Assalamualaikum! Heee, sementara ada kerajinan nak update ni, kita updatelah kan! Patut nak update terus semalam tp tak menyempat. So, yeahhh kita update todaylah! Alhamdulillah kerajinan tu masih ada haha. Anyway, nak ceritalah kannn semalam sis pergi HIKING! Haha, which is something new lah jugak for meee. Sbbnya, sis mmg pernah Hiking dulu sekali masa zaman belajar di KUIS. Baca sini post nya! [BROGA HILLS] tapiiii lepasss tuuuu tak pernah pergi Hiking dah! Hahaha cam trauma gaklah nak hiking. Mana taknyaaa, Bukit pertama sis hiking for the first time ever is Bukit Broga tu yg agak curam lah for me π Terus cam trauma jugaklah nak pergi hiking lagi HAHA. Tapiiiii, alhamdulillahhhh sbb kita dah niat dan berazam nak try n explore banyakkkk benda baru tahun 2025 ni, so yeah kita sahutlah cabarannya! Hehe, plan asal pagi semalam tu nak Brisk Walk je mcm biasa dengan my mother dkt Taman Tasik Cempaka tu. But then, tiba2 my mom ckp "Jom! Pergi Hiking dgn Ustazah." Haha, mmg dkt kwsn kejiranan sis ni ada seorang Ustazah yg sgt suka hiking n mmg selaluuuu pergi hiking! So, Ustazah mmg rajinlah ajak sesiapa yg nak join. Memula tu cam haaaa seriouslahh hikingg. Dahlah xde training n lamaaa gilerlahhh tak hiking kan! HAHA. Tp bila memikirkan bila lagi nak try, so haaa okay jelahhhh! Redah jeee! HAHA. N yeahhh pergilah kita Hiking pagi tu...
Gerak santai2 je jam 9.30am mcm tu berlima dgn Umi, Ustazah & 2 orang lagi. So, berlima lah kami. Keluar2 tu langit gelappppp. N dlm perjalanan mmg hujannnn. Tp bukanlah hujan lebat sgt, so try je pergi juga kot ada rezeki hujan berhenti dkt sana tu. Perjalanan takdelah jauh mana nak ke Bukit Melati, Nilai tu. Around stgh jam mcm tu je dari Bangi. Dah sampai tu, masih gerimis tp kami redah je juga ikut trek yg mudah. Rupanya dia ada byk trek dlm 4 trek dan 4 puncak.
Soooo, alhamdulillah Ustazah bawa kami ikut trek paling mudah lah untuk beginner. Sbb sy kan beginner π Haha... So, kami ikut laluan Centipede Hill Trail tu. Laluan dia okaylah. Tak curam sgt tak santai sangat. Just nice for beginner. Ngam2 je sampai puncak tu baru kaki ku ini terasa penatnya dan mintak nyawanya hahahaha.
Dia byk laluan tp yg kami ikut ni laluan yg ada jalan Tar masa mula2 naik, naik sikit baru sampai laluan berbatu. Tp masih okay sbb dia tak curam. Not bad lah untuk sy yg beginner ni kan. Dia menaik tapi tak curam. Masih amannn haha. Tapi ofkos lah nak sampai puncak tu kena menapak naik jalan yang curam kan, kalau tak mcm mana nak sampai bukitnya haha. But still, its okay for me. Cuma mmg mcm sis ckp dah hujung2 nak sampai puncak tu barulahhh terasaaaa kepenatannya tu hihi.
Alhamdulillahhh dah sampai puncakkk ofkoslah kena bergambar ye dakkk! Haha, tak menyempat amek nafaasss yg penting amek gambar duluuuu πππ
After that turunlah bukit. Time turun ni laluannya kejap curam, kejap santai je. Tp byk curam lah sbb menurun kan. But still, alhamdulillah okay sahaja!
Dah selesai tu, bergerak kita pergi isi perut pula! Sbb belum sarapan π Ustazah belanja Darsa Fried Chicken! First time sis nak rasa haha. Not baddd aiskrim, ayam, nasi lemak, shawarma, garlic saucenyaaa. Sedaaapppp! Ayam punnn boleh tahan besarrr. Aiskrim pun portion byk mmg puas makannn! Definitely, gonna repeat again lah! πππ
Okay, alhamdulillah! Itu sahajalahh storynya! Minggu depan ustazah ajak Hiking lagi! Cuba Hill Trail yg lain pulaaa. Lebih mencabar! Kita fikir2kan dululahh ekkk π Hihi, alhamdulillahhh! Till next post! Assalamualaikum!π