Kehidupan.

 
Assalamualaikum. Dalam hidup ni, bermacam-macam ragam manusia yg kita lihat, kita jumpa, dan kita kenal. Dan sebenarnya semua yg kita lalui itu memberi kita pengalaman dan mengajar kita erti kehidupan. Mungkin apa yg kita lalui kadang-kadang membuatkan terdetik dihati kita ini ' Aku benci hidup nih! Lebih baik aku mati je! Buat apa hidup kalau asyik nak kene dgn org lain' Dan mungkin jugak kdg2 kita merasa pada hari itu 'dunia ini kita yg punya' Hahaha, semua tuh adalah hasil dripada persekitaran dan cara hidup kita :) Baiknya sesebuah kehidupan itu, maka baiklah hari-harinya dan begitu jugalah sebaliknya. 
Dan semestinya aku pun tak terkecuali dari semua bnda tu. Aku pernah rasa yg kehidupan aku ni mcm tidak bermakna dan tak layak utk aku dpt kegembiraan! Mmg aku sedih dan kadang2 smpai menangis, walaupun aku sorokkannya, tetapi tetap aku tak boleh tahan :') Herm, lebih2 lagi dugaan tak henti2 mendatang, tapi aku sbnrnya silap dan mungin tak terfikir kalau semua yg berlaku ni adalah kerana ALLAH SAYANG AKU, dan dia nak tgk SEJAUH MANA KEIMANAN aku. Tambah2 aku pulak bukanlah seorang perempuan yg baik dan rasanya mcm tak layak utk digelar MUSLIMAH even aku bertudung labuh dan ayah aku merupakan seorang ustaz. Kadang2 aku tgk dan aku sendiri rasa ada org lain sbnrnya yg berkali-kali ganda baiknya dripada aku :') 
Herm, iman manusia turun naik. Mcm tu jugak iman aku. Manusia ni adalah seorang yg 'pelupa'. Kdg2 kita lupa yg kita ni hanyalah hambaNYA, yg kita ni hanya menumpang di bumiNYA, yg bila-bila masa nyawa kita ni akan diambil semula oleh DIA, dan seluruh isi alam ni, semuanya! Akan dimusnahkan BILA-BILA MASA. Allah... Dan waktu tu jugaklah baru kita nak kelam-kabut menjerit meminta pertolongan dariNYA. Tapi semua tu dah terlambat. Dah takde gunanya. Sekarang nilah masanya, bila kita tgh hidup lagi ni, ambil peluang yg diberi oleh Allah utk bertaubat dan insaf dgn segalanya :')
Ampunkan dosa-dosaku Ya Allah :'(
Aku mmg bukan seorang hamba yg baik, pelajaran aku? Jgn ckplah. Aku rasa mcm takde masa dpn je, belajar pun aku ikut suka nak ke x nak. Kdg2 tu dlm kelas je aku belajar, bila dah balik, jrg sgt aku belajar, ulangkaji. Risau mmglah risau, dahlah tahun ni aku SPM pulak tuh :( Arhhhh, tapi knpa aku takde semangat utk berusaha? Hati aku ni dah hitam ke? Dah kotor ke? Susah sgt nak buat bnda baik, nauzubillahiminzalik :'/  Sesunggahnya aku terlalu menginginkan HIDAYAH-MU Ya Allah :'( Bimbinglah aku, berkatilah hidupku, rahmatilah hari-hariku. 
Jauhkanlah aku dripada bnda2 maksiat Ya Allah :'( Amin Ya Rabbalalamin.
Dan apa yg paling penting adalah kita mestilah sentiasa bersabar dan redha dgn setiap dugaan, ujian dan kesusahan yg mendatang. Sbb semua yg berlaku ada hikmahnya dan semestinya dpt mengajar kita utk menjadi seorang yg lebih kuat dan tabah dalam mencari kegembiraan hidup dan kemanisan ISLAM itu sendiri. :)
Siapa yg lebih lama berusaha utk mencapai sesuatu, dan sentiasa bersabar. Maka sebenarnya dialah yg akan menjadi seseorang yg paling gembira dan bersyukur diatas kejayaannya dan setiap yg telah terjadi :')

Yg terakhir, ingatlah.
'DUNIA INI ADALAH IBARAT SYURGA BAGI MEREKA YG KAFIR, TETAPI IBARAT NERAKA BAGI MEREKA YG BERIMAN.'

Herm, okeylah. Sampai sini sahaja coretan aku. 'Seorang manusia yg masih lagi mencari HIDAYAHNYA' :'/ Assalamualaikum.

2 comments: