Alhamdulillah :')

Assalamualaikum!
*Selekeh. Haha*
Akhirnya tiba juga tarikh keramat untuk Batch96! HARI KEPUTUSAN SPM 2013 KELUAR! Hahahhaha. Congrats untuk semua yang berjaya dapat result cemerlang! Tapi yang tak berjaya atau dapat result biasa-biasa je, jangan putus asa! Tapi redha dengan ketentuan Allah. Jaga hati dan ubah diri jadi lebih baik :') InsyaAllah! Setiap yang berlaku tu ada hikmahnya! Allah beri keputusan yang baik dan cemerlang tanda dia sayang kita. Tapi kalau result kita kurang memuaskan atau biasa-biasa je. Itu tandanya Allah beri peringatan kepada kita ! Ubah diri jadi lebih baik, mungkin adalah tu kita silap dimana-mana. Jangan pasrah, jangan putus asa! :') Rezeki ada dimana-mana! Allah dah susun yang terbaik untuk kita! Jangan risau! InsyaAllah!

Herm! Alhamdulillah. Walaupun result aku tak banyak A. Tapi semua lulus! Aku memang berdoa sangat-sangat semua subjek aku lulus! Sebab result aku selama F4/F5 ni memang banyak je fail. Sebab tu aku risau sgt. Tapi! Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku! :') Semua subjek aku lulus dan adalah juga A. Tak sangka jugak aku ada A. Hahahha. Even tak bnyk tapi dah bersyukur sgt!

Act, ayah aku dah tahu dulu pasal result aku. Dia nak bagitau mak aku, tapi aku dah cakap awal-awal dkt mak aku, kalau ayah aku nak bgitau pasal result aku, mak aku jgn dgr. Hahahha. Sbb aku taknak mak aku tau dulu. Herm, waktu aku tau yang ayah aku dah tau dulu, serious aku rasa cuak gila! Menggigil tangan aku! Aku tak tipu! Hahhahaha. Bila dah sampai sekolah, dah ramai rupanya orang dalam dewan sekolah! Hahhaha. Then aku pun pergilah dkt meja utk kelas aku. Tgk org lain ada yg dapat straight A's, 9,8,7,6 A. Huish! Makin cuaklah kan?! Tapi tumpang gembira jugaklah utk kwn2 sekelas aku tu. *Jeles pun ada jgklah kot* Hahhaha

Ayah aku guru kelas aku. So, dialah yang bagi result. Ayah aku ni pulak jenis sedih ke tak sedih ke dia cool je. So, tgk muka dia pun tak taulah mcm mana sebenarnya result aku tu. Hahahha. Okey, mula-mula tu aku rasa taknak amek lagi. Sbb ramai sgt junior2 yg berkumpul dkt situ. Tapi mak aku kata: "Cepatlah along! Kamu taknak ambil biar umi yang ambil. Umi dah berdebar-debar sgt ni nak tau" Hahhaha. Aku pun duduklah dkt kerusi yg disediakan. Menghadap ayah aku x3
Okeyh! Adik aku yg F4 ada sekali sebelah ayah aku. Yg best partnya tu! Bila ayah aku baru nak keluarkan slip keputusan nak bagi aku, dia tiba-tiba je menangis! Hahhahaha. Aku pun tak tau kenapa ! xD Lps tu ayah aku bgi slip result kat aku. Bila aku tgk result aku tu, takde fail. Automatik air mata aku mengalir! Seriously! Mengalir laju kau tau?! Aku rasa bersyukur sangat sebab Allah makbulkan doa aku! DIA dengar permohonan aku! :') Allahu... Haha, tapi lps tu aku rasa segan! Segan sebab A aku sikit je. Tapi nangis macam apa je. Yelah! Dpn junior2 yg ramai. Haha. Tapi bila aku fikir balik, aku menangis sebab aku rasa bersyukur sangat-sangat! Walaupun tak banyak A, tapi apa yang aku harapkan, apa yg aku doa, Allah dengar dan makbulkan! Aku berjaya buat umi dan ayah aku lega dan tidak kecewa! Walaupun tak dapat membanggakan dyorang, tapi at least aku berjaya tunaikan apa yang dyorang harapkan. Sebab mak aku kata dia hanya harap aku lulus semua subjek sbb exam2 aku bila masuk F4/F5 ni memang byk yg asyik fail je. Tapi Alhamdulillah SPM aku lulus semua ! :') Waktu aku nangis tu ayah usap kepala aku. Hahahha. Lagi bertambah segan n sedihlah aku x'3 Hihihihi.

