Assalamualaikum! Perasaanku bercampur-baur kerana terlalu banyak memikirkan perkara yang tidak pasti puncanya, alasannya, tujuannya. Herm... Dan hati ini sakit menyimpan segala jenis rasa dan perasaan yang tidak boleh diluahkan dan tersimpan lama sehingga memberikan kesan buruk kepada tuan punya badan. Iaitu aku. Haha. Panjang lebar betul intro aku!
Sakit hati ini, hanya Allah yang tahu.
Luka hati ini, hanya Allah yang tahu.
Rasa hati ini, hanya Allah yang tahu.
Apa yang tersimpan dalam hati ini, hanya Allah yang tahu sebenar-benarnya.
Apa yang tidak dapat terluah dari hati ini, hanya Allah juga yang tahu!
Kadang-kadang kita simpan untuk menjaga hubungan. Untuk mengelakkan pergaduhan. Bukan untuk berlagak baik. Bukan untuk hipokrit. Tapi untuk kebaikan semua. Masalahnya tetap kita perlukan tempat untuk luahkan. Sama ada kepada orang yang paling rapat ataupun hanya kepada-NYA. Allah yang esa. Kalau simpan sendiri je dalam hati, pendam je. Ingat tak bahaya ke? Boleh buat orang jadi gila tahu? Sbb banyak sangat fikir dan simpan sampai sakit sangat hati ni. Herm...
Bukan mudah nak jaga hati semua orang, dan bukan mudah juga nak puaskan hati semua orang. Takde manusia yang sempurna. Semuanya ada kelemahan sendiri. Jadi janganlah kita mudah-mudah nak hina orang lain, kutuk dia, kata dia macam-macam hanya kerana kita tak puas hati dengan dia. Cuba kita fikir, kita dah berjaya ke puaskan hati semua orang? Kita dah cukup sempurna nak judge orang lain? Memang kadang-kadang kita akan terlepas juga perasaan tak puas hati tu, tapi tak bermakna kita tak boleh kawal kan? Tak bermakna kita tak boleh minta maaf dan ubah sikap? Tak susah kalau kita ikhlas. Tak susah kalau kita betul-betul yakin dengan Allah. Memang! Minta maaf itu lebih sukar daripada memaafkan. Tapi malu tu biar bertempat, kalau salah tempatnya takut jadi makin teruk pula sesuatu perkara tu.
Aku bukan hendak tujukan kepada sesiapa, tetapi hanya peringatan untuk diri sendiri dan semua yang bergelar manusia. Aku penat. Penat dengan mainan dunia. Mainan perasaan. Mainan syaitan yang memang matlamatnya hanya satu iaitu menyesatkan dan merosakkan manusia. Menghancurkan agama islam! Allahu... Iman manusia turun naik, ada masa kita betul-betul bertaqwa, tapi ada masa kita lalai. Sebab tu penting ukhuwah! Tapi macam mana nak adanya ukhuwah kalau hubungan sesama keluarga, saudara, sahabat, kawan, dan saudara seislam tidak dijaga?! Ada sahaja hasad dengki, buruk sangka, benci-membenci dimana-mana?
Memang tak mudah nak jaga. Tapi ingat! Benda baik yang kita buat Allah memang akan jaga dan bantu. Cuma memanglah banyak halangannya sebab pengakhirannya adalah tersangat indah. Kalau tiada ujian, tiadalah manisnya. Sebab itu Allah beri ujian, tapi kita kenalah bijak menghadapinya dan menjaga hubungan dengan semua pihak. Allah sentiasa ada dibelakang kita. Bila kita lemah, minta kepadaNYA kekuatan. Bila kita kuat, panjatkan kesyukuran atas kurniaanNYA.
