BROGA HILLS WITH CLASSMATES ;)

AWAS! ENTRY YG AGAK PANJANG TAPI MESTI BACA SAMPAI HABIS SBB AKAN ADA PENGISIANNYA ;)
Assalamualaikum! ^^ Heeee, alhamdulillah smlm selamat memanjat bukit broga pada 7 Mac 2016 dgn kwn-kwn kelassss :D Kitorg rancang dari hujung bulan 2 tak silap. Mmg rancang dari awal nak gi broga hills. Lps tu, tiba-tiba ada yg mak ayah x bg pergi sbb bahaya nak panjat. So, bincang lagi sekali tukar plan nak ke eco majestic hill pulak, sbb katanya tgh ada pesta bunga ke apa tah. But then, tak jadi jgk sbb pesta bunga tu habis 6 mac dan kitorg dah rancang nak pergi 7 mac. Huhu... So, in the end pergi broga jugak dan pergi mkn je lps tu.




So, pagi tu kitorg rancang subuh berjemaah di masjid, sbb masjid pun dlm kuis je. Haha. Tapi, x semua pun berjemaah, yg muslimin jelah pergi berjemaah pun. Muslimat solat di bilik sahaja. Huhu. Then kumpul dpn masjid, dalam pukul 7 tu kitorg gerak. Kami gerak dalam 5 kereta! 4 kereta sendiri dan 1 kereta sewa. Heeee, excited wehhhhh! >< Dalam ramai-ramai kitorg ni, kwn aku ada ajak sorg ustaz dia join sekali pergi broga ni dan sekali bg tazkirahlah nnti. Tak lama lps tu, dalam stgh jam, kitorg pun sampailah broga! Yeayyyy! Hahahaha. Tak lama pun perjalanannya dan mmg skjp je aku rasa dan jlnnya pun x susah. Aku rasa ingat dah jln tu. Nak gi setiap hari pun boleh kot. xD Sbb mmg tak jauh pun dri nilai. 


Bayaran masuk 1 kereta rm2. Kira okaylah tu kan? Tp, tandas dia agak mahal x silap aku, dlm rm1. Tandas pun kena bayar ke T^T Dah sampai, kitorg mkn-2 dulu, ada beberapa bdk kelas yg masakkan mee >< Sedapppppppp! Hahahaha. Tapi aku makan sikit je sbb takut sakit perut. *Mmg kalau makan pagi akan sakit perut* But then, sbb aku makan sikitlah terjadinya sesuatu yg aku rasa... terkilan pun ya jugak. Huhuhu.







Lps makan, kitorg pun mulakan aktiviti memanjat kitorang ;) Budak lelaki suruh kitorg yg perempuan naik dulu, tapi kitorg ajak dua org budak lelaki utk teman, sbb bahayalah kalau kitorg je yg naik sendiri. Sblm tu, aku ada ajak dyorg utk warm up, but then ada yg kata tak payah. Katanya sikit je perjalanannya, tak jauh pun. Haaaaaaaa, sekali amek kauuuu! Esoknya iaitu hari ni, terus sakit bisa-2 satu badan. Nak jalan pun x betul dah rasa. Tak warm up lagiiiii! Hahahahahah. Aku pun x fahamlah knp tak payah warm up. Pdhl lama gila dah tak buat aktiviti lasak -_-

