RANDOM! HAHA T^T

Assalamualaikum koranggg! Hehe. Lamanya kan aku tinggalkan blog niii. Tak terupdate! Sampai entri bulan july pun tak ada! Huarrrgggghhhhh T^T Maaaaaaaaaffffff! Tak syoknyalahhh! Haha. Bila dah sibuk dgn study ni. Mcm tulahhh. Duduk asramakan? Hahaha. Mmglah. Hujung minggu, mmglah selalu balikkan? Sbb dkt je dgn rumah, kuis tu. Tapi asg byklah jgk. Lpstu mcm biasalah. Malas nak fikir ayat, taip lagi. Hahaha. Idea takde! Sekarang ni pun aku tak tau nak cerita psl apa? Haha >< 

Herm, cerita psl aku kat KUIS lah! Hehe. Kan first time aku duduk asrama T^T Alhamdulillah okay jelah rasa. Takdelah tak okay. Haha. Tapi takut-2 tu ada gaklah. Tapi alhamdulillah semuanya still okay! ;) Rindu family tu kdg-2 ada. Kdg-2 tak. Haha. Tapi setiap hujung minggu mmg mcm rasa nak balik jeeee. Kdg-2 balik. Kdg-2 tak. Tapi buat masa sekarang ni keraplah balik xp Lecturer semua okayyyyy! Alhamdulillah! 

Cuma belajar almost setiap buku tu dlm bahasa arabbb! Struggle jugaklahhh! Waduh-2! HAHA T^T 
Bila dah masuk Universiti ni, mmg semua benda buat sendiriiii! Nak study, study. Taknak study, kau tanggung sendiri. Takde org yang nak ingatkan kau lagi. Kecuali family kau jelah. Kalau dyorang pun still larat lagi nak nasihat kau. Dkt U tu kau nak buat apa pun ikut suka hati kau. Tapi jgn langgar syarak jelah. Masuk neraka nanti. Ada batasannyalah. Nak jumpa lecturer pun kena buat appointment dulu. Ws/msg dulu. Tak pun pergi bilik dia. Kalau dia ada, alhamdulillah. Kalau takde, kena carilah. Huhu. 

Dkt KUIS ni alhamdulillah environment dia Islamik! Okaylah! Aku suka ^^ Dia takdelah mengongkong sgt pun. Tapi maybe sbb aku dah biasa dgn environment mcm tu. Org lain kita tak tau. Yg mmg selama ni jenis bergaul lelaki perempuan tak kisah ke. Maybe ada yg still tgh adapt dgn suasana KUIS tu. Aku takdelah nak kata aku ni baik sgt. Aku pun dulu waktu sekolah ada je borak dgn lelaki semua. Tapi takdelah sampai berdua-duaan. Paling-2 ajak kwn. Masuk KUIS ni bagus :) Aku suka. Takdelah rasa sedih ke, terkilan ke. Alhamdulillah sgt-2! Cuma sekarang ni aku mmg kena struggle habis-2lah! Sbb U ni jelah tmpt last aku nak belajar betul-2! Lps tu takde dah! Kira ni mmg penentu masa dpn hidup aku! Tapi still. Allah penentunya! Kita hanya merancang dan berusaha! ;) Jgn putus asa! Kawal nafsu! Jaga hati! Jaga diri! ;) 

P/s: 8/8/14 baru-baru ni birthday Iera! Hehe. Btw, sekarang ni aku lebih active dkt Twitter dgn Instagram! Huhu. Jgn judge apa-2! Hehe. 
BIRTHDAY IERA 
Oh yeeeee! Lupa pulak nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN! Heeeee. Ampunkan salah silap aku! Segala kekurangan! Tak puas hati atau apa-apalah! Harap dimaafkan! Mcm trademark raya tahun ni! SALAM KOSONG-KOSONG ya? Haha ;* 
Tapi selain itu, kita masih perlu ingat saudara-2 kita di GAZA, PALESTIN sana. Doakan mereka! #PrayForGaza #PrayForSyria #BoikotIsrael #HancurZionis ! Allahhuakbar!


Okay bye! Assalamualaikum! :)

1 comment: