Once again...

Assalamualaikum! :) Herm, Dah tau pun aku nak update psl apa kan? Haha, yes! Pasal tahun 2013 yang tak lama lagi akan berakhir dan tahun 2014 yg tak lama lagi jugak akan bermula! Okey! Let us review this 2013!
2013 ni memang banyakkkkkkkkkkkkkkk sangat perkara yang berlaku dalam hidup aku! Macam-macam perkara! Yang berlaku dari diri aku sendiri, kawan-kawan, family, orang sekeliling! Memang banyaklah! Dan aku pun sentiasa bersyukur dengan setiap cabaran yang aku hadapi. Sebab setiap perkara itu memang ada hikmahnya. Sama ada kita nampak atau tak je. Banyak sangat yang aku belajar dalam tahun 2013 ni. *Semua tahun pun mcm tu* Tapi sebab 2013 ni aku adalah calon SPM, so lagi banyaklah cabaran yg dihadapikan? Dari segi perasaannya, stressnya, masalah-masalahnya lagi. Hermmmmm. Lagi-lagi dalam perkara belajar dan berkawan. Tahun ni memang byk perkara2 baru yang aku dan kwn2 rapat aku hadapi :') Sedih? Gembira? Takut? Risau? Susah hati? Kecewa? Semua rasalah ada! Tapi entah kenapa jujur aku rasa. Tahun 2013 ni lebih banyak pahitnya dari manisnya :') Tapi tetap Alhamdulillah. *Aku tak tau nak tulis apa lagi. Idea tak datang*
Okey! Untuk 2014 pulak! Herm, bila masuknya 2014 nanti, maka berakhirlah tahun aku sebagai pelajar sekolah! InsyaAllah >< Setiap tahun mestilah ada azam baru kan? Haha. Dan semestinya jugaklah semua orang nak berubah jadi lebih baik ! Sama jugaklah mcm aku. Sentiasa berazam yg terbaik, tapi usaha? Haha, itu yang penting sekali! USAHA. Nak azam banyak2 tapi usaha takde pun tak guna jugakkan? So, apa yang penting! USAHA. DOA. TAWAKAL ;) Trademark biasa rite? But itulah yang kadang2 bukan semua orang boleh lakukan. Kadang2 usaha, tapi tak berdoa. Kadang2 doa bukan main, tapi usaha sikit pun takde. Dan kadang2 dah usaha dan berdoa, tapi masih tidak redha dgn ketentuan Allah. Tak sepenuhnya bergantung harap kepadaNYA :') Belum terlambat lagi untuk kita semua muhasabah diri. Dalami diri sendiri, lihat apa yg kita masih kurang. Iman kita macam mana? Yang penting jangan lupa Allah! Patuhi perintahNYA dan jauhi laranganNYA. InsyaAllah :)
Last but not least, sentiasa bersyukur kerana Allah masih memberi kita nafas utk meneruskan kehidupan, utk bertaubat sebelum terlambat, utk mengumpul pahala sebanyak yang boleh, utk memantapkan iman dlm diri dan utk menjadi hamba dan khalifahNYA! ALHAMDULILLAH! 
Okeylah! Itu sahaja! Assalamualaikum!

Gembiraaaaaaaaaaa! Rinduuuuuuuu!

Assalamualaikum! Weheeeeeeee! Happynya akuuuu! Haha. Sbb apa? Hermmmm, serious aku rasa happy! Happy sangat sebab dapat jumpa geng aku. Even tak semua dpt jumpa :3 But, aku tetap happy! Tadi gelak-gelak je memanjangggggg xD Aku rindu dyorang sangat-sangat! Gelak ketawa kitorang! Usik-mengusik! Serious aku rindu semua tuuuu! Hihi, memang banyak betul kitorang gelak2 tadi! Especially bila sentuh bab PLKN and bab berat badan! Haha xD

Okeyh! Sebenarnya tadi aku ngan geng2 aku kitorang buat gathering mcm tulah. But yg dtg 6 org je. Lagi 2 tak dpt dtg. Ada masalah. Herm, tapi takpelah! Tetap happy! Haha, kitorang buat gathering ni pun sbb ada dua org dlm geng aku yg terpilih utk PLKN! Haha, so kitorang pun ingat nak jumpalah dyorang sebelum 3 bulan dyorang menghilang. Haha. Yg terpilih tu USWATUN and FARHANAH. Haha, kesian dyorang! xp Nasib aku tak terpilih! Muahahahaha. Tadi mmg kitorang kenakan dyorang habis2lah! Hahahahhaha. Kitorang gathering kat kedai makan dkt dgn rumah Atun je. Dkt dgn sekolah jugak. Haha. Lepas makan2 tu lepak kat padang then ambik2 gambar! Yg memang kewajipan yg mesti dilakukan xp Hahahaha. Dah tu balik. Tu jelah! But even sekejap pun, serious aku happy! Happy sangat2! Aku rinduuuuuuuuuuuuuuuu dyorang sgt! Kan best kalau semua dpt gather. But ni pun dah cukup Alhamdulillah :') Hahaha.
Okeylah! Dah habis membebel, tgk gambar pulaklah xp *Semua kaki gambar* HAHAHAHAHA Yg best partnya! Kitorang semua pakai pink/merah! Atun sorg je yg pakai colour lain! Haha, padahal tak rancang apa2 pun xp





