29 November 2023

takde tajuk

Assalamualaikum. Heeee, bertemu lagi kita di post yg terbaru. Haha, tetiba terajin pulak nak menaip lagi petang2 ni. Sementara takde customer di kedai. Alhamdulillah ala kulli hal... Semalam Allah hadirkan rasa sedih, hari ini Allah gantikan dengan rasa syukur. Esok kita belum tahu lagi... Moga esok dan seterusnya juga baik2 sahaja. Dlm post Missing aku bercakap banyak sgt masa aku yg dibazirkan biar berlalu begitu sahaja. Feeling like takde progress. And today, suddenly i keep thinking yang its not takde progress, tp maybe progressnya slow... maybe aku sendiri yg tak cukup push for the progress. Maybe aku sendiri yg tak puas dgn pencapaian aku lagi. Its not about other people punya achievement but its all about ourselves. 

Sungguh diri ini sentiasa lupa untuk bersyukur dan kurangnya bersyukur. Sebab terlalu sibuk melihat kepada apa yang kurang dan bukannya memperbaiki apa yg boleh diperbaiki. Sedihkan hidup mcm ni? Tp itulah manusia. Selalu lupa. Belum lagi lupa ttg rezeki ni semua Allah yg bagi. Bukan rezeki dlm bentuk wang shj, tp pelbagai lagi bentuk rezeki yg Allah beri. Mmg byk yg kita terlepas pandang dan kdg tu sesuatu nikmat tu dah jdi kebiasaan sehingga lupa terus untuk bersyukur. 

Byk benda yang boleh kita ubah dlm hidup ni, mcm biasalah, antara nak dgn taknak je. Antara kuat dgn tak je, antara bersungguh atau tak je, antara berani atau tidak je. Sbbnya, Allah takkan pernah sia-siakan mereka yg berusaha. Allah takkan biarkan hambanya yang berusaha. Allah takkan uji hambanya melainkan dlm kemampuannya. Selalu kita rasa lemah, rasa tak mampu, rasa marah, rasa sedih, rasa mcm hidup ni tak bermakna je... tp sbnrnya kita tahu yg hati kita kosong. Kosong dari apa yg mendatangkan kasih dan sayang Allah. Kosong dri apa yang memberikan ketenangan kepada hati. Kosong merasakan takde makna dlm hidup ni...

Sedangkan realitinya? Kita yg menjauh... Kita yang melupakan... Kita yang memilih untuk pergi... Kita yg memilih untuk memuaskan nafsu kita berbanding apa yang Allah suka. Kita yang memilih untuk kepuasan dunia, dan bukan kepuasan di akhirat nanti... Pastu kita nak menyalahkan takdir. Nak menyalahkan musibah yang dihadapi... sedangkan semuanya berpunca daripada diri sendiri. Allah tak pernah jahat. Allah tak pernah beri apa yg bukan terbaik utk kita. Tapi kita sendiri yang merosakkan diri. Merosakkan diri dengan perkara sia-sia. Perkara lagha. Perkara maksiat. Jdi mcm mana? 

Allah hadirkan ujian supaya kita bermuhasabah. Ingat kembali dosa-dosa kita yang lalu. Ingat kembali apa kita telah semakin jauh dariNYA? Supaya kita kembali semula kepada dia. Bukannya biar diri kita terus jauh.. sehingga lupa kepada DIA. Sungguh, bila hati dah mati, hidup akan menjadi kacau. Jgn tipulah kata elok je hidup kau. Bahagia je. Jujur jelah, jauh di sudut hati kau, kau rasa kosong. Tapi kau tak tau cara utk mengisi kekosongan tu. Which is caranya hanyalah kembali kepada ALLAH. Kembali kepada fitrah kau. Fitrah manusia mmg menginginkan kebaikan. Jdi semua yg lagha, yg tak baik, yg dipenuhi nafsu semua tu berlawanan dgn fitrah. So, mmg kau takkan rasa kebahagiaan yg sebenarnya lah.

Semua yg aku tulis ni hanyalah sekadar luahan hati untuk diri sendiri. Yang makin hari makin lalai... Makin jauh.. Makin tak sedar dunia dah akhir zaman.. Dah nak kiamat dah... Tak takut ke diri ni terus lalai? Terus ditenggelami dgn nafsu dunia. Terus tenggelam dlm Hubbun Dunia. Ya Allahhh, takutnya dgn diri sendiri kdg2 tu... Like hidup mcm tak sedar akan mati. Hidup mcm tak sedar dunia ni akan hancur. Hidup mcm tak sedar kehidupan sebenar bukan dkt dunia tapi dkt akhirat sana... I'm scared of myself. Tp tulah.... nak berubah ni bukan mudah kan. Nak berhijrah ni bukan mudah kan. Nak tinggal segala yg perlu ditinggalkan tak mudahkan... Nak menambah amalan baik, ibadah kpd Allah pun tak mudah kan...

