! Waduh-2! HAHA T^T 
Bila dah masuk Universiti ni, mmg semua benda buat sendiriiii! Nak study, study. Taknak study, kau tanggung sendiri. Takde org yang nak ingatkan kau lagi. Kecuali family kau jelah. Kalau dyorang pun still larat lagi nak nasihat kau. Dkt U tu kau nak buat apa pun ikut suka hati kau. Tapi jgn langgar syarak jelah. Masuk neraka nanti. Ada batasannyalah. Nak jumpa lecturer pun kena buat appointment dulu. Ws/msg dulu. Tak pun pergi bilik dia. Kalau dia ada, alhamdulillah. Kalau takde, kena carilah. Huhu. 

Dkt KUIS ni alhamdulillah environment dia Islamik! Okaylah! Aku suka ^^ Dia takdelah mengongkong sgt pun. Tapi maybe sbb aku dah biasa dgn environment mcm tu. Org lain kita tak tau. Yg mmg selama ni jenis bergaul lelaki perempuan tak kisah ke. Maybe ada yg still tgh adapt dgn suasana KUIS tu. Aku takdelah nak kata aku ni baik sgt. Aku pun dulu waktu sekolah ada je borak dgn lelaki semua. Tapi takdelah sampai berdua-duaan. Paling-2 ajak kwn. Masuk KUIS ni bagus :) Aku suka. Takdelah rasa sedih ke, terkilan ke. Alhamdulillah sgt-2! Cuma sekarang ni aku mmg kena struggle habis-2lah! Sbb U ni jelah tmpt last aku nak belajar betul-2! Lps tu takde dah! Kira ni mmg penentu masa dpn hidup aku! Tapi still. Allah penentunya! Kita hanya merancang dan berusaha! ;) Jgn putus asa! Kawal nafsu! Jaga hati! Jaga diri! ;) 

P/s: 8/8/14 baru-baru ni birthday Iera! Hehe. Btw, sekarang ni aku lebih active dkt Twitter dgn Instagram! Huhu. Jgn judge apa-2! Hehe. 
BIRTHDAY IERA 
Oh yeeeee! Lupa pulak nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN! Heeeee. Ampunkan salah silap aku! Segala kekurangan! Tak puas hati atau apa-apalah! Harap dimaafkan! Mcm trademark raya tahun ni! SALAM KOSONG-KOSONG ya? Haha ;* 
Tapi selain itu, kita masih perlu ingat saudara-2 kita di GAZA, PALESTIN sana. Doakan mereka! #PrayForGaza #PrayForSyria #BoikotIsrael #HancurZionis ! Allahhuakbar!


Okay bye! Assalamualaikum! :)

?

Assalamualaikum. 
Bila diluahkan, bahaya. 
Bila disimpan, merana. 
Aib perlu dijaga.
Habis tu? 
Tahan sampai bila-bila? 
Tak boleh. 
Aku tak kuat mana. 
Sedih bila dipersoalkan kebenaran kata-kata. 
Sedih bila terasa macam diri ni diabaikan sentiasa. 
Sedih bila terasa macam orang lain dilebihkan dan dijaga.
Aku pun ada perasaan. Manusia biasa. Perlu kasih-sayang. 
Mungkin aku dah besar. Lebih tahu. 
Tapi siapa boleh tipu perasaan sendiri? 
Lemah. Terkilan. Kecewa. Sedih. 
Menangis jangan katalah. 
Makin lama makin sensitif. 
Maaf kerana aku begini.
Tapi itu apa yang aku rasa. 
Jangan engkau risau. 
Kerana aku cuba usaha pendam semuanya. 
Kerana jika aku luahkan. 
Tetap tiada guna. 
Aku yang kena balik. 
Aku yang dikatakan kasar. 
Aku yang dikatakan kurang ajar. 
Lagi teruk jadinya. 
Kau kata. 
Tapi macam kata kosong sahaja. 
Aku memendam rasa. 
Tertanya-tanya kenapa ini yang aku dapat? 
Kenapa aku dilayan sebegini?
Herm... Astaghfirullah...
Tahan. Simpan. Pendam. Nangis. Sembunyi. Senyum. Perkara biasa. Cuma sampai bila?
 Assalamualaikum :]