Ni nak tulis nasihat untuk ATUN and FARHANAH!
Korang, jaga diri elok2 :) Kat sana tu maybe banyak cabaran yg akan korang lalui. Cabaran fizikal, mental, and iman korang! Jaga pergaulan, fikiran, kesihatan, hati and yg penting jangan tinggal solat! :) *Tak tau nak ckp apa dah* Hehe, apa-apa pun. Ada hikmahnya korang terpilih tuh! Haha, InsyaAllah. Redha dan tawakal je k? Hihi, AKU SAYANG KORANGGGGGG! Take care :')
Okeylah! Assalamualaikum!

Cuti aku :3

Assalamualaikum! Straight to the point! Cuti ni mesti ramai yang pergi holiday sana sini, melancong merata tempat, bercuti sakan! Hermmm, mesti bestkan? Untunglah korang semua! Aku takde pergi mana-mana pun! SERIOUSLY! Balik kampung pun takkkkkkk! Cuti ni aku asyik dok ulang-alik dari rumah ke kedai dari kedai ke rumah je! Herm, cuti ni mmg aku jaga kedaiiiiiiiiii je setiap hari. Dah tu online memanjanggggg. Memang best dapat online sesuka hati tapi masalahnya bosannnnnnnnn gilaaaaaaaa tau tak? Ergh! Serious cuti kali ni sama je mcm cuti waktu lps PMR dulu. Hanya kebosanan yang menemani aku setiap hari T.T Serious aku rasa jeles tengok orang lain post gambar2 holiday sana sini. Herm... Tapi nak buat mcm mana kan? Dah kebetulan mak aku bersalin dlm waktu cuti ni, ayah aku sibuk menanda kertas SPM pulak n kedai takde siapa nak jaga selain aku ngan adik aku. So, terpaksalah berkorban :3 Tak pergi mana-mana. Tapi seriously aku cakap memang bosannnnnnnnn sangatttttt! Asyik dok mengadap benda sama je setiap hari. Herm... Nasiblah jaga kedai ni wifi kedai sebelah on. Kalau tak memang mati kutulah aku x3 Tapi bila aku rajin, aku kemas barang-barang kat kedai ni. *Bila rajin* Haha. Aku nak membebel tak puas hati panjang2 pun bukan boleh ubah apa-apa kan? So kita cerita pasal benda lain pulak xp

Perasan tak lagu kat blog aku dah bertukar? Haha, aku letak dua lagu. Korang maybe dgr yg first je. Try dgr yg second pulak xp Haha, aku suka muzik tu! Ni semua gara2 aku layan korealah! Dapat dari cerita Heartstrings. Alaaa, korang mesti tau punya kan? :) Aku suka guitarist dia! JUNG YONG HWA! Hahahahhah xp Hensem! Lagi2 gaya dia bila main gitar! Hahaha, cool jeeeee xp Dia comel jgk! Hehe Okey2! Stop it. Haha. Herm, korang trylah dgr tau?! Btw, aku nak tanya jgk ni. Kalau ada sesiapa yang tahu cerita2 korea yg best? Sharelah dgn aku! Boleh aku tgk nak hilangkan bosan ni. Aku tak pandai nak cari cerita2 yg best. Huhu :3

Herm, tak sangka! Tahun dpn aku dah tak sekolah! Orang lain sibuk beli barang sekolah, aku tak payah buat apa2. Hehe. Tapi yelah kan? Nanti macam-macam cabaran baru pula yg akan aku hadapi. Mcm manalah nnti kan? x3 Herm, korang doakanlah aku eyh? Semoga dipermudahkan segala urusan :D Btw, aku ingat aku nak ambil course arab! Haha, beraninya >< Herm, harapnya result SPM aku nanti okeylah utk ambil course tu! Memang rasa mcm takut, tapi aku dah mula minat. Tak salah cuba? Sbb kalau course science ni memang minta jauhlah! Aku memang tak boleh nak bawak! Seriously. Haha.
Herm, okeylah! Stop sini dulu ;) Pray for me k? Thanks! Assalamualaikum!

