25 October 2016

Trip #1 : Johor and Melaka ;)

Assalamualaikum!
Haha, nothing special. Just having trip with my KUIS friends ;D Kitorg pergi melaka n johor buat apa? Ada wedding kawan sebenarnya. Belah perempuan di Johor dan belah lelaki di Melaka. How come kitorg boleh pulaklah join dua-2 belah pihak punya majlis x3 Pdhl kwn bukannya sedara-mara. Hahahaha.. mcm ni ceritanya....

(Arifah, Asyiqin, Mas, Aku, Jannah)

So, kami pergi 1 kereta. 5 orang. Drivernya yg si Arifah tu. Memula tu aku tak pasti lagi dpt ikut ke tak sbb kereta dah full. Tapi alhamdulillah ada yg tarik diri n pergi dgn kereta lain, so aku dpt joinlah! Kami berlima ni semua ex-asasi dan satu kelas wktu asasi sem 1. Sampailah skrg berkawan ;) Okok, back to the story. So, kami kumpul dkt kuis n gerak dri kuis. Knp gerak dri kuis sbb camera girl nak shoot video utk kwn kitorg yg kahwin ni lah. Huhu. Ohh, lupa nak bgtau yg arifah tu dia jadi video girl utk belah perempuan dan camera girl utk belah lelaki. Yg mas tu pulak jdi pengapit perempuan utk majlis belah lelaki. That is why kitorg have to pergi dua-2 belah punya majlis x3 Aku follow jelahh. Hahaha

Okay, kitorg gerak awal jumaat petang sbb esok nikahnya pukul 9.30 pg mcm tu. So, arifah takut tak smpt nnti nak shoot video nikah. Maknanya kitorg stay dkt chalet yg disediakan oleh pengantin utk kwn-2nya yg jauh. Huhu, special bakhangggg. Minta maaflah byk menyusahkan pengantin :3


(Wktu dalam perjalanan berhenti solat kat rnr jap. Huhu)

Setelah beberapa jam perjalanan, maka kami sampai dkt chalet wktu maghrib. Huhu. Lps letak brg apa semua, gerak ke rumah pengantin kejap. Pengantin ajak makan. Baiknyalah pengantin niii >< Thank youuuuu :* Pastu balik chalet, mandi solat apa semua then tlg settlekan doorgift pengantin jap n then tidoooo! u.u

Esoknya tu, lps subuh terus semua bersiap awal-2 n angkat brg masuk kereta. Sbb chalet yg kitorg stay tu sedara-mara belah lelaki nak stay pulak. Mmg awallah kitorg dah siap-siap. Hahahaha. Nikahnya pukul 9.30am. Bygkan ketidakselesaannya pakai sampai petang baju sama xD Redha jelah. Hahahaha...


Selfie duluuuu apa lagi. Haha

Lps tu kitorang pergi sarapan, pengantin beli nasi lemak, lps sarapan tunggulah untuk akad n finally dah akad! (Pengantin lelaki ulang 3 kali sbb neves maybe plus mike ada prob-2 sikit. Huhuhuhu) Tapi alhamdulillah lah finally selesai jugak akadnya. Huhu...


(Waktu akad nikah)




(Pengantinnya lawaaa sangattttt ❤.❤)

Lepastu kitorg pergi makan n then pengantin bersanding utk family ambil gambar apa semua pulak. Huhu. Ohh yaaa! Kwn aku ni majlis kenduri kahwinnya sekali dgn kakaknya. Cuma kakaknya nikah sebulan awal dri dia ^^

 (Majlisnya mmg betul-betul dpn chalet tu. Huhu)


(Lawa sgt pelamin dan pengantinnyaaaa. Huhuhu)

Dalam 3 lebih mcm tu kitorg gerak ke melaka pulak. Sbb nak check in dkt homestay melaka pulak (Pengantin jugak sediakan. Huhuhu)


(Nak gaklah bergambar berlima dgn pengantinkannn! Huhu)

Ptg tu gerak ke melaka , check in apa semua then malam pergi makan! Huhu. Pastu balik homestay, tidur! Penat sangat badannnn!

