15 December 2024

Back again. Alhamdulillah.

Assalamualaikum! Hai guys! Apa khabaaarrr? How's your life? Okay keeee? Heee, semoga baik2 sahaja! Alhamdulillah, hari ini genaplah sis 28 tahun lahir ke dunia ini! :) Hmmm, just wanna share what i feel today.



Entah kenapa, kali ni rasa mcm terharu plus bersyukur sangat. Walaupun mungkin, aku sering diuji dengan ujian diri sendiri tapi sebenarnya banyak sangat nikmat dan perkara baik lain yang Allah beri pada aku. Antaranya, keluarga yang berkasih-sayang, sahabat-sahabat yang baik, orang-orang sekeliling yang baik... Allahu, kadang aku terlupa dan tak perasan semua tu. Dan literally Allah juga sebenarnya telah menjawab doa aku yang taknak kerja terikat dengan office hour last2 skrg kerja sendiri ber-business. Haha, tinggal aku je nak push my effort to the fullest or not!

Alhamdulillah, untuk orang2 baik yang hadir di sekeliling saya! Terima kasih Allah atas nikmat kasih sayang yang kau berikan melalui mereka... Alhamdulillah...

Aku berharap sangat, semoga seterusnya nanti lebih banyak perkara baik yang akan berlaku dan kehidupanku menjadi lebih baik bersama mereka-mereka yang baik! Semoga nikmat ini berkekalan hingga ke akhirnya. Moga juga kita semua dapat berkumpul dan berjiran di Syurga nanti 💕

Terima kasih kepada sahabat-sahabat, orang-orang baik yang wish, celebrate dan yang mendoakan diri ini. Terima kasih sangattt2! I is really terharu!😻 Semoga yang baik2 juga untuk kalian! 💞

Walau apa pun kemudiannya nanti, moga diri ini sentiasa diberi kekuatan, kemudahan untuk menghadapinya. Sungguh, turun naik dalam kehidupan itu normal. Its never wrong to hold down yourself for some time, n then start balik dengan semangat baru. Sentiasa doa minta Allah permudahkan setiap urusan kita, minta Allah pandu dan beri petunjuk dan taufiqnya untuk kita buat pilihan yang terbaik menurutNYA. Kerana setiap yang Allah beri itu, tiada yang buruk. Hakikatnya, semuanya baik untuk kita. Terus bersangka baik dengan Allah insyaAllah semuanya akan menjadi lebih baik!

Semoga diri ini dapat terus memberi lebih banyak lagi kebaikan kepada orang lain.

وخير الناس أنفعهم للناس
"Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia."

Ya, bermanfaat untuk orang lain. Moga kehadiran aku dalam kehidupan seseorang itu, bukanlah dalam keadaan tidak baik tapi dalam keadaan yang disenangi. Dan moga diri ini dapat terus memberi manfaat kepada orang lain, walaupun sedikit! Maafkan saya. Doakan saya 😊 Terima kasih! Assalamualaikum!

2 July 2024

Lets focus on the bright side :)


Assalamualaikum! Hye guys! How are you? Everything okay? I hope all of you are in a good condition this day... Anyway, alhamdulillah for all the blessings n challenges that happen to us. From now on, lets focus on the bright side! Selama ini, kita banyak fokus kepada masalah yg berlaku, kepada keburukan yang terjadi, kepada pikiran yang negatif sehinggakan kita tidak perasan bahawa setiap perkara yang terjadi adalah dengan izin Allah. Dan Allah tidak akan pernah memberikan yang tidak baik kepada hambanya. Walaupun ujian itu terlihat buruk di mata kita sebagai hamba, tetapi ia adalah yang terbaik yang datang daripada Allah SWT. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, sedang kita tidak mengetahui.

