24 July 2019

[THE STRUGGLE IS REAL #2]

Assalamualaikum! Okay guysssss! Bertemu kembali kita in Part #2!!!! Lama jugak aku tangguh nak sambung Part 2 ni eh 😂 Sampai dah habis raya pun xD Sorrylahhh. Sbb busy dgn life. Ehhhh hahahahaha 😛 Btw, aku dkt office skrg hehe tgh intern dan tgh takde kerja so kita buatlah apa yg boleh utk isi masa kan 😝 Anyway, perlu diingatkan bahawa entry ini agak panjang juga contentnya. Jadi silalah bersedia dgn masa free yang byk dan mata yg segar utk membaca yaaa! Hahahahaha

So, sape yg belum baca Part #1 tu bolehlah KLIK SINI FOR PART #1 :) So, jom kita sambung Part #2! Kat mana eh stop hari tu... Ohhh haaaa. After aku jumpa SV Thesis aku, then aku duduk library n call parents aku ckp nak amek shortsem. Lps aku dah berperang dgn perasaan sendiri dlm lib tu lah 😂 Waktu aku call parents aku tu, serious air mata aku jatuh tak henti-henti. Mengalir laju je sampai aku takleh nak bercakap XD  Kelakar pun ada rasa. Tapi yelah, perasaan waktu tu mmg undescribeable lahhh. Mcm2 rasa tak bestlah dlm hati waktu tu. Dan mmg paling besarnya aku rasa kesian n bersalah dgn parents aku. Sbb tak dpt siapkan on time. Diorang nak kena berhabis duit lagi. Bukannya sikit pula tu yuran short sem 😭 Btw, aku nangis tu aku pergi menyorok di antara rak-rak buku dalam lib tu lah. Hahahaha. Nasib jugak tak ramai orang waktu tu 😂 Sbb aku mmg takleh kawal langsung air mata aku waktu tu. Nangis teruk arh hahahahahaha

Okay, after dah call apa semua, aku meredakanlah perasaan aku dan lap air mata jgn bagi nmpk merah baru lepas nangis. Nasiblah mata aku ni kalau lps nangis mmg cepat je hilang merahnya. Okay, bila dah mula okay sikit perasaan aku waktu tu, aku terus ws SV aku ckp yg aku nak ambil shortsem. Aku ckplah sbb aku rasa aku tak mampu nak siapkan dgn agak sempurna dan nak fokus final exam lagi. Mmg aku tak dpt nak kejar dedua serentaklah. Aku kena tangguhkan satu. Ofkos-ofkoslah thesis kan. Mana boleh tangguh exam. Kang konon nak struggle dedua last2 kelaut semua. Even akhirnya mmg hmm... mcm ke surface laut gaklah.... Alhamdulillah tak jatuh ke dasar laut yg dalam hahahaha 😂
Okay, kita skip terus ke waktu shortsem aku menyiapkan thesis aku. Wowwwww waktu ni mmg struggle lahhh. Cuti sem dari bulan 4-7. Short sem aku 5-6 for a month lah kan. Not exactly a month pun sebenarnya. Dlm 7 weeks mcm tu je kot rasanya. So yeah, mmg struggle lah menyiapkan thesis ni. Dan paling aku bersyukur, alhamdulillah lahhhh ada kwn aku sorg yg sama SV dgn aku pun tangguh thesis ambil shortsem. So adalah geng xD Pergi KUIS jumpa SV pun sesama ngan dialah. Huhu... Naik motor dia. Thankyou so muchhh my sisterrr 😘 Okay, dalam struggle2 tu ada gak kdg malas nak tgk thesis tu. Tu pun struggle gaklah nak lawan malas tu kan. HAHA. Anyway, sng citer malas ke rajin ke whatever it is aku mmg kena siapkan jugak thesis aku tu kan. Sbb nak intern dlm tahun yg sama gak. Taknak tangguh intern lagi jauh. Huhu, kwn sume dah start intern kita still gigih siapkan thesis. But, aku takdelah nak mengeluh sgt ke apa sbb aku mmg bersyukur je for whatever had happened. Sbbnya, byk je hikmahnya dri aku ambil shortsem tu. Tapi yelah, still kena amek pengajaran kan. Huhu.