15/12/1996

Assalamualaikum!
Happy birthday to me! Happy birthday to me! Happy birthday to meeeee! Happy birthday to me! Alhamdulillah! Ini birthday aku yg ke-17! Yeayyyyy! Finally aku dah 17! >< Herm! Allah masih hidupkan aku sehingga hari ini. Syukur alhamdulillah. Dalam tempoh 17 tahun ni banyak sangat pengalaman yang aku dapat. Ujian yang aku lalui. Serious semua tu satu pengalaman yg berharga. Allahu... Selama 17 tahun ni bermacam-macam org aku kenal, berbagai-bagai cabaran aku hadapi terutama sekali dalam belajar dan bersahabat :') Serious! Aku takkan lupa semua pengalaman tu! Macam-macam yang Allah tunjukkan dekat aku! Dari yang kita boleh agak sehingga yang kita sendiri tak tersangka! Allahhuakbar!

Aku lemah. Lemah tanpa dia. Hanya DIA yang tau sebab kenapa dia masih hidupkan aku sehingga hari ini. Mungkin kerana dosa aku yang terlalu banyak dan dia beri aku waktu untuk bertaubat. Ataupun kerana dia nak aku cari dan selami cintaNYA kepada hambaNYA :') Haih. Sebenarnya perasaan aku tengah tak berapa nak okey ni. Haha, sebabnya biarlah rahsia :') *Terus mengharap* Haha, k.

Herm! Aku tak sambut birthday aku lagi! Sbbnya dalam family aku ni ada 4 org yg lahir bln 12. Haha, mak aku *2/12* Adik ke-2 aku *5/12* Aku *15/12* n adik ke-8 aku *21/12* Haha! So, ayah aku buat keputusan sambut semua sekali pada satu masa jelah! Huhu, kenalah tunggu birthday adik aku yang seterusnya tu x3 Aku dah tak tau nak membebel apa sebenarnya. Hahaha!
Alhamdulillah untuk hari ini. Ambil iktibar dari yang semalam, ubah untuk hari ini, dan berdoa untuk yang terbaik esok :') Allahhuakbar!
Okeylah! Assalamualaikum!

I AM DONE!


Assalamualaikum! Heeeeeee! SPM DAH HABIS! Wuhuuuuu! Yesss, aku tau org lain dah habis dulu. But aku tetap nak happy excited jugak! Haha. Yelah! Akhirnyaaaaaaaaaaaaa >< Aku dah habis exam! N dah habis zaman sekolah akuuuuuuuu T.T Wuhuuuu! Happy memang happy! But sedih pun ye jugak! x3 Yelahhhh! Lps ni tak tau jumpa lagi ke tak kawan2! Herm, byk dah aku lalui dgn dyorang semuaaaaaaaa! Kwn2 sekelas! Geng aku! Hermmmmm T.T
Eyh! Ni dah masuk cerita lain! Psl kawan aku post entri lain nanti! ;) Sekarang cerita pasal aku! *Yg dah freedom* Hahaha!
*Sorry, gmbr selekeh! Hehe*
Hermmmmmmm! I'm done with my school life! Dah takde bangun pagi awal-awal! Kerja rumah yg bertimbun! Cikgu nasihat itu ini. Marah itu ini! Perhimpunan setiap pagi! Kena sekolah ganti! Kelas tambahan! Huhu. And byk lagilahhhhh! And yes! I'm gonna miss all that! :') Seriously! Semua pengalaman tu takkan sama dgn apa yang akan aku lalui bila dah dewasa nanti! Tak lama lagi aku akan mula hidup yang baru! Cabaran yang baru! Pengalaman baru! Cerita baru! Hahaha. Tak boleh aku nak bayangkan macam mana nanti >< Aku ni dahlah jenis tak berani. Berdikari? Lagilah! Mcm jauh sangat je dari diri niiiii! Huhu. 

Tapi takpelahh, kita belajar dari pengalaman :) Setiap orang memang akan melalui semua ni bila dah sampai masa mereka. Allah dah tentukan dah hidup kita mcm mana. Cuma kita boleh ubah sesuatu yang tak baik, jadi baik dgn berusaha. Sbb Allah dah kata yang DIA takkan ubah nasib seseorang melainkan orang tu sendiri yang mengubahnya :) So? InsyaAllah dgn izinNYA, kebaikan yang kita usaha akan terjadi.
Herm, okey! Apa lagi aku nak membebel ni? Haha, mood tgh baik! Tulislah byk2 sementara mood tu tak lari xp Haaaaaaaa! Aku nak bagi nasihat kepada adik-adik yang akan ambil SPM tahun dpn atau yang akan ambil pada tahun-tahun akan dtg! Sila ambil perhatian yeeeee?
Wahai adik-adik yang akan ambil SPM nanti! Korang belajarlah betul-betul! Sbb F4&F5 ni bukannya mudah! Subjek2 dia lagi berat! Dan mmg korang takkan faham tajuk-tajuk yg seterusnya kalau korang tak faham tajuk-tajuk yg sebelumnya. Jgn pernah ambil mudah dgn F4&F5 ni! Korang belajarlah bersungguh-sungguh, betul-betul fokus, jgn main-main! Sbb nanti korang mmg akan menyesal tak sudah :'( Sebab bila korang belajar betul-betul, fahamkan betul-betul, automatik korang akan minat semua subjek dan akan rasa senang n best semua yg kita belajar tu! Tak susah! Dan sebenarnya belajar ni seronok! Sbb kita lagi tahu dan lagi explore byk benda :) Lagipun, saingan dahlah makin sengit! So, belajarlah betul-betul ye?! Jgn main-main mcm akk T.T
Haha, nasihat ni mmg ikhlas dari hati! Bukan main-main! Sbb aku dah merasai rasa menyesalnya sekarangggg. Tapi tak boleh nak ubah apa dah. Tinggal doa n tunggu result je! Herrmmm, sebenarnya ramai je lepasan-lepasan SPM n org2 yg dah habis belajar dok nasihat aku. But tulah kan? Aku yg degil. Buat tak tau je. Main-main dlm belajar :'( Haih. Serious menyesal! So, aku harap sgt adik-adik bwh aku ni berusaha selagi mampu dan jgn putus asa! Allah sentiasa ada untuk kita dan dialah sebaik-baik tempat memohon pertolongan :') Allahu...

Okeylah! Panjang sgt pulak aku dah membebel! Hehe, harap-harapnya adalah yang ambil iktibar n ubah diri ye? xp Hehe. Okeylah! Assalamualaikum!

Thanks!

Assalamualaikum! Heeeeeeeeeeee! Hadiah dah sampai! Haha x3 Alhamdulillah menang dari GA! Heeee, bukti? Nahhhhhh!

Haha, menang dari ADAM lagi xD Tapi mmg rezeki and alhamdulillah! Sbb ada hadiah yang sebelum ni aku menang dari dia jugak, aku tak dpt lagi. Haha, bukan sbb dia tak hantar, tpi sbb ayah aku ingat barang tu bukan utk aku. Sbb nama lain yang tertulis. Ayah aku tak tau. Hahaha. So, hadiah tu dipulangkan baliklah x3 Huhu, so kiranya Allah dah permudahkan urusanlah ni :) Alhamdulillah!
Hihi, tudung tu yg hadiah GA yang dah lps. Yg kerongsang tu yg hadiah utk GA ni :) Btw, dia bagi sekali button badge! Haha, ada nama dia sekali x3 Thank you so much! :)
Heee, okeylah! Tu je! Assalamualaikum!

So? Komenlah sikit!

Assalamualaikum! Wuhuuuuuuuuu! Akhirnya! Siap jugak edit blog ni! Tapi masih ada sikit-sikit lagilah nak touch up! Hehe. Hermmmm! Edit kali ni takdelah lawa sangat! Biasa-biasa je. Sbb idea mcm tak ada sangat. Huhu. Aku pun buat satu warna je x3 Colour purple. So, apa komen korang? Hehe!
But sebelum terlupaaaaaaaaa! Org yang byk tolong aku edit blog ni adalah MAZNI ;D Hah! Dia memang banyak tolong akuuuuuu! Setiap kali aku minta tolong, dia mesti okey je! Dia baik! Haha. Okey! Mentang-mentang orang dah tolongggggg. Puji melambung! Haha, tapi takpelah! ;) Memang betul pun apa yang aku kata tu! xp Okeylahhhh! Komenlah sikit eyhhh? Apa yg boleh dicantikkan lagi ke? Yang perlu diubah lagi ke? Komen tau! Komennnnnnnnnnnn tauuuuuuuuuuuuu 
Haha, byeeeeeeee! Assalamualaikum!

Harap Maaf!

Assalamualaikum! Ouh yeah! Korang nampakkan perubahan dengan blog aku ni? Haaaaa, blog ni tengah diubahsuai! So, sorrylah kalau ada yg buruk2 tu. Tak siap lagilah tu maknanya! Hehe, harap tak mengganggu blogwalking korang kat blog nilah yeeeee! Byk gak lagi yg tak siap tu! Hehe

Okey! Byeeeeeeeeee! Assalamualaikum :)

Yeayyyyyyyyyyyyyyyy! Dpt adik baruuuuuuuuuuuu!

