#PrayForMH370

Assalamualaikum!
Mesti ramai yang dah dengar n tahu tentang berita yang menggemparkan seluruh dunia! Ya! Berita tentang kehilangan kapal terbang #MH370! Hari ni dah masuk hari ketiga peristiwa tu berlaku, tapi masih tak dnegar apa-apa berita baik. Allah... Mmg ramai yang bersedih. Even family kita takde dalam kapal terbang tu, tapi kita turut merasai kesedihannya! Tak boleh bayangkan macam mana keadaan mereka sekarang! Allahu... :(
Hanya mampu berdoa dan terus berdoa disamping berusaha mencari mangsa-mangsa kemalangan tanpa putus asa!
Serious peristiwa jadi sebutan di laman sosial!
Antaranya: #PrayForMH370
*Sebelum ni trend No.1*
Dekat laman sosial lain pun ada! Tapi aku malas nak print screen. Aku tak tunjuk pun, korang dah tahu kan?
Bila dah kecoh pasal sesuatu berita, mulalah macam-macam spekulasi yang keluar! Macam-macam versi cerita yang ada! Tak faham betul dengan orang-orang ni. Kalau kita tak tahu perkara sebenar, jangan pandai-pandai sebar cerita. Tak fikir ke perasaan mereka yang lain, yang dalam keadaan sedih menunggu dan mengharapkan kepulangan ahli keluarga mereka? Fikirlah!

Yang lagi best tu, dalam waktu-waktu genting macam ni pun ada jugak manusia yang tak tahulah layak lagi ke tak dipanggil manusia! Boleh dyorang buat main benda2 sensitif soal mati hidup seseorang ni! Dah hilang akal ke apa? Tak berperikemanusiaan langsung! Takde perasaan apa? Macam-macm drama muncul kat twitter ni! Sampai ada yang masuk TV! Seriouslah! Semua org sedih atas apa yg menimpa dia. Sekali, semua tu hanya penipuan semata-mata untuk kejar populariti! Aduhhhh!

Selain tu, ada pulak manusia2 yang sama bengong je, dok kaitkan peristiwa ni dengan politiklah, muslimlah, Malaysialah! Yang lagi best tu ada yg sedap2 je menghina mangsa2 kemalangan tu tanpa rasa malu atau berperikemanusiaan! Even artis pun sama je! Bila ramai dah hina, maki, caci semua. Minta maaf. Eyh! Org dah hilang respect dekat kaulah! Ingat dgn minta maaf senang2 mcm tu je, org boleh lupakan mcm tu je? Stupidity everywhereeeee! Lain kali fikirlah dulu sebelum nak buat apa2. Akal ada guna. Bukan letak kat tempat lain yg mudah dipijak-pijak -,-

Patutnya kita berdoa banyak-banyak untuk kesejahteraan mangsa2 kemalangan! Bukan dok sibuk cari perhatian dengan menghina macam tu. Ya Allah...
Semoga kita semua akan dapat dengar berita baik dengan segera! Amin! :')
Okeylah! Assalamualaikum!

2 comments:

  1. Assalamualaikum . betul tu . akak pun setuju . haihh . tak paham betul dengan manusia zaman sekarang ni . #prayforMH370

    ReplyDelete