30 September 2013

Syukur kepadaMU Ya Allah. Alhamdulillah :')

Assalamualaikum :')
Alhamdulillah Ya Allah. Akhirnya engkau telah hadirkan kesedaran kpd mereka :') Terima kasih sangat2 Ya Allah. Aku bersyukur sgt Ya Allah. Mereka sedar juga akhirnya. Dan sesungguhnya ia masih tidak terlambat walaupun masanya hampir tiba. Aku tetap bersyukur Ya Allah. Setelah sekian lama aku memendam rasa, memendam rasa sakit dihati ini, memendam segala-galanya dari mereka. Dan akhirnya mereka sedar! Mereka sedar bahawa tidak semua perkara mesti lakukan dgn cara begitu. Mereka sedar bahawa setiap manusia itu berlainan caranya hidupnya, penerimaannya. Ya Allah, terima kasih :') Tiada apa yg boleh aku ucapkan lagi selain memanjatkan syukur kepadaMU diatas segalanya. Sesungguhnya aku telah mula utk membuka hati ini. Utk menyesuaikan diri dgn semua yg telah berlaku. Sesungguhnya pengalaman adalah sebaik-baik pengajar :') Dan hanya engkaulah satu-satunya Allah yang esa. Yg berkuasa melakukan apa sahaja mengikut kehendakMU. Allahu... Engkau masih memberi aku kesenangan, menjaga aku dan mengurniakan aku ahli keluarga, guru2, dan sahabat2 yang baik walaupun sesungguhnya banyak dosa aku kepadaMU. Kau terlalu baik Ya Allah. Engkau amat mencintai hamba-hambaMU walaupun mereka melupakanMU hampir setiap masa. Ampunkan kami Ya Allah. Kami terlalu sombong kepadaMU. Kami terlalu jahat kepadaMU. Tetapi semua itu tidak memberikan sebarang kesusahan kepadaMU walau sedikit pun, tetapi engkau tetap menyayangi kami.

Sejujurnya, aku amat merindui mereka. Aku cemburu dgn org lain. Tapi pada masa yang sama aku tak sedar sbnrnya aku ada apa yg org lain tiada. Aku tidak sedar bahawa masih ada yg mengharapkan apa yang aku ada. Aku buta Ya Allah. Aku buta dalam mensyukuri nikmatMU :'( Aku tidak menghargai apa yang aku ada, tetapi aku asyik mengharapkan apa yg org lain ada. Sedangkan apa yg engkau kurniakan kepada setiap seseorang manusia itu adalah apa yang terbaik utknya. Maafkan aku. Ampuni aku Ya Allah :'( Sebelum ini, aku merasakan mereka tidak faham apa yang aku mahu. Apa yang aku boleh dan apa yang aku tidak mampu. Mmg aku merasakan tekanannya. Dan aku mmg tidak tahan dgn semua itu. Sekian lama aku menahannya. Dan sekarang mereka akhirnya sedar! Sedar dgn apa yg mereka lakukan selama ini! Terima kasih Ya Allah. Kerana menghadirkan seseorang utk menjadi pengantaraan dlm menyampaikan kata-kataMU :') Syukur Ya Allah. Alhamdulillah.

Dan sekarang, masanya utk aku pula berusaha. Tidak putus asa! Cuba utk berubah! Menggapai apa yang sepatutnya mampu utk aku gapai! Mampu utk aku capai! Aku boleh! Aku mesti! Mereka mengharapkan yang terbaik dari aku. Mereka sudah melakukan banyak perkara utk aku. Dan sudah tiba masa utk aku membalasnya. Dgn kejayaan ini. Aku hendak lihat senyuman bahagia, tangisan kegembiraan di wajah2 mereka. Semoga aku berjaya. Kau bantulah aku Ya Allah. Kau kurniakan kekuatan kepadaku. Jgn engkau tinggalkan aku atau jauh dariku. Aku tiada apa-apa tanpaMU, Ya Allah...
Doa adalah senjata orang Islam! 
Doa juga merupakan penggerak dalaman yang memberikan kekuatan, keyakinan, harapan dan keberkatan dalam apa jua amal perbuatan :')
Jangan lupakan doakan aku. Semoga kita sentiasa dibawah naungan rahmatNYA. Amin..

Assalamualaikum.

16 September 2013

Kehidupan Ini.

