Hati-hati

Assalamualaikum. Masalah hati ni ada banyak. Banyakkkkkk sangat. Masalah hati dgn perkara-perkara tak baik, masalah hati dgn dosa atau maksiat yg dilakukan, masalah hati dgn zina pandang, suka, lalai dengan ajnabi yg diperhatikan, masalah jauhnya daripada Allah, masalah hasad dengki atau merasakan sifat mazmumah terhadap orang lain. Jadi, adakah kita tergolong dalam salah satu masalah-masalah ini?

Bila hati sudah lemah dgn nafsu atau mainan perasaan. Syaitan kuat menghasut. Hati terikut perasaan-perasaan yg tak elok. Yg tak sepatutnya ada. Menampakkan juga bahawa lemahnya iman kita... Kadang org tidak salah apa-apa. Tapi disebabkan perasaan tidak elok kita yg membuatkan sesuatu itu menjadi lebih teruk dan tiada baiknya. Kadang org lain okay sahaja tapi kita yg sedih, merana, sakit sendirian kerana terlalu memikirkan. 
Let be tough. Pedulikan semua perasaan tak elok ni. Allah tahu apa yg terbaik utk kita.. Kita jaga diri, jaga hubungan dgn Allah, InsyAllah Allah akan jaga hak kita. Jaga apa yg menjadi milik kita. Dan juga Dia akan pertemukan kita dgn seseorang yg baik dan dikelilingi mereka-mereka yg baik. Habluminaallah, habluminannas. 
Bukan mudah, tapi inilah ujian. Ujian tanda kita kuat. Ujian tanda Allah sayang. Ujian tanda Allah ingat kita dan dia mahu kita kembali padanya. Mungkin sudah terlalu lama kita leka dgn dunia, melupakan dia, jauh daripadaNYA. Nauzubillah... Hidup tidak tenang, hati sentiasa resah, banyak masalah, sedih, takut, kecewa, cek balik hati. Apa khabar iman? 
Apa pun ujian yg dihadapi, Allah tempat mengadu, Allahlah yg Maha Kuasa dlm membolak-balikkan hati ini, Allahlah sumber segala kekuatan, letakkan segala pengharapan padanya. Jgn mudah putus asa melawan nafsu kerana jihad yg paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu :') 
Tolong jgn jadi lemah wahai hati! Kerana pemilik hati sesungguhnya adalah Allah! Dan dia Maha Berkuasa dalam melakukakn apa sahaja. Minta pertolongan darinya, jgn berpaling darinya! Tolong jadi kuat! Tolonggggg wahai hati!!! Jgn lemah hanya kerana perkara kecil sebegini. Engkau kenal diri kau. Engkau tahu apa yg org lain tidak tahu. Dan yg paling penting engkau tahu sebenarnya engkau kuat untuk melawan masalah hati ini, kerana Allah takkan bagi ujian pada hambanya kalau hambanya itu tidak mampu. Kerana kau mampulah, kau diberi ujian sebegini.

Berkata hati yang mencari kekuatan menghadapi ujian. Assalamualaikum. 

6 comments: