Assalamualaikum :') Bismillahirrahmanirrahim.
Lama aku tak update blogkan? Haha, sibuk dgn trial SPM n SPM yg akan dtg TT.TT
Herm, act aku takde idea nak update apa. Tambah dgn malasnya lagi nak menaip. Huhu, sory wahai kwn2 blogger yg lain. Mesti bosan je kan kalau korg ada usha sini. Yelah, entri sama je yg korang nmpk >< Maafkan akuuuuu. *Tpi, sbnrnya byk iklan yg merepek2 je yg dtg singgah dekat cbox aku tuh* Nvermindlah, yg penting ada lagi yg sudi tinggalkan link kat cbox aku tuh :)
Herm, kehidupan ini? Kenapa? Ada kehidupan yg lain ke? >< Hihi, takdelah. Kita kan hidup hanya sekali sahaja. Dan kemudian bangkit pula pada hari kebangkitan nnti di padang mahsyar. Kehidupan yg selama-lamanya hanyalah di akhirat sana :')
Herm, setiap manusia mmg tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Percayalah, lagi2 manusia biasa yg mcm kita niyh. Kita hanyalah hamba yg tidak berupaya tanpa bantuanNYA. Manusia dicipta oleh Sang Pencipta iaitu Allah yg Esa. Jadi? Mestilah kita sentiasa bergantung padanya. Lagi2 DIA lah Allah yg mencipta seluruh alam dan isinya. Allahuakbar!
Back to the story, aku manusia. Kau manusia. Kita semua manusia. Tapi? Setiap kita adalah berbeza-beza. Dari rupa parasnya, perlakuannya, hatinya, pengalamannya, kehidupannya. Semuanya lain. Itulah kebesaran kekuasaan Allah SWT. Ya, semuanya lain. Kenapa kita diciptakan lain-lain? Sbb Allah hendak kita berkenalan dan bersyukur dgn segala nikmat yg telah dikurniakannya kpd kita. Terutama sekali nikmat hidup :') Kalau Allah tak mengehendaki kita utk hidup dkt dunia ni, kita takkan lahir tau? Dan kita sememangnya kena bersyukur kerana kita dipilih oleh Allah utk melalui kehidupan di dunia ini dlm mengenalNYA dgn lebih mendalam. Bukannya pasrah, menyesal dan menginginkan mati apabila ditimpa kesusahan. Allah tidak akan memberi ujian yg tidak mampu dihadapi oleh kita. Ujian itu juga adalah sebagai pengajaranNYA kpd kita agar sentiasa ingat kpdnya sama ada waktu susah atau senang. Tapi kita? Jarang hendak menerima dgn hati terbuka dan menghargai segala kasih-sayangNYA :'( Mungkin lps beberapa lama baru kita terima, tapi keikhlasan itu hanya Allah yg tahu. Dan ikhlas itu adalah penerimaan serentak pada saat kita terima ujian itu. Bukannya selepas mengeluh dan marah2. Kita tau maksudnya kan? Herm, semakin lama semakin manusia melupakanNYA. Maksiat berleluasa, keagungan duniawi semakin dikejar, kehidupan di akhirat semakin dilupakan. Allahu.. Aku juga tidak terlepas dripada semua itu :( Astaghfirullahhalazim... Ampuni kami Ya Allah..
Kita sememangnya kena byk bersabar. Dalam setiap perkara. Sabar bukan bermaksud kita hanya menunggu. Tetapi menunggu dgn hati yg ikhlas. Tidak bercerita buruk dibelakang dan menyebarkan mcm2. Menyerahkan segalanya kepada Allah SWT. InsyaAllah DIA akan bantu mereka yg teraniaya :') Jgn risau...
Tapi, kita kena tau jgk. Setiap yg kita bagi dkt org lain, kita akan dpt balik. Itulah kehidupan. Tak selamanya kita diatas, kita pasti akan merasai juga saatnya ketika berada dibawah. So, setiap dugaan yg kita dpt maybe sbb kita pernah buat dkt org mcm tu? Astagfirullahhalazim. Mungkin kita tak sedar... Nak jaga hati org mmg susah. Dah jaga sehabis baik pun, tetap ada celanya. Yelah, mana ada manusia yg sempurna di dunia niyh. Kita sendiri taukan? So, kita kenalah berterima kasih apabila menerima dan saling bermaafan apabila ada salahnya. Bukan saling benci-membenci dan terus berdendam. Luah jika mampu. Aku tau, mesti ramai yg simpan je perasaan2 yg sepatutnya diluahkan tu. Sbb aku pun sama mcm tu jgk. Lebih rela hati sendiri terluka daripada org lain yg terluka. Masalahnya, makin disimpan. Makin sakit hati ini :') Dan bila dah sampai ke kemuncaknya, segalanya hendak dilepaskan. Maka, bermulalah sebuah perpecahan. Allah... Aku taknak semua tu terjadi. Aku taknak. Tapi... Aku tak tahan. Aku tau apa yg aku buat ni mmg salah. Tapi, aku tak tau kenapa aku still melakukannya. Sesungguhnya aku semakin jauh darimu Ya Allah... Aku perlukanmu. Aku mendambakan kasih sayangmu. Jgnlah KAU tinggalkanku. Aku tak mampu menghadapi kehidupan ini seorang diri tanpa kasih-sayangMU Ya Allah :'(
Aku mesti bertahan. Aku mesti kuat. Aku mesti berubah. Aku mesti mendapatkan SyurgaNYA. Aku mesti!
