9 February 2016

Kadang kita tak salah...

Assalamualaikum. Bila ada perkara yang melibatkan kita dgn manusia, mesti tak lari punya dari masalah atau salah faham. Tipulah kalau tak pernah ada prob dgn manusia. Dgn Allah jgn ckplah kan? Astaghfirullah.... :'/ Kadang tu, masalah tu bukan berpunca drpd kita. Tapi sbb kita dah terlalu byk bersabar, akhirnya tewas dgn godaan syaitan untuk melepaskan kemarahan. Dan akhirnya terjadi salah faham atau pergaduhan antara sesama kita dan org lain. Namun begitu, kesan drpd salah faham ini membawa kepada kita yg disalahkan. Pdhl pada awalnya, bukan kita yg salah. Hanya kerana sebutir bicara, kekasaran bahasa, semua masalah dituju kpd kita. Walaupun sbnrnya semua itu bukan berpunca drpd kita. Mungkin org tak faham, atau org mahu lari drpd salah, ataupun masing-masing mengalami salah faham. Entahlah....
Setiap manusia mmg ada penyakit ego dan pentingkan diri. Cuma, mcm mana cara kita kawal sikap/nafsu yg tak baik itu yg menentukan kita ni mcm mana. Ada org mungkin boleh kawal, tapi ada org suka ikutkan sahaja kepalanya. 
Tak mudah berurusan dgn manusia. Byk hati yang perlu dijaga. Dan kdg tu hati sendiri merana. Kdg tu kita rasa kita dah cuba jaga hati org sebaik-baiknya, tp lain pula pndgn di pihaknya. Di katanya kita tidak kisah dgn perasaannya... :'( Allah... lalu bagaimana lagi? Apa yg harus dilakukan lgi? Wajah tersenyum, tetapi hati? Hanya tuhan yang tahu :') Please, kuat kerana DIA.
Ya, mengalah bukan tandanya kalah. Meminta maaf bukan tandanya lemah tapi ternyata kuat kerana kita redha dan menerima segala qada' dan qadarNYA. Have faith in HIM. Redhalah... biar bersusah di dunia tapi bahagia di syurga kelak. Ubah diri jadi lebih baik, belajar dari kesilapan dan cuba untuk menjaga hubungan dgn Allah dan juga Manusia. Habluminallah wa habluminannas. InsyaAllah.... Amin.... :')

10 comments:

  1. Salam fadh! memang kita tak boleh lari, tapi insyaAllah ada jalan nya , doa2 banyak 2 ok

    ReplyDelete
  2. Hehehehe. Teringat sir qila ckp dulu, ego ni mother heart disease. Betapa susah nya taknak jd ego hehe. And yes. Have faith.

    Inshaallah semua dipermudahkan! All the best in everything wak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Betul tu :') InsyaAllah trying to be tough! Thank you and all the best for you too dear! ^^

      Delete
  3. shawal datang singgah sini... :)

    jemput join GA shawal.. ^^

    http://akubukaninnocent.blogspot.my/2016/02/daebakfebruary.html

    ReplyDelete
  4. Situasi nak dekat sama. Leya lebih bnyak berdiam dri melepaskan suara. Kang takut ada yg terasa. Orang sekarang ni asal tegur nasihat tak boleh terima. Hmm mcm lari dri topic pula

    ReplyDelete