Assalamualaikum! Lamanyaaaaaaaaaaaaaaaaaa aku tak update blog! Huhu! Sibuk dgn SPM >< Ni pun tak  habis lagi! Tinggal 1 subjek je lagi! Arab! :) Dua paper! Herm! Okeyyyy! Apa yg aku excited sgt tu? Haha, tgk tajuk pun dah tau kan? xD Yeeeeeeee! Aku dapat adik baru lagiiiiiiiiii! Haha, happyyyyyyyyy sgt! Adik lelaki pulak tuuuuuuuuuuuu! Hahahahaha. Mana tak happy? Akhirnya impian nak adik lelaki lagi tercapai. Terima kasih umi. Hihi, Alhamdulillah! :) Even umi bedah pun, Alhamdulillah dua2 selamat!
Mula2 tu mmg nak bersalin biasa je. Tapi lps lama2 tu mcm susah nak keluar umi pun ambil keputusan bedah je. Sbb adik aku tu berat dia dah cecah 4KG! Bayangkan? Haha, mana tak besarrrrrrr? Nurse siap kata lagi yg adik aku ni baby first lahir kat situ berat paling berat dan kepala paling besar xD Haha. Btw, dialah anak mak aku yg first bersalin bedah :') Tapi alhamdulillah semua selamat dan aku mmg happy sangattttttttttttt ;D Haha!
Sekarang ni umi tak balik lagi sebab baby kena tahan dkt hospital. Kena kuning. So, kena tahan dululah. Lagi pun umi bedah. Susah kalau nak ulang-alik dari rumah ke hospital utk susukan baby :) Hope baby cpt sembuhlah! Boleh main ngan dia nnti! ;D Haha.
Kiranya adik beradik aku dah 9 orglah! Haha. 6 perempuan 3 lelaki :)
Nak tengok gambarrrrrr? Hehe, okeyyy! 
Haha, kakaknya mesti masuk gambar jugak! xp
Okey, cerita punya cerita nama tak bagitau pun! Haha.
Nama: Muhammad Bin Solah.
Lahir: 25/11/2013
Masa lahir: 1.59 Tghhari
Berat masa lahir: 4KG
Haha, okeyyy! Tulah maklumatnya >< Simpel je kan nama dia ;D
Harap sangat semoga dia boleh jadi seorang anak yg soleh, adik yang baik dan akan bawa umi, ayah dan adik-beradiknya masuk syurga! Amin! :') 
 Okeylah! Itu sahajalah kot nak cerita xp Doakan aku jugak tau? Utk paper Arab selasa minggu dpn :) Thanks!
Bye! Assalamualaikum!

#SPM #CANDIDATES! #BATCH96!

Assalamualaikum! Huhu, SPM! Dah dekat gilerrrrrrrrrrrrr! Takutnya akuuuuuu! Entah aku betul-betul bersedia dah ke belum :'( Huhu... Please, doakan aku? Wish me luck eyh korang? 
Ya Allah, permudahkanlah Nurul Fadhilah Bt Solah menjawab soalan SPM dan ingat semua yang di ulangkaji. Semoga dia dapat buat yang terbaik dan mendapat keputusan yang cemerlang. Amin... :')
Thanks korang!
Btw, for those yang ambil SPM jugak! Batch96! All the best for you guys too! Kita boleh buat yang terbaik n dapat result yang gempak punya! :) InsyaAllah!

Gambar penutup.... Haha
Graduation Day #Throwback x'p
Assalamualaikum!

Aku dah graduate! Haha xD

Assalamualaikum! :) Weheeeee! Alhamdulillah hari khamis yg lps, sekolah aku dah buat majlis graduasi utk murid2 tingkatan lima! :) Majlis tu bestlah gak! Even tak gempak pun! Yg penting makanan2 dia sedappppppppppppppppppp! Even makan lambat gilaaaaa. Dalam pukul 5 lebih. Tapi memang kenyanglahhh! Alhamdulillah! Perfectlah! :) Btw, kitorang tak sempat nak bergambar dgn baju jubah x3 Sbb pakai jubah waktu naik pentas je :) Hehe. Herm, sebenarnya aku tgh takde kerajinan sangat nak cerita panjang2. Mood tak kena :3 Just one thing je aku nak bagitau!
Majlis graduasi tu is the best day ever! Semua org dalam keadaan gembira sampai aku harapkan "kan best kalau masa berhenti?" Aku taknak kebahagiaan itu berlalu dgn cepat! Haha, tapi manalah boleh kan? Sbb tu gambar mesti diambil! Biar gambar yang bercerita! Kenangan saat bahagia antara kitaaaaaaaaaaa ♥ Serious aku sangat2 rasa bahagia hari tuh. Org2 yg aku sayang dalam keadaan gembira! Akhirnyaaaaaa! :')
Aku sayang korang sangat-sangat! Terima kasih kerana telah menjadi sahabat aku yang terbaik selama kita kenal! Maafkan segala salah silap aku! Aku sayang korang sangat-sangatttttttttttttttt! :') Apa-apa pun, aku harap kita semua akan dapat buat dgn baik time SPM nnti dan memperolehi result SPM yg gempak gilaaaaaaaaaaaaaa! InsyaAllah! Amin!
Now, let's begin!