Okay, panjat punya panjat. Aku mula rasa pening :o Serious! Pening yg mmg peninglahhhhh! Berapa kali tah aku berhenti duduk. Tak tahan weh... Dahlah penat, pening pulak tu. Minum air pun x jalan :/ Asal berdiri je pening, rasa nak tumbang pun ya jugak. Kesian ada beberapa orang kwn-2 aku yg terpaksa tunggu aku :'( Sorry koranggggg T^T Aku cuba gaklah naik lagi lps duduk beberapa minit. But then, tak larat lg rasa. Berapa kali stop tah n ada sekali tu, aku stop lama gila. Pdhl sikit je lg nak sampai puncak 1st dah. Sikitttt je lagi. Hahahaha. Tp sbb dah tak larat sgt punya psl, rasa nak muntah, nak tidur je kat situ rasa sbb pening yg teramat.*Dah terbaring letak kepala atas tali kat situ pun sbnrnya x3* Lama gaklah aku stop dkt satu tmpt tu. Sampai beberapa org bdk kelas dah lintas. Hahahaha. Smpt jgklah bergambar dkt tmpt aku stop tu x'p Then, sorg kwn lelaki aku yg tunggu sekali ckp "boleh fadh? Sikit je lg fadh. Sikit je. Rugi x naik" Hahahha, n ada jgk satu psgn suami isteri kot. Dyorg tgh turun. Then isteri dia kata "kenapa? Tak larat ke? Takpe, rehat je dulu, nnti naik balik. Mmg dia kena rehat lama jgk. Dah okay, naik balik. Rugi x naik" Aduhhh. Hahahahha, segan je xD
Gelap. Lighting x kena. Haha
Lps lama gak aku stop, rehat... Aku gerak balik naik. At least biar sampai puncak 1. Dan alhamdulillah sampai jugakkkkk! Bila sampai je tu, serious aku ckp subhanallah! Sbb nampak langit biru lawa sangattttttttt! Dgn bawahnya yg luas dan beranginnya. Mmg rasa.. MasyaAllah... nikmat Allahh.... Subhanallahh..... Rasa best dan tenanggggggg sangatttttt. Hilang jgklah rasa penatnya tuuu... huhuhu. N then, aku decide nak rehat tunggu dkt puncak 1st je. Sdgkan kwn-2 aku yg lain semua dah sampai puncak teratassssss! T^T :'(((((( Jeles wehhhhhhh. Huarggggghhhh. Tu yg aku kata terkilan sbb x mkn byk tu. Dia jdi tak larat mcm tu arh T^T Sedihnyaaaaaaaa. Tp lagi satu pun sbb aku x biasa panjat bukit, lama sgt dah tinggal aktiviti lasak mcm ni... tu yg stamina x kuat langsung! Hahahaha x'D

Nampak tak muka penatnya tu x3



Last-2 lepak dkt puncak 1 jelah. Kwn lelaki aku tu naik atas sampai puncak 2. Yg len reramai dah sampai puncak 3 T^T Tahniahlah korg. Huarghhhhhh! Happy tp at the same time terkilannnnnn. Hahahahahaha xp


Aku lepak berdua dgn kwn kelas yg teman aku. Baring jap rehat sambil dgr lagu, then bergambar. Haha. Sambil tunggu dyorg yg len turun ;)













Lama jugaklah, baru dyorg turun. Reramai turun, jeles gila tgk woi waktu niiii. Jeles sbb mcm mana dyorg boleh tahan naik sampai atas. Siap ada yg pakai kain lagi tuuuuu T^T Hahahahhaha. Tak tahan betul x3 Dah tu, sbb terkilan x dpt bergambar ramai-2 kat atas, aku paksa geng aku bergambar kat puncak 1st tu. Hahahahhahah xp




Suka gambar waktu turun ni ><
Then, sama-sama gerak turun ;) Banyak kali gaklah jatuhhhhhh. Licin sgt tanahnya. Hahahahha. Kotor bajuuuuu xD Alhamdulillah tak berguling... Even sbnrnya fikir mcm nak berguling je senang nak turun. Haha, lol. 

Turun dia pun boleh tahan lama. Hahahhaha. Sakit kaki menahan taknak bg jatuh, sbb kdg tu turun terlaju sgt speednya. Haha. Dah turun semua, ustaz yg join kami sekali td bg tazkirah ringkasnya. Mcm-2lah dia cerita, katanya: 
Kita kena bersyukur sbb Allah pilih kita utk panjat bukit ni. Mungkin nampak kecik, tapi dari sini kita boleh nampak segala ciptaannya dan sepatutnya malu sbb semua pokok, bukit, seluruh alam ini berzikir kepada Allah, tapi kita? :') Then, ustaz tu cerita jugak yg kita boleh amek pengajaran dgn merasa bagaimana perjuangan Rasulullah dulu, dalam menyebarkan islam, berjalan di padang pasir. Menerima wahyu di gua. Memanjat bukit/gunung. Ambil hikmah di setiap apa yg kita buat dan bersyukur dgn setiap apa yg kita dapat ^^ InsyaAllah!
Bila dgr tu, rasa sedih yg teramat-amat lagilah. Malu pun ya jgk. Muda-2 dah tak larat. Huhuhuhu T.T Allahhuakbar... Dah habis tazkirah, baca doa dan kitorg gerak gi makan pulak. N then, solat. Mula ingat nak balik, tapi sbb kereta yg kitorg naik tu, sewa sampai kol 6. Dan waktu baru dlm kol 2. Rasa mcm rugi pulakkan, so decide nak pergi sambung jalan. Kitorg yg mmg naik kereta tu je. Hahahahha. Dgn drivernya sekalilah.