Esoknya ke Masjid Tanah, Melaka pulak. Majlis belah lelaki. Gerak dlm kol 10 lebih sekali check-out terus. Yg majlis belah lelaki ni alhamdulillah gerak lambat sikit so xdelah penat sgt lama nak menunggu melanguk. Hehe

(Sebelum tu sarapan roti canai duluuu ;) Sedapppppppp ❤)

Pengantin sanggup dtg tmpt kitorg makan ni sbb nak tunjuk jalan. Sdgkan kitorg boleh je ikut waze. Huhu, baiknyalahhh pengantinnnn T^T❤)

Gerak ke masjid dulu, siapkan-2 pengantin. Then gerak sekali dgn familynya ke rumah pengantin lelaki.

Sempat cilok bunga pengantin jap xD



SUKA PELAMIN DAN BAJU PENGANTIN YG MAJLIS BELAH LELAKI NI. SIMPLE TAPI SGT STUNNINGGGG! ❤.❤ #Abaikankeselekehanku TvT

After solat zohor apa semua, kami pun pulanglah ke rumah masing-masing. Alhamdulillah selamat pergi dan balik! ;)



(Muka pengantin perempuan mmg dah putih, bila makeup jadi lg terlebih putih pulak! Huhu)
Tahniah Mieraaaa n Syafiqqqq! Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu sehingga ke syurga! Aminnnn! :) Lepas ni sape pulak yg nak followwww! Hohoho. Semoga kita semua selamatlah berjumpa dgn jodoh masing-masing >< Aminnn! InsyaAllah Allah dtgkan bila kita dah bersedia. Bila tiba masanya ;) Thank you guys for this trippp! #Myfirsttripwithfriends!
Bye! Assalamualaikum! ^^ 

16 October 2016

Sem 3 is overrrrrr!

Assalamualaikum!
Yeayyyyy! Alhamdulillah aku dah habis sem 3! Seriously sem yg paling hectic dan sesak aku rasa berbanding sem-sem sebelum ni. Sbb byk subjek major kos, subjek yg 3 credit hour, subjek yg mmg tough, asg yg masyaAllah T^T But still alhamdulillah Allah beri aku kekuatan utk habiskan sem 3 ni! :) N final pun even mmg last minit belajar (haih) tapi aku masih boleh jawab soalan-soalannya even ada yg err err errr. Mestilah kan, kalau dah last minit takkan Allah nak bg ingat semua yg kita dah hafal or belajar, ofkoslah ada yg lupa. Nak bg pengajaran biar sedar sikit! Hukhuk.. Astaghfirullah...

Anyway! Its already sem break! Yeayyyy! :D Cuti dalam sebulan/sebulan lebih.. Fuhhh! Akhirnya boleh rehatkan diri dan minda sekejap from everything yg menyesakkan fikiran dkt KUIS tu, bkn psl pelajaran je sekali dgn masalah kawan bagai-bagai tulah -,- Hahahahaha. Never ending. But still alhamdulillah :)

Macam-macam happen this sem. Kawan merangkap housemate gaduh besarlah, problem grup asg pun gaduh besar gaklah (dgn lelaki pulak tu), asg dah nak final pun still tak settle lah, masalah cinta happen dkt kawanlah, rasa nak give up yg amatlah, stress tak tau tahap apa dahlah, aku mengigau like almost everyday dan sampai ada terjerit stresssssssssss waktu tgh tidolah. Kau bygkan kesusahan sem kali ni tu mcm mana? T^T Ya Allahhhhh..... hermmmmmm. Mcm-2 dugaan sem ni! Alhamdulillah tak jadi gila je x'D Haha, takdelah. Gurau-2.. Nauzubillahhiminzalik! Minta jauh semua tuuu... Huhuhu...

