27 May 2016

New sem to go! v.v ft Ramadhan !

Assalamualaikum! Hanya entri pendek ;p Huhuhu. Alhamdulillah cuti sem 2 dah nak habis. Tinggal lebih kurang seminggu lebih je lg nak masuk kuis balik. Sem 3 to go! ;D Masuk 5/6, first ramadhan 6/6. 2 kali dah sem baru dkt kuis aku masuk waktu awal puasa. Sekali waktu asasi dulu dan kali kedua waktu degree ni ;) Look forward for tahun dpn pulak! Huhu. Btw, skrg ni sedang berfikir-fikir nak balik kuis sehari lambat, atau balik je awal? Nak puasa dkt rumah awal ramadhan, sahur sesama, buka dgn family, terawikh sesama >< Tapi tak tau lagilah kan! Harapnya first day tu tak mula kelas lagiiiiilahhhhh!

Pejam celik pejam celik, sekejap je dah lebih kurang 2 bulan berlalu aku cuti. Tup tup dah nak masuk sem 3! Berat badan tetap tak turun-2 jugak T^T *Ehhhhh? Hahahhaha. Misi nak kurus fail mcm tu je x'D Redha jelahhh. v.v 

Herm, tak lama lagi nak puasa kan! Tak sabarnyaaaa! Semoga ramadhan kita kali ni lebih baik dan bermakna serta bermanfaat dari tahun-2 yg sblmnya! Dan semoga kita semua dptlah bertemu dgn ramadhan kali ni :) Amin.. InsyaAllah... Jgn ada yg ponteng puasa! Terawikh pun sama! Sama-2lah beringat! Sebulan dlm setahun je kita nak berjumpa dgn terawikh dan puasa ni. Rugi kalau ambil ringan dan sambil lewa ikut suka! Jgn sia-siakan pertemuan yg Allah beri :) Semoga kita semua sama-2 dpt ubah diri bukan kerana ramadhan! Tapi kerana Allah, dgn mengambil inisiatif utk lebih tough dan bersungguh pada bulan ramadhan dan insyaAllah berterusan sampai bila-bila! :D Aminnnnn! ;)

Enjoy puasa dgn amal kebaikan, dan cari pahala byk-2 sbb bulan puasa ni berbeza! Pahalanya berlipat-ganda! :D Rugi kalau tak buat pahala byk-2 kannn! ><
Okay, bye! Assalamualaikum ^^

21 May 2016

Pokok durian tumbang tepi rumah!

Assalamualaikum para blogger. Pada pukul 3.30 pg td telah berlaku satu kejadian yg sgt tidak dijangka tepi rumah aku. Family aku telah dilanda musibah bencana alam pg tadi. Sebelah rumah aku ni ada 1 pokok durian. Dan mlm tadi, tgh kitorang satu family tidur lena, tiba-2 aku terdengar 1 bunyi yg sgt kuat mcm ada bnda jatuh sebelah tingkap bilik, mula-2 tu takdelah terlalu kuat, so aku ingat nak sambung tidur balik je. Tapi belum sempat nak lena balik tiba-2 dgr 1 lg benda jatuh yg mmg tersgt kuat bunyinya mcm bunyi atap kena hempap dan rasa mcm nak roboh. Mmg aku terkejut sgt-2 dan rasa takut. Mula tu waktu tgh mamai-2 lg, aku ingatkan ada org nak pecah masuk rumah ke apa ikut tingkap, tp bunyi benda jatuh tu makin lama makin kuat, dan buat aku rasa takut sgt. Aku tak tau knp aku rasa takut nak bgn dri katil, tp lps tu aku dgr suara maid aku tanya bunyi apa tu, then aku rasa berani sikit nak bgn dri katil. Then bila aku gi ruang tamu, aku nampak adik-2 aku dgn mak aku dah terbgn. Masing-2 terkejut bunyi apa yg kuat sgt tu.

At the same time, ayah aku tak tidur lg rupanya. So, ayah aku punya bilik dkt dpn. Aku duduk bilik tgh dan maid aku duduk bilik blkg. Ayah aku cerita, ayah aku rasa angin kuat sgt yg bukan biasa punya angin. Ayah aku pun dah rasa lain mcm lah kan. Sekali tetiba dgr bunyi dentuman benda jatuh. Ayah aku pun dah fikir ni mesti kena kereta sbb kereta parking sblh rumah. Dkt dgn pokok durian tu. Ayah aku ingat ranting dia je jatuh, sekali dgn pokok-2nya sekali tumbang atas kereta. Mmg kemek habislah kereta ayah aku!

 (Bwh tu ada kereta ayah aku)

 (Dri sudut dpn rumah aku)

(Dpn rumah ada kereta mak aku. Alhamdulillah kena ranting-2 je..)