وَعَسَىٰٓ أَن تَكْرَهُوا۟ شَيْـًۭٔا وَهُوَ خَيْرٌۭ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّوا۟ شَيْـًۭٔا وَهُوَ شَرٌّۭ لَّكُمْ ۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

"... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah Ayat 216)

Ya, selalunya kita terlalu fokus kepada masalah yang terjadi sehingga terlupa untuk melihat kepada hikmahnya sesuatu perkara itu terjadi. Lemahnya kita sebagai manusia. Bila dah puas melepaskan kemarahan, ketidakpuasan barulah kita nak berfikir. Barulah kita nak nampak kebaikan yang tersembunyi. Sedangkan Allah sendiri sudah nyatakan di dalam Al-Quran bahawa tidak semua perkara yang kita suka itu baik untuk kita dan tidak semua perkara yang kita tidak suka itu buruk untuk kita. Maka? Sentiasalah bersangka baik terhadap segala sesuatu yang terjadi, kerana ia berlaku dengan izin Allah dan ia tidak berlaku juga dengan izin Allah. Bersyukur jika Allah memberikan apa yang kita minta dan lebih bersyukur ketika Allah tidak memberikan apa yang kita minta kerana itu adalah keinginan Allah sendiri, tanda kasih sayang Allah kepada kita kerana DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Alhamdulillah...

Manusia selalu lupa, bahawa setiap ujian yang hadir itu adalah tanda kasih sayang Allah kepada kita. Allah hadirkan ujian sama ada untuk mengampunkan dosa, untuk mengangkat darjat dan ingin kita kembali kepada dia sebagai hamba. Semuanya adalah untuk kebaikan kita sebagai hambanya. Sesungguhnya, setiap ujian yang hadir itu, tidak melebihi daripada kemampuan kita untuk menghadapinya. Kita memandang rendah kepada diri merasakan aku tidak mampu menghadapi semua ujian ini. Tapi siapa kita nak berkata begitu, sedangkan ujian itu sendiri hadir daripada Allah? Allah tidak pernah membebani seseorang melebihi kemampuannya.

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْ ۗ

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Al-Baqarah Ayat 286)

Cuba bermula saat ini, kita fokuskan fikiran kita ke arah yang lebih baik. Cuba setiap kali ujian datang menerpa, kita twist fikiran kita daripada negatif kepada positif. Sebut pada diri kita, Allah yang hadirkan ujian ini. Ia hadir dengan izin Allah. Ada hikmahnya yang Allah nak beri. Ada kebaikannya dalam hadirnya ujian ini. Semoga Allah permudahkan untuk menghadapi ujian ini dan mengampunkan dosa asbab kita bersabar. InsyaAllah...

Ia tidak mudah, tapi ia tidak mustahil. Sentiasa mengingatkan diri kita untuk selalu bersangka baik dengan Allah dahulu. Sesungguhnya Allah itu mengikut sangkaan hambanya. Buruk kita fikir, buruklah kehidupan kita. Baik kita fikir, maka yang baiklah yang akan datang kepada kita. Diri kita, akal fikiran kita, hawa nafsu kita, kita yang bertanggungjawab ke atasnya. Sentiasa berdoa kepada Allah meminta supaya setiap perbuatan kita, percakapan kita, fikiran kita semuanya dibimbing oleh Allah SWT dan bukannya mengikut kehendak diri kita. Sebab kita ini manusia yang lemah. Tiada daya dan kekuatan melainkan daripada Allah SWT. Mohon juga kepada Allah untuk sentiasa menetapkan hati kita dalam agamanya dan dalam ketaatan kepadaNYA. Allahumma aamiinn... 



Ujian setiap daripada kita ini berbeza-beza.. Ada yang diuji dengan kewangan, ada yang diuji dengan keluarga, ada yang diuji dengan pasangan, ada yang diuji dengan anak-anak, ada yang diuji dengan kawan-kawan, dan ada yg diuji dengan diri sendiri. Dan mmg saat diuji, kita tidak boleh berfikir secara rasional kerana emosi yang tidak stabil... Dan mmg tak salah untuk kita menerima bahawa kita merasa sedih, merasa kecewa, merasa risau dan sebagainya. Dan memang ada masa kita okay, ada masa kita lelah. Itu semua normal kerana kita manusia. Yang sentiasa diuji selagi mana kita masih hidup di dunia ini.

Tapi, tidak bermakna kita perlu terus-menerus berada dalam perasaan negatif tersebut. Kita boleh menjadi lebih baik. Kita boleh berubah daripada keadaan tersebut kepada keadaan yang lebih baik. Sebab itu kita perlu sentiasa cuba untuk memberitahu diri kita bahawa semuanya berlaku ada hikmahnya yang terbaik yang Allah nak beri. Terima dulu dengan sabar kemudian doa minta Allah permudahkan dan lapangkan hati kita sewaktu menerimanya. Allah yang pegang hati ini, dan tiada yang mustahil untuk Allah. Ujian itu datangnya daripada Allah dan Allah jualah yang mampu untuk menghilangkannya.