Aku masukkan sikit je :3 Sebenarnya ada lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii banyak! Hehe!
Aku sayang korang. Sayang sangat-sangat. Aku bersyukur sangat Allah kurniakan aku sahabat-sahabat macam korang :') Korang banyak mengajar aku erti kehidupan. Memberi aku pengalaman, kekuatan, perasaan. Haha. Semoga persahabatan kita kekal hingga ke syurga Allah SWT. Amin! 
Okeylah! Assalamualaikum! :)

Syukur kepadaMU Ya Allah. Alhamdulillah :')

Assalamualaikum :')
Alhamdulillah Ya Allah. Akhirnya engkau telah hadirkan kesedaran kpd mereka :') Terima kasih sangat2 Ya Allah. Aku bersyukur sgt Ya Allah. Mereka sedar juga akhirnya. Dan sesungguhnya ia masih tidak terlambat walaupun masanya hampir tiba. Aku tetap bersyukur Ya Allah. Setelah sekian lama aku memendam rasa, memendam rasa sakit dihati ini, memendam segala-galanya dari mereka. Dan akhirnya mereka sedar! Mereka sedar bahawa tidak semua perkara mesti lakukan dgn cara begitu. Mereka sedar bahawa setiap manusia itu berlainan caranya hidupnya, penerimaannya. Ya Allah, terima kasih :') Tiada apa yg boleh aku ucapkan lagi selain memanjatkan syukur kepadaMU diatas segalanya. Sesungguhnya aku telah mula utk membuka hati ini. Utk menyesuaikan diri dgn semua yg telah berlaku. Sesungguhnya pengalaman adalah sebaik-baik pengajar :') Dan hanya engkaulah satu-satunya Allah yang esa. Yg berkuasa melakukan apa sahaja mengikut kehendakMU. Allahu... Engkau masih memberi aku kesenangan, menjaga aku dan mengurniakan aku ahli keluarga, guru2, dan sahabat2 yang baik walaupun sesungguhnya banyak dosa aku kepadaMU. Kau terlalu baik Ya Allah. Engkau amat mencintai hamba-hambaMU walaupun mereka melupakanMU hampir setiap masa. Ampunkan kami Ya Allah. Kami terlalu sombong kepadaMU. Kami terlalu jahat kepadaMU. Tetapi semua itu tidak memberikan sebarang kesusahan kepadaMU walau sedikit pun, tetapi engkau tetap menyayangi kami.

Sejujurnya, aku amat merindui mereka. Aku cemburu dgn org lain. Tapi pada masa yang sama aku tak sedar sbnrnya aku ada apa yg org lain tiada. Aku tidak sedar bahawa masih ada yg mengharapkan apa yang aku ada. Aku buta Ya Allah. Aku buta dalam mensyukuri nikmatMU :'( Aku tidak menghargai apa yang aku ada, tetapi aku asyik mengharapkan apa yg org lain ada. Sedangkan apa yg engkau kurniakan kepada setiap seseorang manusia itu adalah apa yang terbaik utknya. Maafkan aku. Ampuni aku Ya Allah :'( Sebelum ini, aku merasakan mereka tidak faham apa yang aku mahu. Apa yang aku boleh dan apa yang aku tidak mampu. Mmg aku merasakan tekanannya. Dan aku mmg tidak tahan dgn semua itu. Sekian lama aku menahannya. Dan sekarang mereka akhirnya sedar! Sedar dgn apa yg mereka lakukan selama ini! Terima kasih Ya Allah. Kerana menghadirkan seseorang utk menjadi pengantaraan dlm menyampaikan kata-kataMU :') Syukur Ya Allah. Alhamdulillah.

Dan sekarang, masanya utk aku pula berusaha. Tidak putus asa! Cuba utk berubah! Menggapai apa yang sepatutnya mampu utk aku gapai! Mampu utk aku capai! Aku boleh! Aku mesti! Mereka mengharapkan yang terbaik dari aku. Mereka sudah melakukan banyak perkara utk aku. Dan sudah tiba masa utk aku membalasnya. Dgn kejayaan ini. Aku hendak lihat senyuman bahagia, tangisan kegembiraan di wajah2 mereka. Semoga aku berjaya. Kau bantulah aku Ya Allah. Kau kurniakan kekuatan kepadaku. Jgn engkau tinggalkan aku atau jauh dariku. Aku tiada apa-apa tanpaMU, Ya Allah...
Doa adalah senjata orang Islam! 
Doa juga merupakan penggerak dalaman yang memberikan kekuatan, keyakinan, harapan dan keberkatan dalam apa jua amal perbuatan :')
Jangan lupakan doakan aku. Semoga kita sentiasa dibawah naungan rahmatNYA. Amin..

Assalamualaikum.

Kehidupan Ini.

Assalamualaikum :') Bismillahirrahmanirrahim.
Lama aku tak update blogkan? Haha, sibuk dgn trial SPM n SPM yg akan dtg TT.TT
Herm, act aku takde idea nak update apa. Tambah dgn malasnya lagi nak menaip. Huhu, sory wahai kwn2 blogger yg lain. Mesti bosan je kan kalau korg ada usha sini. Yelah, entri sama je yg korang nmpk >< Maafkan akuuuuu. *Tpi, sbnrnya byk iklan yg merepek2 je yg dtg singgah dekat cbox aku tuh* Nvermindlah, yg penting ada lagi yg sudi tinggalkan link kat cbox aku tuh :)
 
Herm, kehidupan ini? Kenapa? Ada kehidupan yg lain ke? >< Hihi, takdelah. Kita kan hidup hanya sekali sahaja. Dan kemudian bangkit pula pada hari kebangkitan nnti di padang mahsyar. Kehidupan yg selama-lamanya hanyalah di akhirat sana :')
Herm, setiap manusia mmg tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Percayalah, lagi2 manusia biasa yg mcm kita niyh. Kita hanyalah hamba yg tidak berupaya tanpa bantuanNYA. Manusia dicipta oleh Sang Pencipta iaitu Allah yg Esa. Jadi? Mestilah kita sentiasa bergantung padanya. Lagi2 DIA lah Allah yg mencipta seluruh alam dan isinya. Allahuakbar!
 
Back to the story, aku manusia. Kau manusia. Kita semua manusia. Tapi? Setiap kita adalah berbeza-beza. Dari rupa parasnya, perlakuannya, hatinya, pengalamannya, kehidupannya. Semuanya lain. Itulah kebesaran kekuasaan Allah SWT. Ya, semuanya lain. Kenapa kita diciptakan lain-lain? Sbb Allah hendak kita berkenalan dan bersyukur dgn segala nikmat yg telah dikurniakannya kpd kita. Terutama sekali nikmat hidup :') Kalau Allah tak mengehendaki kita utk hidup dkt dunia ni, kita takkan lahir tau? Dan kita sememangnya kena bersyukur kerana kita dipilih oleh Allah utk melalui kehidupan di dunia ini dlm mengenalNYA dgn lebih mendalam. Bukannya pasrah, menyesal dan menginginkan mati apabila ditimpa kesusahan. Allah tidak akan memberi ujian yg tidak mampu dihadapi oleh kita. Ujian itu juga adalah sebagai pengajaranNYA kpd kita agar sentiasa ingat kpdnya sama ada waktu susah atau senang. Tapi kita? Jarang hendak menerima dgn hati terbuka dan menghargai segala kasih-sayangNYA :'( Mungkin lps beberapa lama baru kita terima, tapi keikhlasan itu hanya Allah yg tahu. Dan ikhlas itu adalah penerimaan serentak pada saat kita terima ujian itu. Bukannya selepas mengeluh dan marah2. Kita tau maksudnya kan? Herm, semakin lama semakin manusia melupakanNYA. Maksiat berleluasa, keagungan duniawi semakin dikejar, kehidupan di akhirat semakin dilupakan. Allahu.. Aku juga tidak terlepas dripada semua itu :( Astaghfirullahhalazim... Ampuni kami Ya Allah..
 
Kita sememangnya kena byk bersabar. Dalam setiap perkara. Sabar bukan bermaksud kita hanya menunggu. Tetapi menunggu dgn hati yg ikhlas. Tidak bercerita buruk dibelakang dan menyebarkan mcm2. Menyerahkan segalanya kepada Allah SWT. InsyaAllah DIA akan bantu mereka yg teraniaya :') Jgn risau...
Tapi, kita kena tau jgk. Setiap yg kita bagi dkt org lain, kita akan dpt balik. Itulah kehidupan. Tak selamanya kita diatas, kita pasti akan merasai juga saatnya ketika berada dibawah. So, setiap dugaan yg kita dpt maybe sbb kita pernah buat dkt org mcm tu? Astagfirullahhalazim. Mungkin kita tak sedar... Nak jaga hati org mmg susah. Dah jaga sehabis baik pun, tetap ada celanya. Yelah, mana ada manusia yg sempurna di dunia niyh. Kita sendiri taukan? So, kita kenalah berterima kasih apabila menerima dan saling bermaafan apabila ada salahnya. Bukan saling benci-membenci dan terus berdendam. Luah jika mampu. Aku tau, mesti ramai yg simpan je perasaan2 yg sepatutnya diluahkan tu. Sbb aku pun sama mcm tu jgk. Lebih rela hati sendiri terluka daripada org lain yg terluka. Masalahnya, makin disimpan. Makin sakit hati ini :') Dan bila dah sampai ke kemuncaknya, segalanya hendak dilepaskan. Maka, bermulalah sebuah perpecahan. Allah... Aku taknak semua tu terjadi. Aku taknak. Tapi... Aku tak tahan. Aku tau apa yg aku buat ni mmg salah. Tapi, aku tak tau kenapa aku still melakukannya. Sesungguhnya aku semakin jauh darimu Ya Allah... Aku perlukanmu. Aku mendambakan kasih sayangmu. Jgnlah KAU tinggalkanku. Aku tak mampu menghadapi kehidupan ini seorang diri tanpa kasih-sayangMU Ya Allah :'( 
Aku mesti bertahan. Aku mesti kuat. Aku mesti berubah. Aku mesti mendapatkan SyurgaNYA. Aku mesti!
Bila kita diberikan peluang olehNYA utk hidup, maka gunakan peluang itu sebaik mungkin. Utk meraih cinta yg Maha Esa. Bukan hanya mengejar cinta manusia. 'HabluminAllah, Habluminannas' Bila kita jaga hubungan baik dgn Allah, percayalah Allah akan jaga hubungan kita dgn manusia lain. Percayalah! Kita hanya merancang, Allah yg menentukan segalanya. Lakukan perubahan. Mula-mula mmg susah, tapi jika kita istiqamah, insyaAllah Allah akan membantu. Allah suka org yg berusaha utk kearah yg lebih baik :') Muhasabah diri kita. InsyaAllah...