(Bwh pokok, dlm timbunan daun tu ada kereta ayah aku yg dah kena hempap)

 (Atap luar yg pecah)


(Atap yg pecah dri dlm bilik ayah aku)
Kitorg dah terkejut tu, ayah aku, kitorg keluar tgk apa yg terjadi. Mmg pokok durian tu dah terbelah dua, jatuh hempap kereta ayah aku dan kena bumbung rumah dkt bilik ayah aku. Habis pecah atap dgn syiling atas bilik ayah aku sikit. Lps tu, hujan… Air dah dpt masuk ikut atap tu, habis dia mengalir banjir pulak dlm bilik ayah aku dgn ruang tamu. Mmg basah habislah! Berbaldi-baldi sekali dgn besen periuk semua yg ada boleh utk takung air digunakan. Byk gaklah guna.. n basah lantai jgn ckplah… T^T




Tak lama lps tu, dlm pukul 4 lebih tak silap, ada beberapa ustaz kawan-2 ayah aku yg sekali merupakan jiran dtg tgk. Dan dlm hujan-2 tu, ada yg tolong tebang pokok utk alihkan dari kereta ayah aku. Mmg aku bersyukur sgtlah ada kwn-2 ayah aku yg sudi tlg potong pokok dan bersihkan kereta ayah aku yg dah kena hempap tu dalam waktu hujan-2 macam tu, dgn hanya pakai baju hujan je. Nak katanya alhamdulillah family aku dikurniakan environment dgn kwn-2, jiran-2 yg mcm ni. Pg-2 buta jiran ditimpa musibah dlm keadaan hujan, sudi dtg membantu…









Lps dah potong semua, dah masuk subuh. So, dyorg stop sekejap. Then siang hari ni, kitorg ada pertandingan hafazan peringkat serdang, dkt surau dpn rumah aku. Alhamdulillah ramai peserta-2 yg join dan sambutan mmg hangat :) Lps selesai program dlm tghhari mcm tu, ramailah kwn-2 mak ayah aku dtg ziarah kitorg. Tgk apa yg berlaku… Huhuhu, dri pglah kiranya ada yg dtg, sampai ke petang tak henti-2. Cikgu-2 sekolah ayah aku pun ada yg dtg jgk.. Adalah yg memberi sedikit sumbangan, mmglah rasa segan tapi alhamdulillah ada yg sudi menolong meringankan beban.. :’)




So, dri pukul 10 ke atas td ada tuan rumah dgn pekerja-pekerjanya dtg bantu repair atap yg ranap dan bocor tu n ada jugak Kadet Amal/ Unit Amal dtg tolong tebang pokok kepala sawit dpn rumah aku. Sbb utk mengelakkan kalau terjadi sekali lagi bencana yg tidak dijangka… N dyorg jugak ada potong pokok-2 durian yg lain dkt tepi/blkg rumah org lain rasanya. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan, dlm masa sehari ni atap dah dibaiki, cuma pokok jelah belum dikutip utk dibuang lg… So, agak bersepah lg dkt sblh rumah aku ni. Huhuhu… Kereta ayah aku mmg kemek habis dan katanya nak repair tu beribu jugaklah kan…. Huhu…







Serious, bencana alam yg menimpa ni adalah mungkin satu musibah, ujian Allah utk kitorg satu family. Dan mungkin juga peringatan kepada kami dan juga org lain. Sbb nak katanya hanya pokok durian yg mmg besar kayunya tu sahaja yg tumbang yg hanya disebabkan oleh angin kuat semata-mata. Kuasa Allah siapa boleh lawan? Dan sbnrnya kalau mmg ajal kami 1 family dah sampai pg tadi tu, pokok tu mmg takkan jatuh ke atas kereta tapi jatuh ke atas rumah kami. Maka nikmat Allah yg mana yg kamu dustakan? :’) Allah masih panjangkan umur kami utk bertaubat dan bermuhasabah… Allahu… Byk lagi amalan yg tidak dilakukan, byk lagi pahala yg perlu dikejar, tidak terkira dosa yg telah dilakukan…. :’( Mohon doa dri sahabat semua, semoga kami dipermudahkan urusan dan berada dalam peliharaan Allah SWT… Amin… Assalamualaikum…



*Btw, wifi rumah aku wayarnya habis terputus. So, tak tau bila pulak unifi nak psgnya :3 Ni pun aku gigih guna wifi hotspot data hp. Huhuhuhu. Demi mengupdate entri baru ni TvT*

15 May 2016

Hari Kesihatan Dan Karnival Mahabbah Teras Jernang! :D

Assalamualaikum bloggers! Lamanya ku menyepi. Hanya mampu ku katakan sorry! >< Hehehehehe. Okay, nak cerita ni! Takdelah cerita best pun, just ttg apa yg berlaku dlm hari aku hari ini :D 15 Mei 2016! ;)