Semoga hati ini sentiasa dijaga oleh Allah SWT. Semoga diri ini terus diberi kekuatan oleh Allah untuk menghadapi apa jua cabaran yang hadir. Semoga perjalanan hidup ini dipermudahkan dan dilapangkan oleh Allah SWT. Semoga Allah memberikan ketenangan kepada hati ini walau dimana kita berada dan walau apa pun ujian yang mendatang. Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Masalah memang terlihat besar dan susah bila hati ini tidak sepenuhnya bergantung kepada Allah SWT... Letakkan pergantungan, pengharapan, keyakinan kita sepenuhnya kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah itu Maha Besar melebihi segalanya. Dan setiap kesusahan itu ada kesenangannya.

(Al Insyirah : Ayat 5-6)

Teruskan usaha kita untuk menjadi manusia dan khalifah yang terbaik di dunia ini kerana akhirnya nanti akhiratlah pengakhiran kehidupan yang sebenar. Dunia ini hanya tempat kita singgah dalam perjalanan kita menuju Syurga. Allahuakbar. Berapa banyak dah kita tersungkur dan terjatuh ke dalam tipu daya dunia dan hasutan syaitan serta mengikut hawa nafsu yang tak pernah puas. Astaghfirullahhalazim wa atubu ilaih... Moga Allah menerima taubat kita dan menyelamatkan kita daripada tipu daya dunia. Assalamualaikum.

7 March 2024

Salam Ramadan Al-Mubarak!

Assalamualaikum! Alhamdulillah tinggal beberapa hari sahaja lagi kita nak masuk bulan Ramadan... Bykkan berdoa moga Allah sampaikan kita semua ke dalam bulan Ramadan dan memberkatinya... Aaminnn...

أللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَان

Alhamdulillah ala kulli hal! Semoga Ramadan kita tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Semoga lebih bertambah amal ibadat kita dan lebih terisi dengan perkara-perkara bermanfaat setiap waktu itu. Semoga juga kita semua dapat menghidupkan Ramadan dengan membaca Al-Quran, tadabbur Al-Quran, Solat Terawikh, Sedekah, Zikir, Istighfar dan melakukan perkara-perkara sunat.

Rugi sangat jika kita sia-siakan waktu di bulan Ramadan ini. Sebab setiap kebaikan & ibadah yang dibuat dilipatgandakan ganjarannya daripada bulan biasa. Hatta ibadah sunat pun diberi pahala seperti melakukan ibadah wajib! MasyaAllahhhh! Baiknya Allah kepada hamba-hambanya. Tinggal kita nak rebut peluang itu atau tidak sahajaa!

Semoga bulan Ramadan ini, membolehkan kita meninggalkan perkara maksiat dan sia-sia. Semoga bulan Ramadan ini dapat menjadi permulaan kita untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Sesungguhnya, di bulan Ramadan ini pintu rahmat Allah terbuka luas untuk semua hamba-hambanya! Semoga kita dipilih untuk mendapat rahmatNYA. Aamiin Ya Allah!

Bulan Ramadan juga bulan yang mmg hanya tinggal nafsu dan diri kita sahaja kerana syaitan telah diikat. Jadi, kalau rasa susah sangat nak buat perkara baik atau nak beribadah tu, cepat-cepatlah kita kembali ke pangkal jalan. Gunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Banyakkan beristighfar, berzikir, membaca Al-Quran, supaya titik-titik hitam dalam hati ini sedikit demi sedikit hilang dan akhirnya hati ini menjadi hati yang hidup dengan sebenar-benarnya.

Kejar rahmat Allah yang sangat luas pada bulan ini. Ya Allah.... semoga diri ini kuat dan Engkau mengizinkan kami untuk melakukan ibadah yang berkualiti dan diterima olehMU. Semoga kita semua dikurniakan untuk mendapat Rahmat Allah SWT... Aamiin Ya Allah...

Jangan lupa juga untuk mendoakan saudara kita di Palestin. Semoga mereka selamat dan berada dalam keadaan aman di bulan Ramadan ini dan seterusnya terlepas daripada cengkaman Israel laknatullah!
حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ
Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa! 😇😇😇
!رمضان كريم! الله أكرم :)
Assalamualaikum!