Assalamualaikum :') Bismillahirrahmanirrahim.
Lama aku tak update blogkan? Haha, sibuk dgn trial SPM n SPM yg akan dtg TT.TT
Herm, act aku takde idea nak update apa. Tambah dgn malasnya lagi nak menaip. Huhu, sory wahai kwn2 blogger yg lain. Mesti bosan je kan kalau korg ada usha sini. Yelah, entri sama je yg korang nmpk >< Maafkan akuuuuu. *Tpi, sbnrnya byk iklan yg merepek2 je yg dtg singgah dekat cbox aku tuh* Nvermindlah, yg penting ada lagi yg sudi tinggalkan link kat cbox aku tuh :)
 
Herm, kehidupan ini? Kenapa? Ada kehidupan yg lain ke? >< Hihi, takdelah. Kita kan hidup hanya sekali sahaja. Dan kemudian bangkit pula pada hari kebangkitan nnti di padang mahsyar. Kehidupan yg selama-lamanya hanyalah di akhirat sana :')
Herm, setiap manusia mmg tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Percayalah, lagi2 manusia biasa yg mcm kita niyh. Kita hanyalah hamba yg tidak berupaya tanpa bantuanNYA. Manusia dicipta oleh Sang Pencipta iaitu Allah yg Esa. Jadi? Mestilah kita sentiasa bergantung padanya. Lagi2 DIA lah Allah yg mencipta seluruh alam dan isinya. Allahuakbar!
 
Back to the story, aku manusia. Kau manusia. Kita semua manusia. Tapi? Setiap kita adalah berbeza-beza. Dari rupa parasnya, perlakuannya, hatinya, pengalamannya, kehidupannya. Semuanya lain. Itulah kebesaran kekuasaan Allah SWT. Ya, semuanya lain. Kenapa kita diciptakan lain-lain? Sbb Allah hendak kita berkenalan dan bersyukur dgn segala nikmat yg telah dikurniakannya kpd kita. Terutama sekali nikmat hidup :') Kalau Allah tak mengehendaki kita utk hidup dkt dunia ni, kita takkan lahir tau? Dan kita sememangnya kena bersyukur kerana kita dipilih oleh Allah utk melalui kehidupan di dunia ini dlm mengenalNYA dgn lebih mendalam. Bukannya pasrah, menyesal dan menginginkan mati apabila ditimpa kesusahan. Allah tidak akan memberi ujian yg tidak mampu dihadapi oleh kita. Ujian itu juga adalah sebagai pengajaranNYA kpd kita agar sentiasa ingat kpdnya sama ada waktu susah atau senang. Tapi kita? Jarang hendak menerima dgn hati terbuka dan menghargai segala kasih-sayangNYA :'( Mungkin lps beberapa lama baru kita terima, tapi keikhlasan itu hanya Allah yg tahu. Dan ikhlas itu adalah penerimaan serentak pada saat kita terima ujian itu. Bukannya selepas mengeluh dan marah2. Kita tau maksudnya kan? Herm, semakin lama semakin manusia melupakanNYA. Maksiat berleluasa, keagungan duniawi semakin dikejar, kehidupan di akhirat semakin dilupakan. Allahu.. Aku juga tidak terlepas dripada semua itu :( Astaghfirullahhalazim... Ampuni kami Ya Allah..
 
Kita sememangnya kena byk bersabar. Dalam setiap perkara. Sabar bukan bermaksud kita hanya menunggu. Tetapi menunggu dgn hati yg ikhlas. Tidak bercerita buruk dibelakang dan menyebarkan mcm2. Menyerahkan segalanya kepada Allah SWT. InsyaAllah DIA akan bantu mereka yg teraniaya :') Jgn risau...
Tapi, kita kena tau jgk. Setiap yg kita bagi dkt org lain, kita akan dpt balik. Itulah kehidupan. Tak selamanya kita diatas, kita pasti akan merasai juga saatnya ketika berada dibawah. So, setiap dugaan yg kita dpt maybe sbb kita pernah buat dkt org mcm tu? Astagfirullahhalazim. Mungkin kita tak sedar... Nak jaga hati org mmg susah. Dah jaga sehabis baik pun, tetap ada celanya. Yelah, mana ada manusia yg sempurna di dunia niyh. Kita sendiri taukan? So, kita kenalah berterima kasih apabila menerima dan saling bermaafan apabila ada salahnya. Bukan saling benci-membenci dan terus berdendam. Luah jika mampu. Aku tau, mesti ramai yg simpan je perasaan2 yg sepatutnya diluahkan tu. Sbb aku pun sama mcm tu jgk. Lebih rela hati sendiri terluka daripada org lain yg terluka. Masalahnya, makin disimpan. Makin sakit hati ini :') Dan bila dah sampai ke kemuncaknya, segalanya hendak dilepaskan. Maka, bermulalah sebuah perpecahan. Allah... Aku taknak semua tu terjadi. Aku taknak. Tapi... Aku tak tahan. Aku tau apa yg aku buat ni mmg salah. Tapi, aku tak tau kenapa aku still melakukannya. Sesungguhnya aku semakin jauh darimu Ya Allah... Aku perlukanmu. Aku mendambakan kasih sayangmu. Jgnlah KAU tinggalkanku. Aku tak mampu menghadapi kehidupan ini seorang diri tanpa kasih-sayangMU Ya Allah :'( 
Aku mesti bertahan. Aku mesti kuat. Aku mesti berubah. Aku mesti mendapatkan SyurgaNYA. Aku mesti!
Bila kita diberikan peluang olehNYA utk hidup, maka gunakan peluang itu sebaik mungkin. Utk meraih cinta yg Maha Esa. Bukan hanya mengejar cinta manusia. 'HabluminAllah, Habluminannas' Bila kita jaga hubungan baik dgn Allah, percayalah Allah akan jaga hubungan kita dgn manusia lain. Percayalah! Kita hanya merancang, Allah yg menentukan segalanya. Lakukan perubahan. Mula-mula mmg susah, tapi jika kita istiqamah, insyaAllah Allah akan membantu. Allah suka org yg berusaha utk kearah yg lebih baik :') Muhasabah diri kita. InsyaAllah...

