18 January 2014

RUNNING MAN xD

Assalamualaikum! ;) Lamaaaaaaaaaanyaaaaaaaaaaa aku tak update entri! x3 Tahun 2014 ni baru satu entri je aku post! Hahahahha. 1 Januari pulak tu tarikh dia x3 So, ni tiba-tiba tergeraklah hati nak update entri dan terrajinlah tangan nak menaip xp Alaaa, nak taip entri biasa2 je. Tgk tajuk post pun dah tau! RUNNING MAN! Haahhahahhahahaha. Okeyh! Jom kita mulakan cerita aku ttg running man ni yg dah buat aku jadi ketagih gelak banyak2!
Al-kisah bermula macam ni.... Pada suatu masa dahulu, aku berkunjung ke rumah kawan aku. Dia ada buat jamuan. Rumah dia ada astro, dan waktu tu kebetulan pulaklah running man tgh ditayangkan. Waktu tu aku tgk kwn2 aku 2,3 org mcm tu dok syok gila tgk cerita tu. Gelak2. Jerit2. Hahhaha, aku pun join jelah sekali tgk padahal kebenaran yg sebenarnya waktu tu aku langsung tak faham apa yg orang2 dalam running man tu buat x3 Dyorang main kejar2, cabut nametag. Serious aku tak faham dan blur gila waktu tgk tu x3 Aku tanyalah kwn aku apa yg dyorang buat sebenarnya, tapi dia tgh syok layan dan tak terang betul2. Aku pun tgk jelah. Buat2 faham. HAHAHAHHA. Lepas balik dari rumah dia tu memang aku tak melayan langsung pun running man tu. Antara sebabnya : Aku takde Astro kat rumah. Dan aku tak faham apa yg dyorang buat so aku takde minat lagi waktu tu nk try tgk x3 Tapi waktu tu memang aku dengar ramai gila dok cerita pasal running man. Almost everyone! Tapi aku still buat tak tau lagi ngan running man tu. Hahahhaa.
Then akhirnyaaaaaaaaaaaaaaa! Sampailah pada suatu hari! Setelah sekian lama slps first time aku tgk kat rumah kwn aku tu, keluar pulak running man kat TV2. Mula-mula aku takdelah layan sangat. Tertengok sikit2 mcm tu je. Then bila dah lama2 dah mula minat! Start melayan kat TV2 tu. Sbb asyik byk skip je kat TV2 tu aku pun searchlah kat internet. Haha, then jumpa! Dah jumpa layanlah dari episode awal yg aku tak tgk lagi x3 Bermula selepas habis SPM waktu cuti bulan 12. Dari satu episode ke satu episode tanpa henti siang dan malam. Serious! Tak henti2 aku tgk! Lagi2 bila aku dah habis sekolahkan? Dah habis SPM, memang arh enjoy habis dok mengadap laptop 24 jam! x3 Kebetulan pulak aku jaga kedai lps habis SPM tu, keje ngan mak akulah kiranya. Jaga kedai family. Bila jaga kedai memanglah bawa laptop sbb restoran sebelah ada wifi free. So, nak hilangkan bosanlahkan? Hahhaha.
Serious arh! Sejak layan running man tu tak berhenti-henti gelak! Gila kau?! RUNNING MAN THE BESTLAH! Hahahaaha. Gelagat2 ahli2 dia lawak2 kot x3 Aku suka tgk! And aku lebih lebih lebih lagi suka tgk bila dyorang race as a group dan bukan race utk menang sorang2. Bila race as a group dyorang mmg nmpk semangat as kwn2. Tapi bila race utk menang sorg2, seriously! Byk gila khianat! Kekejaman! Hahahha. Aku tgk pun rasa kesian ada, sakit hati ada! Hahhaha. Tapi yg pasti bila tgk mesti ada part yg buat org gelak punyalah! Nak ceritanyaaaaaa, dari bulan 12 yg aku start tgk tu, aku dah berjaya habiskan kesemua episode yang dah diupdate kat internet n aku rasa episode yg terbaru jugaklah kat Astro. Hahahhaha. Aku sendiri tak percaya mcm manalah aku boleh layan kesemua episode yg dah nk dkt 200 tu x3 Tapi memang best gila punnnnnnnnn! Tu yg aku larat nk melayan tu! Hhahaha. Dahlah dyorang xde skrip! Just spontan punya cakap! Daebak arh! *Suka dgr Song Ji Hyo cakap* Hahahhaha. *Korea kau?!* x3
Dalam running man ni, turutan yang aku minat adalah:
Yoo Jae Suk(유재숙)
Song Ji Hyo (송지효)
Lee Gwang Soo (이광수)
Kang Gary (강개리)
Haha (하하)
Kim Jong Kook (김종국)
Ji Suk Jin (지숙진)

Aku tak letak Song Joong Ki sbb dia ada awal2 je. Lps tu dah takde. Herm! Sebenarnya yg paling aku suka yg dari 1-5 je xp Yg 6,7 tu tak berapa sangat. Hahhaha. Tapi yang paling paling paling aku suka adalah Yoo Jae Suk! Hahahha. Dia waktu episode awal2 nampak hensem gilaaaa! Dahlah baik! Lepas tu jujur! Humble pulak tu! Tak tinggi diri! Aku paling suka gila dia bila ada episode yg running man lawan dia tu. Yg kena bagi dia jawab salah. Tapi dia jawab semuanya dgn jujur. Waktu tu agak touching gak arh. Huhu. Waktu tu bila aku tgk ahli running man yg lain semua tersentuh dgn jawapan dia, aku pun jadi sedih jugak. HAHAHAHHA. Tah pape x3 Btw, lagi satu yang paling aku suka tgk adalah Monday Couple tu! Kang Gary sweet gilalah dia bila dengan Ji Hyo! Dahlah ayat2 yg Kang Gary buat utk Song Ji Hyo tu mmg kelakar2 pulak x3 Hahahhaha. Yang lain aku malaslah nak cerita! Nanti cerita panjang2 mcm ada pulak yg nak baca kan? Tak larat pulak kang. Ni pun dah panjang jugaklah membebel. Haha.
RUNNING MAN DAEBAK!
Okeylah! That's all! Assalamualaikum! 