So, mmg siang malam dok mengadap thesis tu jelah. Siang jumpa SV, malam betulkan apa yg perlu. Kdg dlm seminggu 2 kali jumpa. Tapi selalunya sekali jelah 😅 Hahahaha mcm masih tak sedar2 lagi tu. Haihhhh. Anyway, mmg byk kali gaklah aku kena buat pembetulan kena betulkan apa yg tak kena pada mata SV. Dan paling byk yg mcm melecehkan is the teknikal part. Like transliterasi, spacing bagai2 tulah. N then, byk jugak habis dkt printing je. Ya Allah, setiap kali membetulkan tu sikit je tapiiiii printnya tu semua muka surat. So, mmg byk gaklah pembaziran yang berlaku 😖 Hmmmm... Okay, bila dah hujung2 nak kena hantar dah mmg lagi gabra lah kan. Nak dgr ustazah ckp dah boleh jilid tu. Huhuhu. Bukan senang doeee. Andddd finallyyy alhamdulillah bila dah bwk final draf ustazah kata dah okay, tapi tak ckp dah boleh jilid. Aku yg pi tanya "saya dah boleh jilid ke ustazah?" Then ustazah just balas mcm "Ha... Bolehlah kalau kamu nak jilid.. Rasa takde byk salah dah pun ni". Aku mcm tak tau nak happy ke nak mcm tak tau nak rasa apa 😂 Mcm boleh jilid ustazah tu half hearted? 😕 Tak taulahhh. But whatever it is aku berjayalah sampai ke akhirnya! Utk menjilidkan my thesis! Alhamdulillahhhhh! 😇

Okay, lps tu pergilah hantar jilid. Dgn my friend yg sorg lagi tu. (Actly, more to my sisterrr) hehe. Nak jilid tu kejap jee. Hantar hari ni esok dapat. Oh ya. Nak hntr jilid tu pun satu hal gak sbnrnya 😂 Malam tu mmg habis2 lah mengedit bagai apa je. Mcm never-ending lah dia punya edit teknikal tu. Mmg tido pun lambatlah. Sbb mcm aku nak hntr for the last time punya, so kena cek bebetul taknak ada salah yg sikit tp merosakkan semuanya 😂 Okay, sbb patutnya hantar malam tu tapi kitorg lambat sgt siap so esoknya awal pagi baru ws uncle kedai tu the last draf utk print. Nasiblah boleh dapat ptg hari yg sama jgk. Huhu. Sbb esoknya isnin dah nak pergi minta sain SV n Ketua Jabatan QS huhu. So, alhamdulillah everything going well utk printing apa sume. N here is my Thesis: 😊😌
Yeayyyy! I did it! Alhamdulillah! 💪
Okay, after dah settle semua tu, kita nak kena settlekan utk intern pulaklah kannn. Haaa, nak citer psl intern ni. Seriously lps siap thesis tu tempat intern pun tak dpt lagi sbnrnya 😂 Act, tak tau nak mohon dkt mana. HAHAHA. Dan sbnrnya, kalau siap thesis pada masa yg ditetapkan, ada je dah dpt tempat intern. Byk lak tu dpt. Aku pun tak sangka rezeki nak dpt byk tempat. Kira hampir semua tmpt yg dimohon tu dptlah. Tapi sbb thesis tak siap lagi, so sis terpaksalah tolak semua tmpt-tmpt tu 😢 Takpelah, ada hikmah insyaAllah huhu. Okay, balik pada masa skrg haha. So lps tu aku mencari lah tmpt intern yg baru. Tapi aku mcm hmmm nak mohon tmpt sama ke nak mohon tmpt lain eh. Kalau tmpt sama mmg takde elaunlah sbb kerajaan. Tapi kalau tmpt lain kat mana. Nak amek yg bahagian agama ke komunikasi kan. Sbb dedua boleh major or minor. So, nak jadi cerita aku nampak satu poster iklan company carik budak intern. Kwn aku yg ss n viralkan dkt IG dia. Dan paling penting ada elaunnn. HAHAHAHA. Dan aku pun mcm hmmm mcm nice gak tmpt ni. Tmpt tu Agensi Periklanan. Tapi dyorg cari budak intern utk media dari segi urus social media, content writer cmtulah. Tapi memula tu aku mcm berbelah-bahagi gak sbb yelah, bukan bidang agama. N entah aku boleh ke tak kan. Tpi sbb mcm dah mls nk carik tmpt lain aku pun mohon jelah sbb aku ada gaklah basic editing video n poster by Sony Vegas or PS kan.