Actly, iman ni mmg turun naik.. Kejap kita alim sealim-alimnya, tp kemudian tersungkur balik... Takutnya kan... Mmglah kita tak mampu nak jaga hati ni tanpa pertolongan Allah.. Allah shj yg Maha Berkuasa Membolak-balikkan hati ni. Kita takde kuasa. Kita ni takde daya apa pun. Tapi tetap hidup masih sombong. Masih berlagak. Masih rasa nntilah2 taubat. Ada masa lgi esok. Lusa. Tulat. Tak sedar yg even skjp lagi pun kita boleh mati. Entah masih bernyawa ke tak. Ya Allahhhhh... byknya dosa hambamu ini. Byknya khilaf hambamu ini.

Aku doakan semoga setiap dari kalian yg baca post ni... Mendapat pengampunan daripada Allah SWT, sentiasa dirahmati dan diberkati kehidupannya. Dikurniakan kesihatan yg baik, dikurniakan rezeki yg berkat dan halal. Semoga kalian sentiasa dlm lindungan Allah dan sentiasa kuat dan dipermudahkan untuk menghadapi segala ujian di dunia ini... InsyaAllah... Aamiin Ya Rabbal Alaminn... Doakan aku ya...

Assalamualaikum...

Congratulationsssss! :)

Assalamualaikum! Heeee, aku baru perasan yg aku takde update pun lagi psl Convocation aku 2 tahun lepas dkt blog ni 😂 Alang2 tgh musim Convo ni, bolehlah aku nak menyibuk update jugak hahahaha. Fyi, aku Convo pun after 2 years of hiatus gitew hahahahaha. Semuanya gara2 Covid lah kan. Habis belajar 2019, Convo 2021. Itupun, alhamdulillah pihak KUIS nak buat secara fizikal. Kalau tak tu mmg ada desas-desus nak buat secara online sahaja. HAHA... Mmg taklah kitorg nak kannn.

Dan akhirnya, alhamdulillah dpt juga secara fizikal.. tapi tak bestnya sbb time tu Covid masih mengganas, jadinya parents tak dijemput hadir. Hanya student shj yg dibenarkan masuk Dewan Konvokesyen tu... So, its not that perfect punya Convocation lah. Even Jubah & Mortar Board pun perlu pulang terus lps habis majlis tu sblm keluar dewan. Dlm dewan pun kena pakai mask. HAHA... Nak bergambar dgn kawan2 luar dewan pun dihalau sbb tak boleh berkumpul ramai2... Haha sedih betul...



Ini gambar masa dah habis Last Paper for Degree!
Captured n Edited by MUSTAQIM MN .
(Member photographer jugak sooo yg berminat boleh pi PM dia. Cuma x sure dia masih ambil job photographer lg ke tak)

Anyway, tetap syukur alhamdulillah.. After 2 years of waiting, akhirnya officially graduated from KUIS which is skrg dah jdi UIS. Tarikh Convocation aku time tu 2 December 2021. Tarikh hari lahir my mom! Malam tu terus celebrate birthday hihi. Bila dah naik pentas ambil scroll tu serious rasa mcm Alhamdulillah proud of my self even slack sikit sbb tak dpt First Class hahahahhahha. Sikit je lagi nak capai. Tulah, byk main punya psl 😂 Melepaslah kannn. Nak kena sambung MASTER pulak ke? HAHAHAHHA, tiada dlm perancangan lagi 😜


Tgklah tu, sikit je lagi nak masuk first class tu hahahahaha


Alhamdulillah, walaupun jubah convo kena pulang awal, tp dapatlah juga kita photoshoot prevconvo kan. Huhu... Puas lah bergambarrr. Alhamdulillah semua gambar cantik2! 😍 Kita hire photographer member KUIS jugakk AMIRUL RUSLAM. Rasanya mungkin ada yg tahu kot kann. Heeee, kalau ada yg berminat dgn photography dia boleh pergi DM dia dkt IG!





Seriously, cabaran sebenar bermula selepas zaman belajar ni. Sbb kau kena survive semuanya sendiri. Time zaman belajar dulu hanya perlu fokus belajar & dgn kawan2 je. Dah habis belajar ni semua dah mula mencari rezeki, berpisah menuju hala tuju masing-masing, dah jarang jumpa. Huhu, nikmatilah zaman belajar suka duka masa belajar tu betul2! Nanti surely you guys akan merinduinya! 

