Sila dgr dahulu lagu ni...
Act, mula-mula tu aku layan variety show korea INFINITY CHALLENGE! Episode yg lama-lama punyalah. Saja nak layan sbb ada JAESUK/HAHA and salah seorang guest episode yg aku tgk tu adalah G-DRAGON >< Haha, aku bukannya minat gila-gila kat GD tu. Tapi dia comel! N lagu-lagu dia boleh tahan sedap ;)
Okey, balik pada topik! So, episode yang aku tengok tu adalah beberapa episode. Bersambung-sambung. Ada lebih kurang 6 episode utk 6 part. Yg aku tgk ni tema dia "2013 Freeway Song Festival" So, ahli IC n guest yg satu team dgn dyorang, setiap team masing2 kena buat satu lagu utk nyanyi atas pentas. So, aku layan jelah setiap episode tu. Kemudian... dalam episode last tu ada nyanyian semua ahli group! Maksud aku as one. Ahli IC nyanyi ramai-ramai with guest.
So, nak jadi ceritanya lirik lagu tu memang sedih dan mendalam sangatlah maksudnya. Lagi-lagi rentak muzik dia! *Lagu yang dkt atas tulah* Bila aku dgr lagu tu, serious buat aku teringat sahabat aku tu. Aku teringat segala kenangan lama kitorang :') Herm... Serious air mata aku mengalir tanpa sedar. Sedih campur gembira. Haha. Aku tak tahu macam mana nak describe perasaan aku. Tapi mmg bila aku dgr je lagu tu, automatik aku terbayang dia.
Memang pernah je kitorang bergaduh! Rasa tak puas hati sesama sendiri, merajuk, tak bertegur. Tapi alhamdulillah sangat sampai sekarang persahabatan aku dgn dia masih lagi okey dan tidak putus :') Aku harap sangat persahabatan ni kekal hingga ke syurga Allah SWT. Amin!
NURUL SYAZIERA BT AMIRUDDIN. Aku sayang kau sangat Iera. Jujur aku kata kaulah sahabat dunia akhirat aku :') Ya, memang aku ada ramai juga sahabat lain. Tapi mereka lain daripada kau. Dan kau juga lain daripada mereka. Korang semua ada kelebihan dan kekurangannya sendiri. Tapi alhamdulillah, engkaulah antara sahabat yang paling aku percaya dan sayang! Please, jangan musnahkan kepercayaan aku. Kita sama-sama jaga ukhuwah ini hingga ke syurga Allah! Aku harap sangat kita sama-sama berjaya di dunia dan juga akhirat! Amin! InsyaAllah :') Ukhuwah fillah lillahi ta'ala ! Persahabatan ini hanya kerana Allah Ta'ala! Uhibbuki fillah! Aku cintakan kau sebagai sahabat hanya kerana Allah Ta'ala! :')
Tak lupa juga sahabat-sahabat aku yang lain! :')
Indahnya ukhuwah kerana Allah Ta'ala. Jagalah hubungan kita dengan Allah, automatik Allah akan jagakan hubungan kita dgn manusia. Segala pengalaman hidup yang kita lalui dengan bermacam-macam jenis manusia, dan mereka yang kita sayang! Semua tu akan jadi kenangan yang terindah untuk kita. Tidak kisahlah pengalaman indah atau pengalaman pahit. Pasti ada hikmahnya setiap sesuatu yang berlaku tu! InsyaAllah!
Okeylah! Assalamualaikum!