Aku tinggal di Bangi, di bangi ni ada satu tempat namanya Teras Jernang. Ada yg tahu, tapi ramai juga yg tidak tahu. Yelah, sbb TJ ni dipanggil Kampung Teras Jernang, dan bukannya dipanggil seksyen-seksyen mcm di tempat lain dkt bangi ni. Dan dlm TJ ni, ada satu jalan namanya Jalan Rahmat. Alhamdulillah aku dah tinggal dkt Jalan Rahmat ni almost 20 years. Sama dgn umur akulah kan. Lama takkkk >< Apa yg bestnya dkt kwsn rumah aku ni, mmg alhamdulillah environment-nya islamik, dan surau pun mmg dpn rumah je. Jiran-jirannya pun tidak sombong ke apa ke. Kalau ada program atau gotong-royong atau kuliah or anything, insyaAllah ramai juga yg turun turut membantu ;) So, mmg syglah kalau nak pindah dri TJ(Jalan Rahmat) ni. Dan kalau ada yg berpindah dari sini pun, mmg turut diadakan majlis perpisahan n adalah certain-2 time tu aku pun sedih tgk ada yg nangis sbb sedih kawan-kawannya nak pindah dah. Tapi at the same time gembira jugaklah kan :)

Byk dah program yg dijalankan dkt Jalan Rahmat ni, dan bermacam-macam program dah aku join, dri kecik sampailah besar. N alhamdulillah byklah program-2 yg best! ;) So! Kalau dulu aku join program, skrg dah besar kita pulak handle program! Jadi ajk lah duluuuu, belum mampu buat program lagi >< Jadinya telah diadakan Hari Kesihatan dan Karnival Mahabbah(Hari Keluarga) Teras Jernang :) Kiranya sesiapa yg tinggal dkt TJ ni mmg boleh joinlah! ;) Alhamdulillah program ni telah berjalan lancar even adalah jgk kalutnya tadi. Hahahahaha. Tapi alhamdulillah sambutan pun ramai ;) N takdelah bosan even aku buat kerja je. Penat agaklah tapi tak rasa beban. Sbb aku minat kot benda-2 mcm ni :D Best pun best! Haha.








Ouh, Karnival Mahabbah ni antara aktivitinya adalah sukaneka, ceramah kesihatan dan pemeriksaan kesihatan. So, aku dpt keje sebagai ajk pendaftaran sukaneka dgn ada beberapa org kwn (bff dan kwn dri kecik). Program mula pukul 8 mcm tu, dgn bacaan tahlil dan kemudian pendaftaran sukaneka dan kesihatan. Tapi asing tempatlah. Ouh, lupa nak ckp. Karnival dan Hari kesihatan ni di Surau Ar-rahmaniah TJ (dpn rumah aku ><) So, pendaftaran sukaneka kitorg handle. Yg kesihatan adalah mak-2 ajk lain handle. Pagi td ingatkan takdelah ramai yg dtg awal sgt, sekali kau meja pendaftaran sukaneka kena serbu! Hahahahaha. Penat + panas jgklah dok tick-2 nama para peserta. Aku pulak jenis kelam-kabut sikit (aku pun tak tau asal) Hahahhaha, so dia jdi agak kabut dan bising dgn suara aku je dkt meja pendaftaran tu xD (suara aku pun nyaring). Aku pun dah mcm tak kisah mcm mana rupa aku sepanjang program tu. Hahahahhahah

Ingatkan keje as ajk pendaftaran sukaneka ni, just tick-2 nama lps tu habis dah. Rupanya memacam lg keje yg mendatang. Dgn kena jdi pengadilnya, prepare hadiah nak bgnya, prepare brg-2 utk mainnya >< Tapi, aku takdelah kisah sgt pun. Sbb aku rasa best dan suka! Hahahaha. Serious, aku jalan sana sini tak berhenti tulis itu ini, semuanyalah xD Org x suruh pun, aku volunteer je diri. Sbb best. Hahahaha. Alhamdulillah program ni berjalan lancar dgn jayanya! ;)












Byk pulak aku membebel ><'''

Okay-2, kita share gambar pulak! Tapi gambar sukaneka jelah yg aku dpt. Gmbr tempat kejadian ceramah/pemeriksaan kesihatan tak dpt lgi T.T

Sukaneka ni ada mcm-2 sukan, mcm-2 kategori, mcm-2 peringkat umur. Dri 6 tahun ke bwh hingga 21 ke atas. Semualah peringkat umurlah ada gamenya. Game-2 ni pulak, patut org lain handle, tapi aku dgn kwn aku yg sekali ajk pendaftaran pun terlibat bg idea main game apa. Hahahahha.

Antara game-gamenya: Mewarna, melukis, bowling tin, pyramid building, sumpit beracun, belon basah, 'rasa apa?', gasing, ping-pong, kupas kulit epal, word puzzle game n aktiviti berpasangan.



































Hahahaahahah, Selain jadi ajk pendaftaran, kwn aku ada bwk kamera, so secara tak langsung dia kena jadi camera(woman). Aku gilir-2 dgn dia amek gmbr org mainlah... Huhuhuhu. Kitorg main sukaneka ni cuaca kejap panas, kejap redup, tapi kebanyakannya mmg tahan terik panaslah. Huhuhuhu.

Alhamdulillah habis jugak aku bercerita! Hahahahaha. Tq lah siapa yg baca sampai habis tu! Dan tq jgk siapa yg just tgk-2 gambar je! >< Byeeeee! Assalamualaikum! :D