Dah cuti ni kenalah cuba fokus to blogging pulak! Yelah, jarang update dah T^T Kesian kau blog. Haha.. Tapi masih ada yg setia komen/bw setiap kali aku update entri yg mmg jarang diupdate dan bukannya best pun utk dibaca. Hukhuk. Tq so much guyssssss :**** May Allah ease your day! ;)

Okay, belum masuk sem 4 ni je pun dah ada tugas utk program yg aku join yg akan berlaku awal sem 4 nnti. For sure i'll update about it later once it happen okay! Ramai-2 kena dtg sbb program besarlah jugak dkt KUIS tu! Huhu... Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah! Aminnnnnn!

Sorrylah update entri boring. Huhu, my life maybe not as interesting as your life but still I'm happy! Alhamdulillah! ;D Byeeeeeeee!

2 October 2016

1 Muharram 1438 Hijrah

Assalamualaikum! :) We meet again! How are you guys doing? Everyone okay? Have a nice day? ^^ Hope so! Time fly so fast! Tau-tau je dah 1 Muharram! Dah masuk tahun islam yg baru. Seribu empat ratus tiga puluh lapan hijrah ;) Ofkos ramai yg lebih memberi perhatian kpd tahun baru barat ttpi apa salahnya kita sebagai umat Islam ambil tahu juga ttg tahun hijrah ni! ;) Tak susah pun. Hoho.
Kalau ikut Islam, lps maghrib adalah sudah dikira sebagai esok. Maka 1 Muharram dah masuk dri lps maghrib smlm sbnrnya. Dan digalakkan umat Islam utk berdoa akhir tahun dan awal tahun smlm.
Doa akhir tahun - selepas asar before maghrib 1 Muharram.
Doa awal tahun- selepas maghrib pada malam 1 Muharram. 

Untuk tahun baru ni. Aku berazam untuk tunaikan apa yg aku azamkan supaya tertunai dan paling penting dapat ubah diri aku menjadi lebih baik!

Semoga korang pun akan dpt capai apa yg korang azamkan dan menjadi seorang hamba yg soleh dan solehah! InsyaAllah! Amin :)

Jom Muhasabah! Assalamualaikum!

24 September 2016

Indescribable feelings...

Assalamualaikum.

Kuis takde air.
So kita balik rumah.

Final exam next week.
So tolonglah study.

Hati rasa sayu.
Tak tahu kenapa.

Rasa nak menangis.
Tapi tahan je.

Kenapa diberi rasa ini.
Kalau bukan untuk apa-apa tujuan.

Masih rasa belum masanya.
Tapi hati menginginkannya.

Lemahnya perasaan.
Keliru hakikat atau nafsu.

Sedih.
Tolonglah...

Penat.
Sakit...

Benda tak besar.
Tapi kacau fikiran.

Hidup jadi tak tenang.
Benci arh...
Apa benda semua ni.
Tak boleh ke hilang dari fikiran dan hidup aku.

Mcm mana nak hilangkan.
Please, its not even time yet.

Insecure dengan hidup orang lain.
Bukan tak bersyukur.

Jealous.
Bukan minta dirosakkan sesuatu itu.

Aku tak tahan.
Mungkin mampu tapi :'(

Serabut dengan perasaan macam ni.
Nak move on.

Dah cuba.
Tapi jatuh balik.

Perlu sokongan.
Tapi kenapa diri masih lemah.

Allahu...
Aku sedih dan sedih...

:'(

Nak cerita panjang.
Tapi tak tau nak cerita macam mana.
Nak buat ayat mcm mana.
Hm..

Dahlah.
Pergi study!

17 September 2016

After a very longgggggg unofficially hiatus!