Dan explorelah, carilah pengalaman cukup2 dgn join program2 yg ada, join persatuan, jadi pimpinan, jdi ajk program, join usrah. Sbb semua tu x dpt dlm kelas. Tak dapat secara teori. Itu semua pengalaman yg berharga sgt sbb itu yg akan didik kau utk jadi lebih berani, jadi lebih pandai utk bercampur dgn orang dan lebih mudah untuk survive di masa akan dtg. Dan kau akan rasa rugi jika kau tak join semua tu. Seriously, pandai teori shj tapi tak pandai urus hidup its really gonna hurt youuuuu! Aku berani ckp cmtu sbb aku sendiri mengalaminya. HAHA

But it doesn't mean kau kena aktif program bagai2 tapi pelajaran kelaut. Its not gonna help you either mcm tu. Seimbangkan kedua2 nyaa.. Haaa gitewww... Dapat excellent in both punnn lebihhhh baikkkk! Cuz educated people ni seriously lain pembawaan dia ya. So be educated. Be confident. Be good.


Dahlah, tak tahu nak bebel apa lagi haha. Alhamdulillah for everything! Congratulations untuk mereka yg Graduation tahun ini! Cepat atau lambat bukan perlumbaan! Tapi satu kejayaan yg layak utk diraikan! Alhamdulillah ala kulli hal! May Allah bless all of you! 😇👍

25 November 2023

Missing

Assalamualaikum. Rindunya nak bercerita dkt blog ni. Lama sgt tak post story. Nak cari mood nak menaip tu pun satu hal juga. Nak karang ayat pun tgk kerajinan juga. Actly, nak story ttg apa pun tak tahu juga. Haha... Entahlah, life aku bila makin dewasa ni, mcm makin tak ketahuan pun ya jugak... Entah apa yang dibuat pun tak tahu. Hadap benda yang sama je everyday. Cuba untuk survive selagi nyawa masih terwujud. 

Seriously, everyday hadap perkara yang sama. Rutin yang sama. Feeling lifeless but we have to survive no matter what. Feeling worried but we have to trust in Allah plans. Kita merancang, tetap perancangan Allah yang terbaik. Jujur, sedih gaklah rasa cam byknya wasted time dlm life aku ni. Like kenapa mcm tak nampak any progress eh. Mcm tetap di tahap yg sama je. Alaaa.. stresslah cerita mcm ni. Haha... Tapi tulah.. nak story dgn sape pun tak tau. Sbb its always the same problem, the same mistake, the same thing over n over again. HAHA

Dulu zaman belajar nak cepat2 habis belajar nak kerja. Haha, skrg asyik rindu zaman belajar dulu pula. Takyah fikir nak cari duit, enjoy je life belajar n berkawan n berprogram. Haha... sedihnya.. mcm terikat dgn masa lalu pulak. Tetap x betul2 live in present time. Hmmmmm....

Sorrylah, terluah masalah pulak. Kita nak post happy je ye dak? 😊 Okaylah, kita tukar kepada cerita happy2 sikit. Alhamdulillah hujung minggu lepas kami dkt Jalan Rahmat ni ada buat Family Day dkt Bagan Lalang. Adalah aktiviti-aktivitinya. Sukaneka , tukar2 hadiah, movie night, BBQ. Paling best sukaneka lah kan haha. Aku n kwn aku handle bahagian hadiah. Semangatlah merata pergi cari hadiah haha.. Alhamdulillah selesai. Btw, yg sukaneka tu kami join jugaklah kan. Sbb yelah, benda kita nak happy2 tak syok lah tak sporting kannn. HAHA TIBERRRRR.


Yaaa. Kita main tepung yaaaa xD

Selain sukaneka, menyempat jugaklah pergi healing. Sbb dkt situ ada pantai kan. Gigih petang2 dgn awal subuh pergi pantai. Tapi mmg view cantikkkkk sangattt yang teramaaatttt! Siap rezeki nampak pelangi lagi! Loveeee sangatttt! The shades of the langit n awan tu. Haishhh! Aku pulak dahlah mmg pencinta view2 mcm tuuu. So yeahhhhh, alhamdulillah im happyyyy! 😍





Ofkosss kita healing jugaklahh kannn




Okaylah, itu sahajalah daripada saya untuk hari ini. Ni pun menaip half-hearted sbnrnya hahahaha. Till next time! Annyeonggg chinggu-deul! Assalamualaikum!😎👋