Ujian yang diberi juga sebenarnya memberikan kita pengalaman dalam mengenal dunia dan menjadikan kita lebih matang untuk menjalani kehidupan seharian. Allahu... Penyayangnya Allah. Janganlah kita merungut bila ada yg memberi teguran dan nasihat, sebab semua itu sebenarnya datang daripada Allah sendiri. Cuma dia menggerakkan hati seseorang untuk menyampaikannya kepada kita. Tak rasa sayang ke kalau kita buat tak tahu je? Allah yang tegur dan memberi nasihat tu. Hidayah Allah memang susah nak dapat. Bukannya dengan mudah-mudah je jatuh dari langit. Tapi kita kena usaha untuk dapatkannya! Kalau dah dapat, janganlah kita sia-siakan. Peluang kedua bukannya selalu ada.
Bila kita rasa hati tak tenang, jiwa runsing je, perasaan bercampur-baur, sentiasa ada masalah. Itu tandanya hati kita dah nazak. Cepat-cepatlah pulihkannya kembali dengan solat, baca Al-Quran, berzikir, menghadiri majlis-majlis ilmu dan bergaul dengan orang-orang alim atau yang berilmu. Jangan takut, jangan malu, jangan segan! Allah amat menyayangi mereka yang ingin berubah. Dia akan bantu kita! Kalau Allah suka, mestilah orang-orang yang mencintai Allah pun akan sukakan? Fikir positif! Pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk kita! Sementara kita masih hidup, gunakanlah masa yang ada ni sebaiknya! Jangan sia-siakan masa yang ada!
Kalau rasa nak berubah sekarang, kenapa perlu tunggu esok? Semoga Allah merahmati kita semua dan membimbing kita untuk menjadi seorang hamba yang soleh/solehah! Amin!
Aku hanya seorang pendosa. Yang juga tidak sempurna. Jika ada khilafnya, perbetulkan aku. Sama-samalah kita berubah :') InsyaAllah!
Assalamualaikum!
Assalamualaikum . salam perkenalan daripada saya :) thank you sudi visit my blog . your blog is so cute too . :) actually apa yang awak taip dalam entry awak tu betul . saya sokong 100% . setiap manusia mesti ada masalah . saya pon sama . ada masalah juga . kadang2 masalah tu jadikan saya stress sehingga saya lalai . disebabkan stress , saya pergi update dekat twitter tentang masalah saya sedangkan saya lupa ada lagi yang Maha Kuasa yang sepatutnya saya meluahkan perasaan dan mengadu . Astaghfirullah . Saya sedar dengan meluahkan perasaan di dalam laman sosial tidak dapat apa2 . mybe dapat kepuasan sebab segala masalah dah diluahkan tapi hati still tak tenang . bila saya mengadu dengan Allah , air mata saya menitis dan hati saya sejuk dan tenang je lepas mengadu segala-galanya kepada-Nya . :')
ReplyDeleteWaalaikummussalam! Salam perkenalan juga :) Thank you sbb visit back :D Hihi, thanks! Yup betul! Saya pun banyak kali juga asyik terlepas perasaan di twitter. Sbb kadang2 antaranya masalah2 tu berpunca daripada twitter juga. Yelah, org kata "kalau asyik nak sentap je dkt twitter ni better takyah mainlah. Sbb twitter ni mmg tmpt org mengutuk" Haha. Herm, alhamdulillah kalau kita mula untuk berubah dan lepaskan semua keresahan dalam hati hanya kepada Yang Maha Mendengar dan diluahkan di tempat yang betul. Bukannya main ikut perasaan je :') Sama-sama kita berubah! InsyaAllah :')
Deletehihi . betul tu . sama2 berubah ke arah yang lebih baik . In Sha Allah ;)
ReplyDeleteAmin! :)
DeleteLebih baik mengenang dosa sendiri dripada berpkir perkara luar kemampuan diri. At least kita mengenangkan saham akhirat kita. Plus Allah hidupkan kita kerana Dia nakkan kita abdikan diri kiat buat-Nya. Keep strong n love Allah~ Allah cinta abadi kita ^_^~
ReplyDeleteMasyaAllah :) Betul tu sis. Thank you for the advice. Aminnn, InsyaAllah...
Delete