Mesti korang perasan sekarang ni byk kita dgr berita-berita ttg kematian seseorang. Mmg ajal mereka telah sampai. Tapi kita? Kita yg masih diberi peluang oleh Allah utk hidup ni? Apa kita buat? Masih lagi leka dgn urusan2 duniawi. Apa yg sebenarnya kita mahu? Kepahitan didunia dan kemanisan diakhirat atau sebaliknya?! Fikirkan :')
Setiap hari kita bangun dgn hari yg baru, cerita yg baru. Siapa yg bagi semua tu? Allah! DIA masih kurniakan kita nyawa, oksigen utk kita teruskan kehidupan kita dan sebenarnya DIA masih memberikan kita peluang utk bertaubat diatas segala kesalahan kita tau?! Tapi pernah ke kita menghargainya? Kalau ada pun jarangkan? Ya Allah... Baiknya Allah kpd kita... Tapi kita? Tak pernah reti nak bersyukur. Bila DIA bagi sikit je kesusahan dkt kita, kita dah mula menyalahkan takdir. Tapi kita tak sedar sbnrnya byk nikmat yg dia bagi kpd kita, kita x bersyukur. Tapi dia ttp bagi. Dia sayangkan hamba-hambaNYA. Dia sentiasa menerima taubat hamba-hambaNYA :') Allahu...
Niatkan segala yg kita lakukan hanya kerana Allah SWT. Mulakan dgn Bismillahirrahmanirrahim :')
p/s: Maafkan aku...
Assalamualaikum :')

Hee, Happy Happy! Alhamdulillah!

Assalamualaikum! Heeee! Apa yg aku happy sgt tuh? Hah! Apa2? Hehe, hadiah yg aku menang dri HANIM GA dah sampai! Smpai semalam betul2 lps aku balik sekolah! Heee >< Yg aku tak sangkanya, aku ingat aku dpt beg je. Tau2 ada 2 tudung bawal lagi! Dahlah lawa pulak tuh! Dah tu dkt email akk Hanim nak bgi hadiah topup lagi. Okey, bersyukur sgt aku rasa >< Alhamdulillah. Thanks sgt2 kat akk HANIM :) Okey, malas nak bebel panjang2. Kita tgk hadiah yg aku dpt eyh?! Lawa sangatttttttttttt! Aku suka! Haha x3
Btw, sorrylah kalau gmbr tak lawa ><

1st:


Lawakan beg niyhhhhhhhhhhhhhh? Aku suka sangattttttttt! Haha, dahlah sama pulak tuh dgn colour blog aku! Pink Turquoise >< Hihi, sweet je beg dye! K, aku suka sgt ♥ !
 
2nd:



Harh?! Kedua-dua tudung niyh pun lawa sgt kan?! Yg satu tuh ada corak2 jahitan bunga. Yg lagi satu tuh ada dua tona colour *Hijau n Purple* n jenis kain berbunga :) Lawa sgt! Kain dye pun sedap je bila pegang. Haha xp Aku ingat nak bagi as hadiah birthday utk kwn2 aku :) Sbb aku pun kalau pakai tudung bawal, aku pakai yg bidang 60. So, dripada aku simpan je baik aku hadiahkan kat kwn2 aku kan? :D Haha, thanks akk sbb dah menolong saya, takyah susah2 nak gi beli hadiah lagi. Hehe x3 Apa2 pun saya suka sgt hadiah2 tuh! :)
 
N 3rd:
Topup! :) Hee, thanks akk!
What a happy dayyyyy ♥
Okeylah! Assalamualaikum!