1 January 2014

Murnians! 2012//2013

Assalamualaikum! ;) Another more happy day! Alhamdulillah! Hari pertama untuk tahun 2014 berlalu dengan baik! Haha. Sebenarnya hari ni aku ada jamuan kelas! Jamuan akhir tahun 2013 tapi buat awal tahun 2014! Hahahahha. Best! Memang best! Dari pagi sampai petang jamuannya! Haha. Tapi sayangnya tak semua yang join. Dalam 30/40 org je yg join. Tapi kira okey jugaklah! ;)

Herm! Kitorang buat jamuan akhir tahun ni dekat Taman Botani Putrajaya. Saja pilih port yg hijau-hijau ni. Boleh menghayati kekuasaan Allah selain tengok keindahan ciptaanNYA :) Hihi. Banyaklah pokok-pokok bunga yang lawa-lawa ;D Memang cantiklah pemandangan kat situ ;) Kitorang buat jamuan dekat tempat yang kira tinggi n tersorok jugaklah! Penat kaki nak berjalan naik kat tempat tu. Kira hari ni exercise kaki jugaklah! Haha. Terutamanya bila aku ngan kawan2 mencari surau utk solat! Pusing satu taman botani tu! Haha. Penat jugaklah n lenguh2 kaki x3

Okey! Jamuan tu mula dalam pukul 10 lebih. tapi aku datang lambat! Dalam pukul 11 lebih baru aku sampai. Ayah dgn adik2 aku ikut sekali sbb ayah aku guru kelas aku, so dia bawaklah adik2 aku sekali. But ayah aku tak tunggu sampai habis pun, n tak sempat makan pun. Sbb dia balik sebelum makanan siap masak. *Aku tapau bawak balik jelah* Kitorang buat BBQ. Mcm2 yg dipanggang. Ayam, sosej, udang, sotong. Budak2 lelakilah yg tolong panggang makanan2 tu. Sambil dyorang panggang, sambil dyorang jmakan jugak. Haha. Mulut tak berhenti-henti mengunyah! Selain tu, ada jugak kek batik, pizza, n makanan ringan. Nmpk mcm sikit tapi sebenarnya semua tu pun dah lebih dari cukup! Memang kenyang habislah tadi! Alhamdulillah! Haha. Sebelum makanan2 tu siap dipanggang, adalah yang jalan2 sekitar taman tu dulu. Ambil2 gambar. *Termasuklah aku*

Then zohor mcm tu baru makanan2 BBQ siap dipanggang. Haha, lama tak lama? Dah tu gi solat dululah kan? Dah habis solat baru start makan. Makan punya makan then Pizza pulak dibuka. Waktu tu memang semua berebutlah! Especially budak-budak lelaki! Haha, tak menyempat! Dah habis makan tu kitorang pun adalah aktiviti tukar2 hadiah! Ramai jugaklah yg bawak hadiah. Haha, masing cabut nombor n ambil hadiah ikut nombor yg dyorang dah pilih. Aku dpt jugak sbb aku beli jugak hadiah. Hahaha, tapi hadiah aku budak lelaki yg dpt. Aku tak taulah dia suka ke tak. N aku tak tau jgk dia tau ke tak siapa yg bagi. Hadiah yg aku dpt pun aku tak tau siapa yg bagi. Huhu. Tapi agak kelakar jugaklah waktu tukar2 hadiah tu. Mcm2 komen yg keluar x3 Terutamanya dari budak2 lelakilah. Haha.

Dah habis tukar2 hadiah, mulalah mengemas. Kutip2 sampah, tapau makanan yg tak habis. N lastly ambil gambar ramai2! Dah tu salam2, peluk2, cium2 segalalah sebelum balik! Haha, yelahhhh! Masing2 rindu kot! Mcm2 yg kitorang lalui sama2 waktu sekolah dulu. Ada yg almost five years masuk kelas yg sama! Yelah, kitorang kan budak arab! So, kelas arab ni F1,F2,F3 ada dua kelas je. F4,F5 pulak satu kelas je. So, mana kitorang tak rapat n kenal sangat2 antara satu sama lain kan? :) Kira tadi lepas jugaklah rindu! Lepas ni susah dah nak jumpa. Yelah, masing2 dah dgn hala tuju hidup sendiri. Tak taulah macam mana nanti kan? :')
Serious, semua pengalaman yang kitorang lalui bersama takkan pernah dilupakan. Kawan-kawan, cikgu-cikgu, rupa kelas kitorang, usaha-usaha kitorang, kerenah masing-masing, waktu semua satu hati satu jiwa, waktu ada yg bergaduh, tak puas hati. Haha, semua tu memang takkan pernah dilupakan dan always disimpan dalam hati :')
Herm, gambar ada! Tapi tak dpt lagi :3 Nanti dah dpt aku masukkanlah! x3
Okeylah! Assalamualaikum! ;)