17 June 2014

?

Assalamualaikum. 
Bila diluahkan, bahaya. 
Bila disimpan, merana. 
Aib perlu dijaga.
Habis tu? 
Tahan sampai bila-bila? 
Tak boleh. 
Aku tak kuat mana. 
Sedih bila dipersoalkan kebenaran kata-kata. 
Sedih bila terasa macam diri ni diabaikan sentiasa. 
Sedih bila terasa macam orang lain dilebihkan dan dijaga.
Aku pun ada perasaan. Manusia biasa. Perlu kasih-sayang. 
Mungkin aku dah besar. Lebih tahu. 
Tapi siapa boleh tipu perasaan sendiri? 
Lemah. Terkilan. Kecewa. Sedih. 
Menangis jangan katalah. 
Makin lama makin sensitif. 
Maaf kerana aku begini.
Tapi itu apa yang aku rasa. 
Jangan engkau risau. 
Kerana aku cuba usaha pendam semuanya. 
Kerana jika aku luahkan. 
Tetap tiada guna. 
Aku yang kena balik. 
Aku yang dikatakan kasar. 
Aku yang dikatakan kurang ajar. 
Lagi teruk jadinya. 
Kau kata. 
Tapi macam kata kosong sahaja. 
Aku memendam rasa. 
Tertanya-tanya kenapa ini yang aku dapat? 
Kenapa aku dilayan sebegini?
Herm... Astaghfirullah...
Tahan. Simpan. Pendam. Nangis. Sembunyi. Senyum. Perkara biasa. Cuma sampai bila?
 Assalamualaikum :]

6 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Hemm.. Kadang2 tangisan dapat menghilangkan kegusaran sekaligus merawat kedukaan.. Jika meluahkan tak mungkin org dapat faham keperitan. Yang lagi baik kita luahkan kepada Allah. Dia maha mendengar luahan hambanya.. Cuba nangis dalam solat, masa berdoa.. Tenangggggg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Herm, betul tu. Tapi kita tetap manusia biasa. Masih ada keinginan untuk berkongsi dgn seseorang yang boleh faham kita dan beri kita sokongan dan kekuatan secara berdepan. Tapi sememangnya Allah lah sebaik-baik tempat memohon kekuatan :') Terima kasih :)

      Delete
  2. ada masa memang kita perlukan untuk berkongsi dengan orang lain apa yang kita rasa. takut nanti makin sakit bila dipendam :)

    salam kenal :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum fadhi.. Suka baca ayat kau, sedap. Kata2 mu sungguh indah walaupun ia luahan rasa yang dipendam. Kau leh jadi penyajak weh. Siyes aku puji. Hehehe. Kenkadang jiwa kita kosong, kerana kita lupa Allah.. Sama cam aku, bila aku kata, kenapa aku rasa kosong ek ? Member aku jwb, "sebab dlm jiwa kau tade Allah skg" ye tak ye gak kan... Sama2 kita penuhkan jiwa kita ya... Hehehe. Baiknya aku.. Puihh kahkahkah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam. Hahahahaha. Alhamdulillah kalau sedap. Terima kasih x'D Huhu. Hermm, betullah tu. Mmg betul sgt apa yg kau n kwn kau ckp tu. Allah nombor satu dlm hidup kita :')

      Delete