*Maaf, makin gemuk T^T*

Assalamualaikum peeps! Oh mannn! Lama betul tak update bloggggg! >< Busy dgn reality punya life sampai this blogging life terabai T^T Sedihnya blog ni lama tak berupdate. Last update sebelum masuk sem 3 dulu. Dan skrg ni aku dah nak final sem 3. Bygkan berapa lama aku biarkan blog ni tak tertengok. Hukhuk. Serious, bukak pun jrg-2 dah T^T Hermmmmm... Nak bercerita, tapi tgn ni tak rajin nak menaip. Nak post, tapi idea kdg tak keluar. Nak update, tapi masa selalu tak mengizinkan. Alhamdulillah akhirnya diberi keizinan jugak rasa nak update blog, nak tgk blog ni. Huhu.

Sem 3 aku kali ni seriously quite a hectic sem. Sangat busy dgn asg semuanya mcm tak menyempat nak siapkan. Like everything nak at the same time, no gap. Everytime, everyday, everyweek mesti ada je asg nak kena submit. Dgn midterm lagi. Ya Allah... seriously sem 1 sem 2 dulu takdelah sebusy sem 3 ni. Kelas pun berapa byk kelas ganti nak kena buat sbb byk kelas tertangguh. Siang mlm kelas... Hmmm...
Memanglah, makin naik sem makin pack jadualnya, makin tough subjeknya, makin mendalam pembelajarannya, makin berat workloadnya.. Allahu... Berapa kali stress, berapa kali rasa nak menangis, berapa kali rasa nak give up. Tp alhamdulillah Allah masih memberi kekuatan untuk hadapi semua tu. "Allah takkan uji hambanya melainkan kerana dia mampu" InsyaAllah... Nak dibandingkan ujian belajar kita skrg dgn ulama'-ulama', para sahabat dulu, lebih susah lagi mereka, lebih mencabar lagi ujian mereka. Jadi, apalah salahnya kalau kita bersabar dgn sikit ujian ni dan bersyukur kerana Allah masih pedulikan kita. Dia nak uji tahap keimanan kita, Dia nak kita ingat kepada dia. :( Mungkin kita ada merungut dalam kita tak sedar, tapi itulah sifat manusia. Pelupa. Bersyukur bila diberi nikmat, tetapi merungut, tak redha bila ditimpa ujian. Sedangkan setiap ujian, cabaran, nikmat yang diberi Allah itu mmg ada hikmah disebaliknya. Tinggal kita redha dan ikhtiar jalan yg terbaik serta mencari hikmah disebaliknya. :) InsyaAllah....

Byk je benda yg terjadi waktu sem 3 ni. N mmg ada benda aku nak cerita dkt blog ni pun. Tp asyik terbantut je. Haha... InsyaAllah akan diceritakan jugak nanti! Mesti! InsyaAllah ;) Stop dulu! Assalamualaikum! 

27 May 2016

New sem to go! v.v ft Ramadhan !

Assalamualaikum! Hanya entri pendek ;p Huhuhu. Alhamdulillah cuti sem 2 dah nak habis. Tinggal lebih kurang seminggu lebih je lg nak masuk kuis balik. Sem 3 to go! ;D Masuk 5/6, first ramadhan 6/6. 2 kali dah sem baru dkt kuis aku masuk waktu awal puasa. Sekali waktu asasi dulu dan kali kedua waktu degree ni ;) Look forward for tahun dpn pulak! Huhu. Btw, skrg ni sedang berfikir-fikir nak balik kuis sehari lambat, atau balik je awal? Nak puasa dkt rumah awal ramadhan, sahur sesama, buka dgn family, terawikh sesama >< Tapi tak tau lagilah kan! Harapnya first day tu tak mula kelas lagiiiiilahhhhh!