Bila kita diberikan peluang olehNYA utk hidup, maka gunakan peluang itu sebaik mungkin. Utk meraih cinta yg Maha Esa. Bukan hanya mengejar cinta manusia. 'HabluminAllah, Habluminannas' Bila kita jaga hubungan baik dgn Allah, percayalah Allah akan jaga hubungan kita dgn manusia lain. Percayalah! Kita hanya merancang, Allah yg menentukan segalanya. Lakukan perubahan. Mula-mula mmg susah, tapi jika kita istiqamah, insyaAllah Allah akan membantu. Allah suka org yg berusaha utk kearah yg lebih baik :') Muhasabah diri kita. InsyaAllah...
Mesti korang perasan sekarang ni byk kita dgr berita-berita ttg kematian seseorang. Mmg ajal mereka telah sampai. Tapi kita? Kita yg masih diberi peluang oleh Allah utk hidup ni? Apa kita buat? Masih lagi leka dgn urusan2 duniawi. Apa yg sebenarnya kita mahu? Kepahitan didunia dan kemanisan diakhirat atau sebaliknya?! Fikirkan :')
Setiap hari kita bangun dgn hari yg baru, cerita yg baru. Siapa yg bagi semua tu? Allah! DIA masih kurniakan kita nyawa, oksigen utk kita teruskan kehidupan kita dan sebenarnya DIA masih memberikan kita peluang utk bertaubat diatas segala kesalahan kita tau?! Tapi pernah ke kita menghargainya? Kalau ada pun jarangkan? Ya Allah... Baiknya Allah kpd kita... Tapi kita? Tak pernah reti nak bersyukur. Bila DIA bagi sikit je kesusahan dkt kita, kita dah mula menyalahkan takdir. Tapi kita tak sedar sbnrnya byk nikmat yg dia bagi kpd kita, kita x bersyukur. Tapi dia ttp bagi. Dia sayangkan hamba-hambaNYA. Dia sentiasa menerima taubat hamba-hambaNYA :') Allahu...
Niatkan segala yg kita lakukan hanya kerana Allah SWT. Mulakan dgn Bismillahirrahmanirrahim :')
p/s: Maafkan aku...
Assalamualaikum :')
Hye.. nice blog :)GOOD LUCK! akak
ReplyDeleteGood luck akak :)
ReplyDeleteThanks adik :) InsyaAllah :D
ReplyDeleteentry yg bagus :') tersentuh baca. Alhamdulillah masih hidup smpai hari ni. I LOVE YOU ALLAH♥
ReplyDeleteAlhamdulillah :') Semoga kita dapat menjadi hambaNYA yang bertaqwa! InsyaAllah. Amin...
ReplyDeleteinnAllaha ma'ana
ReplyDeleteinsyaAllah, Dia sentiasa bersama kita
InsyaAllah akk :) Betul.
ReplyDeleteNew Segmen di blog HBJ! Jom join! :D hanya 5 step untuk join ! Senang! Cepat dan Mudah! Dapat mengeratkan silaturrahim, trafik blog juga akan menaik! Apa lagi yang ditunggu ? Marilah join! :D Jom hebohkan blog HBJ! ^_^ http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2013/09/my-twinkle-segmen.html
ReplyDeleteAssalamulaikum. Wah comelnya blog awk ni. Sy pun suka baca. Sorry sgt tak follow lagi. Ni pun sye online pkai fon. Nanti sy buka laptop. Sy follow ye. Sye ada exam ni. Senyum selalu. Next time sy dtg baca lagi
ReplyDeleteHee, thanks akk! :) ALhamdulillah. Herm, okey akk! Dah follow nnti, i'll follow back! :) InsyaAllah. Thanks again akk! Kedatangan akk sentiasa dialu-alukan ;)
ReplyDelete