Mesti korang perasan sekarang ni byk kita dgr berita-berita ttg kematian seseorang. Mmg ajal mereka telah sampai. Tapi kita? Kita yg masih diberi peluang oleh Allah utk hidup ni? Apa kita buat? Masih lagi leka dgn urusan2 duniawi. Apa yg sebenarnya kita mahu? Kepahitan didunia dan kemanisan diakhirat atau sebaliknya?! Fikirkan :')
Setiap hari kita bangun dgn hari yg baru, cerita yg baru. Siapa yg bagi semua tu? Allah! DIA masih kurniakan kita nyawa, oksigen utk kita teruskan kehidupan kita dan sebenarnya DIA masih memberikan kita peluang utk bertaubat diatas segala kesalahan kita tau?! Tapi pernah ke kita menghargainya? Kalau ada pun jarangkan? Ya Allah... Baiknya Allah kpd kita... Tapi kita? Tak pernah reti nak bersyukur. Bila DIA bagi sikit je kesusahan dkt kita, kita dah mula menyalahkan takdir. Tapi kita tak sedar sbnrnya byk nikmat yg dia bagi kpd kita, kita x bersyukur. Tapi dia ttp bagi. Dia sayangkan hamba-hambaNYA. Dia sentiasa menerima taubat hamba-hambaNYA :') Allahu...
Niatkan segala yg kita lakukan hanya kerana Allah SWT. Mulakan dgn Bismillahirrahmanirrahim :')
p/s: Maafkan aku...
Assalamualaikum :')

4 September 2013

Hee, Happy Happy! Alhamdulillah!

Assalamualaikum! Heeee! Apa yg aku happy sgt tuh? Hah! Apa2? Hehe, hadiah yg aku menang dri HANIM GA dah sampai! Smpai semalam betul2 lps aku balik sekolah! Heee >< Yg aku tak sangkanya, aku ingat aku dpt beg je. Tau2 ada 2 tudung bawal lagi! Dahlah lawa pulak tuh! Dah tu dkt email akk Hanim nak bgi hadiah topup lagi. Okey, bersyukur sgt aku rasa >< Alhamdulillah. Thanks sgt2 kat akk HANIM :) Okey, malas nak bebel panjang2. Kita tgk hadiah yg aku dpt eyh?! Lawa sangatttttttttttt! Aku suka! Haha x3
Btw, sorrylah kalau gmbr tak lawa ><

1st:


Lawakan beg niyhhhhhhhhhhhhhh? Aku suka sangattttttttt! Haha, dahlah sama pulak tuh dgn colour blog aku! Pink Turquoise >< Hihi, sweet je beg dye! K, aku suka sgt ♥ !
 
2nd:



Harh?! Kedua-dua tudung niyh pun lawa sgt kan?! Yg satu tuh ada corak2 jahitan bunga. Yg lagi satu tuh ada dua tona colour *Hijau n Purple* n jenis kain berbunga :) Lawa sgt! Kain dye pun sedap je bila pegang. Haha xp Aku ingat nak bagi as hadiah birthday utk kwn2 aku :) Sbb aku pun kalau pakai tudung bawal, aku pakai yg bidang 60. So, dripada aku simpan je baik aku hadiahkan kat kwn2 aku kan? :D Haha, thanks akk sbb dah menolong saya, takyah susah2 nak gi beli hadiah lagi. Hehe x3 Apa2 pun saya suka sgt hadiah2 tuh! :)
 
N 3rd:
Topup! :) Hee, thanks akk!
What a happy dayyyyy ♥
Okeylah! Assalamualaikum!