17 April 2013

Musuh lama jadi Kawan baru x)

Assalamualaikum :) Dendam yg disimpan takkan membuatkan hidup kita gembira pun sbnrnya. Yelah, sbb sentiasa nak sakit hati, buang2 masa dok stalker bagai semua. Kan byk buang masa tuh? Tapi, tulah apa yg aku, kawan2 aku dan musuh kami lakukan sejak tahun lps smpailah ke hari ini. :3 Haha, serious bila pikir balik.... KELAKAR. Act, dugaan dan ujian dalam hidup niyh biasalah tu... Mmg setiap org akan hadapinya pun. Bukannya semua org suka kita? Even kita pun bukannya suka semua orgkan? Jgn tipulah kalau korang2 niyh x pernah terasa or sakit hati n tak suka someone. Mesti semua pernahlah! ;)  So, kita patutnya terima dgn hati yg redha dan meminta pertolongan daripadaNYA yg diatas tu bila ujian datang menimpa kita. Semua tuh just nak menguji kesabaran dan keimanan kita sekuat mana? :') Herm, sbnrnya asalkan ada salah seorang yg mengalah dan minta maaf, maka tamatlah pergaduhan tuh! Simple je sbnrnya. Kita mengalah n minta maaf tu pun bukan bermakna kita kalah or kita takut. It just sbb kita mungkin dah sedar apa yg kita buat selama niyh just bnda sia-sia n menambahkan dosa je :) Huhu, dah org minta maaf tuh, yg sblh pihak lagi maafkanlah :) Then, everything will be okey ! Kau dapat kawan baru, pahala kau pun bertambah bila hanya mengeluarkan kata-kata yg baik2 dan hubungan kau dgn manusia dan Allah juga InsyaAllah menjadi baik :') 
Herm, nak katanya... Alhamdulillah, aku, kwn2 aku dah berbaik2 dgn musuh2 kami yg dri tahun lps bergaduh, akhirnya okey n dah berkawan pun! Aku harap sgtlah bila kitorang try utk berubah niyh, diberkati Allah dan Allah always bantu kami utk menjadi seseorang yg berguna dan berjaya mencari kebahagiaan dunia dan akhirat :') Amin... Kitorang pun nak SPM tahun niyh. Dah besar pulak tuh. Takkanlah nak gaduh2 lagikan. Macam budak2 kecik pulak. Hope, kitorang ramai2 dapat keputusan yg cemerlang dalam SPM2013 nntilah! :D



Okey, itu sahaja. Entry pendek je niyh.  Assalamualaikum :')

13 April 2013

JUAL JUAL JUAL! BELI BELI BELI! xD

Assalamualaikum! Dgn ini dimaklumkan bahawa ini tuan punya blog tadi sudah mendapat pengalamannya dlm menjadi peniaga xD Okey, poyonyaaaaa -,- Hehe, sebenarnya tadi kat sekolah aku ada HARI KECEMERLANGAN! So, adalah jual2 sekali. Aku dan geng2 aku yg lain kitorang pun decidelah utk bukak gerai jualan mewakili Kelab SPBT ;) Kitorang jual CupCakes, Muffin, Nasi Kerabu, Makaroni, Air n Rojakkkkkk! *Act, rojak tuh hasil air tgn aku ngan Iera >< Huhu, tu yg kene excited sikit part tuh x3 Herm, mmglah tak berapa nak habes sgt apa yg dijual tuh, tapi Alhamdulillah! Semua untung rugi yg kitorang dpt tuh adalah rezeki dari Allah ;) So, kita pun terimalah dgn hati yg terbuka! Herm, penat tuh jgn ckplah. Penatlah jugak. Then, dgn tiba-tiba! Aku pun terfikirlah, yg......... tahun niyh TAHUN AKHIR AKU DI ALAM PERSEKOLAHAN! Huhu :'3 Sedih pulak rasa... Okeylah! Dah malas nak tulis. *Tak tau nak merepek apa lagi* N now, mcm biasalah! Let's enjoy the photos! ><



























Yeh! That's It! Sorylah, muka2 kami tak berapa nak kemas. Yelah, kelam-kabut bekerja punya psl. And sory jugak utk susunan gmbr yg tak berapa nak tersusun :3 Itu sahaja. So, Assalamualaikum! ;D