SAMBUNG BELAJAR KE KITA? HAHA

Assalamualaikum! Fuh! Lama gak tak update entri baru! Hahahaha. Sorry! Kemalasan melanda x3 So sekarang ni aku nak update entri pasal aku yang akan sambung belajar! Yeayyyyy! Alhamdulillah. Ada juga tempat nak sambung belajar. Tapi, swastalah. Herm, kesian mak ayah aku! Aku mesti belajar bersungguh-sungguh dan tak lalai lagi! Mesti! InsyaAllah! Budak-budak lepasan SPM2013 ramai yang dah mula sambung belajar! Aku masuk lambat sikit je sbb asasi. Haha. InsyaAllah aku akan sambung belajar di KUIS dalam bidang asasi pengajian islam! :) Heee, sebenarnya mula-mula tu aku mohon asasi BA. Dah dpt pun. Then tiba2 rasa nak tukar asasi pengajian islam. So, tukarlah! InsyaAllah, aku masuk 1 Julai ni. Patutnya masuk bulan 8. Tapi dipercepatkan pulak. Huhu. Takpelah. Lagi bagus! Aku nak masuk cepat2! Cukuplah lama sangat dah cuti! Hahahahaha. *Ceyh! Nnti bila dah susah nak cuti, dok sibuk nak habis cepat! x3*
 
 *Aku printscreen dari website KUIS je logo ni x3*

Kawan-kawan dari sekolah lama aku ramai juga masuk KUIS. Haha. Kawan lama aku pun masuk situ. Sepupu aku pun masuk situ jugak sorang. So, takdelah aku kesunyian pun kan? Haha x3 Tapi ramai kawan aku ambil diploma. Aku ambil asasi. Adalah 2 3 orang yg ambil asasi jugak rasanya. KUIS ni bukannya jauh sgt pun dari rumah aku! Dalam 15 minit pun dah sampai! Haha. Tapi dkt2 pun takdelah balik selalu. Mak ayah aku pun tak bagi balik selalu xp Tak taulah kenapa. Haha.

Herm, nak mula hidup baru. Cari pengalaman baru. Hadapi cabaran baru! Semoga semangat aku pun baru dan sentiasa menginginkan yang terbaik! InsyaAllah! Amin! Tadi aku pergi KUIS sekejap, hantar surat permohonan pertukaran course. Suasana dkt situ cantik je. Semua berjubah, berbaju kurung, berbaju labuh, bertudung labuh, bertudung yang menutup aurat. Takde pun pelajar yang pakai seluar kecuali pelajar lelaki. InsyaAllah selamat! Alhamdulillah... Dah dtg tu, aku call lah Iera! Ckp nak jumpa! x3 Heee, dapatlah jumpa dia sekejap! Huhu. Iera dtg dgn Aini sekali! Jumpalah budak berdua tu x3 Iera kata dia susah nak jumpa aku skarang. Tu yg excited nak jumpa tu! Hahahaha. Then kebetulan pulak dkt situ ada karnival apa tah. Adalah jual jubah, baju, tudung, macam2 lah! So, kebetulan aku pun tengah cari barang utk bawa pergi KUIS bulan 7 nanti. So, tengok2lah baju dkt situ. Aku beli 2 baju! Hahahaha. Harga dia mahal gaklah T^T Takdelah dpt murah. Sama je mcm harga dkt shopping mall tu hah. Dah beli, then balik. Iera pun ada kelas.
Sekarang ni aku tengah sibuk mengemas! Hahahahha. Excited gila nak masuk cpt2 ni! x3 Taknaklah kemas last minit kan? Hahahahahha. Btw, kesianlah tengok mak ayah aku kena keluar belanja banyak untuk aku beli barang. Sedih rasa T.T Haish! Aku memang tak boleh sia-siakan segala penat lelah mak ayah aku! Dahlah aku ada adik berderet-deret lagi bawah aku. Aku mesti belajar sampai dpt biasiswa! Bolehlah ringankan beban mak ayah aku! InsyaAllah! Harap sgt aku mampu lawan nafsu dunia aku! :') Amin, InsyaAllah!
Btw, lepas ni maybe jarang sangattttttttttlahhhhhhhhhhhh update blog! Yelah, org dah sambung belajarkan? Hahahahahhaha. Maybe hujung minggu jelah dpt usha blog pun kot. Tu pun bukan selalulah maybe. Jarang2. Huhu. Doakan aku selamat belajar dengan baik dan tidak lalai dgn nafsu dunia! Amin! Okaylah! Tu je kot. Hehe. Assalamualaikum! :)

Hang! Out! Hehe

Assalamualaikum! Wuhuuuuuu! Lamanya tak update bloggggggg >< Hehehehehehe. Kemalasan melanda~ Idea ada je datang! Tapi.... Malas. Haha. Herm! So, sekarang ni kerajinan tengah ada. Cepat-cepatlah update sebelum terlambat! Haha xp

Okay! Haaaaaa! Aku nak cerita pasal semalam! Aku dengan geng aku hangout ramai2! Dekat Alamanda je~ Hehe. Kitorang cadanglah nak jumpa sebelum masing-masing dah nak pergi jauh. Sambung belajar! Huhu. Takdelah jauh sangat pun xD Tapi, yelah! Nanti susah gilalah nak jumpa lagi dah. Mesti semua sibuk punyalah nanti! Tapi tu pun, tak cukup jugak geng aku yang join :/ Sedih je. Tapi nak buat macam manakan? Dah dyorang tak boleh nak join! Geng aku ada 8 orang! Aku, Syazie, Aini, Atun, Imah, Syu, Farhanah, Fuza. Tapi Syu mmg tak dapat join. Farhanah dapatlah jumpa kejap. Sbb dia hangout dgn jiran dia. Fuza pun hangout dgn orang lain jugak. Tapi byk kali gaklah terserempak dengan dia. So, geng aku yg join adalah aku, Syazie, Aini, Atun n Imah. Haha, sampai dkt Alamanda tu kitorang terserempak dengan Fuza n Tira! Dyorang pun joinlah sekali.

Kitorang pergi Alamanda tu pun bukan beli apa-apa pun! Setakat pusing satu Alamanda. Then pergi makan n solat! Haha. Atun je banyak gaklah beli. Dia beli barang utk bawak pergi Matrik hari ni! Haha, hari ni nak pergi dah. Semalam baru beli x3 Rileks, geng2 aku ni memang semuanya kaki last minit! Haha. *Termasuklah aku xD* Kitorang sampai dalam pukul 12 jugak rasanya. Then, cari Imah. Lepastu pergi toilet. N then terus pergi makan! Haha. Baru sampai dah makan xD Imah kata dia tak sarapan. Tu yang lapar. Aku pun ikut jelah. Dah semua setuju. Haha. Herm, bila sampai part nak makan. Mulalah pening nak makan apa. Mula-mula tu kitorang pergi kat food court. Tapi ramai sangat orang n takde tempat nak duduk. So, pergilah melilau-lilau kejap. Then decide makan pizza je. Hahahahaha. So, pergilah mencari Pizza Hut. Dah tu tiba-tiba Fuza kata kawan dia tu tak makan pizza. So, Fuza n kawan dia tu pergilah makan dkt tempat lain. Tinggallah kitorang berenam je! Masing-masing order nak makan apa, n kitorang pun order large pizza satu. Kongsi duitlah bayar pizza tu. Yg makanan n air sendiri, bayar sendiri. 





*Aku punya order~ Hehe*

Tgh2 makan tu, ternampak pulak Farhanah. So, dia pun joinlah kitorang kejap :) Borak macam-macam. *Bising gila kitorang xD* Ambil2 gambar. *Atun bawa kamera!* Hahaha, bergambar sakanlah kitorang xD Dah habis makan, mestilah kena bergambar dulu xD Waktu ni bergambar ramai-ramai kat luar! :)  





*Tudung aku tak betullllll. TT^TT*

Lepas tu pergi toilet pulak. HAHA *Memang kaki toilet betullah kitorang! Tak berubah-ubah dari zaman sekolah lagi xD* Dalam toilet pun boleh bergambar~ 