Lps dah habis semua tu, aku tanya mak ayah aku apa perasaan dyorang yg sebenar-benarnya. Ayah aku kata: "Waktu ayah tgk result tu, ayah fikir "Ouh! Umi mesti gembira ni" Hahahahah. Dan ayah aku jugak kata: "Alhamdulillah, sebab result aku InsyaAllah boleh buat aku sambung bidang yang aku nak" :') Mak aku pulak kata: "Dia rasa lega. Lega sebab aku lulus semua." Dia jugak kata: "Tapi umi rasa kalau along lebih rajin dan belajar betul-betul, mesti boleh dapat result yg lebih cemerlang!" Hehehehhe. Aku sengih jeeee. Tapi takpelah! Yg penting aku berjaya juga buat mak ayah aku tersenyum :') Alhamdulillah!
Kawan-kawan aku yang lain pun result dyorang okey juga! Aku bangga dgn dyorang jugak! :'D Sbb kitorang ni dahlah memang main2 je waktu belajar dulu. Tapi Alhamdulillah result tak teruk sgt. Memanglah ada yg ada fail. Tapi at least ada jugak A :') Takpe! Kita naikkan semangat kita! Ubah diri kita! Jaga hati kita! Jadi anak yg soleh/solehah dan laksanakan segala perintahNYA! InsyaAllah Allah permudahkan urusan kita! Umur kita masih panjang lagi kalau Allah kurniakan kita nikmat umur. Rezeki tu ada dimana-mana! Cepat atau lambat je kita dapat! InsyaAllah :')

Sepupu-sepupu aku pun dapat result yang cemerlang! Lebih baik daripada akulah! Dulu waktu F3 result PMR aku yang lebih okey dari dyorang. Tapi sekarang aku yg down. Hahahha. Itulah org kata, cemerlang PMR tak semestinya cemerlang SPM! Mcm tu juga sebaliknya! Tapi gagal SPM tak bermakna gagal dalam kehidupan! Okey?! SPM ini hanyalah permulaan utk pengalaman hidup yang baru! ;) Heeeee!
*Kawan-kawan sekelas aku*
Result dyorang semua gempak2!

*Antara budak-budak result gempak* *Campur kelas*

Untuk Batch96! Kita akan mulakan permulaan hidup yg baru :D Dunia yg baru bagi kita! Cabaran hidup akan jadi lebih besar! Jadi didik diri kita jadi lebih matang! Jangan sampai tersalah hala tuju hidup! Okeyhhhh :D
Congrats again for all 96's batch! ;) May Allah ease us in everything and success in life until Jannah! InsyaAllah! Amin :')
 Okeylah! Panjang pulak aku menaip! Hahahhaha. Assalamualaikum!

12 comments:

  1. baca sampai hbs nak tau bape result. tp tak mention jgk. hehehe.
    bdw biar ape pon result tahniah. :)
    apa pon yg dpt atas usaha kite.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Sorry akak x3 Kalau result gempak excited jugaklah nak bagitau! Tapi ni result biasa2 je. Hehehe. Tapi takpe! Sbb saya memang bersyukur sgt2 semua lulus! :') Alhamdulillah! Redha :D

      Delete
  2. singgah sini. ^_^ saya pun macam tu juga, pmr tinggi, spm sikit je a dia XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouh. Haha. Takpe, masa depan panjang lagi! Alhamdulillah apa-apa pun :')

      Delete
  3. Replies
    1. Heee, terima kasih akak ! Alhamdulillah :)

      Delete
  4. Mntak upu mana ? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Siapa ni eyh? Minta UIA/UNISZA/KUIS/DARUL QURAN :3

      Delete
  5. apa apa pun tahniah sebab dah melalui nya ^^ study molek molek bila dah sambung nanti k =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heeee, terima kasih! >< InsyaAllah! Amin! :)

      Delete