Pejam celik pejam celik, sekejap je dah lebih kurang 2 bulan berlalu aku cuti. Tup tup dah nak masuk sem 3! Berat badan tetap tak turun-2 jugak T^T *Ehhhhh? Hahahhaha. Misi nak kurus fail mcm tu je x'D Redha jelahhh. v.v 

Herm, tak lama lagi nak puasa kan! Tak sabarnyaaaa! Semoga ramadhan kita kali ni lebih baik dan bermakna serta bermanfaat dari tahun-2 yg sblmnya! Dan semoga kita semua dptlah bertemu dgn ramadhan kali ni :) Amin.. InsyaAllah... Jgn ada yg ponteng puasa! Terawikh pun sama! Sama-2lah beringat! Sebulan dlm setahun je kita nak berjumpa dgn terawikh dan puasa ni. Rugi kalau ambil ringan dan sambil lewa ikut suka! Jgn sia-siakan pertemuan yg Allah beri :) Semoga kita semua sama-2 dpt ubah diri bukan kerana ramadhan! Tapi kerana Allah, dgn mengambil inisiatif utk lebih tough dan bersungguh pada bulan ramadhan dan insyaAllah berterusan sampai bila-bila! :D Aminnnnn! ;)

Enjoy puasa dgn amal kebaikan, dan cari pahala byk-2 sbb bulan puasa ni berbeza! Pahalanya berlipat-ganda! :D Rugi kalau tak buat pahala byk-2 kannn! ><
Okay, bye! Assalamualaikum ^^

21 May 2016

Pokok durian tumbang tepi rumah!

Assalamualaikum para blogger. Pada pukul 3.30 pg td telah berlaku satu kejadian yg sgt tidak dijangka tepi rumah aku. Family aku telah dilanda musibah bencana alam pg tadi. Sebelah rumah aku ni ada 1 pokok durian. Dan mlm tadi, tgh kitorang satu family tidur lena, tiba-2 aku terdengar 1 bunyi yg sgt kuat mcm ada bnda jatuh sebelah tingkap bilik, mula-2 tu takdelah terlalu kuat, so aku ingat nak sambung tidur balik je. Tapi belum sempat nak lena balik tiba-2 dgr 1 lg benda jatuh yg mmg tersgt kuat bunyinya mcm bunyi atap kena hempap dan rasa mcm nak roboh. Mmg aku terkejut sgt-2 dan rasa takut. Mula tu waktu tgh mamai-2 lg, aku ingatkan ada org nak pecah masuk rumah ke apa ikut tingkap, tp bunyi benda jatuh tu makin lama makin kuat, dan buat aku rasa takut sgt. Aku tak tau knp aku rasa takut nak bgn dri katil, tp lps tu aku dgr suara maid aku tanya bunyi apa tu, then aku rasa berani sikit nak bgn dri katil. Then bila aku gi ruang tamu, aku nampak adik-2 aku dgn mak aku dah terbgn. Masing-2 terkejut bunyi apa yg kuat sgt tu.

At the same time, ayah aku tak tidur lg rupanya. So, ayah aku punya bilik dkt dpn. Aku duduk bilik tgh dan maid aku duduk bilik blkg. Ayah aku cerita, ayah aku rasa angin kuat sgt yg bukan biasa punya angin. Ayah aku pun dah rasa lain mcm lah kan. Sekali tetiba dgr bunyi dentuman benda jatuh. Ayah aku pun dah fikir ni mesti kena kereta sbb kereta parking sblh rumah. Dkt dgn pokok durian tu. Ayah aku ingat ranting dia je jatuh, sekali dgn pokok-2nya sekali tumbang atas kereta. Mmg kemek habislah kereta ayah aku!

 (Bwh tu ada kereta ayah aku)

 (Dri sudut dpn rumah aku)

(Dpn rumah ada kereta mak aku. Alhamdulillah kena ranting-2 je..)

(Bwh pokok, dlm timbunan daun tu ada kereta ayah aku yg dah kena hempap)

 (Atap luar yg pecah)


(Atap yg pecah dri dlm bilik ayah aku)
Kitorg dah terkejut tu, ayah aku, kitorg keluar tgk apa yg terjadi. Mmg pokok durian tu dah terbelah dua, jatuh hempap kereta ayah aku dan kena bumbung rumah dkt bilik ayah aku. Habis pecah atap dgn syiling atas bilik ayah aku sikit. Lps tu, hujan… Air dah dpt masuk ikut atap tu, habis dia mengalir banjir pulak dlm bilik ayah aku dgn ruang tamu. Mmg basah habislah! Berbaldi-baldi sekali dgn besen periuk semua yg ada boleh utk takung air digunakan. Byk gaklah guna.. n basah lantai jgn ckplah… T^T




Tak lama lps tu, dlm pukul 4 lebih tak silap, ada beberapa ustaz kawan-2 ayah aku yg sekali merupakan jiran dtg tgk. Dan dlm hujan-2 tu, ada yg tolong tebang pokok utk alihkan dari kereta ayah aku. Mmg aku bersyukur sgtlah ada kwn-2 ayah aku yg sudi tlg potong pokok dan bersihkan kereta ayah aku yg dah kena hempap tu dalam waktu hujan-2 macam tu, dgn hanya pakai baju hujan je. Nak katanya alhamdulillah family aku dikurniakan environment dgn kwn-2, jiran-2 yg mcm ni. Pg-2 buta jiran ditimpa musibah dlm keadaan hujan, sudi dtg membantu…









Lps dah potong semua, dah masuk subuh. So, dyorg stop sekejap. Then siang hari ni, kitorg ada pertandingan hafazan peringkat serdang, dkt surau dpn rumah aku. Alhamdulillah ramai peserta-2 yg join dan sambutan mmg hangat :) Lps selesai program dlm tghhari mcm tu, ramailah kwn-2 mak ayah aku dtg ziarah kitorg. Tgk apa yg berlaku… Huhuhu, dri pglah kiranya ada yg dtg, sampai ke petang tak henti-2. Cikgu-2 sekolah ayah aku pun ada yg dtg jgk.. Adalah yg memberi sedikit sumbangan, mmglah rasa segan tapi alhamdulillah ada yg sudi menolong meringankan beban.. :’)




So, dri pukul 10 ke atas td ada tuan rumah dgn pekerja-pekerjanya dtg bantu repair atap yg ranap dan bocor tu n ada jugak Kadet Amal/ Unit Amal dtg tolong tebang pokok kepala sawit dpn rumah aku. Sbb utk mengelakkan kalau terjadi sekali lagi bencana yg tidak dijangka… N dyorg jugak ada potong pokok-2 durian yg lain dkt tepi/blkg rumah org lain rasanya. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan, dlm masa sehari ni atap dah dibaiki, cuma pokok jelah belum dikutip utk dibuang lg… So, agak bersepah lg dkt sblh rumah aku ni. Huhuhu… Kereta ayah aku mmg kemek habis dan katanya nak repair tu beribu jugaklah kan…. Huhu…







Serious, bencana alam yg menimpa ni adalah mungkin satu musibah, ujian Allah utk kitorg satu family. Dan mungkin juga peringatan kepada kami dan juga org lain. Sbb nak katanya hanya pokok durian yg mmg besar kayunya tu sahaja yg tumbang yg hanya disebabkan oleh angin kuat semata-mata. Kuasa Allah siapa boleh lawan? Dan sbnrnya kalau mmg ajal kami 1 family dah sampai pg tadi tu, pokok tu mmg takkan jatuh ke atas kereta tapi jatuh ke atas rumah kami. Maka nikmat Allah yg mana yg kamu dustakan? :’) Allah masih panjangkan umur kami utk bertaubat dan bermuhasabah… Allahu… Byk lagi amalan yg tidak dilakukan, byk lagi pahala yg perlu dikejar, tidak terkira dosa yg telah dilakukan…. :’( Mohon doa dri sahabat semua, semoga kami dipermudahkan urusan dan berada dalam peliharaan Allah SWT… Amin… Assalamualaikum…



*Btw, wifi rumah aku wayarnya habis terputus. So, tak tau bila pulak unifi nak psgnya :3 Ni pun aku gigih guna wifi hotspot data hp. Huhuhuhu. Demi mengupdate entri baru ni TvT*