Dah pergi toilet, sambung merayau balik! Tengok kasut, baju. Tapi tak beli pun! Hahahhaha. *Mahallah. Membazir v.v* Lps tu Imah balik. Lps Imah balik, kitorang pun pergilah solat zohor. Dah solat zohor, masuk dkt tempat jual barang-barang tu. Apa tah nama dia aku lupa. AEON eh? Tak silap akulah x3 Hehe. Masuk dlm tu tengok-tengoklah apa yg nak tengok. Tira beli air. Yg lain tak beli apa-apa pun. Haha. Aku beli cadburry. Then tiba-tiba balik orang kata dah confirm yg cadburry tu mmg ada campur dgn babi. Huarrrgggghhhh. Sia-sia je 7 ringgit lebih aku TT^TT Act, mmg aku dah dengar2 pun org kecoh psl tu. Tapi ada yg kata bukan caDburry. Tapi caBburry. Tu yg aku beli je. Sekali.... Sabar jelahhhhh. Haha. Dah tu terpaksalah ku buang coklat yang telah ku beli.... HAHAHAHAH. Takpelah x3 

 Okay! Lepas tu kitorang keluar n lepak kat luar alamanda yang bawah pokok-pokok lawa tu. Ambil-ambil gambar lagi xD 


*Sorry, gambar kabur sikit*



*Keciknya aku xD* *With makcik Fuza~*

Dah tu, Tira n Fuza balik. Aku ngan yg lain-lain gerak pergi bus stop, tunggu ayah Iera. Dalam 6 lebih kitorang balik. Then.... Tamatlah cerita aku. Haha. Serious membazir masa je xD Tapi at least niat mmg nak jumpa dyorang pun! So, takpelah. Sbb dpt jumpa. Haha.

Happy sebab dapat jumpa dyorang even tak byk benda pun yg kitorang buat semalam! x3 Lepas rindu jelah~ Hahahahahaha. Herm, rasanya takde kata-kata nasihat kot untuk entri ni xD *Malas nak fikir ayat* Haha. Sorry v.v Apa-apa pun! Best of luck untuk kawan-kawan aku! Dan juga semua batch96 yang akan sambung belajar! ;) Ingat Allah, ingat family, jaga solat, jaga hati, jaga iman, ukhuwah sesama manusia juga jangan lupa jaga! ;) Gonna miss you guys so much :* Okaylah! Assalamualaikum! :) 
p/s: Sorrylah banyak gambar aku je ><

New Look! OK ke KO?

Assalamualaikum!
Yes~ Blogku sudah berwajah baru yang tak berapa nak lawa yang biasa-biasa je yang tak gempak pun v_v Herm, aku pun tak taulah macam mana rupa blog ni boleh jadi macam ni. Elok-elok dari cerah je selama ni dah jadi gelap. Hahahahahahaha. Act, aku saja je edit baru. Yang sebelum ni punya pun macam dah lama sangat je guna. Huhu, so editlah baru.*Apa yang aku merepek ni?* Abaikan~ Hehe.

Herm, act, mula-mula mcm ni rupa blog yang aku edit:
*Hah, separuh je aku bagi*

So, mula-mula aku edit macam tulah! Lepas tu aku tunjuklah dkt BFF aku. Si Iera tu. Memang apa-apa pun aku minta pendapat dia je. Aku pun tak tau kenapa. Haha. Sehati sejiwa kot //muntah hijau// xD Herm, so dia pun komen. Kata nampak serabut TT.TT Haha, memanglah nampak serabut. Sebab fikiran aku pun tengah berserabut dengan masalah! Act, aku pun agree jugak dgn komen dia tu! Hahahahaha ;p
Satu hari aku edit tu, lps tu kena edit balik~ Yeayyyyy! Sukanyaaaaaaaa -_- But, nevermind. Dah aku minat, lpstu sementara ada lagi kerajinannya, so edit jelah balikkk.

Edit punya edit~ Maka jadilah sepertimana yang korang nampak sekarang? Hahahahahahha. So, OK ke KO? Aku memang tak pandai nak edit-edit blog sampai gempak gila macam orang lain punya! Idea takde, skill takde, kemudahan pun kurang :3 So, apa yang mampu jelah~ Haha. Sorrylah kalau buruk. Header tu pun aku edit sendiri. Burukkan? xD Memang kena minta tolong Mazni buatkan baru jugaklah v_v Maaf-maaf!

SO? SUDI-SUDILAH KOMEN! NAK JUGAK TAHU APA PANDANGAN KORANG :3 KOMEN JUSEYO~ Hehe
Serabut dengan masalah. Allahuakbar! :'(
Okaylah! Bye! Assalamualaikum! ;)