Kitorg decide gi beli brg utk rumah je. Hahahahaha, singgahlah tesco. Singgah punya singgah 2 jam jugak dkt situ >< Perempuan kannnn! Kalau dah shopping! Hahahahha. Yg drivernya lepak dlm kereta tidur. Adoiii xD Dah tu, patah balik kuis, amek kwn hntr dia pergi tbs sbb nak balik rumah. Dah tu, baliklah kuis. Sampai dalam kol 6 lebih. Kira ngam-2lah habis masa sewa kereta tu ;) Heeee. Happy sgt rasaaaa dapat keluar dgn dak kelas ni! Satu lagi kenangan manis dan pengalaman yg tercipta! Alhamdulillah! :* Sayang semuaaaaaaaaa! Serious rasa makin rapat dan selesa :') *Apasal rasa nak nangis pulak ni. Hahahahha. Terharu maybe. Lagi-2 bila teringat mereka-2 yg sudi menolong aku waktu tgh dlm keadaan tak mengizinkan nak panjat bukit tu. Huhuhu ;'p* Thank you guyssss for the memories and everything! Even skjp tapi bermakna! :) Sem dpn decide nak pergi mana pulakkkk yaaaaaa! ><

Okay, panjangnyaaaa aku membebellll! Hahahahahahaha. Perkara gembira jgn kita simpan sendiri! Sharelah kannn! Heeeee ;) Byeeee! Assalamualaikum! ;*

8 comments:

  1. lambat sampai tape janji sampai jugak!hehe thniah fadh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi Fadh bukan lmbt sampai je, mmg x sampai habis pun. Mampu sampai puncak 1st je. Huhuhuhu. But still, alhamdulillah! >< Thank youuuuu!

      Delete
  2. wow.. boleh buat cerita pendek dah nie.. haha... itu baru broga.. belum naik kinabalu.. try la naik gunung kinabalu lagi best.. sejuk nyaman dengar bunyi alam dalam hutan best..

    Singgah Sini.. Jemput baca

    Nak Cari 20 Orang Yang Nak Belajar SEO> site.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaha. x3 Tgk larat ke taklah.. Huhuhu... Okay InsyaAllah ;)

      Delete
  3. Awwww bestnya broga, naik ngan classmates lak tu. Saya ni haa x penah lagi panjat broga tau T^T

    Kak Fadhi dgn classmates akak kenapa semua lawa2 sangattt? Naik bukit dh penat2 pun lawa je muka, insecure kite T^T pakai kamera apa btw? Gmba pun cantik!!

    Ok baru tau broga ni ada smpai 3 puncak.nnti one day klau saya dpt pegi broga, nk cuba naik smpai puncak teratas! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaha. Mmg bestttttt! >< Heeee, Pergilahhhh! Dkt sgt dgn nilai! Serioussss. Hahahaha. Apa yg lawanyaaa >< Alhamdulillahhh... Ada pakai kamera kwn, kamera oppo. Mmg lawalah kann. Lps tu yg gmbr pemandangan tu pakai kamera hp akk je. Kamera asus. Hahahha. heee, mazni mesti boleh punyalah naik sampai atas! rajin berjalan! InsyaAllah ;)

      Delete
  4. wah tahniah sampai jugak puncak walaupun bukan puncak tertinggi kihkih. teringin nak pergi broga ni tapi kena kuatkan stamina dululah kot hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heeeee, thank you! >< Btw, pergilahhh! Hahahaha. Tp mmg kena ada stamina yg tinggilah. Sbb bukitnya boleh tahan curammm. Huhu. Tapi besttttt! Subhanallah sgt! Cantik! ;)

      Delete