So, aku dah mohon dlm seminggu camtu gak kot takde respon lagi. Sebab sepatutnya akan ada temuduga. Yelah, kalau mmg tak dpt kita nak tau lah kan so that boleh mohon tempat lain. So, aku pun callah orang yg urus tu. Bgtau yg aku dah email dia resume. Pastu dia ckp yg dia baru bukak dan baru nak call aku. Sbb sebelum tu dia mmg busy tak smpt nak cek email. Haha. So aku pun okay jelah kan. N then aku tanyalah so cmne. Tetiba dia ckp boleh bawak apa yg perlu time first day intern nnti. N aku pun cam, "Eh, saya diterima ke?" Pastu org tu jwb "Haah ya diterima" N i was like... Oh... okay... *dalam hati* "Takde iv lah ni" Hahahahaha. Bila dpt tau diterima tu aku pun alhamdulillah sgtlah dah ada tempat intern. Tapi bila makin hari ke hari nak dkt hari intern tu neves dia tak tau nak ckp xD Sbb yelah, aku dgr memacamlah even dri mak aku. Yg ckp, dia mmg tgh cari budak intern so maknanya mmg tgh ada projek nak guna tenaga kerja. Pastu dah risaulahkan, sbb segala ilmu editing aku tu basic je. Dlm resume mmg aku tak tulis basic ke skill. Aku tulis nama software tu je. Menunjukkan yg aku reti guna benda tu. So, aku risau sbb takut kang dia suruh buat kerja yg melebihi tahap skill aku kang. Tak ke nayaaa. Naya ke syarikat naya ke aku jugak xD Neves part tu lah. Tapi apa2 pun aku pergi jelahhh intern for the first day tu. Huhuhuhu...

So basically ni lah rupa tmpt intern aku ;) N meja kerja aku huhu
Dan alhamdulillah everything went welll. Ada sorg lagi budak intern dari tmpt lain yg masuk intern sama dgn aku. So berdualah kami budak intern. Alhamdulillah ada gak kawan. Huhuhuhu... Tapi dia intern 3 bulan habis bulan 9 aku intern 2 bulan je so bulan 8 dah say bye bye. Hahahahaha. Anyway, rupanya budak intern diambil utk handle youtube channel as content writer. Buat apa bnda, aku malas nak citerlah. Sbb nnti lagi panjang jadinya post ni xD But whatever it is... Kerjanya takdelah seteruk yg aku sangka xD Biasa-biasa je hahahahha. N kdg melanguk tak buat apa pun 😂😂😂😂 Takde keje sgt huhuhu. Harapnya lps ni ada bnda baru aku belajar n dpt buattttt. Pleaseeeeelahhhhh.

Oh ya, lupa nak bagitau. Result thesis aku hmmm... agak tak membahagiakanlah bagi aku. Sbbnya, at least kami (aku n my friend tu) boleh dapat lagi better dri result yg kami dpt tu. Sbb kami tau struggle kami mcm mana dan apa yg kami buat. Tapi tak taulah kan, sama ada ni mmg SV kitorg dah set dri awal dlm kepala otak dia result tu utk kami or mmg kerja kami tu worth takat tu je ke. IDK. Apa2 pun redha jelah. Alhamdulillah tak dpt lagi teruk dari tu. Walaupun cam mmg tipulah kalau kata tak sedih kan tgk result tu. Dahlah result final semester aku pun tak dekan xD Tapi still alhamdulillah tak jatuh teruk. Huhuhuhu. Alhamdulillah alhamdulillahh alhamdulillahhhh! 😇
InsyaAllah Allah nampak usaha kita takat mana dan insyaAllah kalau tak sekarang, rezeki pada masa akan datang lebih besar ke kan. Kita tak tahuu rahsia perancangan Allah tu! :) Always bersangka baik insyaAllah! 💚
Okaylah, till then! Thankyou sebab sudi baca sampai habissss! >< May Allah bless all of you! ;)

17 comments:

  1. sangat memberi inspirasi..

    all the best awk utk life mendatang! jemput singgah blog merapu saya XD

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah u did it so well!

    ReplyDelete
  3. I wish I know how intern feels like so I could put my two cents in it.
    Anyway, good luck for everything.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu. I too don't even know how it feels. Eventhough i'm an intern. Hahahaha But the internship should feel with a lot of new things to learn and practise. So, yeah.. Huhu. Anyway, thankyou :)

      Delete
  4. wow... cayaa lahh terus dapat tempat practical.. tahniah awak and good luck for everything.. sikit jee lagi sabar nak habiskan study.. hehe stay strong ok ? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu, alhamdulillah ^^ Thankyouuu! InsyaAllah! :)

      Delete
  5. best kan bila dah hantar thesis! last week hantar jugak for degree, ya Allah lega rasanya :)

    erin azmir // lifestyle + journal + beauty

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu, yup! Lega sgt! Mcm alhamdulillah aku dah settlekan semua! Takyah tgk lagi dah! Hahahaha.
      Wahhhh! Tahniahhhh! :) May everything forward be good to you! ^^

      Delete
  6. hi, blogwalking! cantiknya blog awak! singgah follow jugak.

    ReplyDelete
  7. semoga dipermudahkan urusan selalu! cantik blog awak hehe

    ReplyDelete